Pages

Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal Segala Kenangan

Assalammualaikum W.B.T

Tinggal beberapa jam saja lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2012 yg telah mencatat pelbagai kenangan, pahit dan manis, suka dan duka, gelak dan tawa. Dan ini merupakan entri terakhir aku untuk tahun 2012 ni. Sedih pula rasanya bila menulis perkataan "terakhir" tu. Rasa sebak semacam. In shaa Allah, aku akan terus menulis dan menulis, selagi aku terdaya.

Bila aku BW blog aku sendiri, rasa nak gelak sorang-sorang pun ada. Macam-macam entri aku buat ye. Banyaknya entri syok sendiri la...hahaha. tak kisah. Kalau takde orang nak baca pun, at least satu hari nanti kalau aku tergerak hati nak tengok balik, aku baca sendiri jelah.

Sampai ofis pagi tadi, ada juga la beberapa orang teman yg bertanyakan tentang sambutan tahun baru. Aku..?? Kat rumah je. Tak pernah lagi sambut tahun baru kat luar. Aku rasa last aku keluar tengok bunga api kat Putrajaya tu, masa sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2005. Lama sungguh! Lepas tu takde dah. Bukan tak nak keluar. tapi, mood nak keluar tu selalu takde. Tak larat dah nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Zaman muda-muda dulu boleh la nak bersesak. Dah tua-tua macam ni, takde daya dah rasanya >_<

Apapun, aku nak mengambil kesempatan kat sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua kawan-kawan yg setia mengunjungi blog buruk ni. Tanpa korang, sepi la dunia blog aku. Chewahhh!



p/s : azam tahun baru korang apa..??




~ Dylla Abas ~

Saturday 29 December 2012

Doa Dan Taubat

Assalammualaikum W.B.T

** Sekadar perkongsian bersama **

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa
Mengenangkan dosa-dosa lalu yg dilakukan
Ketika harapan dirasakan tiada lagi
"Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan
Bila-bila masa saja, siapa saja insan itu,
Di mana saja dia berada,
Bangsa apa dia, Keturunan apa dia,
Siapa ibu bapanya, Siapa saja datuk neneknya,
Jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla,
Atau kembali kepada Allah,
Maka tidak pernah ada halangan..."
Surah Az-Zumar ayat 53 yg bermaksud :
Beritahu kepada hamba-hamba-Ku, katakanlah wahai hamba-hamba Allah, yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka (kerana terlalu banyak dosa), jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah, jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah, Allah mengampunkan segala dosa.
Ketika diri tiada tempat untuk meluah
Melepaskan segala resah di jiwa
Sabda Rasulullah S.A.W :
Sesiapa yg menutup aib orang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat kelak.
"Islam menyuruh kita menutup keaiban diri
Islam menyuruh kita memperbaiki diri
Islam tidak menyuruh kita ceritakan keaiban diri kita
Cukuplah sekadar kita beristighfar kepada Tuhan
Kembali kepada Tuhan
Minta keampunan daripada Allah
Pintu keampunan Allah sentiasa terbuka
Allah buka pintu keampunan itu pada waktu siang
Untuk DIA mengampunkan dosa yg kita lakukan di waktu malam
Dan DIA buka pintu keampunan itu pada waktu malam
Untuk DIA mengampunkan dosa yg kita lakukan di waktu siang..."
Usah berputus asa dengan rahmat Tuhan
Teruskan perbaiki diri
Seluas-luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu taubat
Allah S.W.T berfirman :
Wahai hamba-Ku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit, kemudian engkau beristighfar, kemudian engkau memohon keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan engkau.
"Selagi mana kita ikhlas
Tidak berniat untuk menipu
Dan betul-betul ingin bertaubat
Tuhan pasti akan mengampunkan kita..."
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
"Apabila kita ingin kembali kepada Allah, DIA tidak pernah bertanya,
Siapa ibumu, siapa bapamu, siapa datukmu, siapa nenekmu..."
"Manusia yg tampil untuk menentang orang yg memerangi Nabi S.A.W
Lagi Tuhan terima taubatnya
Namun kita sebagai manusia biasa
Seringkali melakukan benda tak baik
Berzina
Minum arak
Tapi kalau kita ingin kembali kepada Islam
Kembali kepada Allah
Tidak pernah ada halangan antara kita dengan Tuhan..."
Hanya kepada-Nya kita sembah
Hanya kepada-Nya kita memohon
"Kamu berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin
Bahawa doa kamu akan diterima
Ketahuilah Allah tidak akan menerima
Doa dari hati yg lalai dan alpa..."
Surah Al-Baqarah ayat 6 yg bermaksud :
Bila hamba-hamba-Ku bertanya engkau wahai Muhammad tentang-Ku, maka sesungguhnya aku dekat, aku menyahut doa orang yg berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.
"Semua doa menjelma, melainkan doa yg tidak bersungguh..."
Kita seringkali terlupa
Bahawa Allah lebih tahu
Apa yg kita perlukan
"Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat
DIA memperkenankan dalam pelbagai rupa
Manusia kadangkala berdoa untuk memperolehi wang yg banyak
Sebenarnya dia bukan hendakkan wang ringgit
Dia hanya nak kebahagiaan
Tapi dia sangka dengan adanya wang
Dia akan bahagia
Dan Allah kadangkala tak bagi dia wang
Allah bagi dia kebahagiaan
Fahamilah apa yg kita perlukan sebelum meminta..."
"Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya hingga kiamat
Tuhan perkenankan doanya
Sedangkan Iblis derhaka terhadap-Nya
Inikan pula kita hamba-Nya yg sujud kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya
Pasti doa itu akan diperkenankan..."
"Manusia yg berdoa untuk kebaikan orang lain
Tanpa diketahui oleh orang lain itu
Maka Allah perkenankan doanya
Bukan saja kebaikan untuk orang yg didoanya itu
Malah untuk dirinya juga..."
Selagi nyawa dikandung badan
Peluang untuk kembali kepada Tuhan
Tidak pernah tertutup
In Shaa Allah
Credit to :
Prof madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


~ Dylla Abas ~

Wednesday 26 December 2012

Belajar Untuk Berkata Cukup

Assalammualaikum W.B.T

Aku dapat emel ni dari salah seorang teman lama. Suka sangat nak share dengan kawan-kawan semua. Enjoy reading!

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahan pula ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil hisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah kecoh-kecoh & sibuk nak mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi".

Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata:

"Some people just don't know what to wish for"

(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita?

Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'.

Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.

Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.

Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya baru graduate, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.

Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni...

Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. .

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.

Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, belajarlah untuk berkata CUKUP, ALHAMDULILLAH ....."

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu."

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "




p/s : credit to Nurul Firdaus for the email (",)





~ Dylla Abas ~

Mencari Semangat Tahun Baru

Assalammualaikum W.B.T
Tinggal 4 hari lagi kita semua bakal meninggalkan tahun 2012. Perasaan untuk menyambut tahun 2013 nanti bercampur-baur. Salah satu daripadanya adalah rasa syukur yg tidak terhingga kerana masih dipanjangkan usia ** in shaa Allah akan dipanjangkan usia untuk terus beribadah kepada-Nya ** setelah pelbagai spekulasi tentang hari kiamat dibuat. Dan kita semua tahu bahawa semua andaian itu mitos semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui.
Meninggalkan tahun 2012 dengan pelbagai kenangan manis yg sukar untuk dilupakan. Terselit juga beberapa kenangan pahit yg boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran berharga di dalam kehidupan yg mendatang.
Bagi diri aku secara peribadinya, tahun 2012 merupakan tahun yg agak malap. Malap..?? Hehehe...malap sikit la kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun yg sebelum ni. Apapun, past is past. Apa yg dah berlaku tu memang tak boleh nak patah balik. Apa yg boleh aku buat adalah memperbaiki keadaan. Semoga tahun 2013 nanti akan memberi sinar yg lebih baik dalam hidup aku dan kita semua hendaknya...amin.
Yg paling penting, aku harus memulakan misi untuk mencari semangat bagi meneruskan kehidupan di masa depan. Hmm, mana nak cari semangat ni wehhh..?? Ada jual kat pasaraya tak..?? Huhu...sengal punya soalan. Hmm, apapun kena berbalik kepada fitrah manusia. Semangat itu lahir dari hati. Dan hati pula perlu dibersihkan terlebih dahulu. Dicuci. Di"vacuum". Di"polish". Bila dah bersih, barulah semangat itu mampu dilahirkan...in shaa Allah.
p/s : jadual awal tahun 2013 dah dipenuhi dengan undangan perkahwinan sedara-mara dan sahabat-handai  >_<





~ Dylla Abas ~

Monday 24 December 2012

Oppsss...I Did It Again

Assalammualaikum W.B.T
Apa pula yg kau dah buat lagi ni, Dylla...?? Oh, sebelum tu...moga semua kawan-kawan sentiasa berada di dalam lindungan-Nya selalu...amin. Okay...berbalik kepada tajuk entri, hari ni merupakan Isnin ketiga aku buat perangai. Berturut-turut pula tu!
Buat perangai...?? Iye...sejak aku masuk department baru ni, semangat nak datang kerja tu on-off. Bila memikirkan terlalu banyak kerja yg perlu disiapkan, aku paksa juga la diri ni pergi kerja. Kalau tak, memang melepek jelah kat rumah. Bangun tidur pun macam nak tak nak. Dah bangun pun masih dok melingkaq atas tilam tu.
Ya Allah, gile pemalasnya aku!! Astaghfirullah...bukan niat nak jadi malas pun. Cuma semangat bekerja tu merudum jatuh! Mungkin ke sebab faktor hujung tahun...?? Hmm, tapi tak juga. Hujung tahun lepas aku okay je. Kawan-kawan kat department ni okay, cuma environment bekerja tu melemahkan semangat. Serius takde mood nak datang kerja. Ni pun, aku gagahkan juga diri ni nak menghadap kerja yg menimbun.
Isnin 2 minggu yg lepas, aku amek cuti "emergency" sebab nak meraikan birthday mak aku. Isnin lepas pula, aku terpaksa mc sebab sakit mata. Dan Isnin hari ni, aku masuk lewat...dengan alasan yg aku pun tak tahu munasabah ke tak. Rekod attendance hari Isnin memang hancus la..!! Ni kalau kena panggil dengan bos, aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Buat perangai tahu, tapi suruh menjawab tak tahu ek...huhu >_<
Kawan-kawan ada tips mujarab tak macam mana nak mengembalikan semangat bekerja...?? Tolonglah share...teruk sangat dah aku ni.
Google



~ Dylla Abas ~

Thursday 20 December 2012

Pemahaman Orang Murtad Yg Membimbangkan

Assalammualaikum W.B.T
Aku percaya semua umat Islam tahu apa makna murtad. Murtad boleh didefinasikan sebagai orang yg "keluar" dari agama asal untuk menganuti agama lain atau memilih untuk tidak beragama (free-thinker). Aku tahu, isu murtad ini bukanlah isu baru mahupun isu luarbiasa di kalangan kita. Tapi, isu ini terus menjadi topik perbualan yg tak akan habis.
Semalam, tujuan asal untuk meng"update" blog menjadi tergendala gara-gara tersangkut kat satu page di FB - Murtads In Malaysia And Singapore (MMS). Ye kawan-kawan...page ini dibuat khas untuk golongan murtad. Tapi, ramai juga yg masih ada iman datang menjenguk dan meninggalkan komen serta nasihat untuk golongan ini.
Aku semalam terpanggil juga untuk komen beberapa isu di dalam page ni. Tapi, umpama memetik lighter di depan kipas. Itulah yg aku boleh gambarkan. Sebab golongan ini memang sudah tidak mempercayai akan agama Islam, tidak percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W dan yg paling penting tidak percaya pada kewujudan Allah S.W.T. Allahuakbar...menitis airmata aku bila terbaca isu-isu yg mereka tulis yg jelas menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Sebak rasanya. Dan rasa terkilan sebab aku tak mampu nak menulis apa-apa untuk mempertahankan kesucian Islam. Apa yg aku mampu lakukan hanyalah mendoakan agar mereka ini diberi hidayah dan dibukakan hati untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Aku bukan tak nak tulis apa-apa sebenarnya. Cuma macam yg aku beritahu tadi la, umpama memetik lighter di depan kipas. Sia-sia. Setiap apa yg dinasihatkan, golongan ini akan memutarbelitkan keadaan. Mereka memang tidak mahu menerima langsung akan kebenaran agama yg pernah mereka anuti sebelum menjadi murtad.
Tapi, aku tertanya juga, takkan la mereka ni TAK TAHU LANGSUNG tentang keindahan Islam, sedangkan sebelum ini mereka pernah menjadi sebahagian dari umat Nabi Muhammad S.A.W...?? Ada beberapa komen yg aku baca yg menjelaskan golongan murtad ini sebenarnya pernah diduga dengan dugaan yg hebat dari Allah S.W.T. Namun, disebabkan kelemahan iman, mereka hanyut dan akhirnya menjadi murtad. Mereka lupa yg mereka punya Allah S.W.T, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Mereka lupa bahawa setiap dugaan yg datang itu adalah sebagai bukti betapa Allah S.W.T menyayangi hamba-Nya.
Tapi, aku tahu...aku tak boleh menilai mereka semudah itu. Pasti ada sebab mengapa mereka semua jadi begini. Aku teringin sekali nak tahu puncanya. Tapi, disebabkan terlalu banyak komen-komen pada setiap post tu, aku rasa mata aku ni berpinar juga. Mungkin aku akan sambung lagi "stalk" page diorang agar aku jelas dengan situasi sebenar. Harap-harap masa tu aku diberi kekuatan untuk menegur dan menasihati. Memang aku tak punya ilmu yg cukup, tapi sebagai seorang umat Islam, aku yakin dengan pengetahuan yg ada ni dah cukup untuk membantu aku jika aku ingin menegur atau menasihati. Bukan nak tunjuk pandai. Cuma ingin berkongsi apa yg aku tahu. Dan moga Allah S.W.T memberi petunjuk dan jalan kepada aku, serta merahmati niat baik aku. In Shaa Allah.
Sumpah aku tak pernah terbaca tentang isu ni - Pak Lah ke yg buat statement begini..?? Aku tak percaya langsung...!!
"Ya Allah, janganlah Kau sesatkan kami setelah Kau memberi hidayah ini kepadak kami dan semoga Kau mengampuni dosa-dosa kami yg tak pernah surut ini...amin"

p/s : aku bimbang pemahaman orang murtad ini akan mempengaruhi umat Islam yg lain...na'zubillah
~ Dylla Abas ~ 

Tuesday 18 December 2012

Kiamat Pada 21/12/2012.....????

Assalammualaikum W.B.T
Awal pagi tadi aku sempat mengikuti rancangan MHI. Pagi ni pengacaranya adalah Ally Iskandar dan Nadia. Topik yg menarik perhatian aku ialah tentang kiamat. Menurut kalendar kaum Mayan di Mexico, tercatat bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat ini, 21 Disember 2012 bersamaan 8 Safar 1434H. Tersenyum aku mendengarnya.
Yelah. Macam yg kita semua ketahui, kiamat itu rahsia Allah S.W.T. Jika manusia boleh menentukan bilakah berlakunya kiamat, maka tiada makna lagi ia dikatakan rahsia Allah S.W.T. Apa yg harus kita yakini adalah, kiamat itu pasti berlaku. Bila..?? Biarlah ia terus menjadi rahsia Allah S.W.T. Tugas dan tanggungjawab kita adalah beribadah kepada-Nya tanpa henti. Tiada harta atau isteri cantik atau suami hensem yg boleh dibawa ke sana kelak. Cuma amalan yg akan menentukan hala tuju pengakhiran hidup kita nanti.
Apa yg aku pasti, kiamat itu memang berlaku pada hari Jumaat. Tapi kita semua pasti tidak tahu pada Jumaat bilakah akan berlakunya kiamat itu. Ada pelbagai spekulasi tentang bilakah tarikh sebenar kiamat akan berlaku. Namun, kita sebagai umat Islam yg ada pegangan iman dan kepercayaan terhadap Yang Maha Esa, seharusnya yakin bahawa kedatangan kiamat itu berlaku sepertimana yg telah tertulis di dalam al-Quran.
Wallahu'alam.
p/s : berusahalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seoalah-olah kamu akan mati esok hari



~ Dylla Abas ~ 

Monday 17 December 2012

Trick Art Museum I-City...Awesome!!

Assalammualaikum W.B.T

Baru-baru ni aku ada terbaca tentang Trick Art Museum di I-City Shah Alam kat blog Cik Rongoks Ika yg amat menarik hati tu. Disebabkan rasa teruja gile nak tengok sendiri kekreatifan Trick Art Museum tu, jadi aku dan beberapa orang teman sekerja telah merancang untuk ke sana. Dan akhirnya, pada hari Sabtu yg lepas (15 Disember 2012) kami telah menyaksikan sendiri Trick Art Museum tu. Memang awesome!!

Tapi, perjalanan ke I-City tu bukanlah semudah yg dirancang. Kami bertolak pukul 8.30 malam dari Wangsa Maju. Dan tiba di sana hampir jam 11.00 malam!! Semuanya gara-gara jalan jammed yg disebabkan oleh konsert apa ntah kat I-City malam tu. Akhirnya, kami park kereta kat deretan kedai yg berhampiran dan berjalan kaki je masuk ke dalam. Tak la jauh sangat. Lagipun, jalan kaki beramai-ramai. Rasa enjoy je. Tempat pertama yg ditujui haruslah Trick Art Museum tu. Memang itu pun tujuan nak ke sana, selain daripada sesi photoshoot di kawasan sekitar I-City tulah.

Tiket untuk masuk ke dalam Trick Art Museum tu hanyalah RM 5 sahaja. Murah, kan..? Oh, ye...sebelum masuk ke dalam muzium tu, kami sempat berhibur dengan persembahan Ainan Tasneem dengan lagu popularnya, Aku Suka Dia.

Okay...aku pun malas nak tulis panjang-panjang. Lets enjoy the picture!!



























































p/s : siapa yg belum pergi...boleh la pergi nanti...mesti korang pun enjoy juga >_<



~ Dylla Abas ~

Friday 14 December 2012

Jangan Biarkan Hati Rasa Kosong

Assalammualaikum W.B.T

Beberapa hari ni banyak bercakap pasal hati. Kenapa ni, Dylla..? Takde apa-apa la. Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan. Sedikit-sebanyak isu macam ni boleh dijadikan motivasi, kan? Aku pasti, ramai antara kita yg pernah mengalami atau sedang mengalami situasi di mana kita terasa kosong. Hati terasa kosong.

Aku pernah. Jujur sangat mengaku. Tapi, sedar tak..saat-saat kita terasa hati kita kosong, di saat itu la syaitan akan cuba membisikkan hasutan yg tak baik buat kita..?? Ayah pernah cakap dulu, syaitan paling suka dengan manusia yg hatinya kosong, hatinya marah dan hatinya bersedih. Sebab itulah adanya zikir-zikir yg perlu kita amalkan. Bukan saja membuatkan hati kita menjadi tenang. Tapi, dalam masa yg sama juga, kita tak akan merasa kekosongan lagi...In Shaa Allah.

Kalau kita terasa malas hendak berzikir sekalipun, cukuplah sekadar kita membaca Surah al-Fatihah dan Ayatul Kursi **ini yg aku amalkan jika aku tak berzikir** Jangan la kita mengeluh bahawa kita sering kesunyian dan terasa kosong kerana Allah S.W.T itu sentiasa ada dengan kita. Cuma kita saja yg tidak menyedari hakikat ini.

"Kenalilah Allah S.W.T di saat kita senang agar Alah S.W.T kenali kita di saat kita susah."


p/s : wallahu'alam




 ~ Dylla Abas ~

Thursday 13 December 2012

Separuh Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs. Thailand

Assalammualaikum W.B.T

Pasukan Malaysia telah ditumpaskan oleh pasukan Thailand. Sedih. Kecewa. Tapi, perjuangan masih belum selesai. Itulah yg terlintas di kepala aku sebaik saja pengadil meniup wisel tanda tamatnya perlawanan separuh akhir kedua dengan keputusan 3-1 secara aggregate. Sumpah aku nak menangis bila pasukan Malaysia kalah **gile emosional..!!** Tapi, semangat semua pemain negara kita tadi harus dipuji. Walaupun hanya bermain dengan 10 pemain pada separuh masa kedua tadi, tapi diorang terus bermain dengan penuh semangat walaupun diasak bertubi-tubi oleh pemain Thailand.

Cuma, err..betulkan aku kalau aku silap. Aku rasa malam ni, pengadil malam ni macam berat sebelah. Ada je yg tak kena dengan pemain kita. Paling tak puas hati bila Fadhli Shas dapat kad merah. Adoi..!! Tapi, itulah adat perlawanan. Tapi, tak kisah la semua tu. Yg penting kat mata aku ni, semua pemain kita memang sangat hebat. Dan aku rasa, penjaga gol Harimau Malaya malam ni, Farizal Marlias boleh dinobatkan sebagai man of the match. Gigih dia berusaha untuk menjaga gawang gol. Tabik spring la.

Tapi, apa yg pasti aku dah tercongok depan tv tu dari awal perlawanan bermula. Ini kali kedua aku agak emosional menonton perlawan bola sepak. Kali pertama aku sangat emo menonton perlawan bola sepak kalau tak silap aku masa perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Perak dan Terengganu pada tahun 2001. Kecewa juga masa tu sebab pasukan negeri aku kalah...huu >_<

Apapun, tahniah buat semua pemain Harimau Malaya. Korang dah buat yg terbaik. I don't care what people gonna say about all of you, but for me you're the best. And I'm so proud of you!!





p/s : Selamanya Harimau Malaya...!!!



~ Dylla Abas ~ 

Terima Kasih Mama Qhayra

Assalammualaikum W.B.T
Entri ni dah simpan kat draft-box tu hampir seminggu. Dan hari ni baru ada kesempatan nak publish. Hari tu kemain semangat nak update dan publish. Tapi tak sempat berikutan beberapa kejadian yg menyebabkan aku tak dapat menatap blog buruk ni lama-lama macam selalu. Aku agak tak berapa suka nak publish entri yg ditulis dengan tergesa-gesa. Nanti mesti banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan. Tudiaaa..kemain bagi alasan..huhu >_<
Okay la...apapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat Mama Qhayra di atas pemberian istimewa yg berupa keychain tanda persahabatan kitaorang di alam maya ni. Terharu sebenarnya. Masa mula-mula Mama Qhayra minta alamat tu, aku macam bagi je..lepas tu tertanya-tanya sendiri, "kenapa ek?" Minggu lepas, bila hadiah comel ni sampai kat tangan aku, baru perasaan tertanya-tanya tu akhirnya terjawab jua. Serius terharu. Thanks ye Mama Qhayra. Moga persahabatan ni akan kekal selamanya...insyaa Allah.

p/s : pernah terdetik nak buat macam ni juga..tapi belum ada kesempatan lagi..sabar ye kawan2 semua >_<

~ Dylla Abas ~

Jika Hati Itu

Google
Jika hati itu seputih awan
Biarlah ia bergerak dengan keikhlasan
Jika hati itu setenang lautan
Mengalirlah ia dengan kejujuran
Jika hati itu seindah pelangi
Warnailah ia dengan kebahagiaan
Jika hati itu sehebat bulan
Sinarilah ia dengan persahabatan
Jika hati itu dilukai
Sembuhkanlah ia dengan KEMAFAAN

p/s : jom kita perbaiki hati (",)


~ Dylla Abas ~

Monday 10 December 2012

Selamat Hari Lahir Mak

Bismillahirrahmanirrahim


Mak...
Tiada kata yg dapat digambarkan
Tiada madah yg mampu dibicarakan
Hanya ucapan syukur ke hadrat Illahi
Kerana diri ini dilahirkan dari rahimmu

Mak...
Terima kasih kerana sudi menjadi ibu buat diri ini
Menjadi teman di kala suka
Menjadi penghibur di kala duka
Sentiasa berpesan sentiasa mengingatkan
Memaafkan setiap kali timbulnya perselisihan
Memujuk di waktu-waktu yg memerlukan

Mak...
Maafkan anakmu yg kadangkala alpa
Lalai di dalam menunaikan tanggungjawab
Cuai dalam menjaga hati dan perasaan

Mak...
Dirimu adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa
Tanpamu, tiadalah aku di dunia ini
Terima kasih kerana tidak pernah jemu
Tidak pernah berputus asa
Tidak pernah lelah...
di dalam memastikan kehidupanku menjadi lebih sempurna

Mak...
Selamat hari lahir yg ke-52
Moga dirimu akan terus dirahmati Allah S.W.T selalu
Moga dirimu akan berbahagia selamanya

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Bersyukurku kepada-Mu atas kurniaan teristimewa ini
Jagailah dia untukku Ya Allah
Hanya Engkaulah yg selayaknya tempat aku bergantung





p/s : I LOVE YOU...MOM!!

~ Dylla Abas ~

Sunday 9 December 2012

3 Things That Happened on Sunday 09/12/2012

Assalammualaikum W.B.T

Happy Sunday everyone..!! Wow...it's been so long I didn't update my blog. Just checked my draft-box...err...there's a few entries waiting to be published. But I can't publish them yet. Need to alter first, add up some photos and then I can share them with all of you. Hmm...lazy Sunday I guess. Laying on bed, surf the net...oh, what the heaven >_< Well, even though I just spend my time at home today, but still something happened. And there're 3 things happening today...

1 - Today's my parents anniversary..!! Happy 33rd Anniversary mom and dad. I wish that you two always being together, forever until Jannah...insyaa Allah. May Allah S.W.T bless you two. Love you mom. Love you dad.




2- I supposed to bring my parents to Fraser Hill today. But have to cancel the plan due to some issues. Plus, my dad's not feeling well. So, let him rest first. I promised to bring them once we are ready to spend our time there.

3 - My nephew, Azeem, did his 1st call to my mom using his own phone number!! Wow..he's just 4 years old. And he has his own mobile phone. Lawan tokey!! But..is this weird...?? Or maybe he's too advance...?? Hmm, well...hope my brother did the right thing to teach his son own some gadgets in his stage of age **he's too young!!!**




p/s : need to start my "project" now..I'll BW later..see you guys..!!



~ Dylla Abas ~

Tuesday 4 December 2012

Monday 3 December 2012

x-MJC's Gathering Vol.1

Assalammualaikum W.B.T

Semalam merupakan hari yg paling meriah dan ceria bagi aku dan beberapa orang kawan-kawan yg pernah bekerja di Mudajaya (LATAR Project). Well, kami berlima je. Dan 2 daripadanya masih setia dengan Mudajaya. 3 lagi termasuk aku, dah lama bertukar angin. Setahun lebih kami tak jumpa. Hmm, memang ada perubahan walaupun tak begitu ketara.

Tapi, perubahan yg paling ketara ialah 2 orang adik-adik aku (Mira n Fir) dah ada boyfriend. Okay. Itu  perubahan yg nyata dan diorang sempat pula bawa boyfriend masing-masing ke party kami semalam. Sekadar nak memperkenalkan kat kitaorang la pun tujuan asalnya. Tujuan sampingan, untuk menghabiskan makanan yg sedia banyak tu. Tak larat perut kami berlima nak habiskan pun.

Bercakap tentang makanan, memang meriah ye. Masing-masing bawa menu masing-masing. Aku?? Beli pizza je. Malas nak fikir sangat. Tuan rumah (Natrah) menyediakan satay Kajang dan triffle buatan sendiri yg memang maveles. Sedap weh! Terpaksa puji sebab memang sedap...huhu >_< Mira pula bawa kek batik dan potato salad juga buatan sendiri. Okay, kek batik dia memang terbaik! Potato salad tu no komen, sebab aku tak makan pun. Fir pula dengan menu bihun goreng dan buahan-buahan segar dari ladang...eh..?? Hahaha...agak segar juga la sebab masa makan buah tu terasa lagi kerangupannya. Dan kakak kesayangan kitaorang - kak Amy - membawa spaghetti JK (Jiwa Kacau) yg pada aku rasanya not bad la. Spaghetti yg dimasak ketika emosinya tak stabil gitu. Nasib baik tak huduh sangat rasanya, kak Amy. Hahaha..

Hmm, bila dah lama tak berkumpul, memang ada banyak cerita yg kami kongsikan. Aku semalam bertindak sebagai pendengar tegar. Menyampuk pada part yg perlu je. Si tuan rumah (Natrah) sempat la memainkan 2 cd (The Avengers & Realsteel) selama kitaorang dok melepak kat rumah tu. Hiburan sampingan selain dari gosip-gosip hangat yg diperdengarkan (",)


Antara menu yg ada


Dari kiri - Fir, Natrah, Amelia, Mira n Dylla


Sesi bergosip


Hiburan santapan mata - The Avengers


Dah siap-siap nak balik masa ni...bergambar kejap ye >_<


Souvenir dari kak Amy...thanks kak Amy...cantik sangat!!


Post terakhir sebelum balik (",)



p/s : next gathering katanya nak buat outdoor...huhu, tak sabar!!




~ Dylla Abas ~

Saturday 1 December 2012

Tahniah Harimau Malaya, Selamat Tinggal Garuda, Bersedialah Gajah Putih

Assalammualaikum W.B.T

Mood yg sangat ceria masa aku tulis entri ni. Sebab?? Sebab pasukan kita, pasukan Malaysia yg sinonim dengan gelaran Harimau Malaya telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan score 2-0. Akhirnya debaran telah berakhir. Boleh la tidur lena malam ni..eh..?? Hahahaha...apapun, tahniah diucapkan kepada semua pemain dan buat seluruh rakyat Malaysia kerana tidak putus harapan dan terus menyokong.

Hari ni, seharian aku berkurung dalam rumah. Mengemas apa yg patut. Memang tak keluar langsung. Makan pun call Domino's delivery je. Amboiiii..kemain!! Bukan apa, semangat nak tengok perlawanan penting malam ni yg membuatkan aku takde mood langsung nak kemana-mana. Dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia. Lega. Puas hati.

Walaupun, tv1 kat bilik aku ni tak berapa nak clear sangat **kalau pasang Astro mesti clear kan** tapi, semangat nak tengok bola tu tetap berkobar-kobar. Nak pergi tengok kat stadium, bukan takde yg mengajak. Tapi kemalasan nak berhimpit, mendengar hiruk-pikuk suara-suara penonton membuatkan aku rasa lebih santai untuk menonton tv di rumah je. Jadi la, daripada takde tv langsung kan >_<


Gambar tv tak cantik bukti semangat nak tengok perlawanan malam ni (",)

p/s : all de best buat pasukan Harimau Malaya...jumpa Thailand di semi-final nanti..!!



~ Dylla Abas ~

Thursday 29 November 2012

Cerita Tentang Perlawanan Malaysia vs. Laos


Assalammualaikum W.B.T

Rata-rata pagi ni rakyat Malaysia sedang memperkatakan tentang kemenangan pasukan Harimau Malaya ke atas pasukan Laos malam tadi. Dan Malaysia menang 4-1. Tersenyum puas semua penyokong Malaysia, kan..? Aku sebenarnya tak berniat pun nak tengok perlawanan tu malam tadi. Tapi, balik je dari kerja, dah dengar bunyi bising dari kedai mamak yg tak jauh dari rumah aku. Bersorak sakan. Siap ada bunyi mercun lagi.

Jadi, aku pun on la tv. Oh, rupanya masa tu Malaysia dah dapat gol pertama. Terus rasa teruja. Hmm, bak kata bekas pemain kebangsaan negara, Ridzuan, yg ditemuramah pagi tadi oleh penyampai MHI, "pemain kita nampak agresif malam tadi." Ya, aku pun perasan gak. Semua pemain memang nampak agresif. Tapi, aku tak nak komen lebih-lebih. Sebab aku tak pandai.

Jadi harapannya, moga pertemuan dengan pasukan Indonesia hari Sabtu ni akan membuahkan satu lagi kemenangan buat pasukan negara kita. Insyaa Allah.


p/s : rasa nak pergi stadium la Sabtu ni >_<
~ Dylla Abas ~

Wednesday 28 November 2012

Teruja Melihat Pelamin


Masa BW tadi, terbaca la entri tentang pelamin. Lepas tu rasa teruja pula nak tengok-tengok pelamin kat Mr.Google tu. Tudiaaa...kemain banyak!! Cantik-cantik. Sampai rambang mata. Tapi aku paling berkenan pelamin yg last sekali tu. Rasa cam nak buat tema hitam-silver la..hee >_<
p/s : semua gambar credit to Google
~ Dylla Abas ~