Pages

Thursday 28 February 2013

101 Rekreasi Hati (7)

Bismilahirrahmanirrahim

Memilih Sahabat

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yg bermaksud :

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat at-Tirmidzi dan al-Hakim)




Pengajaran : Kita perlu cerewet di dalam memilih kawan kerana kawan merupakan salah satu faktor yg akan mencorakkan keperibadian kita.




~ Dylla Abas ~

Kubur


Bismillahirrahmanirrahim


1) Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2) Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURRAHIM 

3) Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan  membaca AL-QUR'AN

4) Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH

5) Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6) Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat-amat sangat sakit, maka bebaskan rendaman itu dgn PUASA

7) Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"


p/s : credit to Nurul Firdaus (Cik Biru) for this reminder ^_^




~ Dylla Abas ~

Sempurna Sangat Ke...???

Assalammualaikum W.B.T

Pagi-pagi dah cakap bab sempurna. Bukan apa. Bila setiap hari, setiap pagi la terutamanya kan, dalam perjalanan ke tempat kerja ni, macam-macam orang yg aku jumpa. Pelbagai gaya. Pelbagai ragam. Ada yg macam tu. Ada yg macam ni. Pendek kata, macam-macam ada la. 

Bila mata ni mula meliar tengok orang sana-sini, mula la hati ni terdetik macam-macam kan. Nampak orang tu pakai ketat sangat, mula la nak mengata. Bila tengok orang ni pakai yg singkat-singkat, mula la nak mengutuk. Dan bila tengok orang yg bertudung tapi nampak leher ke, nampak dada ke...mula la rasa nak tepuk dahi. Padahal diri sendiri tak la sempurna mana pun. Masih banyak kelemahan yg perlu diperbaiki. Tapi, tulah...konon macam best sangat la nak mengata orang dalam hati...huhu >_<

Tapi, alhamdulillah...buat masa ni, aku tak pernah lagi la pakai baju lengan pendek dan bertudung. Pelik benar rasanya. Sakit mata ni kalau nampak ada orang yg berpakaian macam tu. Kalau lengan tu pendek paras siku, macam okay la sikit ** walaupun hakikatnya tak okay langsung! **. Tapi kalau jenis yg pendek sampai nampak lengan, nampak ketiak pun ada...lepas tu pakai tudung. Na'uzubillah. Janganlah aku tergolong dalam orang-orang macam ni. Kalau mak dan adik perempuan aku pakai baju lengan pendek dan bertudung pun, memang laju je mulut aku ni bebel kat diorang. Macam ada yg tak kena. 

Apapun, semua tu memang pengajaran yg baik untuk diri aku la. Bila aku sendiri "tak suka" tengok orang-orang berpakaian macam tu, aku akan remind diri sendiri bahawasanya, kalau la aku berpakaian macam tu...mesti ada yg tak suka juga kan. So, dalam masa yg sama aku dapat la memperbaiki kelemahan diri aku. Motivasi tu. Cuma kadang-kadang terdetik la juga dalam hati ni, korang ni faham ke konsep menutup aurat...?


p/s : proses mengemas wardrobe...nak buang mana yg tak patut dipakai lagi ^_^




~ Dylla Abas ~

Saturday 23 February 2013

101 Rekreasi Hati (6)

Bismillahirrahminarrahim

Larangan Menakut-Nakutkan

Daripada sebahagian sahabat r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yg lain."
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Pengajaran : Dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, perlulah ada sikap kasih-mengasihani, bantu-membantu, sokong-menyokong dan sifat yg diberkati Allah S.W.T





~ Dylla Abas ~

Forum Maulidul Rasul : Rahmatan Lil 'Alamin

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Pada tanggal 20 Febuari 2013 yg lepas, kumpulan Usrah Muslimin Universiti Tun Abdul Razak (UMU) telah menjemput beberapa orang penceramah khas bagi program Forum Maulidur Rasul : Rahmatan Lil 'Alamin. Penceramah-penceramah tersebut adalah Imam Muda Nazrul, Sham Kamikaze dan Presiden PKPIM Ahmad Fahmi.




Teruja dengan topik forum dan juga ahli panelnya, aku terpanggil untuk menghadiri majlis yg istimewa ini. Sungguh. Memang istimewa. Kerana topiknya adalah tentang manusia istimewa yg pernah diciptakan oleh Allah S.W.T suatu ketika dahulu. Nabi Muhammad S.A.W, walaupun telah lama pergi meninggalkan kita semua, namun namanya tidak luput di ingatan, tidak lekang di bibir. Mengingatinya sudah cukup menenangkan jiwa. Bertuahnya rasa dilahirkan sebagai umat Islam, sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

Forum dimulakan dengan topik pengenalan oleh barisan panel penceramah. Dan kemudian diteruskan dengan soalan daripada moderator forum, Afiq Asyraf. Imam Muda Nazrul memulakan forum dengan bercerita tentang Sirah Rasulullah S.A.W. Perjuangan Rasulullah S.A.W menjadi topik utamanya. Bermula dengan penghijrahan Baginda untuk terus menyebarkan ajaran Islam, mengembangkan agama Allah S.W.T, dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Bagaimana keteguhan iman telah menyatukan Kaum Muhajirin dari Kota Mekah dengan Kaum Ansar di Kota Madinah. 

Forum kemudian diteruskan oleh Sham Kamikaze, juga dengan topik penghijrahan. Dia yg dulunya popular sebagai vokalis kumpulan muzik Kamikaze, kini telahpun memilih jalan untuk berhijrah ke jalan yg lebih diredhai-Nya, menjadi penceramah bebas, dan terus bercerita tentang trend artis di malaysia yg satu-persatu berhijrah ke arah yg lebih baik. Pertanyaan tentang bagaimana dia boleh berubah menjadi dia pada hari ini, tetap dijawab dengan tenang, walaupun menurutnya, cerita itu sudah berulang-kali diceritakannya. 

Berkat Doa Ibu

Sham Kamikaze yg menggelarkan dirinya sebagai "Jebond" memulakan sejarah penghijrahannya bersama seorang teman baik yg digelar Ari. Mereka berdua merupakan orang-orang yg gemar bermain muzik. Dan topik perbualan mereka pastilah tentang muzik belaka. Menurut ceritanya, Sham dan Ari ni telah berkawan lama, hampir 13 tahun yg lepas. Namun, sepanjang tempoh 13 tahun itu, mereka tidak pernah memberi salam untuk bertegur-sapa. Bayangkan..?? Hinggalah suatu hari, Ari telah menelefon Sham dan yg mengejutkan, Ari telah memberi salam! Dan sepanjang perbualan tu, Ari ada menyelitkan beberapa hadith Rasulullah S.A.W. Sham yg terkejut dan rasa tidak percaya, segera ke rumah Ari yg terletak di Perak.


Itulah permulaannya. Bagaimana Allah S.W.T telah membuka pintu hati Sham untuk berubah menjadi hamba yg lebih baik. Sham mula mengikut temannya itu ke surau untuk bersolat. Sehinggalah terdetik di hatinya untuk berjalan-jalan mencari masjid! Sampailah mereka di satu masjid yg terletak di Kangar yg kebetulan solat Zuhur ** kalau tak silap ** ketika itu diimamkan oleh Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais. Selesai solat, Sham disapa dan disalami oleh imam tersebut. Betapa terkejutnya dia ketika itu dan terus menelefon ibunya di kampung.

Dan alhamdulillah, Sham terus istiqamah di dalam beribadah kepada Allah S.W.T sehinggalah dia balik ke kampung untuk bertemu dengan ibunya. Ibunya amat bersyukur dengan perubahan itu. Tidak sia-sia doanya selama hampir 35 tahun untuk melihat anaknya menjadi anak yg soleh. Berkat doa seorang ibu memang tak boleh nak dipertikaikan lagi. Allah S.W.T pasti akan memakbulkannya. In shaa Allah.

Panel terakhir, Presiden PKPIM Ahmad Fahmi meneruskan forum dan lebih menjurus kepada tanggungjawab seorang  pelajar di dalam masyarakat di dalam mencontohi sifat Baginda Rasulullah S.A.W. Ada beberapa cerita menarik yg dikongsikannya. Tapi, aku tak dapat nak ingat semua. Di dalam keterujaan untuk menghadiri majlis ni, sampai aku terlupa nak bawa notebook. Handphone pula kehabisan bateri. Jadi, apa yg aku ingat je yg mampu untuk aku kongsikan dengan kawan-kawan semua. Kalau tak silap aku, ada video yg dirakam oleh pelajar Unirazak. Mungkin aku boleh dapatkan video tu dan kongsikan semuanya. In shaa Allah.


p/s : tak terasa bosan duduk selama 3 jam lebih mendengar cerita dan perkongsian menarik daripada 3 orang ahli panel untuk forum ni ^_^





~ Dylla Abas ~

Thursday 21 February 2013

Kisah Abu Hurairah dan Syaitan

Assalammualaikum W.B.T
Salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah r.a, suatu hari telah diamanahkan oleh Baginda untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam, Abu Hurairah r.a. telah ternampak seorang pencuri yg menyelinap masuk ke dalam gudang untuk mencuri, namun dapat ditangkap olehnya. Abu Hurairah r.a. ingin membawa pencuri itu untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Namun, pencuri itu merayu minta dilepaskan dengan alasan dia mencuri kerana ingin memberi makan kepada keluarganya yg sedang kelaparan. Pencuri itu juga memberitahu Abu Hurairah r.a. bahawa mereka adalah keluarga yg miskin. Kerana kasihankannya, Abu Hurairah r.a. melepaskan pencuri itu dengan syarat perkara seperti itu tidak berlaku lagi.
Namun, perkara tersebut berulang lagi pada keesokan malamnya. Abu Hurairah r.a. berjaya menangkap pencuri itu sekali lagi dan ingin membawanya bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Namun, selepas pencuri itu merayu dengan alasan yg sama, Abu Hurairah r.a. berasa kasihan dan melepaskannya pergi. Dan perkara tersebut berulang lagi pada malam seterusnya. Kali ini Abu Hurairah r.a. mengugut untuk membawanya bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Namun, pencuri itu berkata kepada Abu Hurairah r.a. :
"Mahukah aku mengajar satu ayat yg dapat melindungi kamu daripada syaitan?"
Abu Hurairah r.a. berasa ingin tahu tentang ayat itu. Lalu pencuri itu memberitahu, sekiranya seseorang membaca dan mengamalkan ayat Kursi, nescaya syaitan tidak akan mengganggunya. Abu Hurairah r.a yg berasa tersentuh dengan ajaran tersebut lalu melepaskan pencuri tersebut.. Dia kemudian bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan menceritakan kepada Baginda tentang apa yg berlaku, juga perihal ayat Kursi yg telah diajarkan oleh pencuri tersebut.
Baginda Rasulullah S.A.W memberitahu kepada sahabatnya bahawa pencuri itu adalah syaitan yg telah dilaknat oleh Allah S.W.T. Namun, apa yg telah diajarinya itu merupakan suatu perkara yg benar. Sesiapa yg membaca ayat Kursi sebelum tidur, maka Allah S.W.T akan mengutuskan 2 malaikat untuk menjaganya sehingga dia bangun dari tidur. Dan begitu juga la untuk amalan seharian yg lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud :
"Barangsiapa yg membaca ayat Kursi di setiap akhir setiap solat Fardhu, maka dia akan masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu."
p/s : Syaitan pun suruh kita amalkan ayat Kursi ni, apa lagi alasan kita...??
~ Dylla Abas ~

Wednesday 20 February 2013

101 Rekreasi Hati (5)

Bismillahirrahmanirrahim

Memelihara Wudhu

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Tidak masuk syurga orang yg mengacum (menyebar fitnah)."
(Riwayat Muslim)




Pengajaran : Lebih-lebih lagi orang yg difitnah itu sedang melakukan perkara kebaikan. Ini adalah salah satu penyakit hati yg berkait dengan sifat dengki, iri hati, dendam dan sebagainya.





~ Dylla Abas ~

Tuesday 19 February 2013

Pengaruh Majikan dan Kawan-Kawan Di Tempat Kerja

Assalammualaikum W.B.T
Ramai antara kawan-kawan blogger yg dah bekerja rasanya, kan? Bagi yg belum bekerja tu pun sangat dialu-alukan untuk membaca entri ni. Bagi yg dah dan sedang bekerja macam aku ni, mood bekerja tu mesti pasang-surut, kan? Ada masa lemau je nak pergi kerja. Ada masanya pula semangat gile nak bekerja, sampai kerja lebih masa! Walau apapun alasannya, bagi diri aku, pengaruh majikan dan kawan-kawan di tempat bekerja tu sangat penting, selain dari rasa tanggungjawab terhadap kerja la ye ^_^
Kalau kita ada majikan yg sporting, kawan-kawan sekerja yg best, tentu semangat nak bekerja tu sentiasa ada, kan? Mood nak buat kerja pun mesti tak merudum. Besar sangat ke pengaruh majikan dan kawan-kawan di tempat kerja ni...?
Hmm, memang berpengaruh. Tapi, janganlah pula perkara ni dijadikan alasan untuk kita malas bekerja. Macam yg aku dah tulis mula-mula tadi, tanggungjawab terhadap kerja tu yg paling penting. Hal-hal lain tu menjadi faktor penyumbang je. Kalau dah memang dapat bos jenis tak sporting...? Dan kawan-kawan pula memang tak sebulu...? Cari kerja lain jelah jawabnya! Huhuhu...jangannnn!! Tak elok cepat sangat patah semangat.
Cuba la cari sesuatu yg boleh dijadikan pembakar semangat kita di kala bekerja. Contohnya, bela ikan kat pejabat ke. Mungkin dengan cara tu, rasa ingin bekerja akan membuak-buak. Yelah, kalau dah bela ikan, mesti asyik terfikir, "ikan aku okay ke?" "ikan aku kelaparan ke?" Secara tak langsung, ia akan memotivasikan kita supaya menjadi lebih rajin untuk ke tempat kerja kerana ada 'tanggungjawab" lain yg perlu dilaksanakan.
Apapun, kepada semua majikan dan kawan-kawan di luar sana, jadi la teman sekerja yg best, yg memahami dan saling membantu. Jangan la menyebarkan virus yg tidak elok di kalangan kawan-kawan lain. Kan seronok kalau kita semua dapat bekerja dengan hati yg senang di bawah satu bumbung...?
p/s : so far...bos dan kawan-kawan kat sini tak memeningkan kepala lagi >_<
~ Dylla Abas ~

Monday 18 February 2013

Ayah Bertambah Usia Lagi

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni, 18 Febuari 2013, usia ayah genap 60 tahun. Warga Emas sudah...huhu ^_^ Minggu lepas, ketika menghabiskan masa di kampung, adalah dia bercakap-cakap perihal hari lahirnya. "Dah tua dah ayah ni. 60 tahun. Dah sama umur Nabi S.A.W masa dia wafat." Agak touching masa dengar ayah cakap macam tu. Sumpah sebak!

Ayah, memang seorang yg garang. Aku rasa la, aku mewarisi sifat garang ni daripada dia. Eh...?? Hahahahaha...tapi, walaupun dia garang, dialah ayah yg paling aku sayang. ** okay..memang takde ayah lain pun buat masa ni >_< ** Ayah la kawan bergaduh. Ayah juga la kawan yg setia menemani aku, terutamanya kalau aku menonton tv hingga lewat malam.

Hari ni, bila usia ayah dah mengjangkau ke angka 60, baru aku tersedar yg ayah aku dah tua. Dah banyak uban di kepalanya. Garangnya dah semakin berkurangan. Kudratnya pun tak segagah dulu. Adik-beradik yg lain, selalu cakap aku ni anak ayah. Aku la yg paling rapat dengan ayah. Yg paling manja..?? Hmm, rasanya tak kot. Sebab aku memang bukan jenis yg manja ** kata garang..huhu ** Walau apapun, akulah anak yg suka melawan cakap ayah. Tapi, lepas tu ayah juga yg aku cari. Ayah tu, bak kata mak, "garang tapi dalam hati ada taman.." Rindu pula kat ayah =(


Ayah, selamat hari lahir yg ke-60. Moga hidup ayah akan sentiasa dirahmati-Nya selalu. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik untuk terus beribadah kepada-Nya. Kakak sayang ayah!!
p/s : pesal rasa nak nanges tulis entri ni..???


~ Dylla Abas ~

Friday 15 February 2013

Nikmat Allah S.W.T Di Dalam Wudhu

Assalammualaikum W.B.T
Setiap Muslim di dunia ini pasti tahu keperluan wudhu di dalam kehidupan seharian. Selain daripada tujuan menyucikan diri sebelum bersolat, wudhu juga merupakan nikmat yg Allah S.W.T kurniakan kepada setiap hamba-Nya yg tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai nikmat ini. Apakah nikmat yg dimaksudkan..?
Bagi sesiapa yg tidak tahu, atau mungkin tidak berapa pasti, wudhu merupakan salah satu cara bagi kita menghapuskan dosa. Bagaimana ia berlaku..? Sebaiknya, ketahuilah dahulu cara berwudhu yg sempurna. Kerana kesempurnaan itulah yg membantu dosa-dosa kita dihapuskan.
Seperti sabda Baginda Rasulullan S.A.W yg bermaksud :
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata; telah bersabda Rasulullah S.A.W : Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya” - Hadith Riwayat Al-Muslim

"Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala” - Hadith Riwayat Al-Muslim
“Dari Abi Umamah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seseorang muslim berwudhu’ maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya” - Hadith Riwayat Al-Muslim
Mudah kan...? Maka berwudhu la kita dengan sebaiknya dan dengan sempurna. Mudah-mudahan Allah S.W.T menerima setiap amalan kita dan mengampunkan semua dosa-dosa kita. Wallahu'alam.
p/s : mudahnya mendapat pengampunan daripada Allah.S.W.T...nak buat dengan tak nak buat je kan..? Well, tepuk dada tanya la iman (",) 
~ Dylla Abas ~



Monday 11 February 2013

Hujan Rahmat di Bumi Kemaman

Assalammualaikum W.B.T

Bersarapan sesudah subuh, sambil diringi oleh hujan rahmat, dingin betul rasanya. Memang rasa nak tarik selimut balik! Alhamdulillah, perjalanan kami ke sini semalam selamat dan berjalan lancar walaupun memakan masa selama hampir 5 jam. Penat juga rasanya drive seorang. Dah lama tak drive jauh macam ni. Passenger yg lagi 2 orang tu macam best gile layan mata sepanjang perjalanan kan.

Sebenarnya, tak merancang pun nak bercuti di Kemaman ni. Tujuan asalnya nak ke Port Dickson ataupun Fraser Hill. Tapi, tetiba je ayah menukar plan. Dia teringin nak ke Cherating pula. Kebetulan ada adik yg tinggal di Kemaman. Memang rumah dia jadi "resort" kami la jawabnya. Dah jimat kos penginapan..huhu ^_^

Tak dapat lagi nak upload apa-apa gambar. Mungkin kejap lagi bila dah sampai Cherating, baru ada gambar menarik yg boleh di"upload"kan. Aku pun saja je buat entri ni. Dah lama tak update blog rasanya. Rasa sepi pula blog ni bila takde yg berkunjung. Selamat bercuti semua...jom kita mandi laut!


p/s : anak buah aku awal pagi dah buat bising bercerita pasal berenang...haish! 





~ Dylla Abas ~



Wednesday 6 February 2013

Tuesday 5 February 2013

101 Rekreasi Hati (4)

Bismillahirrahmanirrahim

Memelihara Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk."
(Riwayat Ahmad)


Pengajaran : Memelihara wuduk bererti kita sentiasa berada dalam keadaan suci.





~ Dylla Abas ~

Let It Go

One of the hardest decisions you'll ever face in life is choosing whether to walk away or try harder. No matter what you choose, you have to get ready on the consequences. Walk away or try harder, both need the strong heart. For something worthy, I'm willing to try harder. But after so many trials and the result remain fail, well...it's time to let it go. And there's only one option left, walk away.

Walk Away Is To Let It Go.

If you've ever had one of those times when you've clutched something else in your hand for a long time, only to look down and be surprised that you are still holding it long after you need for it had passed, you'll understand sometimes we get so use to holding that we forget to let it go. Sometimes, the hardest thing to let go of is the thing you never really had. So, don't forget what we hold, what we need to let go and what we really had in life.

I asked myself often, why is it so hard to let go of something that we really don't need it..?

Sometimes we wrap it well, and handle it with fully care. But, we forget how to surprise ourselves with the wrapped thing inside. We keep the memory for too long. We do hope it'll keep repeating to the end. Not every single journey will keep the same rhythm. For something that's not on the note, just let it be. Let it be natural. Let it be the part of your life that you have to face it. This is what we call life. Life is full of surprise. Full of something unexpected.

To let your life being natural, you have to be realistic. Something that needs your forgiveness, you have to forgive. Something that need you to live your life, you have to forget the past. The past isn't something that you can bring to the future. It can be a good teacher. But not a good friend. Learn to forgive and forget the past, because it don't belong to your future at all. Even though, forgiving doesn't erase the bitter past, but in the mean time, you're getting closer to your new chapter of life.

Once you decide to forget the past and walk away, it's time to let go of the anger of what could have been. Do not ever think about the worry of what might become. Accept the mistakes you think you've made and say it to yourself, "I'm human being. I'm not perfect. I make a mistake in my life, and I have my right to fix it." Open your heart to learn that nobody's perfect. Stop from put an expectation of others, their path isn't your own. Let go of the distractions that keep you from your path. Avoid the critics who don't understand. And the most important thing, let go of the life you had planned to live and move on!




p/s : doesn't matter that you let me go or I let you go...it's just written that we can't be together!




~ Dylla Abas ~

Monday 4 February 2013

Pilih Boss

Assalammualaikum W.B.T
 
Dalam tengah busy buat kerja hari ni, ada la perbualan-perbualan sumbang yg berebut-rebut masuk dalam telinga aku ni. Salah satunya topik Boss. Si Y tu ada la buat silap baru-baru ni. Dan kesilapan tu ada la melibatkan ex-boss aku. Tapi, si Y ni selamat la lepas di"cover" oleh ex-boss aku yg sangat berdedikasi tu ^_^
 
"Seronok la kalau dapat keje dgn Boss S tu...dah la baik, tak berkira, lepas tu jenis backing staff, buat kerja pun cekap, tau je dia macam mana nak selesaikan masalah..."
 
Aku sengih jelah. Diorang dok puji-puji ex-boss aku. Dan aku akui, semua tu betul. Ex-boss aku memang boss terbaik yg pernah aku kenal. Aku enjoy gile masa kerja dengan dia dulu. Tapi, nak buat macam mana kan. "Jodoh" tak lama dengan dia. Sekarang ni kat department baru kena independant. Tak boleh nak berharap dengan boss sekarang. Dia pun baru je join company ni. Banyak benda dia kena belajar. So, I have to do my part alone. Sedih =(
 
 
p/ s : kalau diberi peluang pilih boss...memang aku nak pilih ex-boss aku jadi my boss forever >_<
 
 
 
~ Dylla Abas ~

Sunday 3 February 2013

BR1M 2 Dipinjam Dari Hasil Saman AES

Assalammualaikum W.B.T

Tengah seronok BW, sambil telinga mendengar berita di TV3, tetiba ada pula berita yg buat aku rasa nak ketawa. Tak pasti ketawa untuk apa. Apa yg pasti, pendengaran aku ni memang jelas menangkap kata-kata yg lebih kurang macam ni la bunyinya :

"Kerajaan difitnah dengan kata-kata bahawa BR1M 2 yg diberikan kepada rakyat dipinjam daripada hasil saman AES. Sedangkan kita belum menerima satu sen pun duit saman AES tersebut. BR1M 2 yg diberi kepada rakyat adalah hasil pendapatan negara."

Bukan nak berpihak kepada mana-mana parti politik, tapi aku rasa releven dengan kenyataan di atas. Aku macam pernah terbaca berita tentang saman AES yg perlu dikaji semula kerana "bertindih" dengan saman speedtrap yg biasa tu. Well, musim mengundi macam ni memang macam-macam "fitnah" yg akan kita dengar. Tepuk dada, tanya selera. Wallahu'alam.


p/s : layan pula lagu 1M4U ni...huhu ^_^




~ Dylla Abas ~

101 Rekreasi Hati (3)

Bismillahirrahmanirrahim

Muslim Adalah Bersaudara

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yg lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran : Tidak menyakiti, membenci, menuduh sesama kita dengan perbuatan yg tidak sepatutnya.




~ Dylla Abas ~

Jangan Pertikaikan Hak Allah S.W.T


Assalammualaikum W.B.T

"Orang yg pakai tudung tu dah sah-sah masuk syurga ke...?"

"Orang yg solat tu dah sah-sah tak ke neraka ke...?"

Tentu korang pernah dengar ayat-ayat kat atas tu kan. Bagi aku secara peribadinya, orang yg pernah mengungkapkan ayat-ayat macam ni ialah orang yg tak faham dengan hukum Allah S.W.T. Bukan la nak kata aku ni faham sangat atau tahu sangat. Sebab aku sendiri sedang belajar. Banyak benda yg aku tak tahu lagi. Tapi, apa yg aku tahu, aku rasa terpanggil untuk share pengetahuan aku dengan korang semua.

Basically, kita semua ada asas pendidikan Islam, tak kisah la sama ada di sekolah mahupun di rumah. Perkara utama yg kita pelajari ialah tentang Rukun Islam dan Rukun Iman. Dan selebihnya adalah tentang hukum-hukum Islam yg lain. Diri kita sendiri yg harus menilai mana yg baik dan buruk, yg perlu kita patuhi dan yg mana harus dijauhi. Kita bersyahadah. Mengakui tiada Tuhan selain Allah S.W.T. Tapi, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah S.W.T...?

Jadi, jangan pertikaikan tentang orang lain. Setiap orang berhak menentukan cara hidupnya. Tugas kita adalah untuk menunaikan hak Allah S.W.T terhadap diri kita. Kita bercakap tentang hak kita untuk hidup bahagia. Hak kita untuk mendapat segala-gala yg kita mahu. Tapi, pernahkah kita terfikir tentang hak Allah S.W.T yg hanya mahukan kita mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...? 

Wanita yg bertudung dan menutup aurat itu memang tidak dijanjikan dengan syurga. Kerana ada banyak lagi penilaian lain yg akan menentukan tempat kita kelak di syurga ataupun neraka. Tapi, wanita yg memilih untuk bertudung dan menutup aurat ini sekurang-kurangnya sedar akan hukum Allah S.W.T dan berusaha untuk menjadi yg lebih baik. Bukanlah aku nak menghukum wanita yg tidak bertudung dan tidak menutup aurat itu tidak baik. Mereka baik, tapi belum cukup sempurna **dan aku sendiri tak pernah rasa begitu sempurna walaupun setelah bertudung** Bak kata orang, penampilan kita adalah dari hati. Jika bersih hatinya, maka bersihlah penampilannya. Wallahu'alam.

Begitulah juga halnya dengan orang yg bersolat. Memang tidak pernah dijanjikan orang yg bersolat ini syurga la tempatnya. Namun, solat itu adalah tiang agama. Dan solat adalah perkara pertama yg akan dihisab di sana kelak. Jadi, tepuk dada tanyalah iman. Bagi yg tidak meninggalkan solat tu, janganlah memandang hina kepada mereka yg tidak bersolat. Kita seharusnya "menarik" mereka ini supaya lebih terbuka hatinya untuk kembali ke jalan yg diredhai-Nya.

Apapun, semuanya adalah ketentuan Illahi. Apa yg DIA tahu, kita tak pernah tahu. Apa yg perlu kita tahu ialah untuk menjadi hamba yg lebih baik. Allah S.W.T itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ambil la kesempatan yg ada ini untuk meraih keredhaan-Nya. In Shaa Allah.


p/s : aku pernah pertikaikan dulu "eleh...orang yg pakai tudung tu baik sangat ke..??" Ya Allah...astaghfirullahal'adzim...daifnya diri aku =(






~ Dylla Abas ~

Saturday 2 February 2013

The Mr.Fuji DSLR

Not to say my new hobby, but don't know why...lately I really addicted to it! Photography using my DSLR. Oh, by the way..it's not my own DSLR. My brother hands over his DSLR to me. I never plan to buy any DSLR at this moment. But thanks to him, because after using that DSLR for a couple of months, I suddenly fell in love with this gadget...seriously!

But mine isn't an expensive DSLR. And of course my brother won't gave any expensive gadget to me! It's just Mr.Fuji by FujiFilm...huhu >_< By the way, really grateful to have that. So many things I can learn. How to suite the ISO with the environment. How to setting  the aperture. How to snap the picture with best shot and angle. How to bla bla bla...




This model (Fujifilm FinePix HS10) designed with 30x optical zoom. So, for the beginner like me, I don't bother to fine another lens. And I love to shoot with easy rotation of the lens to zoom in and out. It's perfect enough for me, to learn and do some practical. Maybe after mastering this DSLR, then I'll decide to buy another DSLR with advance spec.

p/s : and maybe after this "the photos" will take over my entries...there's a story behind the photo..huhu >_<



~ Dylla Abas ~


Setahun Di Sini

Assalammualaikum W.B.T
Berada di pejabat ketika orang lain bersantai di rumah merupakan perasaan yg paling tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata....hahaha. Okay, aku yg sengaja datang kerja hari ni. Dah tak tahu nak buat apa kat rumah setelah bercuti sempena Hari Wilayah semalam. Lagipun, banyak sangat kerja yg perlu disiapkan. Dah tak berdaya rasanya nak tengok dokumen yg berlambak-lambak kat atas meja aku ni. Sakit mata. Mencemarkan pemandangan >_<
Semalam, genap setahun aku menjadi warga Bandar Tun Razak. Teringat kembali pada tarikh semalam, setahun yg lalu, pada Hari Wilayah Yg Amat Bermakna, aku dan housemate berpindah masuk ke rumah ni. Seharian kami habiskan masa untuk mengemas dan mencuci rumah, mencari tikar getah, menyusun barang dan lain-lain lagi la. Penat tak terkata. Tapi, alhamdulillah. Dah setahun pun kami di sini. Dah setahun kami mengharungi hidup sebagai warga Bandar Tun Razak. Macam-macam pengalaman. Macam-macam ragam.
Selesa sebenarnya duduk di sini. Segala kemudahan ada. Tak perlu risau apa-apa. Kedai runcit, kedai makan, stesen LRT, klinik, semuanya ada. Buka je pintu rumah, dah boleh nampak semua tu. Disebabkan itulah, kami dengan senang hatinya menyambung lagi setahun kontrak menyewa rumah. Tuan rumah pun okay. Tak berkira sangat. Tak pernah letak apa-apa syarat untuk kami mendiami rumahnya. Yg penting, cukup masa, duit sewa mesti dimasukkan ke akaunnya.
Agak sedih juga bila memikirkan aku mungkin akan meninggalkan rumah ni dalam beberapa bulan saja lagi. Bila dah rasa selesa dengan sesuatu perkara, tiba-tiba kita terpaksa meninggalkannya, hati mesti rasa sedih kan. Hmm, apapun...aku memang happy tinggal kat sini >_<
p/s : penat mengemas bilik semalam...kalau bukan disebabkan anai-anai yg datang menyerang, mesti kedudukan bilik aku tak bertukar rupa (",)
~ Dylla Abas ~

101 Rekreasi Hati (2)

Bismillahirrahmanirrahim


Tipu Daya Dunia

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)."
(Riwayat at-Tirmidzi dan al-Hakim)

Pengajaran : Segala kepayahan yg kita hadapi mempunyai hikmah disebaliknya. Terimalah kesusahan dengan hati yg terbuka dan janganlah kamu mengeluh.




~ Dylla Abas ~

Friday 1 February 2013

Lagi Gambar Perkahwinan Azua & Haris


Special dedicated to Ed Shahir
** yg tak dapat hadirkan diri ke majlis ini **


















































p/s : tak best la photography tanpa Ed...gambar pun tak berapa nak cantik...next time tolong join ek (",)