Pages

Monday, 13 February 2012

Bagaimana Iblis Bertindak Terhadap Manusia

Assalammualaikum W.B.T

Nabi Muhammad S.A.W pernah bertanya : "Wahai Iblis, bagaimanakah caranya kamu bertindak terhadap makhluk Allah..?"

Jawab Iblis : "Ya Nabi Allah, ada beberapa cara yg aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut...

1. Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua-dua pahanya kepada lelaki yg bukan suaminya, sehingga ada sesetengahnya mengeluarkan benih yg salah (menjadi anak zina) yg dikeji oleh Allah.

2. Sesetengahnya pula aku lalaikan mereka daripada solat. Dan aku akan perdayakan mereka dengan makanan dan minuman yg haram dan akan membuatkan mereka suka kepada maksiat.

3. Sesetengahnya pula aku lalaikan dengan harta benda supaya segala hasil kekayaan itu digunakan untuk membuat maksiat, noda, dosa dan penderhakaan kepada Allah.

4. Ramai kaum lelaki dan wanita yg akan aku perdayakan tanpa mereka sedari sehinggalah iman mereka lemah atau gugur sama sekali. Apabila iman mereka sudah lemah, akan aku kerah bala tenteraku yg terdiri daripada syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan senang melalui jalan maksiat 'pergaulan bebas' pada majlis-majlis keraian. Pada masa itulah umatmu akan makan dan minum yg haram, hilang rasa malu dan menggadaikan maruah mereka.

Ya Nabi Allah, apabila mereka sudah terlanjur melakukan maksiat dan ingin bertaubat, pada masa itu aku akan mencari cara lain pula supaya mereka tidak meneruskan cita-cita baik itu. Aku akan bisikkan kepada mereka supaya menangguhkan taubat ke suatu masa lain kerana mereka masih muda dan umru masih panjang. Ya Nabi Allah, aku dan bala tenterakau sentiasa berusaha dan tak akan berhenti untuk mencari seramai-ramai anak Adam untuk bersama denganku di dalam neraka kelak.."

p/s : renung-renungkan



11 comments:

Kazman / Sue said...

nama pun dah iblis... hati2x kita semua....

Ce'gu JAERA said...

semoag ianya menjadi renungan buat kita bersama... hati2 lah dengan godaan Iblis yang penuh dengan tipu dayanya..

Eera Shera said...

janji iblis pd Allah, akan hancurkan umat manusia smpai kiamat

3no gr33ny said...

mintak2 la sama2 dijauhkan semua yang disenaraikan tu...amin

Totie@Tomy said...

ya Allah jauhkan lah diriku dari syaitan durjana...salam kenal..

Unknown said...

oleh itu kenalah kita melawan iblis.. persiapkan diri supya kita x termakan hasutan iblis tue,,,

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : betul tu..bila dah tersedar diri macam dah terpesong sikit..cepat2 la kembali ke jalan yg benar :)

Dylla Abas said...

@Eera Shera : contoh makhluk Allah yg berpegang pada janji...tapi janji itu tak membawa kebaikan pada kita semua...

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : insyaAllah (",)

Dylla Abas said...

@Totie@Tomy : moga2 ita semua dijauhkan dari iblis dan syaitan ni ye...amin

thanks 4 visiting :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : hmm...bila diri lebih dekat dgn Allah...lebih mudah la kita melawan iblis dan bala tenteranya kan :)