Pages

Tuesday 28 February 2012

Bila Malaysia Jadi Negara Maju

Assalammualaikum W.B.T

Semalam aku dapat 1 email tentang murtad ni. Mungkin dah ramai yg dapat dan pernah baca email tu. Dalam email tu tertulis Pertubuhan Melayu Murtad telah ditubuhkan dan Persatuan Melayu Kristian telah diluluskan di Malaysia. Seram sejuk aku baca email tu. Bila negara jadi semakin maju, maka hidup pun kena maju juga la kan. Bila hidup jadi lebih maju, maka kita boleh buat apa saja la ye...?

Astaghfirullah...ya Allah, selamatkanlah umat Nabi Muhammad di atas muka bumi-Mu ini...amin.

Kepada yg belum pernah baca email tu, kat sini aku share beberapa perkara dengan korang semua. Mengikut kata Mufti Besar Perak, Datuk Harussani Zakaria, pertubuhan ni ada menghantar memorendum kepada PM kita minta diluluskan. Ada beberapa perkara yg mereka mahu masukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Perkara-perkara tu adalah :

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama
 
- Maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu, diorang minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain

- Mahkamah syariah kalau takde, habis la kita tuan-tuan. Walaupun bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa? Diorang kata kat Mufti Besar Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'

Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"
 
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Hmm..aku bukan tak suka Malaysia ni maju. Dan aku bukan la tak suka bila diri sendiri menjadi lebih maju. Tapi, bila akibatnya jadi macam ni...aku risau juga. Risau nak pertahankan Islam tu. Terasa macam peperangan agama bakal berlaku tak lama lagi. Wallahu'alam.

 
p/s : sharing is caring (",)

Gila Download

Asslammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Dah kenyang perut aku. Walaupun hari ni lunch ni dengan roti sosej je ** padahal pagi dah melantak nasi goreng + telur mata ** tapi, kekenyangan tu buat aku rasa agak mengantuk juga la.

Hari ni sepatutnya kerja aku banyak. Tapi, disebabkan oleh faktor matematik yg terpaksa diambil kira, jadi kerja aku terbengkalai buat seketika. Yelah, dalam sistem yg kami guna ni, mana la ada faktor matematik sangat melainkan auto sum tu je (",)

Disebabkan bosan ni dah berada di tahap merbahaya, jadi aku cuba la mencari aktiviti yg agak-agak kalau bos nampak pun dia akan rasa macam aku tengah buat kerja la. Cover line kena cemerlang, beb! Hahahaha...

Malam tadi, housemate aku perdengarkan beberapa lagu lama nyanyian kumpulan Slam. Dah la aku terjiwang sorang-sorang. Sedap siot layan lagu Slam ni..huhu :p So, hari ni dengan kadar kelajuan yg melebihi kelajuan biasa, aku pun segera la mencari dan mencari lagu-lagu nyanyian kumpulan Slam lalu dengan rakusnya terus men'download' dengan jayanya. Banyak ni wehhh!!

Google

p/s : sesekali layan rock kapak ni...terhibur juga kan (",)

Monday 27 February 2012

Shopping Itu Terapi Stress...??

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi semua. Isnin kembali lagi. Walaupun ada rasa malas nak bangun pagi tadi, tapi semangat nak pergi kerja tu tetap ada...hehe (",)

Dua hari bercuti dimanfaatkan dengan aktiviti yg betul-betul dapat mengurangkan tekanan yg dihidapi. Hahaha...macam apa je. Tekanan tu tak la besar sangat. Hingga ke hari ni pun, aku masih terasa yg 'buah hati' aku tu dekat je.

Tapi, takkan la disebabkan 'buah hati' diambil orang, aku nak kecewa berbulan-bulan, kan...? Jadi, cuti sabtu ahad yg baru lepas ni, memang aku manfaatkan dengan aktiviti shopping..!! Serius...memang release tension (",)

Dulu, masa aku putus cinta, kawan aku pernah menasihati aku supaya menghabiskan masa di shopping complex. Walaupun aktiviti tu sebenarnya memerlukan duit yg banyak, tapi aktiviti shopping tu memang boleh meredakan tekanan. Aku masa tu ambil mudah je nasihat dia. Bila aku dah cuba sekali, memang betul la...terapi paling mujarab untuk pesakit 'jiwa'...hehehe

So, setiap kali aku ada masalah lepas tu, memang aku suka pergi shopping. Tak perlu shopping sampai nak berhabis beribu-ribu ringgit. Cukup sekadar aku dapat beli sebuah majalah, dah memadai.

Kepada kawan-kawan yg banyak memberi sokongan (terutamanya pasal kes hilang kereta baru-baru ni)...terima kasih banyak-banyak...'buah hati' masih belum dijumpai...aku redha...isk..isk..isk (",)

p/s : semangat berBlogging dah kembali...yeay!!

Wednesday 22 February 2012

Dalam Gema Islam


ISLAM

Lahir dalam agama ini adalah rahmat
Meneruskan agama ini adalah kemuliaan
Memupuk agama ini di dalam jiwa...
itulah jihad paling besar



p/s : credit to Ruhana Zaki - penulis buku Kerana-Mu Aku Berubah







Orang Tamak Selalu Untung

Assalammualaikum W.B.T

Baru la terasa nak update entri setelah berhari-hari menyepikan diri kan. Okay. Hari ni nak cerita pasal orang tamak ni. Kenapa pula la aku tulis orang tamak selalu untung ni..?? Bukan ke ada peribahasa yg berbunyi 'Orang Tamak Selalu Rugi'...? Betul la tu...aku je yg memanipulasikan peribahasa tu. Nak tahu kenapa...? Okay...teruskan membaca (",)

Aku dah jumpa ramai sangat orang tamak ni. Macam-macam jenis tamak. Yg tamakkan makanan la. Yg tamakkan harta la. Yg tamakkan cinta pun ada. Amboi...memang tamak sungguh korang ni ye! Sekarang ni aku nak cerita tentang yg tamakkan cinta. Sebab tamakkan makanan tu dah kedengaran biasa. Tamakkan harta pun bukan perkara luarbiasa.

Hal ni berlaku kepada kawan aku sendiri. Dia bukan seorang yg tamakkan cinta. Tapi, dia menjadi mangsa seseorang yg tamakkan cinta! Kesian dia...hatinya semakin hari semakin tertanya-tanya. Nak dilepaskan terasa sayang. Nak terus 'pegang' tak kesampaian pula.

Tapi, kenapa pula orang yg tamakkan cinta ni boleh dikategorikan sebagai orang yg untung...? Betul la untung. Dia boleh dapat kasih sayang dan perhatian dari banyak pihak! Dia nak si A temankan dia siang hari, dia boleh dapat. Dia nak si B temankan dia di malam hari pun dia boleh dapat. Pendek kata, apa yg dia nak...dia boleh dapat. Semua pun dia nak. Tamak kan bunyinya...?? Tapi, untungkan dia...??

Bagi aku la, secara peribadinya, orang yg tamakkan cinta ni tak patut wujud dalam dunia. Dia bukan saja membuatkan dirinya tak berharga, malah dia juga secara tak langsung telah menyakiti hati banyak pihak.

Kepada kawan aku yg seorang ni, kuatkan semangat. Jangan biarkan hati yg control kita. Biar kita yg control hati, okay..? Chaiyok (",)


p/s : sakit jadi mangsa orang yg tamak...!!

Monday 20 February 2012

Sedih mengalahkan orang putus cinta

Aku memang tengah bersedih. Sedih yg tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Sedih yg mengalahkan orang putus cinta lagaknya! Rasa nak menangis. Tapi, kenapa la airmata ni tak nak keluar...??

Teman serumah kata aku sangat tabah. Tabah kah aku...?? Tuhan jelah yg tahu. Masih ada senyuman walaupun hati sedang berduka. Masih boleh tertawa riang walau jiwa tak tenteram. Ya Allah berikan aku kesabaran untuk menempuh dugaan-Mu ini.


Sedih bila terpksa berjauhan dengan 'buah hati' aku yg satu ni. Kereta, kat mana kau berada..? Siapalah yg tergamak memisahkan kita..? Pencuri, tolong la pulangkan balik 'buah hati' aku ni...pleaseeeee =(

Friday 17 February 2012

Jual Minyak Ke...?

Al-kisahnya, petang semalam aku terpaksa melepakkan diri di department sebelah. Ada tugasan baru untuk aku terima. Department tu memang la kesemuanya lelaki. Dan orang yg berurusan dengan aku tu pun seorang lelaki.

Selepas sejam, aku kembali semula ke tempat aku. Lina, teman sepejabat aku terus bercerita tentang perihal bos yg bertanya di mana aku ketika aku berada di department sebelah tu.

Bos : Dila mana...?

Lina : Ada kat sebelah bos...

Bos : Buat apa dia kat sebelah...? Jual minyak ke...?

Chaisss...tergamak bos buruk sangka terhadap saya. Jual minyak ye bos...apa la bos ni. Bos yg suruh saya take over kerja tu. Lepas tu bos cakap saya jual minyak pula. Kecil hati..huhu :p

Hmm..bos aku tu mulutnya boleh tahan juga. Tapi, tak ambil hati pun. Tau dia memang bergurau je.



p/s : bos...saya ada minyak gamat ni...nak beli tak...?? hahaha...

Sekadar Buat Renungan

Apabila engkau memandang segala-galanya daripada Tuhanmu yang menciptakan segala-galanya, yang menimpakan duka, yang membuat keinginan terhalang serta menyusahkan hidupmu, pastu akan damailah hatimu. Mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu dan betapa retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang lebih lunak untuk dekat dan akrab dengan-Nya - Hikmah Pujangga

Kebanyakan kita menganggap bahawa cubaan atau ujian hidup boleh melemahkan cita-cita dan melumpuhkan keyakinan. Ini kerana pada dasarnya kita hanya mengingini yang mudah-mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apatah lagi cubaan hidup. Bagaimanapun, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangat untuk mengabdikan diri kepada Illahi dan mempertingkan ketakwaan - Syeikh An-Nadawi

Rasulullah S.A.W sentiasa mahu menjadi hamba yang bersyukur meskipun baginda sudah dijamin tempatnya di dalam syurga. Begitu juga dengan nabi dan rasul-rasul yang lain. Dalam sebuah kisah, Nabi Sulaiman mengungkapkan rasa syukur dianugerahkan mukjizat dapat memahami bahasa haiwan lalu menyebut doa ini :

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu, dalam kumpulan hamba-Mu yang soleh." - Surah An-Namlu : ayat 19




Pengisian Jumaat (7)


Bismillahirrahmanirrahim

Allah berfirman di dalam Surah An-Nisaa' ayat 17 :

"Sesungguhnya taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka diterima Allah taubatnya, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Bila Deria Rasa Kurang Berfungsi

Assalammualaikum W.B.T

Dah hari Jumaat dah. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya macam baru je balik dari Port Dickson untuk program BEAT 2012 tu. Dalam seminggu ni tak banyak entri yg aku update. Kenapa ye...? Rasanya bukan sebab malas. Sebab aku online je hari-hari. Hari-hari juga aku BW. Rasa macam lebih selesa membaca entri blogger lain dari aku mengarut tak tentu hala menulis entri yg kurang berkualiti...hehe (",)

Semalam dah mula rasa kurang selesa. Tekak dah rasa sakit. Badan pun seram sejuk semacam. Bangun tidur pagi tadi, terus demam. Laaa...nak demam rupanya! Patutlah mood 2-3 hari ni macam hampeh sikit.

Deria rasa pun makin lama makin kurang berfungsi ni. Nak makan pun takde selera. Pagi tadi, masa temankan housemate aku beli nasi kerabu..."sedapnya..." Tapi, bila mengenangkan tekak yg masih sakit-sakit, terputus terus selera aku. Kenapa bila kita tak sihat, deria rasa tak dapat berfungsi dengan  baik...? Ada sesiapa tahu tak..?

Kadang-kadang pelik juga dengan keadaan macam ni. Bila tak sihat, semua benda serba tak kena. Ada je yg salah pada pandangan mata. Haishhh...moga-moga aku cepat sembuh. Tak risau pasal demam. Tapi cukup khuatir selesema yg makin parah ni. Adesss...ada yg nak kena buat pemeljawapan jap lagi ni (",)

p/s : rasanya entri ni pun agak mengarut juga...hahahaha



Wednesday 15 February 2012

Memilih dan Dipilih


Hidup ini ada dua pilihan
MEMILIH ataupun DIPILIH

Jika MEMILIH...pilihlah yg terbaik buat dirimu
Jika DIPILIH...maka jadilah yg terbaik buat dirinya

Google

Tuesday 14 February 2012

UniRazak's BEAT 2012

Sudah 2 hari program ni berakhir. Tapi, hari ni baru ada kesempatan untuk menulis entri tentang program ni. BEAT atau nama penuhnya Building Excellence Attitude & Team. Bunyi macam menarik, kan? Okay...ini kali pertama aku join program macam ni. Personally, aku suka program ni. Selain dari pelbagai motivasi yg aku dapat, ramai juga kawan-kawan baru yg aku boleh kenal.

Program selama 3 hari 2 malam ni bermula pada 10 Feb 2012 dan berakhir pada 12 Feb 2012. Bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Penginapan tu boleh tahan la. Sangat selesa. Malangnya, aku tak dapat bilik yg menghadap laut. Boleh nampak sekerat je. Jadi la kan..daripada tak nampak langsung..hehe (",)

Aku nak cerita tentang aktiviti-aktiviti yg dijalankan selama aku berada di sana. Banyak sangat input yg aku nak kongsi dengan korang semua. Check it out...!


DAY 1 - 10 Feb 2012



Berkumpul di Teathrette sebelum bertolak. Mendengar beberapa taklimat tentang program yg bakal dijalankan di sana nanti.



Prof. Datuk Dr. Mohd Zabid memberi ucapan ringkas dan 'merasmikan' pemergian kami dengan kata-kata semangat dan harapan yg menggunung tinggi...hehe (",)



Tiba di Bayu Beach Resort pada pukul 5.00 petang. Kami dijamukan dengan hidangan minum petang dan terus check in di bilik masing-masing. Sempat berjalan dan bergambar di tepi pantai sebaik saja selesai makan malam. Waktu ni jam dah pukul 6.45 petang. Tapi hari cerah lagi kan...



Sangat suka gambar ni. Matahari dah terbenam penuh meninggalkan cahayanya. Sayang sangat tak dapat nak snap satu-satu gambar matahari dalam proses nak terbenam.



Aktiviti pertama - berkumpul di Ballroom untuk sesi suaikenal dengan fasilitator dari LH Consulting. Ada 3 orang fasilitator dan dibantu oleh beberapa orang lagi. Dan mereka sangat-sangat best! Seorang dari Negeri Sembilan, seorang dari Perak dan seorang lagi dari Johor. Macam-macam ragam, macam-macam cara. Tapi, mereka punya SATU misi. Untuk memastikan kami semua mendapat input yg sepatutnya kami dapat.



Beratur!!!!!!!! Proses pembahagian kumpulan. Dah besar-besar macam ni pun masih nak kena beratur lagi..hahaha. Selesai proses ni, kami berkumpul dengan ahli kumpulan masing-masing. Dan aku rasa sangat bertuah kerana mendapat ahli kumpulan yg sangat sporting (",) Dah selesai sesi suaikenal dengan ahli kumpulan sendiri, tamat la aktiviti untuk hari pertama ni.


DAY 2 - 11 Feb 2012



Aktiviti pertama di hari ke-2. Kami diberi beberapa module tentang Team Formation, Excellence Individual dan Team Bonding. Penyampaian yg amat bersahaja oleh fasilitator yg terlibat, module tu terasa sangat menarik. Boleh diaplikasikan di tempat bekerja.

Mereka menerangkan bagaimana sesebuah kumpulan itu boleh berjaya. Bukan sekadar menubuhkan sebuah kumpulan/pasukan/department, tapi banyak faktor lain yg perlu diambil kira. Kepercayaan adalah asas utama untuk membina sesebuah kumpulan. Selain dari itu, komunikasi, toleransi dan tanggungjawab juga memainkan peranan yg penting di dalam sesebuah kumpulan/organisasi.



Selesai saja 3 module tersebut, kami semua diarahkan berkumpul beramai-ramai di hadapan. Sambil tangan bersilang antara satu sama lain, kami didendangkan dengan sebuah lagu melayu klasik. Adesss...lemah betul aku. Mana la aku tau lagu klasik ni. Fasilitator tu mengarahkan kami menyanyi pula lagu tu. Hahaha...macam-macam intonasi yg aku dengar. Pitching tak payah cerita la. Memang lari habis (",)



Selepas makan tengahari, kami semua berkumpul di tepi pantai untuk satu lagi aktiviti. Aku tak tahu nak gelar permainan ini sebagai apa, mungkin Spider Web atau mungkin ada nama lain. Yg pastinya, ketika permainan ini berlangsung la, banyak karektor yg boleh aku nampak. Ada yg berlagak nak jadi bos. Ada yg tak nak 'jatuh'kan status nya hinggakan posisi duduk pun dia boleh tegak berdiri. Ada juga yg jenis tak makan saman. Ada yg tak boleh ditegur. Ada yg jenis tak ambil peduli. Macam-macam hal la...hehehe



Muka penat lepas aktiviti di tepi pantai tu. Bukan la penat sangat. Tapi, disebabkan cuaca yg amat panas, jadi muka pun dah jadi macam apa je aku hari ke-2 tu..!



Kami berkumpul semula di Ballroom untuk mendengar taklimat tentang acara kemuncak bagi program ni. Nak tahu tak acara apa..??? Haa...acara ni la acara paling mengarut yg aku rasa. By the way, aku tetap mengambil bahagian. Kan Team Building, kena la support each other..huhu (",) Jom kita main kawen-kawen...!!!



Deco Team sedang sibuk menggantung pelamin. Tema untuk acara ni ialah merah. Yelah, UniRazak tu kan merah kalernya...kena la seiring dan sejalan..hahaha



Another members of Deco Team - tekun sungguh kak Efa ni buat gubahan. Muka tak senyum langsung..hehehe (",)



Okay...disebabkan kami nak buat 1 Malaysia Wedding, jadi...dekorasi ni pun bertemakan 1 Malaysia juga la. Aku tak tahu nak sebut dekorasi ni sebagai apa. Lupa dah namanya (",)



Haa...ni team memasak. Aku dalam team ni okay...don't play-play!! Hehehe...kami cuma buat 3 menu je. Nasi beriani, Ayam Goreng apa ntah dengan Udang panjat Nenas. Aku tak rasa pun, jadi tak tahu nak cakap sedap ke tak. Yg pasti, aku tak masak pun. Tolong tengok je. Maklumlah...supervisor (",)



Audio Team - diorang ni memang cekap la bab-bab audio ni. Kalau kat UniRazak pun, memang ni la tugas diorang. Tapi, dalam cekap diorang ni pun, ada juga kesilapan teknikal yg berlaku. Dan kesilapan tu berlaku semasa majlis berlangsung. Adess...memang pecah perut la aku ketawa.



Persembahan pertama ketika majlis berlangsung adalah persembahan silat daripada 2 orang staff yg seorang nya dah lama tak bersilat, dan seorang lagi memang takde basic silat. Tapi, persembahan diorang mengagumkan juga la. Tepukan gemuruh bergema di segenap Ballroom tu. Keep it up ya Ezwan and Ali (",)



Hidden talent - our Registrar, Tuan Haji Shuib dengan persembahan solo beliau. Memang impressed! Tuan Haji ni kalau kat ofis jenis yg senyap je. Soft spoken. Jarang dengar dia tinggikan suara. Rupa-rupanya Tuan Haji ni pandai main harmonika la!



Ni lagi seorang yg buat aku rasa kagum. Tak ramai generasi muda yg sangat berbakat dalam meniup seruling. Tapi, mamat ni selamba je! Adesss...memang aku berhenti makan kejap la waktu. Fokus (",)



Taraaaa...ini la dia 3 pasangan pengantin untuk 1 Malaysia Wedding ni...!! Perghhh...aku tengok pengantin olok-olok ni muka masing-masing ceria je. Macam kahwin betul-betul dah aku rasa. Nasib baik bukan aku yg dipilih untuk menjadi pengantin. Kalau tak harus lagi banyak gambar bersanding yg aku attach kat sini...hehehe (",)



Ambil peluang bergambar dengan pengantin lelaki, Cham. Cham ni budak department aku je pun. Kat ofis suka kenakan aku. Jadi, malam tu, memang turn aku la nak bahan dia balik. Hehehe...sampai merah padam la muka dia kena sakat dengan kitaorang semua. Sorry Cham..can't control myself to make fun of you (",)

Alhamdulillah, acara kemuncak ni berjalan lancar. Aku tak dapat nak tunggu untuk acara karoke. Mata dah tersangat berat masa tu. Jadi, lepas dapat bergambar dengan pengantin, aku pun terus naik bilik. Layan mata...tidur la!


DAY 3 - 12 Feb 2012



Sesi pagi hari ke-3, sepatutnya kami ada perbentangan berkumpulan. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, jadi fasilitator tu cuma boleh mengarahkan kami untuk menulis input yg telah kami dapat sepanjang program BEAT berlangsung. Aku memang suka jadi tukang tulis, tak perlu la nak perah otak fikir apa-apa kan. Tulis je..huhu (",)



Tak tahu la aku ni tengah khusyuk ke apa. Macam dok tersenyum sorang-sorang pun ada juga ni. Hehe...apa pun aku suka gambar candid ni..macam comel je..hahahaha



Sebelum berhenti untuk makan tengahari, kami sempat bermain satu lagi permainan. Permainan ni benar-benar menguji semangat berpasukan dan kepantasan kami. Menyusun, mengagih dan menerima kad-kad dalam tempoh masa yg ditetapkan. Perghhh...aku masa ni rasa macam dah jadi mesin kat kilang tu. Tangan tetap berkerja walaupun takde kad yg tiba. Kelakar je bila ingat balik. Apapun, aku berbangga sebab kami berjaya mencapai apa yg kami terget..caya la!



Prof. Datuk Dr. Mohd Zabid yg tiba di akhir program. Tiba untuk memberi tepukan semangat kepada kami semua. "Maybe, our next program on Star Cruise there..." ujarnya bersahaja. Kami pun apa lagi, tepuk tangan la..harap-harap Datuk benar-benar memaksudkannya...yippie!!



Dua orang yg mengapit aku ni budak-budak department aku. Seorang tu Lina, merangkap housemate aku juga. Dia sangat muda daripada aku. Tapi, tak nak panggil aku kakak pun..hoho :p Yg seorang lagi, Cham, pengantin olok-olok tu!



Bergambar kenangan dengan tag nama aku sendiri. Semua orang dah keluar waktu ni. Tinggal aku dengan photographer untuk gambar ni je. Sorry ye Dayah, tak niat nak buli pun...hehehe



Group photo - hentikan niat untuk mencari aku dalam gambar ni. Memang korang tak jumpa punya. Nasib aku, si kecik yg dilindungi oleh orang-orang sekeliling...huhu (",)

p/s : happy dengan program ni...Datuk, buat la lagi program macam ni ye..ngeee :p






Monday 13 February 2012

Bagaimana Iblis Bertindak Terhadap Manusia

Assalammualaikum W.B.T

Nabi Muhammad S.A.W pernah bertanya : "Wahai Iblis, bagaimanakah caranya kamu bertindak terhadap makhluk Allah..?"

Jawab Iblis : "Ya Nabi Allah, ada beberapa cara yg aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut...

1. Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua-dua pahanya kepada lelaki yg bukan suaminya, sehingga ada sesetengahnya mengeluarkan benih yg salah (menjadi anak zina) yg dikeji oleh Allah.

2. Sesetengahnya pula aku lalaikan mereka daripada solat. Dan aku akan perdayakan mereka dengan makanan dan minuman yg haram dan akan membuatkan mereka suka kepada maksiat.

3. Sesetengahnya pula aku lalaikan dengan harta benda supaya segala hasil kekayaan itu digunakan untuk membuat maksiat, noda, dosa dan penderhakaan kepada Allah.

4. Ramai kaum lelaki dan wanita yg akan aku perdayakan tanpa mereka sedari sehinggalah iman mereka lemah atau gugur sama sekali. Apabila iman mereka sudah lemah, akan aku kerah bala tenteraku yg terdiri daripada syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan senang melalui jalan maksiat 'pergaulan bebas' pada majlis-majlis keraian. Pada masa itulah umatmu akan makan dan minum yg haram, hilang rasa malu dan menggadaikan maruah mereka.

Ya Nabi Allah, apabila mereka sudah terlanjur melakukan maksiat dan ingin bertaubat, pada masa itu aku akan mencari cara lain pula supaya mereka tidak meneruskan cita-cita baik itu. Aku akan bisikkan kepada mereka supaya menangguhkan taubat ke suatu masa lain kerana mereka masih muda dan umru masih panjang. Ya Nabi Allah, aku dan bala tenterakau sentiasa berusaha dan tak akan berhenti untuk mencari seramai-ramai anak Adam untuk bersama denganku di dalam neraka kelak.."

p/s : renung-renungkan



Bubur Ayam McD Punya Pasal

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Selamat tiba di rumah petang semalam, setelah 3 hari berada di Port Dickson. Penat rasanya berada 3 hari di sana. Program yg sangat padat, tapi sangat menarik. Yg lebih menarik bila kami diuruskan oleh consultant yg berpengalaman dan hebat-hebat belaka. Mereka semua dari LH Consulting.

Sampai je di rumah petang semalam, tiba-tiba perut terasa nak makan bubur ayam McD. Kenapa la perut ni mengidam sesuatu yg memerlukan aku untuk keluar dari rumah dan memandu sejauh beberapa kilometer..?? Haishh..!!

Tapi, bila sampai di McD, lain pula menu yg aku nak. Adesss...ni semua perut punya pasal. Semata-mata kerana mengidam nak makan bubur ayam, terpaksa memandu jauh ** err...tak la jauh sangat sebenarnya :p ** dalam keadaan badan yg masih belum hilang penatnya. Sekali lain pula yg aku sebat!

Apapun, alhamdulillah dengan rezeki ni. Kejap lagi aku update tentang program di PD yg berlangsung dari hari Jumaat hari tu ye. Aku nak pergi merayap collect gambar dulu. Baru best nak update entri bila ada gambar, kan? Hahaha...

p/s : happy Monday bloggers!!!

Thursday 9 February 2012

Rasulullah S.A.W






Rasulullah...dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yg tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjau-Nya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam al-Quran

p/ s: pasti ramai yg tahu lagu nasyid nyanyian Hijjaz ni...tiap kali aku dengar atau nyanyikan lagu ni, ada satu perasaan sebak dalam diri...alangkah bertuahnya mereka yg pernah hidup di zaman Rasulullah kan..?

Aku Ada 10 Sebab

Assalammualaikum W.B.T

Lama betul blog aku tak ber'update'. Sempat BW je. Bukan takde idea. Tapi, lepas je bercuti 4 hari baru-baru ni, aku ada 10 sebab kenapa aku tak update blog :

1. Masih sibuk mengemas rumah sewa baru tu...banyak pula barang-barang yg aku bawa rupanya!

2. Sibuk menghafal jalan-jalan penting...jalan ke TESCO, jalan ke McD, jalan ke tempat kerja, jalan balik ke kampung..huhu :p

3. Banyak tidur sebab nak cari feel kat rumah baru...so far memang ok la tidur kat situ..lena je..hahaha

4. Pergi melawat anak buah di Puchong...dah lama tak jumpa dia..rindu la..

5. Kat ofis pula..kerja berlambak..maklumlah..baru pindah ofis juga..alahai!

6. Hujung minggu ni ada karnival kat Seremban...jadi kawan aku yg ambil bahagian tu minta tolong aku buat something...jadi bertambah la tahap busy aku ni...

7. PC kat ofis lately asyik hang je...nak login blogspot pun ambil masa!

8. Broadband Maxis dah lama terminate...speed kurang bagus la kat tempat aku..jadi tengah fikir nak pakai broadband apa pula lepas ni...jadi tak dapat la nak online kat rumah

9. Kat DRAFT ni dah berlambak entri yg aku tulis separuh-separuh...bukti aku memang ada idea..CUMA tak dapat nak publish lagi je sebab belum complete...aku malas nak tambah entri yg 'separuh' lagi...hehe

10. Sebab yg paling utama aku tak update - penyakit M tiba-tiba datang daa (",)

Tapi, hari ni memang aku akan update. Jadi, boleh la korang-korang yg sudi singgah blog ni baca puas-puas ye. Jap lagi aku update lagi ye..!

p/s : sumpah tak suka penyakit M ni...!!!

Friday 3 February 2012

Pengisian Jumaat (6)

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Baqarah - ayat 286 yg berbunyi :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya."

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA tahu kemampuan manusia yg diciptakan-Nya. Oleh itu, suruhan dan larangan-Nya tentulah yg bersifat 'mampu dibuat saja'. Contohnya, mengerjakan solat adalah wajib. Dan itu merupakan kemampuan bagi setiap hamba-Nya. Jangan memberi alasan tidak ada masa, terlupa atau apa saja kerana Islam itu mudah.

p/s : selamat beramal...!!




Thursday 2 February 2012

Hari Wilayah Yg Amat Bermakna

Assalammualaikum W.B.T

Semalam pertama kali dalam hidup aku bercuti sempena Hari Wilayah. Yelah...selama ni kerja di negeri Selangor, mana nak merasa kan..? Hehehe... apa pun, semalam merupakan hari yg memenatkan. Akhirnya, aku berpindah jua!! Alhamdulillah, lepas ni aku tak perlu lagi nak berhimpit-himpit di dalam tren Komuter tu. Selamat tinggal KTM. Kenangan bersamamu tak mungkin kulupakan..chewahh!!

Sekarang nak cerita tentang rumah baru. Kedudukan dan keadaan rumah agak baik la. Cuma, rumah tu berlantai simen la pula! Adess...terpaksa cari tikar getah. Pusing punya pusing cari tikar getah, sampai pukul 7.30 malam baru selesai. Sampai ke Pasar Pudu tu kitaorang pergi beli. Punyalah jauh! Sampai cramp la kaki aku ni banyak sangat tekan clutch..hehe. Tapi, apa pun alhamdulillah, sebab semuanya selamat. Apa yg kami nak cari, semuanya kami dapat.

Malam tu pula, lepas siap pasang tikar getah tu, kami menuju ke Putrajaya pula. Makcik kepada teman serumah aku dengan baik hatinya nak sponsor langsir...hehe..alhamdulillah, rezeki (",) So, pergi kesana dengan menaiki ERL. Pertama kali aku naik benda alah ni. Teruja la juga.

Sampai rumah balik dalam pukul 12.00 malam. Memang best la. Satu hari suntuk menguruskan perihal rumah sewa ni. Nasib baik kat Putrajaya sebelum tu kami sempat tumpang mandi. Jadi, balik je rumah, tukar baju, bentang tilam, terus tidur. Sekejap je aku rasa dah lena. Sedar-sedar je dah azan Subuh. Aku rasa kat kawasan tu ada banyak Masjid dan surau la. Kalau telinga aku ni tak salah dengar, ada 5 azan Subuh sekaligus tadi! Hmm...alhamdulillah, aku dah dapat natural alarm (",)

Pertama kali aku memperuntukkan aktiviti sehingga seharian ketika bercuti. Dan penatnya masih terasa di saat aku menulis entri ni. Tangan dan kaki semuanya lenguh. Tak sabar nak balik rumah dan cari tilam. Dapat tidur lagi 1 round mungkin boleh hilangkan semua penat yg ada kot...hahaha

p/s : tak dapat nak upload gambar rumah sewa sebab tak habis mengemas lagi (",)