Pages

Thursday, 11 July 2013

Cubalah Kawal Nafsu Amarah


Bulan puasa macam ni...emosi dan fikiran kita memang berada di tahap yg kritikal
Tak boleh silap sikit..mesti nak melenting
Waktu macam ini la sebenarnya kita diuji dengan sebenar-benar ujian

Yelah..kalau waktu lain ada Syaitan yg menghasut
Tapi, bila Syaitan dah kena ikat sekarang...
kita bebas untuk meletakkan diri kita di tahap keimanan yg macam mana
Adakah kita memang benar-benar beriman dan mampu menepis setiap dugaan...?
Atau kita memang jenis cepat goyah...?
Atau...hanya kita dan DIA saja yg mengetahuinya

Aku nak bercakap tentang diri aku jelah
Malas nak fikir pasal sikap dan perilaku orang lain
Contoh terbaik bila naik tren di awal pagi
Selalunya naik tren memang penuh sesak
Dan bila ada masanya aku ditolak atau dipijak atau di apa-apa la...mesti dalam hati tu dah siap bagi pakej maki-hamun...tak senonoh, kan...?
Tapi, semenjak semalam ** baru 2 hari nak kecohhhhhhh ** aku macam boleh bertenang
Siap boleh senyum lagi masa kena tolak bla bla bla...

Sebenarnya, aku cuba untuk mengawal nafsu amarah aku ni
Tak nak la sia-sia kan pahala puasa kerana perkara yg remeh-temeh
Biar la orang nak buat apa atau cakap apa asalkan ianya tak memudaratkan aku
Aku pasrah
Hahahahahaha

Apapun, moga kita semua pun begitulah ye
Yg penting ada sifat sabar dalam diri
Semoga bulan Ramadhan ni dapat mendidik kita untuk menjadi hamba yg lebih baik
Dan terus istiqamah hingga ke akhirnya


p/s : struggle nak habiskan bacaan al-Quran dalam bulan puasa ni...in shaa Allah (",)



~ Dylla Abas ~
 
 

No comments: