Pages

Friday 13 December 2013

Ya Allah...sibuknya saya!


Baca tajuk pun dah nampak sibuk sangat aku ni kan
Sumpah memang sibuk
Semalam housemate aku dah bersuara
"Sekarang ni susah betul nak jumpa Dila..."

Okay..tu fakta
Memang susah gile nak jumpa housemate sendiri sekarang ni
Balik keje dah lewat
Sampai rumah je..tengok bilik dia dah gelap
Esok paginya..aku dah keluar dulu..dia baru nak bangun
Nampak tak betapa sibuknya aku sekarang ni..??

Agak penat la dengan kerja sekarang
Tapi...sangat bersyukur sebab dapat peluang mencuba sesuatu yg baru
Dan yg paling penting...sangat bersyukur sebab ada rezeki untuk bekerja di sini

 Sebulan dua ni memang aku agak sibuk la
Banyak benda baru yg nak dipelajari
Belum pun sempat nak faham
Tetiba dapat invitation to bid....tender!!
Oh my...1st time buat tender wehhhh...ketaq pala lutu cheq @_@
Makin bertambah la silibus aku
Jadi..makin bertambah juga la tahap sibuk aku ni

Rindunya nak BW macam dulu
Dah lama tak gelak-gelak depan pc baca kisah korang semua


p/s : masih berada di ofis di saat meng'update' entri ni



~ Dylla Abas ~

Tuesday 3 December 2013

Out-station Oh Out-station


Buat pertama kalinya aku ber'out-station' dalam hidup aku
Kalau la sebelum ni aku teruja tengok orang lain out-station
Yg konon-kononnya pada aku seumpama 'makan angin'
Bila dah lalui sendiri..baru hang tau!
Actually..takde la teruk sangat out-station ni
Yg teruknya part nak kejar flight schedule
Sampai hati diorang arrange first flight untuk aku
Tak pasal-pasal pukul 6.00 pagi aku dah tercongok dalam ERL tu T_T
Dan buat pertama kalinya aku berurusan dengan client tanpa bos di sisi
Muka aku toksah cerita la...memang blur habis!
Nasib baik client ni jenis yg memahami
Tapi...diorang sempat juga la selit-selit
"Lepas sebulan nanti jangan blur macam ni lagi ye"
Chaittt...terpaksa la sengih je
Apapun, mendengarkan yg kemungkinan aku akan dihantar ke projek di Johor ni mungkin selama 3-4 bulan...rasa agak teruja juga
Makan kat area sini murah gile beb!
Enjoy betul aku makan kat sini
Boleh gemok la aku lepas ni...harapan @_@
Disebabkan malam ni malam terakhir aku kat sini
Aku terasa nak meng'free'kan diri dan buat aktiviti yg dah lama aku tak buat
Blogwalking!
Jap lagi aku terjah satu-satu blog korang ek (",)
p/s : kenapa la watak-watak dalam cerita Playboy Itu Suami Aku ni cam tak kenal je..??
~ Dylla Abas ~

Friday 22 November 2013

Cubaan Menyesuaikan Diri



Alhamdulillah
Dah dua hari aku berada di dunia baru
Dan selama dua hari ni juga aku terasa mengantuk gila-gila
Semua sebab aku takde kerja lagi
Dua hari aku menyibukkan diri dengan membaca QP
Dan study tentang JD aku nanti
Serius bosan
Mata ni asyik nak terlelap je
Dah berapa kali aku keluar masuk toilet..cuci muka!

Apapun, aku masih belum ada kesempatan nak update blog dengan entri baru
Entri ni sekadar nak beritahu kat kawan-kawan semua yg aku masih ada
Cuma dalam cubaan untuk menyesuaikan diri di tempat baru
Bila ada kesempatan nanti, aku akan update ye


p/s : dah lama tak BW..rindunya T_T



~ Dylla Abas ~

Tuesday 12 November 2013

Unirazak's 13th Convocation Day



Sabtu yg lepas, 9 November 2013, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak yg Ke-13
Walaupun aku tak terlibat secara langsung untuk majlis ni, tapi aku tetap menghadirkan diri
Memeriahkan majlis kata orang..ngee >_<
Sebelum tu, tahniah kepada 2 orang teman baik aku, Roslina Ramli dan Mohammad Ezwan Aplus, kerana telah berjaya menghabiskan pengajian mereka di peringkat Master
Lepas ni dah tak payah temankan korang buat assignment lagi ye

Suasana konvokesyen telah dirasa sejak hari Jumaat lagi, 8 November 2013
Satu rehearsal telah diadakan pada hari Jumaat tu
Majlis yg berlangsung di Putra World Trading Centre (PWTC), walaupun sangat sesak tapi meriah!
Seronok melihat muka adik-adik yg teruja setelah bergelar graduan
Teringat pula zaman belajar dulu
Okay..tetiba semangat nak sambung belajar kembali membuak-buak..hoho ^_^

Memandangkan tahun ni aku tak masuk dalam dewan, jadi aku tak tahu apa yg berlaku dalam tu
Boleh tengok gambar diorang jelah
Banyak gambar-gambar kat bawah ni aku copy dari Unirazak punya photographer je
Aku pun tak sempat nak bergambar sangat
Busy membantu kaunter Finance & Robes

Untuk konvokesyen tahun ni, ada 2 sesi bersidang
Disebabkan 2 sesi tu, aku pun terpaksa balik lewat hari Sabtu tu
Hmm..memang plan nak stayback pun sebenarnya
Sebab malam tu ada Dinner pula
Nasib baik la memang dah tergerak hati nak bawa baju dari rumah
Kalau tak..memang berseluar jeans la aku ke Dinner tu

Apapun, majlis telah berlangsung dengan jayanya
Terima kasih dan tahniah kepada semua yg terlibat!!


p/s : off to Bandung tonight (",)



~ Dylla Abas ~

Thursday 7 November 2013

Event Terakhir Bersama UniRazak


Sekarang ni kat tempat kerja aku tengah sibuk dengan persiapan konvokesyen
Dan hari ni, department aku sunyi sepi sebab ada 3 orang je yg tinggal di pejabat
Yg lain semua dah ke PWTC untuk urusan "clearance" dengan student
Event ni adalah event yg terakhir untuk aku bersama UniRazak
Sedih...?? Hmm..adalah rasa sedih sikit
Banyaknya kenangan selama 2 tahun aku kat sini T_T

Ingat tak yg aku pernah cerita tentang interview yg aku pergi baru-baru ni..?
Alhamdulillah..rezeki memang menyebelahi aku
Mungkin itu hikmah yg aku dapat lepas banyak sangat dugaan yg aku dah lalui selama tempoh beberapa bulan ni

 Well..apapun, past is past kan
Tutup buku lama dan buka buku baru
Moga di tempat baru, aku akan lebih berjaya
Dan menjadi lebih baik daripada sekarang
In Shaa Allah


p/s : tak sabar nak pergi vacation minggu depan...excited!



~ Dylla Abas ~
 

Friday 1 November 2013

November..Please Be Nice To Me


Permulaan yg baik untuk hari pertama bulan November ni
 Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi
Mendapat berita baik setelah melalui beberapa dugaan hidup merupakan sesuatu yg amatlah disyukuri
Besarnya rahmat Allah S.W.T pada aku
Manisnya hikmah yg telah KAU beri Tuhan



p/s : moga hari-hari yg mendatang akan lebih dirahmati-Nya...in shaa Allah



~ Dylla Abas ~

Thursday 31 October 2013

Interview Punya Cerita


Baru-baru aku ada menghadiri satu interview di sekitar Bangsar
Dah lama tak di"interview"kan
Ada la rasa lain macam sikit...nervous kemain
Tapi, bila dah sampai sana
Sempat pula berbual dengan beberapa candidates lain
Terus rasa okay
Confident naik mendadak..cheh!

Ada 3 orang je candidates masa tu..termasuk la aku
Hari sebelum tu dah ada 6 candidates lain
Ramai juga la candidates yg nak merebut satu post ni
So..peluang tu tak la setinggi mana kan
Apapun, rezeki tu Allah S.W.T dah tentukan
Kalau ada rezeki aku kat situ...maka ada la jawabnya
Kalau takde..redha jelah
Cari rezeki kat tempat lain (",)

Candidate yg pertama tu di"interview" selama hampir 20 minit
Aku lega juga la dengan keadaan tu
Tak lama untuk di"interview" tu adalah perkara yg baik
Hoho >_<

Tapi..........
Tak sangka bila tiba giliran aku
Terpaksa mengambil masa selama 1 jam 15 minit!
Tudiaaaa..kemain lama aku kat dalam bilik interview tu
Aku pun pelik kenapa lama sangat
Banyak benda yg aku tanya agaknya
Aku pula yg jadi tukang interview.. kah!

Isnin lepas, aku terima call dari company tu
Mengatakan aku telah disenarai-pendekkan
Tapi, kemungkinan aku tak dapat la post tu
Sebab ada candidate lain yg lebih baik dari aku
Baru je nak rasa kecewa..tetiba dia suruh aku datang keesokan harinya untuk 2nd interview
Aku rasa pelik gile masa tu...berjaya ke tak sebenarnya ni..?
Bila dia explain..baru aku faham
Ada special request dari department lain yg memerlukan staff baru
Dan aku telah direkomenkan untuk mengisi "special request" tu

Jadi...kiranya aku dapat la kerja kat sana..?
Wallahu'alam
Tak berani nak cakap berjaya atau tak
Cuma, aku rasa bertuah juga la sebab dipilih untuk direkomenkan
Tunggu jelah call dari diorang sehari dua ni
Kalau ada..alhamdulillah
Kalau takde..aku takkan berputus asa
Rezeki tak datang bergolek kawan!


p/s : tetiba je rasa nak tukar angin (",)



~ Dylla Abas ~

 

Thursday 10 October 2013

Nostalgia Kantin Sekolah


Bila sebut tentang kantin sekolah..apa perkara pertama yg terlintas kat kepala korang..??
Kalau tanya aku..dah tentu perkara pertama ialah nasi lemak
Boleh..??
Huhuhu >_<

Disebabkan aku pernah bersekolah di 6 buah sekolah yg berlainan
Jadi pengalaman tu memang berbeza la di setiap kantin sekolah yg pernah aku terokai
Amboiiii...terokai sangat!!

Masa sekolah rendah...kantin sekolah memang bertindak sebagai sebuah kantin jelah
Datang kantin hanya pada waktu rehat
Dan dengan satu tujuan je...makan!
Bila dah masuk sekolah menengah...baru la kantin tu jadi multi-function
Kat kantin la tempat aku makan
Kat kantin la tempat aku buat study-group
** tak boleh buat study group kat library sebab group aku tersangat la bisingnya **
Dan kat kantin tulah tempat aku melepak

Yg pasti menu kat kantin sekolah tu
Walaupun di 6 buah sekolah yg berlainan
Nasi lemak juga yg jadi pilihan
Padahal bukan suka sangat makan nasi lemak
Cuma keyakinan untuk mencuba menu lain tu agak terbatas
Jadi...nasi lemak la pilihan selamat

Bila datang kantin dengan tujuan melepak
Masa tulah aku suka cuci mata
Ramainya "couple of the year" dok bercengkarama kan
Kuikuikui
Lepas tu dok gelak sorang-sorang bila membayangkan...
kalau la ayah aku tahu aku buat perangai macam tu juga..sumpah kena sembelih!

Apapun...nostalgia kantin sekolah tu antara nostalgia yg aku tak boleh nak lupakan
Banyak juga kenangan dengan pakcik dan makcik kantin
Bila kamceng dengan diorang..mesti la dapat habuannya kan..??
Itulah aku...hoho ^_^


p/s : teringin nak terjah balik semua kantin sekolah aku dulu



~ Dylla Abas ~

Monday 7 October 2013

Memahami Lebih Mudah Dari Difahami


Pernah tak korang melalui situasi di mana korang rasa orang sekeliling tak memahami keadaan korang..?
Kalau tanya aku...bukan setakat pernah...tapi selalu!
Selalu je rasa orang tak faham aku
Selalu je rasa orang tak nak faham dan ambil tahu keadaan aku
Sounds a bit emotional kan..??
Okay..relax..breath
Tak nak emosi pun petang-petang macam ni
Perut tengah kenyang..baik fikir macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ni
Kuikuikui ^_^

 Back to the topic
Sebenarnya..bila dalam fikiran kita dah terlintas perkara macam ni
Lebih baik kita ubah sikit minda kita tu
Kalau kita rasa orang sekeliling tak memahami kita...
1st thing..kita yg perlu fahami diri kita dulu
Then...kita fahami keadaan orang di sekeliling
Lebih mudah dari meminta diri kita untuk difahami

Walaupun tak semudah seperti yg disebut
Tapi, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sikit beban otak kita la
Tak perlu nak fikir kenapa orang tak faham kita
Sebaliknya...kita akan rasa lebih tenang bila kita dapat memahami orang lain

Tak adil..??
Hellooooo...has anyone told you that life IS fair..??
Jadi..itulah hakikat kehidupan
Suka ke tak suka ke..itulah yg perlu kita hadapi (",)


p/s : payah sebenarnya nak belajar memahami orang lain ni...arghhh!!



~ Dylla Abas ~

Tiada Apa Yg Terlewat Dengan Perancangan Allah S.W.T


Jodoh tak sampai lagi..?
Kahwin lambat..?
Hmm..isu yg tersangat klise
Aku dah lali sangat dengan isu ni
Bukan takde yg bertanya
Yg menyindir apatah lagi
Tapi aku...??
Jawab je dengan jawapan yg terlintas kat kepala
Marah...??
Tak marah la
Cuma kadang-kadang tu terasa juga la
Apapun..aku berterima kasih pada yg bertanya tu
Sangat mengambil berat okay ^_^

Kalau dulu dapat soalan macam tu aku sentap la juga
Tapi sekarang ni dah boleh tersenyum
Takde la nak menyentap lagi
Bagi aku...takde isu kahwin lambat sebenarnya
Semua yg berlaku dalam hidup ni..
semuanya telah ditentukan oleh-Nya
Dan DIA adalah sebaik-baik perancang

Kalau dulu aku selalu rasa yg nasib aku sangat tak baik berbanding nasib orang lain
Tapi..semakin hari meniti usia
Aku rasa aku la yg paling bertuah sekali walaupun belum kahwin lagi
Sebab...??
Aku ada banyak masa untuk mak dan ayah
Bukan semua orang dapat peluang macam tu
Itu adalah salah satu hikmah terbesar yg aku dapat melalui perancangan-Nya

Jadi, Dylla...tiada apa yg terlewat sebenarnya
Sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan-Nya
DIA telah menjanjikan ada kebahagiaan di sebalik setiap kesulitan
Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih tehadap sekalian hamba-Nya


p/s : positif sangat di pagi Isnin ni..ngee (",)



~ Dylla Abas ~
 

Friday 4 October 2013

Penangan Bermain Badminton


Semalam aku terasa nak join game badminton dengan kawan-kawan ofis
Sebab dah sangat lama meninggalkan game ni...
terasa was-was juga la nak bermain
Tapi, layankan je...kesian pula kat reket tu
Kalau berkarat nanti tak ke sia-sia

Dan malam tadi, masa sampai kat Pusat Komuniti Sentul Perdana tu
aku dah teruja gile
Excited tengok court badminton dan orang-orang yg tengah bermain
Dan adalah perasaan tak sabar bila kawan-kawan belum sampai lagi masa tu ^_^

Ramai juga la kawan-kawan ofis yg join game ni
Sebenarnya diorang memang dah lama involve
Aku ni je yg baru terasa nak join..huhu (",)
Dan hasil setelah bermain sebanyak 4 game..
tangan aku ni dah mula terasa lenguh-lenguh
Nasib baik takde injured apa kat bahagian kaki

Maklumlah, sebelum game tu sempat warm up ala kadar je
Pusing-pusing sikit bahangian pergelangan kaki dan tangan
Terus main
Inilah akibatnya..!

Tapi serius rasa sangat enjoy
Rindu sangat kenangan bermain badminton dengan kawan-kawan ofis lama
Lepas ni mungkin boleh aktif balik kot
Bestnya dapat bersukan!!


p/s : ada pula yg ajak join tournament..haish




~ Dylla Abas ~

Thursday 3 October 2013

Nostalgia Handmade Card


Sebelum ni aku pernah buat entri tentang nostalgia surat
Hari ni aku nak share nostalgia tentang kad ucapan yg aku buat sendiri
Dulu..masa zamam belajar la
Aku suka gile dan rajin gile buat kad ucapan
Tak pernah lagi la aku beli kad ucapan untuk diberi pada kawan-kawan
Memang aku buat sendiri je
Jadinya..bila dah rajin sangat buat sendiri
Memang dulu port lepak aku kedai stationaries la jawabnya
Lepak-lepak..cari idea..cari barang-barang craft
Aku kalau dapat lepak kat kedai-kedai macam tu
Sehari suntuk pun sanggup!

Semalam, salah seorang kawan lama ketika aku belajar di UiTM Arau
telah mengupload gambar tentang sesuatu yg pernah aku beri pada dia
Dan semua kenangan terus melintas kat kepala
Macam tengok wayang..playback!
Thanks kak Eyna..tak sangka kau masih simpan plaque ni
Bila diingatkan balik..asalnya aku nak buat kad
Tapi..ternampak plaque lama kat rumah aku
Jadinya...aku transform plaque tu sampai la jadi macam gambar kat bawah ni

Rindunya zaman belajar dulu!!
Bila la agaknya dapat melalui detik-detik manis macam ni lagi..?

Sekarang ni..aku masih aktif buat kad ucapan sendiri
Memang sangat jarang la aku beli kad ucapan
Melainkan kad raya
Tu memang aku tak tahu nak buat
Sebab selalu takde idea nak tulis apa ^_^


p/s : rasa puas hati bila tengok hasil kerja tangan sendiri dihargai



~ Dylla Abas ~

 

Wednesday 2 October 2013

30 Yang Pertama Di Dalam Sejarah Islam


Bila ditanya siapakah yg pertama mencipta telefon..?
Ramai di antara kita yg tahu jawapannya Alexander Graham Bell
Tapi...
Jika ditanya siapakah yg pertama menulis perkataan Bismillah
Yg sesungguhnya aku sendiri pun baru tahu
Jadi, perkongsian ini harapnya dapat memberi manfaat kepada semua
In shaa Allah (",)

1. Orang yg pertama menulis perkataan Bismillah
NABI SULAIMAN A.S

2.Orang yg pertama minum air zamzam
NABI ISMAIL A.S

3. Orang yg pertama berkhatan
NABI IBRAHIM A.S

4. Orang yg pertama diberikan pakaian pada hari kiamat
NABI IBRAHIM A.S

5. Orang yg pertama dipanggil oleh Allah S.W.T pada hari kiamat
NABI ADAM A.S

6. Orang yg pertama mengerjakan Sa'ie antara Bukit Safa dan Marwah
SAYYIDATINA HAJAR
** Ibu Nabi Ismail A.S **

7. Orang yg pertama akan dibangkitkan pada hari kiamat
NABI MUHAMMAD S.A.W

8. Orang yg pertama menjadi khalifah Islam
SAYYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A

9. Orang yg pertama menggunakan tarikh Hijrah
SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

10. Orang yg pertama meletak jawatan sebagai khalifah Islam
Al-HASSAN BIN ALI R.A

11. Orang yg pertama menyusukan Nabi S.A.W
THUWAIBAH R.A

12. Orang yg pertama Syahid di dalam Islam (Lelaki)
AL-HARITH BIN ABI HALAH R.A

13. Orang yg pertama Syahid di dalam Islam (Wanita)
SUMAYYAH BINTI KHABBAT R.A

14. Orang yg pertama menulis hadith
ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-ASH R.A

15. Orang yg pertama memanah di dalam perjuangan fisabilillah
SAAD BIN ABI WAQQAS R.A

16. Orang yg pertama bersolat dengan Nabi S.A.W
SAYYIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

17. Orang yg pertama membuat mimbar Masjid Nabawi
TAMIM AD-DARY R.a

18. Orang yg pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan
BILAL BIN RABAH R.A

19. Orang yg pertama menghunuskan pedang di dalam perjuangan fisabilillah
AZ-ZUBAIR BIN AL-AWWAM R.A

20. Orang yg pertama menulis sirah Nabi S.A.W
IBBAN BIN OTHMAN BIN AFFAN R.A

21. Orang yg pertama mengasaskan usul fiqh
IMAM SYAFIE R.H

22. Orang yg pertama membina penjara di dalam Islam
SAYYIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

23. Orang yg pertama beriman dengan Nabi S.A.W
SAYYIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.A

24. Orang yg pertama menjadi raja di dalam Islam
MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN R.A

25. Orang yg pertama membuat perpustakaan awam
HARUN AR-RASYID R.H

26. Orang yg pertama mengadakan Baitul Mal
SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

27. Orang yg pertama menghafaz al-Quran selepas Nabi S.A.W
SAYYIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

28. Orang yg pertama membina menara di Masjidil Haram
KHALIFAH ABU JA'FAR AL-MANSUR R.H

29. Orang yg pertama digelar al-Muqry
MUS'AB BIN UMAIR R.A

30. Orang yg pertama masuk ke dalam syurga
NABI MUHAMMAD S.A.W


p/s : sharing is caring




~ Dylla Abas ~

Rahsia Pergerakan Dalam Solat


Umumnya, kita semua ketahui bahawa terdapat 13 jenis pergerakan di dalam Solat
Pergerakan ini mempunyai fadilatnya yg tersendiri
Nak tahu...??
Kena terus baca la entri ni ye (",)

1. Niat
Memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat

2. Berdiri Tegak
Ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

3. Takbiratul Ihram
Sebagai pelita yg bakal menerangi kita di dalam kubur

4. Bacaan Surah al-Fatihah
Sebagai pakaian yg indah di dalam kubur

5. Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6. I'tidal
Sebagai bekalan minuman dari telaga al-Kautsar di dalam kubur

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian as-Sirat

8. Duduk di antara 2 Sujud
Sebagai penaung panji-panji Nabi S.A.W

9. Duduk di antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika di Padang Mahsyar

10. Tahhiyat Akhir
Memudahkan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur

11. Selawat ke atas Nabi S.A.W
Sebagai pendinding api neraka

12. Salam
Memelihara diri kita di dalam kubur

13. Tertib
Pertemuan kita dengan Allah S.W.T kelak


Source : Whatsapp Group


p/s : apapun...solat itu tiang agama
Peliharalah ia agar ia boleh memelihara kita di akhirat kelak
Wallhu'alam



~ Dylla Abas ~

Tuesday 1 October 2013

Nostalgia Surat


Semalam, sewaktu dalam perjalanan dari rumah abang ke rumah aku
Topik pagi kat Hot.fm tu berkisar tentang nostalgia surat
Bila dengar macam-macam cerita dari pemanggil
Buat aku teringat tentang diri aku dan nostalgia surat

Aku ni memang la suka sangat menulis surat
Pantang ada sepupu atau kawan yg menghantar surat kat aku
Cepat gile aku balas!

Kalau nak ikutkan..kotak surat aku tu lebih 5 kotak
** kotak kasut jelah pun **
Tapi...setelah berlakunya proses tapisan
Hanya 2 kotak je yg tinggal
Yg lain tu jadi mangsa api la

Aku rasa sampai ke hari ni..masih ada 1 kotak yg tinggal
Tu memang kategori surat kesayangan la
Nak buang memang terasa sayang sangat
Jadi...simpan jelah selagi terdaya
Kadang-kadang bila bosan..aku suka juga baca balik surat-surat tu
Lepas tu dok menyengih sorang-sorang kan
Macam apa je ^_^

Yg pastinya...takde surat cinta okay!
Yg berbau cinta pun takde
Semua surat-surat biasa je
Cerita tentang kehidupan dan kawan-kawan

Bila difikirkan balik
Nasib baik la aku tak pernah ada hati nak menulis surat untuk artis
Maklumlah..dulu gile sangat kat Zamani Slam tu
Hahahaha (",)


p/s : mesti korang pun ada nostalgia surat kan...meh share!



~ Dylla Abas ~

Rezeki Itu Tanggungjawab


Rezeki yg diberikan kepada kita bergantung kepada berapa banyak tanggungjawab yg telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita
Lagi banyak tanggungjawab yg kita laksanakan
Akan bertambahlah rezeki kita...in shaa Allah

Jadi, janganlah mengeluh bila kita diuji dengan begitu banyak tanggungjawab
Kerana itu semua rezeki
Dan rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T


p/s : perkongsian dari kakak tersayang..mekasih kak Ila (",)



~ Dylla Abas ~

Oktober Datang Lagi


1 Oktober 2013
Bulan Oktober dah kembali
Ada apa dengan bulan Oktober..??
Takde apa pun
Cumanya...bila dah masuk bulan Oktober
Maknanya kita dah masuk suku tahun yg terakhir
Masa terasa makin cepat berlalu @_@

Tapi, apapun aku rasa sangat lega bila berakhirnya bulan September
Macam-macam perkara yg berlaku sepanjang bulan lepas
Perkara yg terlalu menduga hati dan menguji kesabaran

Dengan masa yg semakin singkat ni
Terlalu banyak perkara yg aku nak buat
Entah ada kesempatan atau tidak untuk buat semua yg telah aku rancang tu
Walau apapun
Moga aku akan terus diberi kesempatan untuk beribadah kepada-Nya
Tanpa putus
Itu yg lebih penting kan 


p/s : October...please be nice to me ^_^



~ Dylla Abas ~
 

Monday 30 September 2013

Perlunya Hati Yg Kuat Di Dalam Bersabar


Sabar
Perkataan yg amat mudah untuk disebut
Lebih mudah lagi nak ungkapkan pada seseorang yg sedang dilanda kesedihan
Tapi..mudah ke nak menerima ungkapan sabar tu..??

Mudah..jika kita punya hati yg kuat
Ya
Itulah hakikatnya
Setabah mana pun kita
Sekiranya hati kita lemah
Sukar untuk kita memujuk diri kita untuk bersabar

Wahai hati,
Bertabahlah
Kuatlah engkau untuk terus bersabar
Berpeganglah pada janji Allah S.W.T
Sesungguhnya, DIA tidak memungkiri janji


p/s : jiwa sangat kacau T_T



~ Dylla Abas ~

Friday 27 September 2013

Antara Duit Dan Kesihatan


Alhamdulillah
Allah S.W.T masih memberi kesihatan yg baik untuk aku meneruskan hidup
Mencari rezeki yg halal
Dan yg paling penting...dapat beribadah kepada-Nya

Jika diberi pilihan
Antara duit dan kesihatan
Korang pilih yg mana...?

Kalau tanya aku...secara jujurnya aku lebih pentingkan kesihatan
Duit tu bila-bila masa boleh cari
Kalau diri tak sihat...duit melayang juga kan

Ada orang yg memilih duit lebih dari kesihatan
Baginya..kesihatan tu perkara kedua yg perlu dititikberatkan selepas mencari duit
Hmm...wallahu'alam
Aku rasa kerja sia-sia je kalau dah penat cari duit tapi kena bayar bil hospital/klinik sebab kesihatan yg tak berapa nak bagus

Apapun, tepuk dada tanyalah selera
Diri kita tanggungjawab kita
Janganlah buat sesuatu yg boleh memudaratkan


p/s : lebih baik kena potong gaji dari terlantar tak bermaya

Thursday 26 September 2013

Bila Hati Dah Sayang


Tajuk tak boleh blah!
Suka sangat la nak bercakap pasal hati kan
Padahal kerja tengah menimbun ni Dylla oii..!!
 November ni ada konvokesyen yg ke-13 untuk Unirazak
Jadi, banyak benda yg nak kena settle
Tugas aku tak la sesusah mana pun
Exhibition & Sponsorship
Cuma...kadang-kadang merungut juga bila kena buat semua ni
Hey...tak baik la buat kerja merungut, Dylla!!

Okay...back to the topic
Bila hati dah sayang
Apa yg akan jadi...??
Huish...jangan ditanya!
Bila hati dah sayang..macam-macam benda boleh jadi tau

Ada yg sanggup buat apa saja untuk yg disayangi
Yg pasti
Bila rasa sayang tu dah mula wujud dalam hati
Seseorang tu pasti akan jadi lebih sensitif
Semua perkara pun akan menjadi lebih serius

Kalau dulu..tak kisah pun diri tak diutamakan
Tapi...bila hati dah sayang
Mula la nak rasa merajuk bagai
Mula la nak buat perangai
Ish..ish..ish..

Walau apapun
Maruah diri harus dijaga
Jangan disebabkan rasa sayang
Semua benda pun tak dipedulikan lagi
Peace ^_^


p/s : peringatan buat diri sendiri (",)


Tuesday 24 September 2013

Dengar Apa Yg Perlu


"Jangan bazirkan masa anda untuk memberi penjelasan
Kerana manusia hanya akan mendengar apa yg mereka mahu dengar"

Hmm..mendalam betul maksud kata-kata ni bagi diri aku
Bila difikirkan balik, memang betul pun
Kadang-kadang...kita je yg rasa perlu untuk jelaskan tentang sesuatu perkara
Tapi, orang yg mendengar tu..nak ke diorang dengar semua yg kita nak jelaskan..??
Mungkin ada yg nak dengar sebahagian je
Atau mungkin ada yg nak dengar semua
Tapi yg banyaknya...TAKDE yg nak mendengar!!
Biasalah..bila dah melibatkan "penjelasan"..mestilah ada sedikit bebelan kan
Siapa yg suka kena bebel..??

Yg lebih teruk lagi bila orang yg mendengar penjelasan tu tak ambil peduli pun
Dalam erti kata lain
Masuk telinga kiri...keluar telinga kanan
Masa tu terasa juga la "sia-sia je aku explain kat dia ni.."

Walau apapun
Dylla...bercakap benda yg perlu dan dengar apa yg perlu saja
Tak payah nak pening-pening kepala dengan kerenah orang lain
Lain orang memang lain la ragamnya
Lumrah manusia, rambut sama hitam...tapi hati lain-lain (",)


p/s : hati kering
 

 


Solat and The Day of Judgement


**A story to be shared...hopefully it may be benificial to all..in shaa Allah**

There were only 15 minutes left before Isya'
He quickly made Wudhu' and performed Solatul Maghrib
While making Zikir, he again remembered his grandmother
and was embarrassed by how he had prayed
His grandmother prayed with such tranquility and peace
He began making Du'a and went down to make Sujud
and stayed for a while

He had been at work all day and was tired...so tired
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting
He was sweating profusely
He looked around
It was very crowded
Every direction he looked in was filled with people
Some stood frozen looking around
Some were running left and right
Some were on their knees with their heads in their hands...just waiting
Pure fear and apprehension filled him as he realizedwhere he was
His heart was about to burst
It was the Day of Judgement!

When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgement
But that seemed so long ago
Could this be something his mind made up..?
No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this
The interrogation was still going on
He began moving frantically from people to other people
To ask if his name had been called
No one could answer him
All of sudden, his name was called
And the crowd split into two and made a passageway for him
Two angels grabbed his arms and led him forward
He walked with unknowing eyes through the crowd
The angels brought him to the centre and left him there
His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie
He opened his eyes but saw only another world
The people were all helping others
He saw his father running from one lecture to the other...
spending his wealth in the way of Islam
His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared

He pleaded his case...
"I too was always on this path,
I helped others,
I spread the word of Allah,
I performed my Solat,
I fasted in the month of Ramadhan
Whatever Allah ordered us to do...I did
Whatever HE ordered us not to do...I did not"
He began to cry and think about how much he loved Allah
He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved
And his only protector was Allah

He was sweating like never before
And was shaking all over
His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision
At last, the decision was made
The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd
His legs felt like they were going to collapse
He closed his eyes as they began to read the names of those people who were to enter Jahannam

His name was read first
He fell on his knees and yelled,
"How could I go to Jahannam..?? I served others all my life, I spread the word of Allah to others.."
His eyes had become blurry ans he was shaking with sweat
The two angels took him by the arms
As his feet dragged, they went through crowd and advanced toward the blazing flames of Jahannam
He was yelling and and wondered if there was any person who was going to help him
He was yelling of all the good deeds he had done
How he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Quran that he read,
he was asking if none of them would help him.

The Jahannam angels continued to drag him
They had gotten closer to the Hellfire
He looked back and these were his last pleased
Had not Rasulullah S.A.W said,
"How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does Solat performed five times cleanse someone of their sins..?"

He began yelling,
"My prayes? My prayers? My prayers?"
The two angels did not stop, and they came to the edge of abyss of Jahannam
The flames of the fire were burning his face
He looked back one last time
But his eyes were dry of hope and he had nothing left in him

One of the angels pushed him in
He found himsef in the air and falling towards the flames
He had just fallen 5 or 6 feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back
He lifted his head and saw an old man with a long white beard
He wiped some dust off himself and asked him,
"Who are you"
The old man replied,
"I'm your prayes.."
"Why are you so late! I was almost in the fire! You rescued me at the last minute before I fell in!"

The old man smiled and shook his head,
"You always performed me at the last minute, did you forget..?"

At the instant, he blinked and lifted his head from Sujud
He was sweat
He listened to the voices coming from the outside
He heard Adzan for Isya'
He got up quickly and performed his Solat
Allahuakbar!


p/s : Solat itu tiang Agama..jangan ditinggalkan jangan pula dilengahkan

My Heart, Please Be Strong


Tajuk je omputih
Tapi entri ni dalam bahasa Melayu ye..harap maklum (>_<)

Lately, hati aku ni sentiasa dicabar dan diduga
Macam-macam benda yg jadi
Macam-macam hal yg datang
Ada masa aku tersentap juga
Ada masanya aku cuba untuk buat tak tahu
Dan ada masanya aku rasa hati ni semakin tak mampu nak bertahan
Dah tua agaknya
So...hati pun ikut tua juga la..huhu ^_^

Pernah tak korang bayangkan kalau kita ni takde hati..apa jadi ye..??
Hmm..takde hati tu dah jadi macam penjenayah la pula
Boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan orang lain
Tak bestnya jadi penjenayah..!!

Hati ni besar fungsinya dalam tubuh badan kita
Dari sudut saintifik...hati ni merupakan organ yg terpenting di dalam proses metabolisma
Selain itu, hati juga berfungsi untuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah

Kalau dari sudut psycology, hati ni tempat kawalan perasaan
Eh...ye ke..??
Macam tulah lebih kurang
Apa-apa yg berkaitan dengan perasaan...
marah, benci, suka, rindu dan sebagainya
Asalnya dari hati
Kalau takde hati, macam mana nak rasa semua tu kan...?

Disebabkan hati ni merupakan organ yg sangat penting
Saintifik atau psycology
Kena la jaga hati tu baik-baik kan
Jangan sampai dia sakit atau rosak
Bila sampai satu tahap hati tu gagal berfungsi dengan baik
Diri kita pun tak berfungsi juga la jawabnya

Jadi...HATI ku yg tercinta
Tolong la bertahan
Tolong jadi lebih kuat
Supaya aku boleh terus hidup (",)


p/s : pagi-pagi cakap pasal hati...sakit hati agaknya aku ni

Monday 23 September 2013

1001 Cerita


Lama sungguh aku menyepi
Bukan takde apa yg nak dikongsi
Cuma..........
Mood ni kejap okay kejap tak okay
Sementara nak tunggu mood tu okay..aku kumpul la dulu beberapa cerita
Ada la juga benda nak update kat blog buruk ni kan

Ada beberapa kejadian yg berlaku dalam hidup aku sepanjang aku tak berblog ni
Rasa sedih juga bila diingatkan balik
Minggu pertama bulan September yg lepas
Aku dikejutkan dengan berita yg paling tak best
Ayah dah serahkan rumah kat kampung tu atas nama adik dia
Sumpah sedih!
Lepas ni aku takde kampung lagi
Takde lagi Slim River dalam hidup aku T_T
Aku pun tak tahu kenapa ayah buat macam tu
Tulah satu-satunya kenangan arwah atuk dan opah
Bila dah bertukar milik ni..faham-faham jelah
Ayah...ayah....

Masuk minggu kedua bulan September
Rumah aku di Cheras dipecah masuk!
Lahaulawalaquwataillabillah
Sadis wehhhh @_@
Lappy aku hilang
DSLR dengan Flash pun hilang
Cincin aku pun hilang juga
Housemate aku kehilangan lappy je
Sedih...memang rasa nak menangis
Tapi, masa sampai rumah tu...aku hanya mampu ketawa je
Ketawa tengok keadaan bilik aku yg teramatlah bersepah!
Sumpah...aku sendiri tak pernah sepahkan bilik aku macam tu
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana
Paling sedih bila aku ternampak beg DSLR aku tercampak kat tepi tangga
Ya Allah...speechless!
Menggigil juga la tangan aku kutip balik beg tu
Bawa naik ke rumah dengan perasaan yg sangat sebal
Bila tengok isi beg dah takde...lagi la rasa nak menangis
Dah la DSLR tu abang yg hadiahkan
Bila mengadu kat abang...dia pun tak terkata apa T_T
Buat police report...tapi buat syarat jelah
Diorang pun macam nak tak nak je layan
Kitaorang bukan mangsa kecurian yg pertama
Jadi...itulah hakikatnya yg terpaksa kitaorang hadapi bila tak dapat layanan yg sepatutnya

Dan........
Sabtu yg lepas
Housemate aku begnya diseluk pula di Jalan TAR
Handphone dia pula hilang
Astaghfirullahal'adzim
Bertimpa-timpa dugaan Allah yg datang
Bila diingatkan balik...aku tak tahu masa bila pencuri tu sempat seluk beg kawan aku ni
Cepat tangan sungguh!

Apapun...moga-moga dengan dugaan macam ni akan buat kitaorang jadi lebih tabah
Sedih tu memang la sedih
Tapi...dah ditakdirkan bukan rezeki aku
Moga Allah memberi balasan yg setimpal terhadap pencuri-pencuri tu
Allah tu Maha Adil kan
Redha jelah Dylla ^_^



p/s : akan kembali aktif berblog lepas ni...in shaa Allah (",)
 
 
 

Friday 6 September 2013

Minggu Kemalasan


Sepanjang minggu ni, memang semua perkara dilakukan dengan perasaan malas
Bila dah rasa malas tapi masih tetap nak melakukan sesuatu, sangatlah tak menjadi hasilnya
Malas ni bukan sekadar malas nak update blog, tapi rasa malas nak buat semua
Bangun tidur pun malas, nak pergi mandi pun malas, nak cari makan pun malas
Rasa lebih senang bersantai-santai di atas tilam sambil ditemani oleh mr.Teddy gemok >_<
Dan yg lebih menariknya, attendance kerja aku sepanjang minggu ni merah belaka
Pecah rekod betul la Dylla..!!

Bermula dari hari Isnin, beberapa department di tempat kerja aku mengadakan Jamuan Raya
Tugas aku mudah je..rebus laksa sebanyak 3 bungkus malam sebelum jamuan tu
Tapi, berlaku pula kejadian tangan melecur masa nak merebus laksa
Mood terus down sepanjang malam dan sepanjang hari Isnin tu!
Dan akibatnya, hari Selasa tu aku m.c disebabkan demam tangan melecur...adoiii
** tak pernah mengalami kejadian melecur sepanjang hidup..tulah 1st time kena **

Rabu tu pula, dengan tray yg dah menimbun, jadi masuk ofis dengan perasaan yg sangat bebal
Cuba selesaikan semua kerja dengan kadar segera sambil-sambil BW
Memang tak boleh fokus!

Semalam, cuba nak jadi rajin dengan buat kerja-kerja filing
Tapi..............
tudiaaaa..rupa-rupanya dah 4 bulan aku tak buat filing!
Masuk je bilik file tu, tengok dokumen aku elok je tersusun atas rak
Files pun kosong je..cantik je lagi ring dia..hahahaha
Jadi, hampir setengah hari aku siapkan kerja filing tu
Alhamdulillah...berjaya juga aku siapkan ^_^
Bila kat rumah, satu apa pun tak nak buat
Tidur pun lewat
Dok belek-belek novel, main remote tv, bla bla bla
Bila dah tidur pun lewat, memang la bangun pun liat kan
Apala nak jadi dengan kau ni Dylla..??
Apapun, bersyukur sangat sebab walaupun dengan 1001 alasan malas ni...
aku masih gigih meneruskan rutin harian seperti biasa (",)


p/s : beratnya mata ni..rasa nak terpejam je..lambat lagi ke nak balik???



~ Dylla Abas ~


Wednesday 4 September 2013

20sen Punya Hal


Rasanya belum terlambat untuk update kisah 20sen yg menjadi topik hangat sehari dua ni
Iye...harga minyak petrol naik lagi..yeay!!
Seperti yg dijangka..cuma tunggu masa je dan akhirnya menjadi nyata
Ron95 telah dinaikkan harga sebanyak 20sen dan kini menjadi MYR 2.10/liter
Pandangan aku...?? Entah la...susah nak cakap
Nak cakap tak kisah pun orang marah...nak cakap kisah pun kena marah
Jadi..tutup mulut..duduk diam-diam..baca je komen-komen semua orang

Bila minyak petrol naik harga..semua orang bising
Macam-macam status naik
Macam-macam cerita keluar
Dan bila minyak petrol naik harga...barang-barang lain semua nak naik harga juga
"Harga barang makin naik..gaji je yg tak naik-naik.."
Klise okay!

Walaupun aku tak drive ke tempat kerja..tapi bila harga minyak petrol naik ni,
buat aku termenung juga la
Memikirkan orang lain yg terpaksa mem"budget" semula monthly expenses diorang
Tapi..itu la hakikatnya yg terpaksa kita lalui

"Pangkah lagi BN...ini la hadiah yg diorang bagi...!!"
Eh...boleh ye cakap macam tu...?
Aku ni bukan la pro BN sangat..tapi tak perlu kot keluar ayat-ayat macam tu
Semua benda dalam dunia ni akan naik kan
Apa benda yg tak naik-naik...??
Eh ada...harga kereta!! huhu >_<

 
 p/s : lebih senang memikirkan hidup yg sentiasa tenang dan aman dari buat kecoh kt FB pasal harga minyak petrol naik (",)



~ Dylla Abas ~

Thursday 29 August 2013

Fadhilat Istighar


Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Rasulullah SAW juga bersabda: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

Antara hikmah/fadhilat istighfar :

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyeksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Kalau nak buat sekali harung 70 kali tu mungkin ada yg kata susah (Kalau nak sebenarnya sekejap aje tak sampai 5 minit) So, aku share sikit macam mana nak buat 70 kali sehari. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus sebab share tips ni.

10 kali lepas bangun jer dari tidur.
10 kali lepas solat Subuh
10 kali lepas solat Zuhur
10 kali lepas solat Asar
10 kali lepas solat Maghrib
10 kali lepas solat Isyak
10 kali sebelum tidur..

Cukup 70..agak mudah kan macam ni.
Jom sama-sama kita praktikkan...in shaa Allah (",)


p/s : lidah ni kalau tak beristighfar pun..pasti tak lekang dari berzikir..alhamdulillah >_<


~ Dylla Abas ~

Kisah 22 Soalan

 
Kisah ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah, sebagai selingan ke arah mengajak kita berfikir dan melaksanakan tanggung jawab agama kita.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.

Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan 1 yang tiada 2nya, 2 yang tiada 3nya, 3 yang tiada 4nya, 4 yang tiada 5nya, 5 yang tiada 6nya, 6 yang tiada 7nya, 7 yang tiada 8nya, 8 yang tiada 9nya, 9 yang tiada 10 nya, sesuatu yang tidak lebih dari 10, 11 yang tiada 12nya, dua 12 yang tiada 13nya, 13 yang 14belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Bismillah dia berkata,
 
1 yang tiada 2 nya ialah Allah s.w.t..
 
2 yang tiada 3 nya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3 yang tiada 4 nya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4 yang tiada 5 nya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5 yang tiada 6nya ialah Solat 5 waktu.

6 yang tiada 7 nya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

7 yang tiada 8 nya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8 yang tiada 9 nya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9 yang tiada 10 nya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang

Sesuatu yang tidak lebih dari 10 ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya 10 kali lipat." (Al-An'am: 160).

11 yang tiada 12 nya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12 yang tiada 13 nya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air." (Al-Baqarah: 60).

13 yang tiada 14 nya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 1)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:9) 

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19)

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2 ).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang 5 waktu, 3 dikerjakan di malam hari dan 2 di siang hari." 

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya? " Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: 'Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


 

Friday 23 August 2013

I'm Getting Older..!!


Terharu
Itu je yg mampu aku luahkan
Iye...sangat terharu dengan kawan-kawan yg wish birthday kat aku semalam
Terima kasih yg tak terhingga atas ingatan tu (>_<)

Kepada Cikgu Kancil dan 3norgr33ny...sangat berterima kasih atas entri semalam
2 orang sahabat blogger yg tak putus-putus berkunjung ke blog ni
Terima kasih atas sokongan korang selama ni (",)
Dan kepada teman-teman sepejabat yg bersusah payah buat kad birthday tu...
you're my besties...ever!!
**Gigih sungguh buat kad birthday tu ye Dik Wan*


 p/s : tiada sambutan hari jadi...tapi ayah dah janji nak bawa gi makan besar...yeay!!



~ Dylla Abas ~