Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Dah hampir 2 minggu aku di sini. Dah ada tanggungjawab untuk aku laksanakan. Sampai dah nak kabur la mata aku ni asyik menghadap PC je. Banyak pula benda nak kena update dan edit. Tapi, takpe...kalau dah namanya tanggungjawab, kena la buat, kan?
Jadi, minggu ke-2 ni, aku asyik keluar masuk bilik bos je. Ada je benda aku nak tanya.
"Bos, yg ni saya kena buat macam ni ke..?"
"Bos, hari tu saya key-in PRF nak kena submit kat Finance ke..?"
"Bos, itu kan.."
"Bos, ini kan..."
Pendek kata semua bos la. Macam-macam hal aku tanya kat bos. Soalan paling kerap ialah "Bos, macam mana nak buat ni..?" Inilah realitinya bila seorang pekerja yg baru masuk bekerja di sesebuah syarikat. Tunjuk ajar dari pihak majikan itu amatlah diperlukan. Apatah lagi buat mereka yg tidak ada pengalaman bekerja.
Aku tak boleh bayangkan jika satu hari nanti, aku akan mempunyai pekerja di bawah kendalian aku. Macam mana la aku nak ajar diorang buat kerja..? Aku ni kan kurang kesabaran sikit..hehe
p/s : bos, kejap lagi saya nak tanya sesuatu lagi!
9 comments:
hehe..bila tuan hamba jadi bos..jangan lupa ke halaman hamba lagi yer..
hehehehe.. saya respect kat Dylla.. ada ciri2 menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi...
esok2 kalau naik pangkat jadi boss, jadilah ketua yang tegas, tapi mesra dengan kebajikan pekerja2... ehehhe
kalau bos tu jenis yg bukan penyabar.. batang kaki la jawabnye..
@3no gr33ny : takkan kacang lupakan kulit..chewahh :)
@Gen2Merah ; aminn..insyaAllah..sy memang tegas+garang lagi..huhu..habislah staff ada majikan macam sy cikgu (",)
@Zul Fattah ; amboi..tu maknanya staff yg kurang sabar tu..hehe
hee..biasa la tu..kalau tak tahu kena la banyak bertanya kan..(^^,)
mula2 dulu, saya dah biasa jadi pekerja. bila jadi ketua, semua masalah saya kena bagi keputusan. mula2 terkial2 gak la. skrg ni dah mampu skit walaupun masih lagi belajar. hehe.
hahahaha mesti bos sengih jer stiap kali datang..bagus bertanya ni..
tak sesat jalan kan :)
Post a Comment