Pages

Friday 20 April 2012

Pengisian Jumaat (10)

Bismillahirrahmanirrahim


Firman Allah S.W.T di dalam Surah At-Taubah ayat 40 :

"Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang kafir paling rendah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."




Allah S.W.T Mengingatkan Hamba-Nya Yang Alpa

Assalammualaikum W.B.T

Manusia mudah lupa. Manusia memang sinonim dengan lupa. Istilah ini bagaikan sudah sebati dengan diri kita sebagai manusia. Apa jua yg kita lakukan, pasti ada perkara yg kita lupa. Tiada isu memori atau ingatan di sini. Bukan kerana daya ingatan kita kurang, kita lupa untuk melakukan sesuatu. Namun, komitmen yg melampau terhadap sesuatu perkara, menyebabkan kita lupa akan suatu perkara yg lain.

Contoh terbaik adalah solat. Ketika kita sibuk di dalam urusan harian, kita seringkali lupa dengan tanggungjawab kita terhadap-Nya. Seringkali terjadi, "alamak, aku belum solat Zuhur lagi la!!" Jangan begitu. Walaupun seberat mana sekalipun komitmen kita terhadap sesuatu perkara, tanggungjawab yg satu itu jangan dilupakan.

Kadangkala, bila kita terlalu taksub dengan urusan dunia, Allah S.W.T yg Maha Penyayang akan mengingatkan kita tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan menurunkan dugaan terhadap hamba-Nya. Ditimpa bencana, penyakit atau yg seumpama dengannya.

Janganlah kita mengeluh jika diberi dugaan sebegini. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah S.W.T sayangkan kita. DIA mahu kita sedar akan kesilapan yg mungkin pernah kita lakukan tanpa kita sedari. DIA mahu memberi ingatan terhadap kita yg alpa akan-Nya. DIA sekadar mahu kita menjadi hamba-Nya yg lebih baik.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali-Imran - ayat 31-32 :

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, oleh itu jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir."

Siapapun kita dan apapun jua yg kita lakukan, ingatlah Alla S.W.T sentiasa bersama kita. DIA Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Janganlah kita melupakan-Nya jika kita tidak mahu diri dilupakan-Nya.


p/s : bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W (",)




Thursday 19 April 2012

K-Pop Punya Hal

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah...pagi ni turun hujan rahmat. Sejuk je cuaca. Nasib baik la pagi tadi tak liat sangat nak bangun..hehe (",)

Aku tak pasti la tajuk entri ni sesuai ke tak. Sebab yg sebenarnya aku bukan nak cerita tentang artis-artis pop dari Korea, mahupun drama-drama jiwang karat Korea tu. Lately, aku suka sangat nak bershopping baju yg ala-ala orang Korea pakai. Hahaha...gila betul!!

Sebenarnya aku pun tak tahu yg baju tu ala-ala Korean dress-up. Aku beli sebab nampak cantik. Plus, baju tu labuh. Hmm...kalau nak dihitung, dah lebih 10 pasang kot baju yg design macam tu dalam wardrobe aku. Kawan-kawan aku la yg cakap..."wahhh...K-Pop..!!" Alahai...K-Pop la sangat. Satu-satunya kumpulan pop Korea yg aku tahu pun Super Junior. Tu pun tahu satu lagu je. Memang tak ambil peduli langsung sebenarnya hal K-Pop ni.

By the way...aku memang suka baju ni. Dah nak jadi ala-ala Korean kan...memang sengaja la aku pakai dengan boot. Hahahaha...gila glamer betul dressing macam ni (",)



p/ s: aku tak pernah perasan pun orang Korea dress-up macam ni....




Wednesday 18 April 2012

Jangan Mudah Membenci

Semua tahu makna benci. Benci sering dikaitkan dengan perasaan tidak suka akan sesuatu perkara. Hakikatnya, manusia memang amat mudah untuk membenci sesuatu. Namun, ada kata-kata yg menyebut, perkara yg kita benci itu lama-kelamaan akan bertukar menjadi suka. Mengapa perasaan ini boleh wujud...?

Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan pelbagai jenis perkara. Ada perkara yg menyenangkan. Dan ada juga sebaliknya. Lumrah manusia, jika berhadapan dengan perkara yg tidak menyenangkan, mulalah timbul perasaan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi benci.

Kita memang tidak akan lari dari perasaan benci. Perasaan ini wujud kerana kurangnya ketenangan di dalam jiwa. Perlu terlebih dahulu menenangkan diri dan jiwa sebelum benar-benar berhadapan dengan sesuatu perkara. Ini serba sedikit akan membantu kita untuk tidak menjadi seseorang yg suka membenci. Pembenci tidak akan mampu untuk menghargai kehidupannya sendiri akibat dari timbulnya perasaan benci yg bakal melahirkan rasa tidak puas hati atau tidak cukup.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Cintailah sesuatu itu dengan biasa saja, kerana boleh jadi satu masa nanti perkara itu akan menjadi sesuatu yg dibenci, dan bencilah sesuatu yg tidak kamu ketahui dengan biasa saja, kerana boleh jadi satu masa nanti perkara itu akan menjadi sesuatu yg akmu cintai."

Jadi, marilah kita tanamkan sifat bersederhana di dalam semua perkara. Jangan mudah membenci dan jangan juga mudah mencintai. Islam sendiri menggalakkan umatnya sentiasa berwasatiyyah yg bermaksud, bersederhana. Islam itu mudah. Islam itu indah (",)


p/s : pernah bencikan seseorang yg kini menjadi sahabat baik aku...jika boleh diputarkan masa, tak nak rasa benci pada dia

Tuesday 17 April 2012

Tips Membuat Pilihan

Dalam hidup ni, kita seringkali berada di dalam dilema apabila terpaksa berdepan dengan masalah untuk membuat pilihan. Pilihan yg tepat bakal menentukan hala tuju hidup kita menjadi lebih baik. Tapi, adakah kita tahu bahawa pilihan itu benar-benar tepat, atau sekurang-kurangnya pilihan itu betul...?

Agak sukar untuk memilih jika kita mempunyai beberapa pilihan yg baik. Jadi, pilihlah yg terbaik. Bagaimana caranya nak memilih yg terbaik..? Mungkin beberapa tips ini boleh membantu (",)

1. Bertenang
Tidak kira apa pun pilihan kamu - tentang kerjaya, tentang jodoh atau tentang apa saja - pertama sekali kamu harus bertenang. Jika kamu membuat pilihan dalam keadaan hati yg berkecamuk atau fikiran yg tidak menentu, pasti pilihan itu bakal mengundang masalah di kemudian hari.

2. Mengikut Naluri
Kebiasaannya, naluri kita cenderung untuk memilih pilihan yg tepat. Jika pilihan telah dibuat mengikut naluri, yakinlah bahawa apa yg kamu pilih itu tepat untuk kamu.

3. Mempertimbangkan Akibatnya
Sebelum benar-benar membuat pilihan, fikirkan dulu akan kesannya. Tidak kira kesan jangka panjang atau kesan jangka pendek. Pilihan yg kurang tepat bakal menimbulkan kesan yg kurang baik untuk masa hadapan.

4. Faktor Luaran
Sekiranya kamu ingin membuat pilihan, beberapa faktor luaran perlu diambil kira. Contohnya, nasihat dan pandangan dari kedua orang tua kamu. Ataupun, pengalaman orang lain. Kedua-dua faktor ini merupakan salah satu elemen penting di dalam membuat pilihan yg tepat.

5. Istikharah
Cara terbaik bagi umat Islam untuk membuat pilihan ialah dengan melakukan solat sunat Istikharah. Mohonlah petunjuk Illahi dengan seikhlas-ikhlasnya. Moga-moga kamu dikurniakan jalan untuk membuat pilihan yg tepat dan terbaik di dalam hidup.

Wallahu'alam.






Ayah Rindukan Sahabat Baiknya

Assalammualaikum W.B.T

Maaf la kalau aku masih nak menulis entri tentang pemergian atuk aku. Tak boleh berhenti dari mengingati arwah atuk yg terlalu rapat dengan keluarga kami.

Baru-baru ni, aku pulang ke kampung, seminggu selepas kematian arwah. Masa aku sampai, dah lepas waktu solat Zuhur. Aku sengaja nak masuk ke bilik arwah atuk. Meninjau-ninjau kenangan atuk di situ. Tapi, apa yg jelas, ayah sedang berbaring di atas katil arwah atuk. Lena betul tidurnya. Tak sedar langsung aku datang.

Tak nak mengganggu ayah, aku mencari mak dan berbual-bual dengannya. Masih dengan topik arwah atuk. Mak aku pun masih tersasul-sasul membuat sarapan pagi untuk arwah atuk. Terlupa yg atuk telah pergi meninggalkan kami semua.

Tepat ketika azan Asar berkumandang, ayah bangun dari tidurnya. Aku mengintai dari luar bilik, memerhatikan tingkah laku ayah. Ayah termenung seketika. Dia kemudian terus berwudu' dan menunaikan solat Asar, di dalam bilik arwah atuk, di atas sejadah yg pernah arwah atuk gunakan sebelum ini. Wajah ayah kelihatan tenang. Tapi, aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia merindui sahabat baiknya itu.

Ayah, masa memang tak akan berpatah balik. Yg pergi memang akan terus pergi. Kita sama-sama doakan moga roh arwah atuk dan opah dicucuri oleh rahmat-Nya selalu ye.


p/s : al-Fatihah









Monday 16 April 2012

Bila Adik Aku Dah Dapat Lesen Memandu

Assalammualaikum W.B.T

Dua-tiga menjak ni, bila berada di kampung, aku rasa relax sikit la. Mau tak relax, nak kemana-mana, panggil je adik aku yg bongsu tu. Orang baru dapat lesen kereta, mestilah teruja kan. Gila steering...huhu (",)

Nak dijadikan cerita, dua-tiga menjak ni juga aku ada masalah kesihatan plus sakit mata yg melampau. Jadi, agak sukar la nak memandu. Adik aku yg bongsu tu memang berkobar-kobar la nak memandu. Takpela. As long as aku jadi co-pilot, takde la risau sangat nak biarkan dia memandu.

Punya la excited budak tu, sampai termati-mati enjin masa keluar simpang. Dah tu, kalau tak ditegur, dibantainya gear 3 je sepanjang perjalanan. Masuk simpang gear 3. U-turn gear 3. Naik-turun bukit gear 3. Adoi...mau rosak gear box kereta macam ni..!!

"Kak, ada kereta kat belakang...macam mana ni..?"

Macam mana apa cik adik oii...drive jelah macam biasa. Bukannya orang kat belakang tu nak langgar kita. Hahaha...kelakar pula aku rasa. Excited...tapi panik lebih.

Terkenang balik zaman aku baru-baru dapat lesen kereta dulu, rasanya tak la teruk sangat sampai nak mati-mati enjin kot. Yg paling penting, aku tak panik.

"Ala, aku tak biasa bawa kereta besar. Ambil lesen dulu bawa kancil je..."

Dah tu...aku masa ambil lesen pakai Perdana V6 ke..?? Apa punya statement la..tak logik langsung. Tapi, semangat dia tu memang aku puji la. Walaupun kena marah, kena tegur, mati enjin, gabra, panik bla bla bla...tapi dia tetap nak memandu. Tak putus asa langsung

Bak kata mak, "lama-lama nanti Ekin pandai la bawa kereta macam kakak tu..." wahhh...ayat pujuk sangat mak bagi. Aku pun takde la pandai sangat bawa kereta. Boleh la daripada tak boleh langsung kan (",)


Muka teruja dapat drive laju kat hiway...hahaha :p

p/s : Nak dera adik aku drive kat kawasan yg selalu 'jam'...bagi dia experience lebih sikit..hehehe

Terbaik Ke..??

Assalammualaikum W.B.T

Lepas cuti panjang sebab kematian atuk minggu lepas, aku bersambung cuti pula sebab tak sihat. Penangan rasa rindu pada arwah atuk la ni. Alhamdulillah, aku dah sihat pun. Dah kembali seperti sediakala. Memulakan rutin harian seperti biasa.

Beberapa peristiwa yg berlaku baru-baru ni, buat aku terfikirkan sesuatu. Yg paling utama ialah perasaan kehilangan la. Bila atuk dah takde, baru la terasa rindu. Mujurlah aku ni jenis yg rajin balik kampung. Hujung minggu kalau takde program, memang kampung la destinasi aku. Jadi, bila sesekali aku tak balik tu, arwah atuk mesti tanya, "kakak tak balik ke minggu ni..?" Okay..sekarang dah takde orang nak tanya soalan tu. Terasa sangat kehilangan :(

Entri ni takde niat nak mengaibkan sesiapa. Cuma, aku terfikir, lepas kita kehilangan seseorang ** terutamanya ibubapa la kan ** pernah tak terdetik di hati kita yg kita dah buat yg terbaik untuk mereka..?

Terbaik ke kalau nak balik kampung jumpa ibubapa sendiri pun kena tunggu diorang call dulu baru nak balik..? Terbaik ke kalau balik kampung jumpa ibubapa sendiri tapi bila dah sampai kampung buat hal sendiri..? Terbaik ke kalau balik kampung jumpa ibubapa sendiri tapi tak nak berbaik dengan adik beradik sendiri..?

Hmm..tepuk dada tanya selera la kan. Apa pun, aku memang sedang mencuba untuk jadi anak yg terbaik dan buat yg terbaik untuk mak dan ayah aku. Sesungguhnya, walau sebaik mana yg cuba aku lakukan, belum cukup lagi untuk menandingi kebaikan mereka berdua.

p/s : kita bukan yg terbaik kalau pernah terdetik rasa kecewa di hati ibubapa kita..wallahu'alam



Thursday 12 April 2012

Pemergiannya Masih Terasa

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Masih lagi berpeluang nak menulis sesuatu dalam blog buruk ni. 4 hari yg lepas, aku kehilangan satu-satunya atuk yg masih ada. Kini, aku kehilangan semuanya. Kedua-dua atuk dan kedua-dua opah. Allah S.W.T lebih menyayangi mereka. Moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat-Nya. Amin.

Pemergian atuk benar-benar mengejutkan. Hari Ahad, ketika ayah sedang rancak berbual-bual dengan anak buahku, Azeem, ketika mak sedang sibuk memasak untuk makan tengahari, ketika adik bongsuku sedang bersantai melayari internet, tiba-tiba suara maksu yg menjengah atuk di dalam bilik, meraung kuat.

Aku yg ketika itu berada di majlis kahwin kawanku di Klang, menerima panggilan telefon dengan perasaan yg tidak percaya. Baru je hari Khamis sebelumnya aku mendengar suara ceria atuk di telefon. Tiba-tiba atuk pergi. Seperti arwah opah, atuk pergi tanpa ada sesiapa di sisi.

Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah atukku di kalangan hamba-hamba-Mu yg beriman. Kau permudahkanlah jalannya menuju ke syurga-Mu. Atuk adalah manusia yg paling baik yg pernah aku kenal. Yg tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun ketika sakit. Yg tidak loket mengeluarkan duitnya untuk mereka yg memerlukan. Yg tidak kedekut dengan senyuman walau ada sesuatu yg menyakitkan hatinya. Namun, Kau jualah yg Maha Mengetahui. Hanya kepada-Mu aku berserah. Amin.

p/s : masih terbayang airmata yg mengalir di pipi ayah...hilang sudah sahabat baik ayah di dunia ini :(




Saturday 7 April 2012

Santai Di Hujung Minggu

Assalammualaikum W.B.T

Semalam tak sempat nak update entri. Tak tahu apa yg aku sibukkan sangat. Tapi, dari awal pagi, agenda department kami berjalan seperti biasa. Tazkirah mingguan kali ni diacarakan oleh ACAD Dept. Dan tajuk tazkirah kali ni berkaitan dengan ibadah Haji. Masa mula-mula dengar, perasaan aku biasa je. Tapi, bila orang yg berucap dah mula rasa sebak, tak pasal-pasal aku jadi sebak juga. Kalau ada kesempatan, aku akan buat 1 entri tentang input yg aku dapat ye.

Okay. Kembali kepada perkara asal. Hujung minggu kali ni aku bersantai di rumah je. Tak kemana-mana pun. Terasa nak balik kampung. Tapi, melihat keadaan bilik yg hampir menjadi huru-hara sebab seminggu tak berkemas, aku rasa lebih baik aku kemas bilik. Tapi, biasalah. Bila bekerja dalam bilik yg ada tilam dan bantal busuk, banyak bersantai dari bekerja la jawabnya...hahaha

Dari malam tadi aku dah merancang nak susun balik 'benda-benda' dalam bilik aku tu. Siap buat pelan lagi! Adoi...beria sungguh!! Tapi, malangnya....satu apa pun tak berusik lagi. Tengah kemas-kemas, terjumpa pula komik Lawak Kampus. Okay, berehat sebentar sambil membaca komik. Kalau setiap kali mengemas, aku terjumpa bahan bacaan yg tak sepatutnya, memang tak siap kemas la jawabnya.

Well..apa pun, terasa sangat bahagia dapat berehat di rumah hari ni. Cuti 2 hari boleh dimanfaatkan dengan tidur yg berkualiti. Hahahaha (",)

p/s : terpaksa bangun awal pagi tadi sebab dapat 'morning call' dari ibu tercinta...mak, kenapa la tak kasi chance kat kakak bangun lewat sikit..?? adess.....



Thursday 5 April 2012

Audit Oh Audit..!!

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi semua. Lama rasanya tak update blog, apatah lagi melakukan aktivit kegemaran...BW!! Ni semua audit punya pasal. Banyak benar perkara yg nak dibuat.

Semalam, selesai je auditor tu mengaudit kami, aku rasa macam nak pergi makan besar...hahaha (",) Padahal, takde la stress sangat audit ni. Cuma, part aku macam banyak kena audit. Tu yg kalut sikit tu. Sekali dapat 1 NCR daa. Adoi la..kecewa sungguh!!

Tapi, bos menerima NCR tu dengan tangan terbuka, walaupun muka aku dah bertukar rupa dah waktu tu. Bos relax je. Siap cakap kat auditor tu, "memang patut kena NCR ni...boleh la saya highlight kat next UPC meeting nanti.." Amboi, bos..!!! Memang patut kena ek. Nasib baik la bos cakap kat aku, benda tu bukan salah aku pun. Dia yg terlepas pandang. Erkk..alahai, terharunya bos tak salahkan aku..hoho :p

So, dah selesai audit...harap-harap lepas ni aku boleh kembali berBlogging seperti dulu.




p/s : It's BW time...!!!!