Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Masih lagi berpeluang nak menulis sesuatu dalam blog buruk ni. 4 hari yg lepas, aku kehilangan satu-satunya atuk yg masih ada. Kini, aku kehilangan semuanya. Kedua-dua atuk dan kedua-dua opah. Allah S.W.T lebih menyayangi mereka. Moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat-Nya. Amin.
Pemergian atuk benar-benar mengejutkan. Hari Ahad, ketika ayah sedang rancak berbual-bual dengan anak buahku, Azeem, ketika mak sedang sibuk memasak untuk makan tengahari, ketika adik bongsuku sedang bersantai melayari internet, tiba-tiba suara maksu yg menjengah atuk di dalam bilik, meraung kuat.
Aku yg ketika itu berada di majlis kahwin kawanku di Klang, menerima panggilan telefon dengan perasaan yg tidak percaya. Baru je hari Khamis sebelumnya aku mendengar suara ceria atuk di telefon. Tiba-tiba atuk pergi. Seperti arwah opah, atuk pergi tanpa ada sesiapa di sisi.
Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah atukku di kalangan hamba-hamba-Mu yg beriman. Kau permudahkanlah jalannya menuju ke syurga-Mu. Atuk adalah manusia yg paling baik yg pernah aku kenal. Yg tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun ketika sakit. Yg tidak loket mengeluarkan duitnya untuk mereka yg memerlukan. Yg tidak kedekut dengan senyuman walau ada sesuatu yg menyakitkan hatinya. Namun, Kau jualah yg Maha Mengetahui. Hanya kepada-Mu aku berserah. Amin.
p/s : masih terbayang airmata yg mengalir di pipi ayah...hilang sudah sahabat baik ayah di dunia ini :(
9 comments:
salam takziah daripada Kancil...jangan sedih...doakan mereka
takziah yer sis... banyak2 bersabar... Allah lebih menyayanginya... hurm...
takziah buat sahabat Dylla dan keluarga..sama2 kita perbanyakkan sedekah al Fatihah
takziah buat seluruh keluarga ye..
al-fatihah..
sabar yer... kita byk2 sedekahkn al fatihah.. mg arwah tenang di sana...
takziah dylla, aku dapat rasakan kesedihan kehilangan orang yang rapat dengan kita. walaupun aku tak pernah merasa macam mana ada atuk dan opah, tp kesedihan kehilangan itu mungkin sama.
semoga roh roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman. al-fatihah
ttiba maya rasa syahdu ^^ maya dulu pon rapat dengan atuk... tapi atuk meninggal sangat aawal.. tak terasa sangat kehilangan atukk..
InsyaAllah kak.. sedekahkan Al-Fatihah utk arwah atok.. sepatutnya akak bersyukur dpat lihat dan bertemu dgan atok.. bukan macam saya.. lahir di dunia ni.. tak pernah kenal atok.. sebelah mak @ sebelah ayah.. dua2 dah tak ada..
terima kasih semua..moga2 roh mereka-mereka yg telah pergi ni sentiasa dicucuri rahmat Allah selalu...amin
Post a Comment