Pages

Monday, 15 April 2013

Pagi Isnin Yg Damai

Assalammualaikum W.B.T

Kemain tajuk..!! Apa yg damai sangat ntah. Takde la. Rutin harian dah bermula. Macam biasa. Bangun tidur. Kejar tren. Berjalan kaki sampai ke ofis. Clock in. Mulakan kerja ** err...baru check inbox je..belum buat kerja apa-apa pun lagi..huhu ** Kan damai camtu. Naik tren tak ramai orang. Jalan kaki pun takde masalah hujan ke panas terik ke. Sampai ofis, pc tak buat hal. Smooth je masa nak on tadi. Damai...hee (>_<)

Dua hari bercuti, tak kemana pun. Kat rumah je. Ada la keluar juga. Cari makan. Maklumlah, dapur orang bujang jarang nak berasap on weekend ** macam la on weekdays dapur tu berasap ** Apapun, semalam bangun tidur, sesuatu yg mengejutkan telah berlaku. Rumah aku tetiba kemas gile! Indah sungguh pemandangan mata ni.

Aku tak pasti la housemate aku ada terbaca entri aku yg baru-baru ni merungut tentang "ketidak-kerjasama-an" beliau dalam menangani usaha mengemas rumah. Tapi, bagus la kan. Alhamdulillah. Rajin sangat dia mengemas rumah tu. Sampai aku pun tak buat macam yg dia buat. Mekasih housemate (",) Tenang rasanya bila rumah kemas dan bersih, kan...?

Okay. Dah tiba masanya untuk memulakan kerja. Kejap lagi la baru aku BW. Kena settlekan apa yg dah tertangguh since Jumaat yg lepas. Harap-harap hari ni tak busy sangat.


p/s : moga segala urusan kita semua dipermudahkan...amin





~ Dylla Abas ~

6 comments:

Maria Firdz said...

Selamat bekerja... :-)

zmarl (ibu) said...

happy monday...
baru mengemas umah semalam..letih pon tak hilang lagi..

Anonymous said...

hari ni kurang sihat sikit so mood agak down !

Dylla Abas said...

@maria firdz : selamat juga!!

Dylla Abas said...

@Zee Suhaini : hee..kalau mengemas rumah, penat tak hilang takpe asalkan hati rasa puas kan :)

Dylla Abas said...

@Kesuma Angsana : hopefully K.A segera sembuh...amin