Pages

Tuesday 30 April 2013

Bila Dosa Jadi Biasa


Assalammualaikum W.B.T




p/s : Na'uzubillah



~ Dylla Abas ~

Projek Naik-Taraf Rumah

Assalammualaikum W.B.T

Kemain tajuk! Padahal projek kecil-kecilan je pun. Projek yg dibuat oleh ayah aku sendiri untuk rumah keluarga kami di Bukit Berutung tu. Asalnya, ayah nak upah orang. Tapi, orang tu tak boleh buat atas faktor kesihatan. Jadi, ayah ambil keputusan untuk buat sendiri je.

Projeknya ialah untuk membina tembok dinding di sekeliling rumah, pasal floor-tile kat laman rumah dan sambung bahagian dapur. Tudiaaaa! Aku dah nampak dah penglibatan aku dalam projek tu nanti. Aku kan engineer dalam keluarga tu. Hahaha..ini la masanya nak praktikkan apa yg aku dah belajar dulu. Gigih aku cari balik buku-buku aku semata-mata nak tahu ratio untuk membancuh simen! Ayah punya pasal la ni. Tapi, seronok juga. Bila buat sendiri, kita boleh buat ikut kemahuan kita sendiri kan.




Projek tu dah bermula pada hari Sabtu yg lepas. Masa aku sampai sana tengah malam Ahad tu, panik gak rasa. "Eh...aku salah rumah ke...?? Kenapa banyak sangat batu-bata, pasir dan semua simen ni..??" Rupa-rupanya ayah nak juga teruskan projek dia tu. Hmm..tak kisah la ayah...asalkan bahagia (^_^)




Pagi Ahad tu, ayah sambung lagi projeknya. Tapi kali ni projeknya agak terganggu sikit. Sebabnya..?? Sebabnya si budak becok tu dok mengacau atuk dia buat kerja. Macam-macam soalan dia tanya. Ayah aku kalau tengah fokus buat sesuatu, memang tak suka diganggu. Dengan sesiapa sekalipun. Tapi, nampak la kesabaran dia melayan kerenah cucu sulungnya tu.






Aku belum membantu apa-apa lagi. Cuma tolong tengok dan tolong komen. Biasa la, jadi mandur tu kan lagi seronok dari jadi buruh. Hehehe. Mengamuk kalau ayah aku baca entri ni. Nak jadi mandur la konon! Apapun, hasil kerja ayah memang mengagumkan juga la. Bekas Accountant CIMB boleh buat kerja-kerja macam tu kan. Kira terel la tu (>_<) Bak kata ayah, "dalam hidup ni...kerja meniru la yg boleh membuat kita berjaya.." Faham tak...?? Aku faham. Sebab masa sekolah dulu aku memang suka meniru kerja sekolah kawan-kawan aku. Tapi, subjek Kimia jelah. Sumpah tak faham subjek tu. Tiru jelah penyelesaiannya. Jadi, hasilnya...agak berjaya juga la sebab aku boleh catch up subjek Kimia ni masa aku sambung belajar kat UiTM dulu. Hasil meniru....kahkahkahkah


p/s : tapi jangan meniru masa exam ye adik-adik (",)




~ Dylla Abas ~


Monday 29 April 2013

Azeem Dah Mula Belajar Solat

Assalammualaikum W.B.T

Semalam, aku habiskan masa di kampung ** kampung la sangat..padahal Bukit Beruntung tu je..mana la ada kampung kat situ ** Dah lama rasanya tak balik jumpa mak dan ayah. Rindu sangat-sangat kat diorang. Aku sampai sana dah tengah malam Ahad. Sabtu siang tu, aku sempat pergi kerja dulu. Balik kerja pergi makan-makan kejap. Then, baru bertolak balik ke Bukit Beruntung. Alhamdulillah, perjalan sangat lancar dan dipermudahkan-Nya.

Kebetulan, abang aku pun balik juga. Okay, terubat la juga rindu nak bertemu dengan si mulut becok tu, siapa lagi kalau bukan Azeem. Jadi, hari Ahad tu seharian aku habiskan masa dengan melayan kerenah Azeem. Kebetulan lagi, ayah aku tengah mengerjakan "sesuatu" di laman rumah. Nanti aku cerita dalam entri lain. Mak pula sibuk dengan aktiviti memasak dia. Azeem je yg free...huhu (>_<)




Masa aku nak solat Zohor, dia ikut sekali aku masuk bilik. Aku pun malas nak cakap banyak. Biarkan je dia ikut aku. "Duduk diam, jangan kacau makngah tau!" Dia pun angguk jelah bila kena warning dengan makngah dia yg garang ni kan. Pasrah je dia duduk atas katil tu sambil belek-belek handphone aku. Habis je aku solat, dia memang dah tak sabar-sabar lagi nak bercakap dengan aku.

"Kenapa makngah sembahyang lama sangat...?"

"Kenapa makngah macam cakap bisik-bisik masa sembahyang...?"

"Kenapa makngah baca doa panjang-panjang...?"

Dan pelbagai kenapa lagi la. Satu soalan pun aku tak jawab. Aku sengih je tengok dia. Lepas tu aku terus tanya, "Azeem tak nak sembahyang ke...?" Terus dia angguk! Terharu aku rasa masa tu. Walaupun dia memang tak tahu langsung macam mana nak bersolat, tapi niat dan keinginan dia nak bersolat tu buat aku rasa bersyukur sangat.

"Macam mana nak ambil air sembahyang makngah...?"

"Kenapa kena basuh 3 kali...?"

"Kenapa kena basuh tangan kanan dulu...?"

Okay. Kali ni aku explain kat dia semua kenapa dia tu. Satu-satu aku cakap. Mula dari niat wudhu' sampai la dia selesai basuh bahagian kaki. "Azeem rasa bersih la. Baru la boleh sembahyang, kan makngah...?" Lagi sekali aku terharu. Budak kecil yg berusia 5 tahun pun berperasaan macam tu. Apatah lagi kita yg dah dewasa ni. Yg dah faham tanggungjawab menunaikan solat dan sebagainya, pasti lebih berperasaan kan (",)

"Azeem nak baca apa masa sembahyang ni makngah...?"

Memandangkan dia lancar membaca Surah Al-Fatihah, maka aku pun suruh la dia baca surah tu. Kemain khusyuk dia bersolat. Bermula dengan mengangkat takbir, rukuk, sujud, duduk di antara 2 sujud...semua pergerakan tu sempurna sangat. Tertib mengikut aturannya. Cukup rakaatnya. Walaupun bacaannya masih belum sempurna. Alhamdulillah. Aku rasa sebak sikit la masa tu. Dah besar rupanya anak buah aku yg seorang ni. 




"Kalau dah habis sembahyang kena baca doa kan, makngah...?"

Aku angguk je. Terus dia tadah tangan. Tak tahu apa yg dia doakan. Kemain kumat-kamit mulut dia berdoa. Geli hati pun ada juga. Sayang betul aku tak record video dia bersolat. Gambar pun sempat snap sekali je. Aku pula yg khsyuk perhatikan dia bersoalat. Habis je berdoa, terus aku tanya, "Azeem doa apa tadi...?"

"Azeem doa untuk ibu, ayah, atuk, opah, makngah, pak uda, untuk Azeem juga..semua-semua orang la yg Azeem kenal. Azeem doa semuanya jadi orang baik. Lepas tu Azeem tak tahu nak cakap apa lagi, Azeem baca 3 Qul..."

Terkedu kejap. Tak sangka dia dah pandai baca 3 Qul! Patut lama betul dia berdoa. Terus aku peluk dia. Sampai dia jadi pelik. Ya Allah...Subhanallah...seronoknya dengar. Budak kecil ni memang mudah nak ingat kalau kita ajar dia apa-apa kan. Betul la kata pepatah, melentur buluh biar la dari rebungnya. Hasilnya pasti tak sia-sia (^_^)


p/s : Azeem dah tak nakal sangat macam dulu, tapi "kepala hangen" dia belum surut lagi..huhu..




~ Dylla Abas ~

Saturday 27 April 2013

Cengkerang Cici Dah Turun Warna

Assalammualaikum W.B.T

Selalunya bila bercakap tentang turun warna ni, mesti ada yg terbayangkan baju yg bertompok-tompok dengan warna lain. Hodoh rupanya kan. Tapi, kes aku ni bukan baju. Baju turun warna tu aku dah biasa. Tak kisah sangat. Pakai Vanish je..senang!

Cici si kura-kura tu la, cengkerangnya dah turun warna! Ini semua akibat pemakanan dia. Orang kedai tu dah cakap. Kalau Cici makan makanan ikan, pasti cengkerang dia tak hijau dah. Jadi coklat-coklat sikit. Sekarang dah nampak perubahan warna cengkerang dia tu. Buruk sikit la jadinya. Sedih betul. Cici masih tak boleh nak terima makanan dia. Dia lebih sukakan makanan ikan. 




Tapi, malam tadi...masa aku tengah makan Nori (rumpai laut panggang), tetiba je rasa nak share dengan Cici. So, aku letak la sikit dalam akuarium dia tu. Dia makan okay! Suka pula tu. Cepat gile dia boleh habiskan. Mungkin dia terasa macam dah kembali ke habitat asalnya. Kura-kura kalau dalam laut kan makan rumpai laut. Aku rasa la...ngee (>_<)




Tapi, aku tak berani nak bagi banyak-banyak walaupun nampak jelas dia sukakan Nori tu. Sebab Nori yg aku makan ni, dah ada bahan pengawet semua. Takut ada kesan buruk pula kat Cici. Tak pasal-pasal aku kena cari pet lain...eh?? Hehehe...


p/s : aku pernah membebel kat Cici sebab baru je cuci akuarium tapi dah kotor gile..sepanjang aku bebel tu, boleh pula Cici menyorok dalam cengkerang dia tu..faham pula kan (",)




~ Dylla Abas ~

Friday 26 April 2013

Jom WeChat!

Assalammualaikum W.B.T

Akhirnya, aku download juga WeChat ni. Ada 3 sebab kenapa aku download. 1-Abang dan adik aku dah bising-bising suruh download. 2-Nak try applikasi ni...best sangat ke bagai dikata...?? 3-Nokia OviStore kat handphone ni baru je pulih, jadi apa lagi...download selagi boleh! Huhu (>_<)




Apa yg istimewanya aplikasi WeChat ni...?? Bak kata housemate aku, "macam walkie-talkie je.." Hee...agak setuju la. Sebab voice chat tu pendek-pendek je. Tapi, aku tak pernah cuba lagi buat voice chat yg panjang berjela. Jadi, tak tahu sejauh mana kemampuannya. Disebabkan baru hari ni aplikasi ni wujud dalam handphone aku, jadi banyak benda yg aku kena explore. Apa yg dikatakan MOMENTS. Apa yg dikatakan VOICE CHAT. Semua tu nak kena kaji...kemain!! 

Mungkin aku agak ketinggalan la. Tapi, better late than never, kan...? Hehehe (^_^) Apapun, kesan buruk bila dah ada macam-macam aplikasi ni, bateri handphone cepat sangat low. Asyik nak kena charge je. Payah juga kan. Hmm, konon nak up-to-date sangat la. Rasakan kau Dylla!


p/s : jom WeChat!!



~ Dylla Abas ~

Peringatan Buat Diri Sendiri

Assalammualaikum W.B.T 


Sumber : Facebook




~ Dylla Abas ~

Petua Hilangkan Sedu

Assalammualaikum W.B.T

Salam Jumaat semua. Dua hari tanpa entri baru, rasa lain macam pula bila nak menaip. Bukan busy. Tapi, sumpah takde idea. Jadi, masa dihabiskan dengan BW je. Seronok sangat baca entri blogger lain sampai lupa langsung nak cari idea untuk update blog sendiri.

Pagi ni nak cerita tentang sedu. Mesti korang semua pernah mengalaminya, kan...? Mesti ada rasa terganggu sikit bila tengah fokus buat sesuatu, tiba-tiba je korang tersedu, kan...? Macam aku la sekarang ni. Pasal apa la pula tiba-tiba boleh tersedu. Nak membesar lagi ke...? Hahahaha...dulu-dulu, kalau sedu je mesti orang cakap, "nak besar la tu." Tapi, bila dah besar ni, kalau tersedu juga, apa maksudnya...??

Aku tak pasti la apa punca terjadinya sedu ni. Pernah juga terdengar orang cakap, bila kita makan dengan agap lahap, boleh mengakibatkan sedu. Masalahnya, aku makan sopan sangat dah rasanya **kunyah 44 kali okay!** Mungkin ada sebab-sebab lain yg aku tak pernah tahu. Tapi, kat sini aku just nak share petua untuk hilangkan sedu yg aku jamin berkesan (",)

1. Tahan nafas
Tak perlu la tahan nafas sampai naik biru muka tu. Cukup le sekadar menahan nafas selama 10 saat sambil bersandar. Pastikan kita berada dalam keadaan yg relax. 

2. Minum air sejuk
Kaedah ni pun aku selalu praktikkan dan alhamdulillah, berkesan juga. Jangan minum sampai kembung perut dah la ye. Cukup la minum segelas je.

Okay. Tu dua petua yg aku tahu dan yg aku amalkan. Ada banyak lagi petua lain. Cuma aku tak pernah buat la. Aku pernah tengok, budak kecil kalau sedu mesti mak dia letak tisu basah kat dahi budak tu. Tak tahu apa kaitannya. Tapi memang mujarab! Korang ada petua tak macam mana nak hilangkan sedu ni...? Share la.

p/s : hilang dah sedu aku masa tulis entri ni  (>_<)



~ Dylla Abas ~

Wednesday 24 April 2013

Adab Bersalam

Assalammualaikum W.B.T

Semua orang tahu apakah yg dimaksudkan dengan bersalam. Bersalam adalah apabila 2 orang bertemu lalu mereka berjabat tangan. Namun, bersalam ni ada adabnya. Jangan ambil mudah akan perkara ini. Ada sesetengah daripada kita yg ambil mudah ketika bersalam. Tidak benar-benar erat seperti yg digalakkan di dalam Islam.

Terdapat 4 perkara di dalam adab bersalam. Salam itu dimulai dengan tangan, mata, mulut, lidah dan hati. Bersalam mestilah dengan tangan kanan, genggam erat tangan yg ingin di salam itu. Mata haruslah memandang wajah orang yg disalam. Mulut pula mestilah disulami dengan senyuman. Sementara lidah itu memain peranan ketika kita berselawat semasa bersalam. Sementara hati itu, biarlah ikhlas. Kerana setiap perbuatan yg ikhlas itu, pasti ada ganjaran yg baik dari Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud, "Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (Hadith Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Ibnu Majah)

Sayangnya Allah S.W.T kepada kita. Hanya dengan bersalam saja dosa kita akan diampunkan. Allahuakbar. Moga panduan ini bermanfaat buat semua. Wallahu'alam.





p/s : petikan daripada Rancangan Muqaddimah (tv9)




~ Dylla Abas ~

Tuesday 23 April 2013

Di Sebalik Setiap Doa

Assalammualaikum W.B.T

Doa merupakan suatu jalinan antara kita dengan Yang Maha Esa. Tanpa doa, hidup seakan tidak sempurna. Tanpa doa, hidup bagaikan kosong dan tidak berarah. Tapi, pernahkah kita terfikir apakah yg tersirat di sebalik setiap doa yg kita hadapkan ke hadrat Illahi itu..?

Setiap hari kita berdoa, meminta agar diberi keteguhan iman dan kesabaran yg tinggi untuk terus menghadapi dugaan hidup. Namun, apa yg berlaku realitinya, kita terus diasak dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Jika difikirkan kembali, Allah S.W.T sedang memakbulkan doa kita. Pelik...? Tak perlu rasa pelik. Benar. Kita meminta diberi keteguhan iman dan kesabaran yg tinggi, maka Allah S.W.T menduga kita untuk memastikan kita mampu menghadapi setiap dugaannya dan secara tidak langsung akan meneguhkan lagi tahap keimanan kita serta meninggikan tahap kesabaran kita.

Begitu juga halnya dengan doa-doa yg lain. Apa jua doa atau permintaan kita, Allah S.W.T akan memakbulkannya dalam pelbagai bentuk. Jadi, janganlah terlalu cepat menghukum, "doa aku tak dimakbulkan..." Percayalah. Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa dan permintaan setiap hamba-Nya selagi permintaan itu tidak melanggar hukum syarak.

Sentiasalah ikhlas di dalam berdoa. Moga setiap keikhlasan kita itu akan mendekatkan lagi jarak kita dengan Yang Maha Esa. Dan moga setiap keikhlasan kita itu ada ganjarannya. Amin.


Wallahu'alam.

p/s : sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T (",)




~ Dylla Abas ~

Monday 22 April 2013

Unirazak's Tenpin Bowling Tournament 2013

Assalammualaikum W.B.T

Isnin. Ofis agak lengang pagi-pagi tadi. Mana ntah pergi semua orang. Aku sampai tadi pun agak lewat dari kebiasaannya. Tren buat hal. Asyik berhenti je. "Harap bersabar, tren ini menunggu isyarat dari pusat kawalan.." muak aku dengar announcement tu tadi. Berapa kali nak ulang pun tak tahu la. Eh, bukan nak cerita pasal tren sebenarnya. Nak cerita pasal bowling tournament yg telah berlangsung hari Sabtu yg lepas. 

Aktiviti ni telah diuruskan oleh Unirazak SSRC (Staff Sport & Recreational Club) dan telah berlangsung di Perangsang Templer  Golf Club (PTGC) berhampiran dengan Rawang. Aku selaku Committee Member tak nak ketinggalan. Mesti la kena ambil bahagian. Kata gile bowling. Eh, gile la sangat kan..huhu >_<

Kami bertolak dari kampus jam 1.20 pm dan sampai sana lebih kurang pukul 2.15 pm. Okay la. Perjalanan agak lancar. Trafik pun tak teruk sangat. Sampai je sana, perkara pertama yg aku tengok adalah lane dia. Dalam hati masa tu, "alamak...lane dia pendek la..sure bola swing je nanti ni.." konon!! Cam terel je main kan. Swing la. Itu la. Ini la. Sebelum game bermula, kitaorang sempat solat Zohor dulu la. Enjoy tu enjoy juga. Tanggungjawab yg satu tu tak boleh la nak diabaikan (",)

Game bermula jam 3.00 pm. Ada 8 kumpulan secara keseluruhannya. Setiap kumpulan diwakili oleh 4 orang staff. Kumpulan aku, hanya aku je perempuan. Sama macam kumpulan lain jugak. Tak ramai staff perempuan yg main. Ada 8-10 orang je staff perempuan yg join aktiviti ni. Tu pun ada juga yg import orang luar. Nak cukupkan group-member. Yg paling kelakar ialah part nama kumpulan. Macam-macam nama ada. Nama kumpulan aku pun dah mengarut, "Champak Jer". Kumpulan-kumpulan lain tu ada yg nama "Ronggeng Rokiah", "Tuyut", "Copy Paste"...adoiiii, lantak korang la. Yg pasti, semua orang happy. Semua enjoy dengan game tu.

Semua kumpulan telah bermain sebanyak 3 frame. Dan tambahan 1 frame bagi 4 kumpulan dengan markah teratas untuk pusingan final. Tak sangka pula kumpulan aku boleh pergi final. Aku masa tu mood agak spoiled juga. Lane dia sumpah tak best. Mungkin sebab tak biasa kot main kat situ. Jadi, bola aku memang banyak swing. Tak best langsung rasanya. Dok berharap dekat 3 orang lagi ahli kumpulan aku tu. Tapi, masa final tu paling best rasanya. Sengit gile! Masing-masing nak menang. Dah sampai final, siapa yg tak nak menang kan...? Akhirnya, kumpulan aku berjaya mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah. Tak jangka langsung. Tapi, memang rezeki kitaorang la kan. Dan aku?? Lebih tak jangka dapat "Best Player" kategori perempuan. Adoiiii, memang gelak besar la aku.

Dan majlis penyampaian hadiah menjadi lebih bermakna bila Unirazak's Precedent & Vice Chancellor, Prof. Dato' Dr. Md Zabid bin Abdul Rahsid sudi datang untuk memeriahkan lagi aktiviti petang tersebut. Sempat la Dato' Zabid main bowling tu 2-3 kali. Dan mood dia memang sangat bagus petang tu. Ceria sangat aku tengok. Berbeza la bila tengok dia kat tempat kerja...huhu (^_^)

Aktiviti tamat hampir jam 6.30 pm. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Lepas ni boleh buat aktiviti macam ni lagi. Unirazak's SSRC, jumpa next month untuk paintball tournament pula!

Layan gambar jom (^_^)




Before the match


Candid camera!!


My team - purple okay!!


Dato' Zabid tengah khusyuk memilih bola - nak test main katanya >_<


Champion


Sakura


1st Runner-up


Ronggeng Rokiah


2nd Runner-up


Champak Jer


Err...Best Player - kategori Lelaki & Wanita


Group photo


Dengan team "Triple Strike" - sangat sengit bersaing dengan diorang (",)



Friday 19 April 2013

Menjadi Kafir Tanpa Kita Sedar

Assalammulaikum W.B.T

Walaupun kita beragama Islam, bersyahadah dan mengakui Allah S.W.T itu satu serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, kita tidak pernah terlepas daripada perkara-perkara yg boleh menjadikan kita kafir, dan yg paling menyedihkan tanpa kita sedari. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jadi, hendaklah kita sentiasa berhati-hati di dalam setiap buti-bicara kita agar kita tidak tergolong dalam golongan kafir laknatullah. Wallahu'alam.

Dan antara contoh-contoh dialog menjadikan kita kafir tanpa sedar :


1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)

2- Tak payah la simpan janggut, tak payah nak bersunah-sunah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)

5- Senyum la sikit, muke masam je dah macam malaikat Mungkar Nakir dah aku tengok. (jatuh kafir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

8- Erm.. kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)


"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah S.A.W dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" - Kitab Fiqhul Akbar oleh Imam Syafie -


p/s : Na'uzubillah




~ Dylla Abas ~

Kajian Warna Terhadap Waktu Solat

Assalammualaikum W.B.T

** Perkongsian buat semua **
** Sumber : Facebook **


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.




SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


'ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYA'
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???


p/s : Subhanallah (^_^)





~ Dylla Abas ~

Transformasi Diriku : "Alimnya kau!!"

Assalammualaikum W.B.T

Salam Jumaat yg penuh barakah. Moga kita semua diberi kenikmatan dan sentiasa dirahmati oleh-Nya selalu. Amin. 

Topik transformasi kali ni berkisar tentang dialog, "alimnya kau..!!" Hmm, setakat ni, belum pernah terjadi kat diri aku. Tak pernah lagi ada kawan-kawan yg ucapkan dialog macam tu kat aku. Tapi, secara amnya, dialog begini wujud di mana-mana, kan...? Siapa setuju angguk kepala 3 kali (>_<)

Bersarung kaki, bertudung labuh, bersarung lengan...semua tu sebenarnya bukanlah petanda kita ni alim. Alim tu kalau diikutkan makna sebenar ialah orang yg berilmu. Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud, "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." **golongan yg kelima ialah golongan yg bukan dari 4 golongan yg dinyatakan sebelumnya**

Tapi, secara peribadinya, aku setuju juga orang-orang begini digelar "alim". Sebab mereka memang berilmu. Sebab mereka berilmu la mereka faham konsep mengenakan sarung kaki, tudung labuh dan sarung lengan, demi menjaga aurat mereka mengikut kehendak syarak. 

Cuma budaya orang kita, asal nampak si tudung labuh, "alimnya minah tu!!" Alhamdulillah. Baguslah kalau dia alim kan. Kita...?? Tak nak jadi alim ke..?? Tak nak jadi orang yg berilmu...?? Well, tepuk dada tanya iman la ye. Kalau dulu aku sendiri pernah ucapkan ayat sebegitu, sekarang tidak lagi. Mungkin seiring dengan peningkatan usia, pemahaman terhadap sesuatu perkara tu semakin baik...in shaa Allah.


p/s : bila dah biasa bersarung kaki dan bersarung lengan, rasa pelik bila tak pakai (",)




~ Dylla Abas ~

Kepentingan Solat

Assalammualaikum W.B.T

**Peringatan buat diri sendiri dan semua...jgn tinggal solat ye (>_<)**
** Sumber : Facebook **





5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU MENGENAI SOLAT


Solat Subuh ~► Wajah yang cantik
Sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang tinggalkan solat SUBUH tiadalah padanya nur di wajahnya."

Solat Zohor ~► Duit yang banyak
Sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang tinggalkan solat ZOHOR tiadalah padanya rezeki yang berkat."

Solat 'Asar ~► Kesihatan yang baik
Sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang tinggalkan solat 'ASAR tiadalah padanya kekuatan badan."

Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
Sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang tinggalkan solat MAGHRIB tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat."

Solat Isya' ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang tinggalkan solat ISYA' tiadalah padanya tidur yang nyenyak."

Wallahu'alam.



p/s : solat itu Rukun Islam dan ianya tiang agama (",)




~ Dylla Abas ~

Wednesday 17 April 2013

38 Kesilapan Umum Di Dalam Solat

Assalammualaikum W.B.T

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri. 

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”


BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”. 

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja. 

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. 

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. 

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang." 

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.” 

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." 

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agartidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya. 

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu” 

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala. 

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).” 

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah. 

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْØ­َانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ Ù„ُÙ„ُُ 33 kali, takbir الُ Ø£َكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain - Hadith sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. 


PENUTUP

Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal gara-gara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.



p/s : jom perbaiki solat kita (",)




~ Dylla Abas ~

Ubat Bagi Penyakit Hati

Assalammualaikum W.B.T

Bila sebut tentang penyakit hati, tentu macam-macam perkara yg terlintas di fikiran. Sebenarnya, ada pelbagai punca yg boleh menyebabkan penyakit hati. Sebagai umat Islam, kita seharusnya arif tentang kepentingan menjaga hati, agar ia sentiasa bersih dan suci. Namun, sebagai hamba yg lemah, yg sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup, bukan perkara mudah untuk memastikan hati sentiasa bersih dan suci.

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud, “Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Perkara paling mudah untuk membersihkan hati, ubat bagi segala penyakit hati adalah dengan sentiasa berzikir. Penyakit hati ni ada macam-macam. Syirik. Busuk hati. Dengki. Dendam. Bakhil. Benci. Semua tu berkait rapat dengan hati. Kerana kita sebagai manusia, sebenarnya berfikir melalui hati. Hati la yg mengawal akal dan fikiran kita sebelum kita bertindak melakukan sesuatu. Jika bersih hati itu, maka baik la hasilnya. Jika kotor hati itu, maka buruk la jadinya.

Sekiranya berlaku sesuatu perkara yg boleh menyebabkan kita terkena penyakit hati, segeralah beristighfar kepada Allah S.W.T. Istighfar juga merupakan zikir terapi yg paling berkesan untuk mengubati penyakit hati. Selain dari itu, Istighfar juga memberi kita ruang untuk merasa lebih damai dan menenangkan jiwa. Dengan beristighfar, kita akan sedar bahawa kita ini adalah manusia yg lemah, yg sentiasa berdepan dengan dosa, yg tidak pernah lekang dengan kesilapan. Mudah-mudahan, Istighfar itu akan memuhasabahkan diri kita dengan sebaiknya. In shaa Allah.

Selain daripada itu, penyakit hati juga boleh diubati dengan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Perbaikilah solat wajib kita. Perbanyakkan solat sunat dan membaca al-Quran. Perluaskan amal kebajikan. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Muhammad (ayat 24) yg bermaksud, "Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Qur`an ataukah hati mereka terkunci.". Jelas di sini bahawa Allah S.W.T mahukan kita menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup agar hati tidak sesat. Semoga semua ibadah kita akan diterima oleh-Nya. Amin. Ada yg berkata, sentiasa berbaik sangka itu akan menyelamatkan hati kita dari menjadi sakit. Betul. Itu merupakan satu kaedah yg amat berkesan untuk merawat penyakit hati.

Memang benar, bukan mudah untuk kita berbaik sangka dengan seseorang yg pernah menyakitkan hati kita. Oleh itu, sentiasa tanamkan di dalam diri kita, bahawa Allah S.W.T itu sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya yg ingin kembali ke jalan yg diredhai, jadi siapa la kita untuk terus-menerus berburuk sangka dan berasa sakit hati dengan hamba tersebut. Siapa la kita berbanding Allah S.W.T yg sentiasa berbaik sangka terhadap hamba-Nya, yg percaya kepada hamba-Nya yg akan kembali ke jalan yg diredhai-Nya.

Moga-moga, hati yg sakit itu akan terubat dengan segera. Rawatlah hati kita sebelum ia menjadi lebih parah. Berkawan rapat dengan orang yg baik juga akan mempengaruhi kita untuk menjadi lebih baik. Dengan itu, hati kita juga turut terselamat dari sebarang penyakit hati. Wallahu'alam.


p/s : Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!



~ Dylla Abas ~

10 Fakta Tentang Jin

** Sekadar perkongsian bersama**

** Kuliah oleh Ustaz Haji Ismail Kamus **


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api  (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..) 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka 
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..) 

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Note : Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. 


** Sumber : Facebook **



~ Dylla Abas ~

Monday 15 April 2013

Dugaan Subuh

Assalammualaikum W.B.T

Nak cerita tentang dugaan Subuh. Tapi, jam dah nak pukul 5.30 petang. Hee...idea baru datang. Nak buat macam mana. Aku tak nak bercakap tentang orang lain, cakap tentang diri sendiri jelah ye. Aku ni, kalau bab nak bangun Subuh tu memang la cukup liat! Liat sampai rasa nak kena tunggu orang jerit kat telinga baru boleh bangun. Bukan tak boleh sedar....sedar...aku dengar bunyi azan tu, tapi tulah...nak tinggalkan bantal dan tilam tu memang la cukup tak sanggup. Bangun dan duduk kejap je masa azan sedang dilaungkan. Lepas tu aku pun tak sedar macam mana mata boleh terpejam balik. Eh..?? Hehehehe...

Tapi, selalunya mesti akan tersedar secara mengejut sebelum habis Subuh la. Alhamdulillah. Allah S.W.T tu sayang kat aku sangat-sangat. DIA tak bagi aku terlajak terus waktu Subuh. Dan selalunya sebelum pukul 6.45 pagi, aku dah boleh selesaikan solat Subuh aku.

Cuma, bila aku fikirkan balik...dugaan ni la paling payah aku nak tempuh. Huhu. Kalau ada masa tu bagus sangat, sebelum azan Subuh dah bangun. Siap boleh mengaji kejap sebelum azan. Bagus kan (",) Daya kekuatan nak buat begitu setiap hari tu yg tak boleh nak bertahan. Kejap okay. Kejap tak okay. Kejap bagus. Kejap tak bagus. Graf solat Subuh aku sumpah tak cantik!

Macam mana la agaknya nak atasi dugaan ni, ye...? Selalu dah muhasabah diri tentang kepentingan bangun awal untuk solat Subuh ni. Kadang-kadang jalan. Kadang-kadang hampeh la jawabnya. Tips please!


p/s : pagi tadi kalut bangun bila tengok jam dah pukul 6.40 pagi...haish, teruk betul la Dylla ni (T_T)



~ Dylla Abas ~

Rindu Cemburu Marah Nafsu


Assalammualaikum W.B.T




p/s : kena mula belajar mengawal diri (",)
Sumber : Facebook




~ Dylla Abas ~

Pagi Isnin Yg Damai

Assalammualaikum W.B.T

Kemain tajuk..!! Apa yg damai sangat ntah. Takde la. Rutin harian dah bermula. Macam biasa. Bangun tidur. Kejar tren. Berjalan kaki sampai ke ofis. Clock in. Mulakan kerja ** err...baru check inbox je..belum buat kerja apa-apa pun lagi..huhu ** Kan damai camtu. Naik tren tak ramai orang. Jalan kaki pun takde masalah hujan ke panas terik ke. Sampai ofis, pc tak buat hal. Smooth je masa nak on tadi. Damai...hee (>_<)

Dua hari bercuti, tak kemana pun. Kat rumah je. Ada la keluar juga. Cari makan. Maklumlah, dapur orang bujang jarang nak berasap on weekend ** macam la on weekdays dapur tu berasap ** Apapun, semalam bangun tidur, sesuatu yg mengejutkan telah berlaku. Rumah aku tetiba kemas gile! Indah sungguh pemandangan mata ni.

Aku tak pasti la housemate aku ada terbaca entri aku yg baru-baru ni merungut tentang "ketidak-kerjasama-an" beliau dalam menangani usaha mengemas rumah. Tapi, bagus la kan. Alhamdulillah. Rajin sangat dia mengemas rumah tu. Sampai aku pun tak buat macam yg dia buat. Mekasih housemate (",) Tenang rasanya bila rumah kemas dan bersih, kan...?

Okay. Dah tiba masanya untuk memulakan kerja. Kejap lagi la baru aku BW. Kena settlekan apa yg dah tertangguh since Jumaat yg lepas. Harap-harap hari ni tak busy sangat.


p/s : moga segala urusan kita semua dipermudahkan...amin





~ Dylla Abas ~

Saturday 13 April 2013

Yang Baik-Baik


Assalammualaikum W.B.T



p/s : peringatan yg baik untuk diri sendiri (>_<)
Sumber : Facebook



~ Dylla Abas ~

Penyelewengan Syiah

Assalammaulaikum W.B.T


PENGENALAN

Perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat.

Walau bagaimanapun, perbezaan pendapat dalam bidang politik dan akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah yang telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.


LATAR BELAKANG SYIAH

Syiah Imam Dua Belas (Ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Lebanon dan Syria.

Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.


FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

Kewafatan Rasulullah S.A.W
Terdapat sesetngah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali r.a. lebih berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula mengaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak menajdi khalifah selepas Rasulullah S.A.W.

Kemunculan Pergerakan Abdullah bin Saba' Di Penghujung Zaman Uthman r.a.
Abdullah bin Saba' adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah Al-Saba-iyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a. dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.

Peperangan Siffin Dan Majlis Tahkim
Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a. dalam peristiwa Tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukan Arab, dan antara bangsa Parsi atau bangsa Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu menjadikan imam hak di kalangan ahli bait rasulullah S.A.W sahaja, dari keturunan Saidina Ali r.a.

Pembunuhan Hussein r.a.
Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menyokong Saidina Ali r.a dan keturunannya.

Kesimpulannya : Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pada tangan Abdullah bin Saba', tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku peristiwa di atas, terutama selepas pembunuhan Hussein, Syiah mula muncul sebagai suatu kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang dilontarkan oleh Ibnu Saba' di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.


SYIAH DI MALAYSIA

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Di Malaysia, terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu.

Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah Agha Khan
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

Syiah Ja'fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)
Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Ja'fariyah secara serius kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi.


PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

Dari Sudut Akidah
1. Khalifah diwasiatkan secara nas.
2. Imam adalah maksum.
3. Ilmu Allah S.W.T berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
4. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
5. Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudharatan diri walaupu yang disembunyikan itu perkara yang benar.
6. Konsep al-Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Aksari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
7. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali r.a.
8. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
9. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah S.W.T.
10. Hanya Saidina Ali r.a. dan para Imam sahaja yang manghafaz dan menghimpun al-Quran dengan sempurna.
11. Menghalalkan nikah mut'ah.
12. Menambah nama Saidina Ali r.a. dalam Syahadah.
13. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadith Mutawatir.

Dari Sudut Syariah
1. Menolak Ijma' Ulama
2. Menolak Qias.
3. Mengamalkan nikah mut'ah.

Penyelewengan Umum
1. Menzirahi kubur Saidina Hussien, ganjarannya syurga.
2. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussien.
3. Menghina isteri-isteri Nabi S.A.W.
4. Mengharuskan jamak solat dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
5. Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
6. Islam bukanlah syarat wajib Haji.
7. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuhnya sahaja (wudhu')


KITAB UTAMA SYIAH

1. Al-Sahabah (Haidar)
2. Ahlu al-Bait (Dr.Mahfuz Mohamed)
3. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya -Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad (Al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar)
4. Kasyf al-Asrar (Ayatullah al-Khomeini)
5. Al-Hukumah al-Islamiah (Ayatullah al-Khomeini)
6. Al-Sab'ah Min al-Salaf (Ayatullah al-Murtadza az-Zubaidi)
7. Tahrir al-Wasilah (Ayatullah al-Khomeini)
8. Al-Muraja'at (Al-Syeikh Abdul Hasin Syarafuddin al-Musawi)
9. Al-Usul Min al-Kafi (Al-Syeikh Abdul Hasin Syarafuddin al-Musawi)
10. Peshawar Nights (Al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin)
11. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s? (Syeikh Muhammad)
12. Mar'i al-Amin al-Antaki (terjemahan oleh Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim)
13. Mafatih al-Jinan (Sheikh Abbas al-Qummi)



p/s : pesan Rasulullah S.A.W, "berpeganglah kepada al-Quran dan as-Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat."




~ Dylla Abas ~