Pages

Wednesday 31 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 15

 

Berbuka puasa di KL International Hotel puasa ke-15...kemain!!!
Oh tak la...aku join pun sebab ada farewell untuk kakak ofis ni
Memeriahkan majlis katanya
Dan menu yg disediakan memang sangat banyak
Tengok kerabu yg ada 30 jenis tu pun dah buat aku rasa tamak haloba
Ambil juga la setiap jenis..nak rasa kononnya
Majoriti menu yg disediakan adalah masakan kampung
Tapi aku memang tak sempat nak ambil semua la
Dengan kerabu yg pelbagai jenis tu...aku tambah ikan bakar 2 jenis
Dan sepotong Mocha Cake
Makan tu je pun dah penuh perut
Bukannya banyak mana pun
Mungkin sebab dah terbiasa berbuka dengan menu yg sedikit
Jadi, perut aku tak boleh nak terima makanan yg banyak
Hopefully...lepas raya nanti perut aku akan back to normal
Kalau tak..memang macam mayat hidup la aku jawabnya!




p/s : takde gambar makanan sebab mental aku "sihat" di hari kejadian..huhu >_<



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 14

 

Masuk hari ke-14 berpuasa...badan makin semakin selesa
Takde la nak mengade-ngade rasa lapar la penat la itu la ini la
Bangun sahur pun cukup sekadar kurma dan air kosong je...alhamdulillah
Menu buka puasa pun semakin sederhana
Cuma...............
Semenjak dapur dah "hidup" kat rumah tu
Si housemate sangat la rajin memasak
Ada je menu yg dia nak cuba
Puasa ke-14 tu, dia buat puding roti
Aku pun tak pasti macam mana dia buat
Siap ada topping bagai
Menarik dan rasanya pun sedap!
Pandai masak rupanya housemate aku ni (^_^)


p/s : dah TERjanji nak masak Carbonara pula dengan housemate...aduiiii




~ Dylla Abas ~

Akad Bayaran Fidyah

 

Baru-baru ni aku membantu seorang kawan membuat bayaran Fidyah
Oleh sebab aku tak pernah membuat bayaran Fidyah sebelum ni, aku agak blur juga dengan prosedurnya
Dan untuk pengetahuan semua, bayaran Fidyah juga ada akadnya

 1 - Perlu bersalam dengan si penerima bayaran

2 - Perlu menyebut dengan jelas akadnya :

"Saya [NAMA] dengan ini ingin membuat bayaran Fidyah dengan jumlah [RM] kerana Allah Ta'ala"

Jika kita membayar bagi pihak ke-3, perlu juga menyebut nama pihak ke-3 tu :

"Saya mewakili [NAMA] dengan ini  ingin membuat bayaran Fidyah dengan jumlah [RM] kerana Allah Ta'ala"

Mudah je kan...? Haa, lepas ni sesiapa yg ingin membuat bayaran Fidyah, boleh la buat sebelum datangnya Ramadhan 1435H ye
Takut nanti bayaran Fidyah tu akan digandakan pula
Bayaran Fidyah adalah 1 hari bersamaan secupak beras (675gram) bersamaan RM 1.75
Boleh rujuk [SINI] untuk pengiraan Fidyah yg lebih jelas


p/s : Islam itu Mudah (",)



~ Dylla Abas ~

Zakat Pendapatan vs. Cukai Pendapatan

 

Korang dah bayar Zakat Fitrah...??
Alhamdulillah pada yg sudah
Pada yg belum tu masih ada masa lagi
Bulan puasa macam ni, memang Zakat Fitrah la yg menjadi keutamaan kan
Tapi, aku bukan nak bercakap tentang Zakat Fitrah
Aku nak berkongsi ilmu tentang Zakat Pendapatan

Ada yg kata, lebih baik bayar Zakat daripada bayar cukai
Betul..aku setuju..!!
Salah satu kebaikan membayar Zakat ialah dapat menyucikan harta dan jiwa
Kebaikan lain...??
Tunggu kat "sana" la..in shaa Allah pasti ada ganjarannya (",)
Yg penting niat mestilah kerana Allah S.W.T

 Bagi yg kurang jelas, ada sedikit perkara yg aku nak kongsikan
Membayar Zakat bukan bermakna kita tidak perlu membyar cukai
Cukai tetap kena bayar
Atau sekurang-kurangnya kena declare
 Tapi, ada "pelepasan" istimewa bagi si pembayar Zakat Pendapatan

Aku bagi contoh mudah ye
Katakan la gaji bulanan kita ialah = RM 3,000.00
Jumlah pemotongan cukai adalah 1%
** pemotongan cukai berlaku selepas pemotongan 11% EPF **
Jadi jumlah cukai bulanan ialah = RM  25.00
Jumlah cukai tahunan pula adalah sebanyak = RM 300.00


Jumlah pemotongan Zakat pula adalah sebanyak 2.5%
** pemotongan zakat berlaku selepas pemotongan 11% EPF **
 Jumlah pemotongan Zakat = RM 56.00
Jadi, jumlah Zakat tahunan adalah sebanyak = RM 672.00

Ketika membuat e-Filing untuk membayar Cukai Pendapatan
Sertakan penyata Zakat Pendapatan kita
Jadi, pelepasan cukai yg dimaksudkan adalah apabila :
Cukai tahunan - Zakat tahunan = Baki yg tinggal
Dalam contoh di atas, baki yg tinggal adalah negatif
Jadi, kita tidak perlu membayar Cukai Pendapatan
Itu la pelepasan yg dimaksudkan (",)

Bagaimanapun, contoh yg aku bagi tu anggaran kasar je
Pemotongan cukai mahupun zakat adalah berdasarkan baki bersih yg tinggal setelah ditolak semua perbelanjaan tahunan kita
Semua tu akan diambil kira
Dan pendapatan bersih yg tinggal jika melebihi NISAB, baru la akan dikenakan Zakat
** NISAB bagi tahun ini ialah RM 13,000++ **


p/s : aku buat potongan gaji je untuk bayar Zakat dengan Skim Thohir...sangat mudah!

Boleh klik [SINI] untuk maklumat yg lebih details ya



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 13

 

Diari ni terhenti di hari yg ke-12
Entah apa la yg busy sangat sampai tak sempat nak update blog kan
Apapun, puasa di hari ke-13 tu berjalan seperti biasa
Isnin dan berpuasa pula
Mood pun ala-ala puasa juga la
Cumanya Isnin tu aku agak busy di ofis
Banyak pula kerja yg perlu disiapkan
Dan waktu balik kerja tu...sempat pula singgah di Jalan TAR...again!!!
Hahaha...selagi baju raya belum dibeli...selagi tulah aku akan singgah di Jalan TAR tu
Kemain aku punya survey kan...sampai dah tahu nak beli jenis yg macam mana
Kalau baju sendiri aku tak kisah sangat
Tapi, sebab nak mencari baju mak, ayah dan adik-adik ni yg payah sikit
Seorang nak yg macam ni
Seorang nak yg macam tu
Jenuh!


p/s : suasana kat Jalan TAR tu sangat crowded...tak boleh nak snap gambar



~ Dylla Abas ~

Kad Raya Pertama Ramadhan 1434H/2013M

 

2 hari lepas aku terima kad raya pertama untuk tahun ni
Wahhhh...selepas sekian lama tak dapat kad raya
Akhirnya merasa juga..!!
Kad raya ni datangnya dari kawan blogger...Cik Eintan Nurfuzie
Mekasih Cik EN...kad raya tu walaupun simple..tapi sangat bermakna (>_<)




p/s : malangnya takde alamat...macam mana nak balas balik T_T



~ Dylla Abas ~

Tuesday 30 July 2013

Program Menziarah Anak-Anak Yatim

 

Venue : Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Sg.Penchala
Mode : Insaf

 Pagi tadi, aku sempat join CSR program kat UNIRAZAK ni
Lagi satu program lepas program bubur lambuk last Friday
Hari ni program menziarah anak-anak yatim pula
Oh...bukan anak yatim je yg ada
Anak-anak fakir miskin pun ada
Dan ada juga yg datang dari keluarga yg berpecah-belah
Kesian tengok budak-budak tu...sayu rasa hati T_T

Lepas je ucapan alu-aluan dari Pengurus Pusat Jagaan Lambaian Kasih tu
ada persembahan nasyid pula
Sumpah airmata bergenang masa tengok persembahan tu
Terus terbayangkan mak dan ayah kat kampung
Ya Allah...alhamdulillah kerana aku masih ada mak dan ayah
Kasihanilah mereka yg tidak punya mak dan ayah...amin












p/s : moga Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka semua (",)



~ Dylla Abas ~

Thursday 25 July 2013

1st Mini Giveaway by TGLSC


** Sticky Post **


 

Okay...seperti yg aku dah janjikan dalam entri semalam
Aku ada surprise untuk korang semua kan...?

Dan surprise tu ialah berupa 1st Mini Giveaway sempena Ramadhan (",)
GA ni sebenarnya aku buat untuk blogshop aku
Tapi promote kat sini juga la

Kepada sesiapa yg berminat nak join (atau rasa nak hadiah..huhu)
Boleh la klik link kat bawah ni


Jom ramai-ramai join GA ni
Sambil-sambil tu boleh la support my blgoshop (",)


Tempoh GA ni berlangsung 2 minggu je tau
Mulai 11 - 25 July 2013
Kalau boleh aku nak hadiah ni sampai kat tangan si bertuah sebelum raya
Boleh la melaram...eh..?? Hahahaha


p/s : excited nak siapkan hadiah untk korang



~ Dylla Abas ~

Wednesday 24 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 13

 

Makin hari makin kurang menu buka puasa aku
Tak tahu la sama ada selera makan yg makin berkurangan
Atau sebab memang nak berjimat sangat..hoho >_<
Apapun, alhamdulillah sebab masih ada rezeki yg halal untuk aku berbuka puasa
Puasa ke-13 hari tu, menu buka puasa 2 keping roti boom
** dan sepotong ayam panggang yg housemate beli **
Aduhaiiii...makin menipis la aku nampaknya
Konon raya nak cover balik la makan banyak-banyak
Tapi, mampu sangat la nak makan banyak kan

Bila fikirkan yg duit memang tak berapa nak susut dengan cara pemakanan yg begini
Aku rasa seronok la pula...ada extra cash...ada extra shopping!!
Hahahaha
Tak la...aku bukannya kaki shopping sangat pun
Menyimpan kan lagi bagus..untuk masa depan yg gemilang, cemerlang dan terbilang

p/s : kemeriahan Jalan TAR semakin menggamit!



~ Dylla Abas ~
 

Jangan Pertikaikan Hak Allah S.W.T

 

Pernah tak terdetik di hati kita macam ni :
 "Aku ni berdoa hari-hari...tapi Allah dengar ke doa aku...?"
 Kalau pernah, maka cepat-cepat la beristighfar
Sesungguhnya kita berdoa kepada Yang Maha Mendengar
Pasti DIA mendengar doa kita
Pasti DIA tahu keikhlasan dan kesungguhan kita di dalam berdoa
memohon sesuatu daripada-Nya

Jadi, jangan la kita pertikaikan hak Allah S.W.T
Hak kita adalah untuk meminta dan berusaha
Hak Allah S.W.T adalah untuk menunaikannya
Sama ada doa kita ditunaikan atau sebaliknya...itu hak DIA
Jika tidak ditunaikan, pasti DIA akan menggantikan dengan sesuatu yg lebih baik
Wallahu'alam


p/s : jangan putus asa dalam berdoa (",)



~ Dylla Abas ~
 

Tuesday 23 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 12

 

Seharian terperuk di rumah di puasa ke-12
Dari awal pagi bermula pukul 7...maka bermula la projek aku
Projek la sangat..!!
Kebetulan kawan ofis aku tempah jubah untuk anak kawan dia
Aku pun buat la...boleh asah bakat
Tak pernah aku menjahit jubah apatah lagi untuk budak-budak
Dan alhamdulillah...projek bermula seawal 7 pagi tu boleh aku siapkan sebelum Zuhur
Terkejut juga dengan kepantasan mesin jahit aku tu
Kagum...kagum...
Apapun, hopefully budak kecik tu suka la dengan jubah yg aku jahit tu
Tak dapat nak share gambar sebab jubah tu dah bertukar tangan
Dan boleh pula aku terlupa nak snap gambar jubah tu...haish!
** sambil tepuk dahi sendiri **

p/s : lepas ni projek baju raya aku pula (>_<)



~ Dylla Abas ~

Golongan Yang Dikenakan Fidyah

 







~ Dylla Abas ~

Belajar Memahami Isi Kandungan Al-Quran @ Kalamullah


Dari hari pertama berpuasa, rancangan Kalamullah menjadi pilihan ketika bersahur
** sahur pun nak tengok tv jgk..??? **
Seronok tengok adik Hadi, Fatimah dan Shakirah tu mengaji
Sedap je bunyinya..mendayu-dayu
Dalam masa yg sama, aku boleh memperbaiki bacaan aku
Banyak kelemahan yg harus diperbaiki
Dan yg paling menarik, aku boleh faham maksud setiap ayat yg dibacakan
Bila dah faham maksudnya, baru la kita faham tanggungjawab kita sebagai seorang muslim kan
Bagus rancangan ni...memang tak rugi la tengok (",)

Selain daripada itu, banyak juga kisah-kisah menarik yg dikongsikan
Kisah-kisah dari dalam al-Quran la tentunya
Banyak pengajaran yg berguna yg boleh kita praktikkan

Kadang-kadang bila membaca al-Quran tu
dah tentu la kita nak tahu apa maksudnya kan
Bila kita dah boleh faham sikit maksud beberapa perkataan
Kita akan boleh memahami keseluruhan ayat tersebut
Apapun, sekurang-kurangnya waktu sahur aku bermanfaat juga dengan adanya rancangan ni


p/s : Kalamullah...tak tengok rugi, tak baca lagi rugi (^_^)


~ Dylla Abas ~
 

Monday 22 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 11

 

Ulser di bulan puasa
Arghhhhhh...!!
Dah la tekak kering...mulut kering
Ulser ni datang menyerang pula
Okay...dugaan...punya la peritnya waktu nak berkumur masa nak ambil wudu'
Sampai mata pun bergenang!

Petua makan aiskrim untuk kurangkan ulser tak boleh nak buat
Bulan puasa tak reti nak makan aiskrim
Lagi selesa makan murtabak atau ayam percik..hoho (^-^)


p/s : ulser menyerang kat hujung lidah yg dekat dengan anak tekak tu T_T



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 10

 

Sangat lewat nampaknya entri ni
Ramadhan ke-10 dah 3 hari berlalu
Takde perkara menarik pun berlaku pada puasa ke-10 tu
Cuma....
Lunch hour tu sempat habiskan masa di Jalan TAR
Survey baju raya untuk mak dan ayah
Tapi tengok harga...pengsannnn!!
Mahal kemain la harga baju raya sekarang ye
Nak kena guna cara tahun lepas agaknya
Shopping di minggu akhir
dan nego gile-gile sampai dapat discount 50% 
Err...jadinya kena tunggu dulu la
Tak boleh la nak beli sekarang


p/s : sabar...ada rezeki tak kemana (",)



~ Dylla Abas ~

Friday 19 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 9

 

Diserang "ceri-beri" ketika sedang berpuasa memang bukan perkara yg baik
Itulah yg berlaku pada aku di puasa hari yg ke-9
Memang la dugaan tu tak berat mana pun
Tapi, terasa juga la lemahnya badan ni
Dehidrated!

Apapun, alhamdulillah sebab aku boleh bertahan hingga ke waktu berbuka
Dan menu buka puasanya sangat-sangat menarik
Bubur Lambuk Kampung Baru
Maveles okay!! 
Kebetulan budak ofis yg bagi...alhamdulillah rezeki (",)

Takde apa yg menarik yg berlaku pada 9 Ramadhan ni
Cuma, terpaksa menahan nafsu mata bila melalui Jalan TAR
Kemain meriah dengan pelbagai jualan baju raya, kuih raya bla bla bla
Takpe la...nanti aku terjah satu-satu gerai kat Jalan TAR tu
Sekarang bukan mood nak membeli-belah
Jarangnya aku nak membeli-belah di awal-awal puasa macam ni
Kalau ikutkan tahun lepas, minggu terakhir puasa baru aku pergi cari baju raya untuk mak dan ayah
Mungkin tahun ni pun macam tu juga kot
Barulah terasa kemeriahan raya (^_^)


p/s : teringin nak makan homemada carbonara la



~ Dylla Abas ~


Doa Ketika Berada Di Dalam Kesusahan

 




p/s : apapun, jika kita berdoa dengan seikhlas hati pasti dimakbulkan Allah S.W.T (",)


~ Dylla Abas ~

Thursday 18 July 2013

Duta & Model Ariani di CapSquare KL

 

Awal pagi tadi sampai ofis dengan keadaan tertanya-tanya
"Shooting filem apa pula kat sini ni...?"
Punya la ramai crew yg tengah set up macam-macam
Tapi lepas tu terus je masuk ofis macam biasa

Masa tengah buat kerja tiba-tiba dengar suara bos
"Ada shooting kat bawah tu...tapi saya tak kenal la siapa artisnya..."
Haaa..betul la sangkaan aku ada shooting
Cuma yg tak pasti shooting  untuk filem atau drama

Then masa lunch tadi sempat la tengok kejap
Lorrr...shooting untuk Ariani rupanya
Mesti korang tau kan Ariani tu apa
Sempat la diorang promote member card Ariani tu
Dengarnya percuma
Tapi aku tak ambil pun
Sebab jarang nak pakai tudung mahal-mahal ni...tak mampu (>_<)

Sempat la snap gambar Wardina Safiyyah dari kejauhan
Nak pergi dekat macam segan
Cantik pula aku tengok dia tu (",)





p/s : quality gambar tak berapa nak elok sebab terlalu zoom



~ Dylla Abas ~

Kisah Iskandar Zulkarnain Dan Penyesalan Di Hari Akhirat

 

Tersebutlah kisah
Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya yg terpaksa melalui 1 terowong yg amat gelap
Tak ada api...tak ada cahaya
Di pertengahan jalan, mereka terpijak batu-batu yg banyak bertaburan
Mereka pernah mendengar bahawa terowong itu kaya dengan emas dan berlian
Maka bala tentera tersebut mula mengutip batu-batu yg ada
Ada yg mengutip hingga penuh kedua tangan
Ada yg menggunakan baju untuk mengutip lebih banyak batu
Ada juga yg tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap...
ada di antara mereka yg berasa letih lalu melepaskan batu-batu yg dibawa
Akhirnya, mereka mula menghampiri hujung terowong
Dalam samar-samar, mereka melihat batu-batu itu memang benar emas dan berlian
Maka ramai yg meminta kebenaran untuk berpatah balik ke tengah terowong
Namun ditegah keras oleh Iskandar Zulkarnain

Bila mereka keluar dari terowong, penyesalan yg amat hebat dirasakan oleh bala tentera tersebut

1. Paling menyesal adalah mereka yg tidak percaya langsung tentang kewujudan emas dan berlian itu

2. Yg membawa sedikit juga terasa menyesal..."kenapa la aku bawa penuh tangan je..aku patut gunakan baju.."

3. Yg membawa penuh baju pun menyesal..."aku patut pinjam kain dari orang lain dan gunakan mulut untuk mengangkut emas dan berlian tu..."

4. Yg paling menyesal ialah yg mula-mulanya percaya tapi separuh jalan telah melepaskan batu-batu itu kerana tidak yakin dan kerana mereka berasa letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita di akhirat kelak
Semuanya akan menyesal
Tiada yg terkecuali
Ketika Sakaratul Maut, kita akan diberi gambaran di mana nasib kita kelak
Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia sekiranya mereka melihat gambaran yg tidak baik untuk nasib mereka
Bila sampai masanya di akhirat kelak, semuanya pasti akan berasa menyesal

1. Orang yg soleh dan solehah akan menyesal kerana membiarkan masa berlalu tanpa memanfaatkannya untuk meningkatkan lagi amal ibadah supaya mendapat darjat yg lebih tinggi

2. Yg kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam tak serupa manusia, lagi la menyesal. Ada amalan. Tapi sangat sedikit. Dosa pula yg menimbun.

3. Orang-orang kafir la yg paling menyesal. Terutamanya mereka yg dah sampai seru tentang Islam, tapi memilih untuk tidak beriman kerana ego dan perasaan pentingkan keduniaan.

4. Dan orang yg asalnya Islam tapi meninggalkan Islam (murtad) adalah golongan yg paling menyesal.

Itulah serba sedikit gambaran penyesalan di Hari Akhirat kelak
Diceritakan penyesalan mereka di dalam Surah As-Sajadah
Ahli neraka merayu kepada Allah S.W.T

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat akan kedasyatan akhirat,
Kembalikan la kami ke dunia agar kami boleh beramal soleh,
Sesungguhnya kami benar-benar menyesal,
Dan kami telah benar-benar yakin akan kekuasan-Mu..."



p/s : ya Allah...tetapkan la Imanku agar aku tidak menjadi sebahagian daripada golongan mereka yg menyesal di akhirat kelak...amin



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 8

 

Untuk pertama kali dalam hidup
Aku tak berapa kisah tentang menu berbuka puasa
Makan je apa yg ada
Surprise kan...?
Aku pun surprise juga dengan diri sendiri
Masa singgah di bazar Ramadhan tu pun aku macam tak tahu nak makan apa
Pusing 2-3 kali...akhirnya singgah beli roti jala RM2.00 dan tau fu fa RM1.00
Kalau la hari-hari macam ni...memang boleh jimat ni
Banyak la angka kat buku bank aku tu..huhu (",)


 p/s : perut semakin mengecilkah di bulan puasa ni...?? 



~ Dylla Abas ~

Setiap yg Pahit itu ada Manisnya

 




p/s : sentiasa bersangka baik pada Allah S.W.T...DIA tak mungkin membebani hamba-Nya dengan suatu dugaan yg di luar kemampuan (",)


~ Dylla Abas ~

Wednesday 17 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 7

 

Pejam-celik pejam-celik dah seminggu kita berpuasa
Alhamdulillah...syukur yg tak terhingga di atas kesempatan yg diberi-Nya
Okay...minggu pertama dah berlalu
Masuk minggu ke-2 selalunya aku dah mula cari idea untuk design baju raya tahun ni
Sebab jahit sendiri...so design tu mengarut pun tak kisah la kan
Tahun ni rasa nak buat jubah je
Kena tengok kesesuaian kain tu juga la
Kalau tak sesuai...aku ingat buat baju kurung jelah
Senang...tak payah nak pening-pening fikir design macam mana kan (^_^)

Malam tadi dah bentang dah kain tu
Dah pegang juga pembaris dan kapur kain
Sekali mood nak buat beg untuk hadiah Mini GA datang pula!
So, lipat balik kain...bentang pula kain lain
Hahahaha...adoiii, pening!
Hadiah-hadiah untuk Mini GA tu in progress
Mungkin next Monday boleh upload gambar-gambarnya

Sesiapa yg belum join, sila la sudikan diri untuk join ye
Klik je banner kat entri atas tu (",)


p/s : buka puasa makan nasi goreng housemate...sedap!!


~ Dylla Abas ~

Doa Hari Pertama Haid

 

** Entri ini khas untuk kaum wanita **

Bulan Ramadhan macam ni mesti kita semua tak nak lepaskan peluang merebut pahala yg berlipat kali ganda kan
Namun fitrah wanita, kita tidak mampu untuk melakukannya penuh sebulan
Itu tidak bermakna kita tidak berpeluang untuk mendapat pahala tersebut
Setiap perbuatan itu adalah ibadah
Dan setiap ibadah itu ada ganjarannya selagi kita ikhlas dan redha melakukannya kerana Allah S.W.T

Setiap wanita Islam yg "datang bulan", kita digalakkan untuk membaca doa di bawah :

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma Ya'ala Kullihan Wa Astaghfirullah Min Kulli Zanbi

Fadhilatnya :

1. Perjalanan haid akan menjadi lancar
2. Dikurniakan pahala sama seperti ibadah kita di hari-hari biasa (hari yg tidak didatangi haid)
3. Diampunkan dosa-dosa
4. Dipermudahkan laluan di titian Siratul Mustaqim selagi kita taat kepada Allah S.W.T
5. Diangkat darjatnya

Sayangnya Allah S.W.T pada kaum wanita
Dalam keadaan berhadas besar pun kita masih boleh mendapat rahmatnya (",)


p/s : baru belajar doa ni melalui rancangan Tanyalah Ustazah


~ Dylla Abas ~


20 Penyakit Hati Terhadap Allah S.W.T

 



p/s : perbaiaki diri agar kita tidak berada dalam golongan di atas...na'uzubillah



~ Dylla Abas ~

Tuesday 16 July 2013

Lagu Raya di Puasa ke-7


Tak tahu la kalau aku salah dengar ke apa
Tapi, telinga ni dok mendengar lagu raya dari speaker officemate
Baru puasa ke-7 kot
Err...bukan apa..rasa macam terlalu awal
Mood nak mengerjakan tarawih masih berkobar-kobar
Kalau dok layan lagu raya nanti mood tu bertukar jadi mood shopping lak
Aku juga yg susah...hehe (>_<)

Masa balik rumah mak dan ayah baru-baru ni, aku dapat soalan bonus
"Tahun ni baju raya kita tema apa kakak...?"
Hoho..masih terasa lagi letihnya nak mencari baju raya kaler turqouise tahun lepas
Dah nak fikir  tema baju raya untuk tahun ni pula
Aku sebenarnya memang dah fikir dari awal lagi nak belikan mak dan ayah baju raya kaler apa tahun ni
Sebab hari tu aku sempat belek-belek almari baju ayah
Dok tengok koleksi baju melayu dia...ada beberapa kaler yg takde lagi
Mak aku tak kisah sangat, kaler tu ada banyak pun dia pakai je

Jadinya, untuk tahun ni, aku dah memilih kaler dark silver untuk tema baju raya kitaorang
Tahun ni beraya tanpa family abang dan family adik
Jadi, tinggalkan kitaorang berlima je
Tapi, tak sangka pula family abang dan family adik suka dengan pemilihan tema baju raya tahun ni
Diorang pun akan mencari baju raya dengan kaler dark silver tu...best best (",)

Hmmm...sambung balik bab Lagu Raya
Kalau dengar lagu raya, aku prefer lagu raya dulu-dulu
Lebih catchy
Tapi lagu raya yg moden-moden ni macam tak kena je
Takde feel sangat
Kalau lagu raya dulu-dulu tu best je
Paling best lagu Saloma la
"Selamat Hari Raya"
Sampai sekarang masih meletop lagi (^_^)


p/s : tahun ni nak kena tukar caller ringtone raya lagi ke...? huhu...


~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 6

 

Puasa di hari ke-6 dengan menu buka puasanya rendang ayam
Perghhhhh...layan!!
Kebetulan housemate baru balik dari kampungnya
Mak dia bekalkan rendang ayam tu
Maveles la makcik Biah (",)
Bukan rendang ayam je ada...karipap pun ada
Gigih betul housemate bawa balik semua tu naik bas
Makcik biah siapkan bekalkan anak dia dengan telur masin lagi...terbaekkkk!!

Jadi, berbuka puasa di hari ke-6 tanpa menu di bazar Ramadhan
Alhamdulillah
Azam Ramadhan kali ini untuk berjimat cermat dan tidak membazir semakin menjadi kenyataan..huhu



p/s : tiba-tiba teringin nak makan Rendang Tok...haish!


~ Dylla Abas ~

Monday 15 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 5

 

Hari ke-2 berbuka puasa dengan mak dan ayah
Menu yg agak sederhana setelah kejadian kembung perut semalamnya..hoho (^_^)
Baru la aku dapat request menu aku pula
Tak susah pun
Sambal ikan bilis goreng je
Memang feveret sejak dari zaman kanak-kanak
Tu pasal aku tak membesar..."bilis" je saiznya..hahahaha

 Lepas je solat Isya'..terus gerak balik ke KL
Sedih rasanya tinggalkan mak dan ayah
Takpe la...minggu depan balik lagi


p/s : sempat tapau sambal ikan bilis goreng untuk dibawa balik ke KL(>_<)



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 4

 

Berbuka puasa di hari ke-4 dengan mak dan ayah...memang terbaik!!
Rasa penat menahan lapar dan dahaga tu tak terasa dengan celoteh mak tentang menu berbuka puasa
Ayah pula tak habis-habis dengan projek nak pasang floor tiles dia tu

Menu yg agak berlebihan sebenarnya
Tapi, alhamdulillah....licin (>_<)
Adik bongsu aku awal-awal dah request nak makan ayam golek
Kemain lagi nafsu makan dia
Tu belum masuk lagi dengan menu sampingan
Samosa Ayam
Murtabak Sarawak
Otak-Otak
Siput Sedut Masak Lemak
Nasi putih
Sayur Campur
Haaa...nampak tak kemeriahan di situ...??
Tukang makan ada 4 orang je
Memang la masing-masing kembung perut!

Tapi, apapun bersyukur dengan rezeki yg Allah beri
Dengan keadaan negara yg masih aman
Masih boleh terus menjalani ibadah puasa dengan baik (",)


p/s : tak sempat nak rasa ayam golek tu T_T


~ Dylla Abas ~
 

Melayan Kerenah Adam Di Bulan Puasa Memang Mencabar

 

Cuti 2 hari yg lepas, aku balik ke Bukit Beruntung
Niat utamanya sebab nak berbuka puasa dengan mak dan ayah la
Niat sampingan tu sebab nak jumpa anak buah aku yg kat Kemaman tu, Adam

Awal pagi Sabtu tu dia dah bangun dari tidur
Kemain cergas lagi budak kecik tu!
Sepak bola, main kereta kontrol, berlari ke sana-sini
Aku masa tu tengah sibuk nak menjahit beg untuk ummi dia
Dia pun sibuk juga nak menolong
Orang pilih kain...dia pun nak pilih kain juga
Orang pegang gunting...dia pun nak sibuk menggunting
Nasib baik selamat kain-kain aku
Kalau tak memang bertukar jadi hulk hogan la aku masa tu >_<




Apapun, happy bila tengok dia sihat macam tu
Takde la melepek je macam selalu kan
Alhamdulillah (",)


p/s : Lepas je Adam balik ke Kemaman petang Sabtu tu, rumah terus jadi sunyi...alahai...


~ Dylla Abas ~