Pages

Monday 31 October 2011

Berkaraoke di 1 Utama

Balik kampung bukan nak duduk rumah. Berjalan je kerjanya! Sebab tu tak puas rehat walaupun cuti 2 hari. Huhu..versi marah diri sendiri.

Errr...assalammualaikum BLOGgers!

Nak cerita pasal aktiviti melalak hari Sabtu yg lepas. Tujuan asal bawa adik keluar hanya sekadar nak mencari t-shirt untuk dia. Lepas tu, makin jauh, makin jauh...tiba-tiba dah sampai 1 Utama, Damansara. Tiba-tiba la sangat Dylla oii! ** padahal sengaja drive ke sana...hehehe

Sampai di Neway Karaoke tu hampir jam 5 petang. Bertolak dari rumah agak lambat, sebab menunggu adik balik dari tempat kenduri kahwin yg aku, emak dan dia attend sebelum ni. So, sampai sana terus book 1 bilik. Pakej yg kami ambil tu dapatlah 1 set makan + minum. Okay la. Bayar rm26++ je. Nasib baik adik bawa student card. Dapatlah dia student price rm15++

Masuk-masuk je, terus aku pilih lagu. Haruslah aku pilih lagu Bukan Cinta Biasa (nyanyian asal Dato' Siti Nurhaliza) lagu wajib aku kalau berkaraoke ye kawan-kawan! Dari satu lagu ke satu lagi kami melalak. Berdua je. So, tak kisahlah kau sumbang ke, aku lari pitching ke...kami je yg tahu..haha

Ekin - pura2 nyanyi sebagai pose gedik..huhu :p

Aku yg terlebih sengih (",)

Daughters of Abas!!

Paling tak boleh tahan ialah lagu penutup kami. Adik aku yg sengal itu telah memilih lagu Pergi Tak Kembali (nyanyian asal Kumpulan Rabbani) Apa punya turrr!! Tapi, layan je...nasyid pun nasyid la...hehe

p/s : puas hati dapat menyanyi dan melalak sesedap rasa...




Kenduri Kahwin Lagi!

Balik kampung hujung minggu lepas (semalam je...hehe) aku terpaksa menghadiri satu kenduri kahwin, setelah diajak berkali-kali oleh emak. Adess...leceh betul! Sekarang ni ada rasa tak suka nak menghadiri majlis-majlis kahwin macam ni. Tak tahu la kenapa...hahaha

Tapi, mengenangkan pengantin perempuan tu adalah kakak kepada teman baik adik aku, jadi aku pun pergi la juga. Memeriahkan majlis kata orang. Tapi, aku tak menyesal pergi, bila menu yg disediakan ada hidangan Laksa...my fave!! ** tambah dua kali..tak malu..ngee :p
Bertemakan silver gold, pasangan pengantin kelihatan sangat berseri-seri ketika bersanding di atas pelamin. Itu je yg aku boleh komen. Sebab..?? Lepas makan, tunggu pengantin sampai, aku terus balik. Huhu...tak nak la lama-lama sangat. Kang ada yg teringin nak kahwin kang, susah lak (",)

Pasangan pengantin
My mom and my lil sis
My lil sis with her bestfren - Qila
p/s : Gambar aku..?? Takde. Sebab aku yg jadi photographer hari tu (",)





Qthai Steamboat Cheras

Perjalanan ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, untuk menikmati hidangan steamboat tidaklah terlalu sukar. Namun, sedikit kesesakan jalanraya menyebabkan perut aku berbunyi ** nasib baik tak bunyi kuat!

Sebelum bertolak, kami sempat meng'GOOGLE'kan diri untuk mengetahui jalan terSENANG untuk ke sana. Oh, tak la susah sangat. Ikut MRR2 je (",) Kalau tak jumpa jalan nanti, GPS kan ada..hoho :p

Sampai di sana, mata terus terpandang sebaris makanan yg disusun kemas. Banyaknya pilihan! Okay. Tak nak cerita banyak-banyak. Kita layan gambar jelah ye.


Vegetarian - Pelbagai jenis sayuran disediakan untuk anda
Antara makanan laut yg ada

Pelbagai jenis cendawan
Marinated beef and chicken - untuk penggemar BBQ
Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan menu yg disediakan. Ada juga menu sampingan seperti nasi dan mihun goreng, pelbagai kuih-muih dan aiskrim. Harga..?? Tak la mahal sangat. RM 27++ je. Berbaloi la dengan kepelbagaian menu tu.

My housemate - Mira and Wahida

p/s : next time nak cari steamboat lain pula (",)





I've been TAGGED by Gen2Merah

Malam Sabtu hari tu, sebelum aku keluar makan bersama 2 orang teman serumah ** kira teman serumah la sebab aku menumpang rumah dia kan..huhu.. sempatlah buka blog kejap. Tiba-tiba mata terpandang di ruangan komen oleh Gen2Merah yg aku telah di tag oleh dia untuk menjawab soalan-soalan yg bakal mencabar minda.

Malam tu tak sempat buat. Hari ni baru ada kesempatan nak menjawab. Segmen ni datangnya dari BLOGger Jue n Hani yg bernaung di bawah blog Berdua Lebih Baik. Terus terang cakap, tadi baru pertama kali aku masuk blog mereka. Menarik (",)

So, sekarang ni bersiap sedia la dengan jawapan super hebat dari aku..hoho :p ** erk, hebat ke???

1. Jika selipar kamu hilang sebelah semasa berjalan di bandar...kamu..??
Hilangkan yg lagi sebelah...fashionista..huhu :)

2. Jika kawan anda terjatuh dalam longkang...anda..??
Ketawa dulu. Lepas tu baru pura-pura tanya apa yg jadi. Lepas tu baru tolong...hahaha

3. Kamu tengah makan, tiba-tiba orang di meja sebelah termuntah di makanan kamu...kamu..??
Biarkan dia muntah sampai habis. Lepas tu tanya keadaan dia okay atau sebaliknya. Kalau dia dah okay, suruh dia ganti balik makanan tu. Kalau dia masih tak okay, paksa dia habiskan makanan yg dia dah muntahkan tu..biar dia terus muntah dan muntah lagi...yarkk!!

4. Sedang membeli-belah di pasar, seorang peminta sedekah meminta duit sambil menarik baju kamu...kamu..??
Sedekahkan duit kepada dia sambil berpesan dengan suara yg amat lemah-lembut, "bang/kak...lepas ni kalau minta sedekah jangan tarik-tarik baju orang macam ni...orang tak suka tau..."

5. Tengah syiok duduk-duduk minum teh, tiba-tiba adik kamu datang nak korekkan hidung kamu...kamu..??
Layankan aje...hahaha

6. Seluar kamu terkoyak ketika kamu membuat ucapan di khalayak ramai...kamu..??
Buat ayat cover malu, "tuan puan sekalian, janganlah beli barangan tiruan seperti seluar saya ini. Tengok hasilnya..mulut saya yg bercakap, seluar pula yg terkoyak. Sungguh tidak berkualiti!!"

7. Tiba-tiba ada orang nak tahu warna seluar dalam kamu...kamu..??
In-return, tanya seluar dalam dia warna apa dulu. Lepas dia jawab, tinggalkan je dia sorang-sorang...gilo, warna seluar dalam pun nak tahu!

8. Anda termakan cacing yg disangkakan mee goreng...anda..??
Sedapnya...maveles!! hahaha...

9. Kamu tak tahan nak buang air besar ketika jalan sesak...kamu..??
Err...kena bagi tahan juga walaupun tak tahan. Dulu-dulu ada makcik pernah bagi petua, kalau tak tahan nak buang air besar sebut "kepala bontot, kepala bontot" sambil tangan memegang bontot ketika sebut kepala dan pegang kepala ketika sebut bontot... ** pernah cuba petua ni...TAK JADI pun!!

10. Bf/Gf kamu tiba-tiba menengking kamu di depan pasaraya...kamu..??
Buat-buat tak dengar dan minta dia ulang berkali-kali. Mungkin ada yg sangka kita pekak. So, takde la malu sangat kena tengking ** hakikat sebenar rasa nak tengking balik je...

11. Kamu dikejar anjing ketika sedang bersiar-siar di taman permainan...kamu..??
Masa ini la nak test masa untuk lari pecut 100m...tengok, boleh lawan Watson Nyambek tak..huhu

Siap!! Tapi, takde idea la nak sediakan 11 soalan untuk tag blogger lain pula. Nanti bila dah ada idea baru buat la ye. Maklumlah, Isnin...otak tengah tepu lagi ni akibat bercuti 2 hari (",)

p/s : Good Morning BLOGgers!!






Friday 28 October 2011

Amalan Mengelakkan Santau

Assalammualaikum W.B.T

** Dari Dato' Haji Ismail Khamus

Tentu antara kita semua pernah terdengar tentang santau, kan? Bila melihat penderitaan orang yg terkena santau ni, tentu kita cuba berusaha untuk mengelakkan diri dari terkena santau, kan? jadi, apakah amalan yg harus kita lakukan untuk menghindari santau.

Sebelum ke tempat makan, bacalah Surah Al-Quraisy sebanyak 1 kali.

Setelah sampai ke tempat makan, bacalah Surah Al-Quraisy sekali lagi sebanyak 1 kali.



Kemudian, bacalah ayat di bawah ini :


Setelah itu, perhatikan di dalam gelas/cawan yg berisi air. Sekiranya bayangan di permukaan air itu kelihatan muka kita, maka ia selamat untuk diminum. Tapi, jika sebaliknya, sebaiknya janganlah diminum.

Sebelum makan pula, pusing sedikit pinggan dan baca ayat di bawah ini ;



Jika terdapat racun santau, maka pinggan itu akan pecah dengan kehendak Allah S.W.T. Apa pun, sentiasalah berdoa memohon perlindungan dari Allah agar hidup kita selamat sentiasa. Amalan membaca Surah Al-Quraisy ini, selain dari mengelakkan santau, ia juga baik untuk sebarang 'gangguan'.

Wallahu'alam.

p/s : Sharing is Caring (",)





Transformasi Diriku - Gelagat Memilih Tudung

Disebabkan tempat kerja yg baru ni amat berdekatan dengan Jalan TAR, Jalan Masjid India dan SOGO, aku memang terpaksa men'kategori'kan diri sebagai 'Gila Shopping'.

Merancang untuk mencari tudung dan selendang baru, aku mengikut 2 orang teman sepejabat ke Jalan TAR, waktu makan tengahari sebentar tadi. Hari ni kan hari Jumaat, rehat 2 jam kot!! ** staff Mudajaya yg baca entri ni sila jangan jeles ye :p

Melihat kepada fizikal, mungkin ada yg mengatakan aku TAMAK..hehehe. Tapi, sesungguhnya, walaupun 3 beg plastik penuh berisi tudung dan selendang, namun harganya baru saja mencecah rm30 je. Tak mahal kan..?? Haaa, memang murah-murah tudung dan selendang kat situ. Tak nak promote lebih-lebih, sebab aku yakin ramai sangat yg dah tahu tentang perkara ni. Aku je yg baru nak ambil tahu (",)

Memandangkan ramai sangat orang kat kedai menjual tudung dan selendang tu, aku tak sempat langsung nak snap gambar. Seronok dan rasa terhibur tengok gelagat orang. Dan rasa kelakar melihat gelagat sendiri memilih selendang yg pelbagai jenis dan corak tu..haha

Alhamdulillah. Ada rezeki aku untuk menambah koleksi tudung dan selendang yg dah sedia ada. Lepas ni nak kena belajar pakai pula. Poyossss!!

Sopan berbaju kurung di hari Jumaat (",)





Seksa Batin

Seorang lelaki yg hanya mahu dikenali sebagai Zakry membuat pengakuan bahawa dia sudah 7 tahun tidak 'bersama' isterinya, gara-gara perbuatan sihir bekas pembantu rumahnya - myMetro


Hmm...susah juga bila terpaksa berdepan dengan orang yg suka menggunakan sihir untuk membalas dendam, demi memuaskan hati sendiri. Akibatnya, orang lain yg akan terseksa dan menderita.

Dulu, aku pernah terdengar tentang perihal 'mengunci nafsu' suami/isteri ni. Aku bayangkan hal ini berlaku untuk mengelakkan sang suami atau isteri berlaku curang kepada pasangan masing-masing. Tapi, walau apa pun, dengan niat yg baik atau sebaliknya, perbuatan sihir tetap salah di sisi Islam. Berdosa besar hukumnya, kerana itu termasuk dalam kategori Syirik.

Perbuatan Syirik yg jelas adalah kepercayaan terhadap bomoh dan tempat-tempat yg dianggap keramat, penggunaan tangkal atau azimat, menyembah kemewahan dunia dan pelbagai lagi.

Dalam kehidupan kita seharian juga kadangkala terselit perbuatan Syirik. Contoh yg jelas, "Aku nak makan sebab lapar..."
1 - Setiap perbuatan kita mestilah ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
2 - Kepercayaan bahawa dengan kekenyangan kita boleh meneruskan hidup seperti biasa, sedangkan Allah yg menentukan kehidupan hamba-Nya
3 - Jadi, lepas ni, jangan makan kerana lapar. Makanlah dengan niat kita hendak terus beramal dan beribadah kerana Allah. Makan itu lumrah. Jadi, tak perlu berkata apa-apa. Makan saja. Berdiam itu lebih baik dari banyak berkata-kata

Firman Allah yg berbunyi :

Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.”(Surah Al-Hajj : ayat 31)

Jelas, hanya Allah saja tempat kita bergantung. Janganlah kita bergantung dengan sesuatu yg lain untuk mencapai apa jua hasrat. Menyekutukan Allah dengan sesuatu yg lain adalah perbuatan Syirik. Segeralah bertaubat jika kita telah melakukan perbuatan Syirik ini. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Seperti dalam firman Allah yg berbunyi :

“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.”
(Surah al-Kahfi, ayat 110)
Wallahu'alam

p/s : Sharing is Caring (",)






Rumah Sewa

Hari ni nak bercerita tentang rumah sewa. Sebab sekarang ni dalam kepala otak aku asyik dok terfikir kat mana aku nak cari rumah untuk menyewa. Dah lama duduk rumah kawan ni rasa macam segan lak.


Google

Sebelum ni, aku pernah menyewa ni beberapa kawasan di sekitar Shah Alam. 3 kali pindah kot. Masa mula-mula sampai Shah Alam, aku menyewa di Seksyen 24 (masa tu uptown Shah Alam takde lagi tau) Setahun lebih juga aku menyewa di situ. Kerja di Seksyen 22. Alahai...jiran tetangga!!

Lepas tu, aku dapat kerja di Seksyen 26. Tak jauh juga dari Shah Alam. Tapi, aku berpindah ke Seksyen 7. Konon nak dekat dengan ex-bf. Sebab pergi kerja, balik kerja, dia yg uruskan. So, kononnya tak nak la menyusahkan dia kalau tinggal jauh-jauh ni. Sebab tu pindah ke Sesyen 7. Dekat je dengan UiTM Shah Alam tu. Kebetulan masa tu, bekas teman sebilik aku semasa belajar di Arau dulu, Amelia, nak mencari rumah sewa juga. Jadi, kami bersama-sama mencari dan akhirnya dapat la menyewa di satu rumah ni. Ada 2 orang penghuni asal rumah tu yg masih ada masa kami masuk ke situ.

Macam-macam kenangan semasa aku menyewa di situ. Kenangan dengan teman serumah yg bermacam ragam. Kenangan dengan Ciko (kucing Parsi kak Amy yg amat gedik perangainya..hehe). Kenangan dengan ex-bf. Kenangan dengan TUAN RUMAH..!! Paling best untuk dikenang adalah kenangan dengan tuan rumah la. Sempat bergaduh sebelum kami berpindah keluar dari rumah tu..huhu (",)

Kemudian, aku kembali tinggal dengan keluargaku di Bukit Beruntung. Menetap di sana selama hampir setahun, kemudian aku berpindah lagi. Kali ni berpindah ke rumah abangku, di kawasan Puchong. Sempatlah aku menyaksikan Azeem membesar di depan mata. Macam mana dia belajar berdiri, berjalan dan berlari.

Lepas tu..?? Pindah lagi..!! Berpindah ke rumah yg telah disediakan oleh syarikat tempat aku bekerja. Untung betul. Tempat tinggal disediakan, tak payah nak pening-pening kepala fikir nak cari rumah sewa. Di sana, aku menetap hampir 3 tahun. Lebih banyak kenangan. Pahit, manis, suka dan duka, semuanya akan kekal di ingatan. InsyaAllah (",)

Sekarang ni dah kembali pening sebab nak mencari rumah sewa seterusnya. Adess..kadang-kadang aku rasa aku ni macam manusia nomad pula. Hidup berpindah-randah. Tapi, best juga! Dapat merasa macam-macam pengalaman berharga.

Okay. Fokus. Rumah sewa....mana nak cari ni weh?? Aku rasa dah mula kena survey la. Tak boleh la asyik nak tanya-tanya kat orang je. Orang-orang kat ofis ni ada juga cadangkan kat aku beberapa tempat. Baiklah Dylla. Bertindak...!!

p/s : entah apa la yg aku mengarut pagi ni :p



Thursday 27 October 2011

Transformasi Diriku - Seminggu Sudah Berlalu

Alhamdulillah. Dah seminggu lebih aku berhijrah. Ternyata penghijrahan ini memberikan aku lebih ketenangan. Terasa diri lebih sempurna dengan aurat yg ditutup sebegini (",)

Masa mula-mula nak bertudung ni, aku beria-ia cari tudung. Pergi beli selendang barang sehelai dua. Mencuba pelbagai cara memakai tudung dan selendang. Menonton Youtube video-video Hana Tajima. Adesss...agak ketinggalan sikit aku rasa. Tapi, takpela...biar lambat asalkan aku buat.




Niat di hati tu memang la nak mencuba pelbagai gaya dan cara pemakaian tudung ni. Nampak menarik je. Selain dari menutup aurat, fesyen yg dikenakan juga nampak moden. Hmm, tapi berfesyen pun kena berjaga-jaga juga kan. Tak nak la jadi gila sangat nak berfesyen sampai jadi mengarut. Contohnya, pakai tudung tapi baju sesendat rasa. Ataupun, pakai tudung, tapi singkat sangat sampai nampak dada. buat masa ni, alhamdulillah...aku belum mengenakan fesyen-fesyen sebegitu. Tak tahu la lepas ni macam mana. Harap-harap aku tak melampau sangat dalam berfesyen muslimah ni.

Dulu, aku selalu menyuruh teman sepejabat mengenakan tudung dengan warna-warna yg lebih ceria berbanding hitam. Tapi, bila aku sendiri mengenakan tudung berwarna hitam, aku rasa warna ni nampak elegan. Chewahh!! Tapi, serius...aku lebih suka mengenakan tudung hitam ni berbanding tudung lain. Macam kena je dengan aku warna hitam ni kan (",)



Bila Terasa Was-Was

Was-was. Sejenis perasaan dalam hati yg sengaja ditimbulkan oleh syaitan untuk meresahkan jiwa kita. Betul ke..? Macam tulah yg aku pernah dengar dulu. Tapi, betul juga. Bila kita dah rasa was-was, memang akan rasa tak sedap hati. Mula la rasa Jiwa Kacau kan.

Aku paling tak suka perasaan was-was ni. Tambah lagi kalau perasaan ni muncul bila aku tengah fokus buat kerja. Ish, terkedu kejap! Biasa la kan. Walaupun fokus bekerja, tapi sebenanrnya dalam kepala otak ni macam-macam yg kita fikir. Termasuklah hal-hal yg melibatkan perasaan was-was begini.

Mengikut kata-kata Imam Ibn Al-Qaiyyim :

“Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w”

Jadi, betul la seperti yg aku tahu, perasaan was-was ni berpunca dari tipu daya syaitan yg sengaja nak mengaburi pemikiran kita dari perkara sebenar. Hmm, macam mana pula nak hindarkan diri dari perasaan was-was atau cara nak hilangkan perasaan ini..??

Aku ada terbaca, salah satu caranya ialah dengan mengamalkan Surah An-Nas. Pendek je surah tu. Ada enam ayat keseluruhannya. Tapi, aku rasa dengan mengamalkan Ayatul Kursi pun dah cukup kot. Seperti yg dijanjikan, kita akan dilindungi oleh-Nya. Wallhu'alam.

p/s : rasa was-was...nyah kau dari sini!!




Kerja Baru Bermula

Alhamdulillah. Setelah hampir 5 hari aku berada di Dunia Baru ni, barulah hari ni terasa kekosongan ini terisi. Aku telah diberi tanggungjawab baru DAN yg lebih penting, aku dah ada kerja nak buat...yeayy!!

Takde la bosan je menunggu masa berjalan kan. Setiap masa asyik nak tengok jam je. Bosan dowh!!

Aku nak cerita sikit suasana tempat kerja baru aku ni. Aku punya department terletak di paling hujung antara department lain. Yg pasti, aku selesa berada di sini. Suasana kerja yg tiada tekanan ** eh, awal lagi kot nak cakap pasal tekanan kerja :p



Dari tempat aku, boleh nampak suasana luar bangunan. So, sesekali bila kebosanan melanda diri, aku memang berdiri di tepi tingkap, menikmati suasana luar. Yg paling best, kami di department ni antara yg terawal akan tahu jika berlaku perubahan cuaca (",)


My Workstation (",)
Department aku ada 8 orang staff termasuk boss. Boss memang sporting, simple dan tak banyak songeh ** bertuah dapat boss yg tak banyak songeh..hehehe... Buat masa ni, kerja aku tak berapa banyak memandangkan hingga ke hari ni boss masih lagi sibuk menghadiri pelbagai meeting.

Hmm...nak cerita pasal teman-teman sekerja..?? Awal lagi kot. Nanti bila aku dah 'geng' dengan diorang baru aku cerita ye. Aku belum jadi 'Dylla' lagi. Malu-malu kucing gitu. Sopan gile aku rasa diriku ini!!

p/s : petang nanti sambung update dengan entri yg lain pula..lunch time!!

Transformasi Diriku - Prolog

Assalammualaikum W.B.T

Setelah sekian lama merancang, sekian lama berperang dengan diri sendiri, sekian lama menantikan saat-saat untuk menjadi hamba yg lebih baik, hari ini akhirnya aku berjaya juga. Walaupun belum lagi menjadi hamba yg baik sepenuhnya, namun aku berjaya menguatkan iman aku untuk meninggalkan hiasan duniawi yg sementara ini. Alhamdulillah.

Aku tak nafikan, penghijrahan ini sedikit sebanyak akan mengubah cara hidup aku. Namun, aku bersyukur kerana diberi peluang oleh-Nya untuk berubah. Aku berpuas hati dengan keputusan yg aku buat ini. Inilah pengorbanan yg sepatutnya aku lakukan sejak dari dulu lagi.


Berita baik ini aku kongsikan dengan ibu tersayang, Bonda Rahimah Omar. Dia begitu gembira dengan keputusan aku untuk menutup aurat. Berkali-kali emak mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dengan perubahanku ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku bersyukur, di atas rahmat dan kasih sayang-Mu terhadap hamba-Mu yg lemah lagi hina ini. Izinkan aku untuk terus hidup dengan mengikuti segala perintah-Mu dan meninggalkan segala larangan-Mu. InsyaAllah...




Dia Yg Ke-99

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi para BLOGger sekalian. Mesti ada di antara kita yg masih terkenang-kenang bantal peluk di rumah kan..? Maklumlah, semalam dah seharian bercuti. Kepada yg beragama Hindu, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Happy Deepavali (",)

Malam tadi aku sempat BW kejap. Tapi, sempat jadi silent reader jelah. Tak sempat nak komen apa-apa sebab mata tiba-tiba je rasa berat. Jadi, aku terasa macam tidur tu satu keperluan pula..hehe

Buka je dashboard, mata aku ternampak sesuatu yg menarik. Follower aku bertambah lagi. Walaupun tak la banyak sangat. SATU je...tapi, yg satu tulah menjadikan aku terasa nak menulis entri ni. Follower yg ke-99. Angka yg sangat kecil bagi BLOGger senior. Tapi, bagi aku, pertambahan follower walaupun hanya SATU, besar maknanya untuk aku terus menulis di sini.



Aku sempat terjah blog dia malam tadi. First impression aku masa buka blog dia, TENANG!! Walaupun tema biru hitam itu agak gelap, tapi bagi aku kombinasi dua warna tu buat aku rasa tenang. Sebab apa..?? Sebab aku suka tidur dalam keadaan gelap. Tenang je rasa. Takde gangguan. Agaknya sebab tulah aku rasa ngantuk masa BW malam tadi ** huh, alasan!!

Nama empunya Blog Masterpiece ni ialah Eera Shera. Orang Selangor je dia. Aku belum berkesempatan untuk baca entri-entri yg lepas. Tapi, entri yg dah aku baca agak menarik juga (",) Apa yg aku perasan, empunya blog ni rajin update. So, lepas ni aku memang akan jadi rajin untuk terjah blog dia la. Terima kasih sebab sudi follow blog saya...ngee :p ** dah follow balik..I'm ur 330th...

Kepada follower yg lain, terima kasih juga diucapkan sebab tanpa korang takde la angka yg ke-99 ni. Apa-apa pun, semuanya amat-amat aku hargai.

p/s : terus berjuang menjadi BLOGger yg lebih best..huhu (",)





Tuesday 25 October 2011

Aku Kesepian

"Boss, hari ni apa yg saya patut buat..?"

"Hmm...saya ada budget meeting kejap lagi. Tapi, memang ada kerja untuk kamu. Nanti saya bagi..."

"Tolonglah bagi kerja kat saya boss. Saya rasa kesepian takde kerja nak buat..."

(Bos tersengih-sengih sambil kembali menatap laptop nya)

Huhu...itulah dialog antara aku dan bos baruku, Encik Shmsul. Pagi-pagi sampai ofis, sarapan dulu. Buat milo, makan kuih. Dah habis sarapan, online FB kejap. Lepas tu dah takde arah. Pusing sana, pusing sini, nak cari kerja punya pasal. Akhir sekali, merangkak ke bilik bos meminta simpati ** err...tak merangkak, jalan seret kaki je :p 

Tiba-tiba bos buat announcement kat kami, dia nak pergi meeting. Alamak, dia tak bagi kerja kat aku la!! Apa aku nak buat ni...?? Garu-garu kepala yg memang tak gatal sambil buat muka tak puas hati ** baru cuci rambut malam tadi...hehehe

Sampai hati bos pergi tanpa meninggalkan wasiat kat saya, bos...sob...sob :( Takpelah, aku BW kejap la. Boleh juga la update apa-apa entri kat blog buruk ni haa...

p/s : rasa macam nak tukar template baru la..survey jap..hoho :p






Monday 24 October 2011

Segmen Kancil 8349 : Kartun Animasi Yg Paling Korang Suka

Segmen lagi...!!!

Rasa macam dah lama tak join segmen ni. Kali ni nak join segmen yg dibuat oleh cikgu Kancil 8349 pula. Pertama kali join segmen anjuran cikgu ni (",)

Nak join sila klik SINI

Dulu, masa kecil-kecil la, aku sangat sukakan kartun animasi DORAEMON. Alah, mesti ramai juga yg suka kartun animasi ni kan..?? Bagi aku kartun ni selain dari menghiburkan, terselit juga beberapa pengajaran yg boleh diguna-pakai. Aku mula sukakan kartun Doraemon ni sejak umur aku 11 tahun. Wahhh, lama juga tu!! Tak puas dengan menonton kartunnya, aku beli juga majalah Doraemon yg masih aku simpan hingga ke hari ni. Watak dalam kartun animasi ni yg paling aku suka dah tentulah si Doraemon tu. Benda bulat berwarna biru yg sangat takutkan tikus.

Google

Selain dari kartun animasi Doraemon, aku juga sukakan kartun Transformer (yg sekarang ni dah diadaptasikan menjadi filem sebenar..!!) Dan seharusnya watak Optimus Prime itu menjadi pujaan hatiku..hoho :p Aku dah lupa berapa usiaku ketika itu. Tapi, aku tak lupa, rancangan kartun Transformer tu menjadi kegilaan aku dan adik-beradikku yg lain ketika kami masih lagi bersekolah rendah. Aku pernah juga berangan, kalau la aku ni lori betina ** eh, ada ke..??? dah tentu aku akan memilih Optimus Prime menjadi pasangan aku...hahahaha, gila!! Bagi aku, watak Optimus Prime tu sangat macho la!!

Google

Ada satu lagi kartun animasi yg aku suka...Dash Yankuro!!! Sesiapa yg pernah gila main kereta kontrol Tamiya tu, pasti tahu kartun animasi ni (",) Aku dan adik-beradikku memang sukakan kartun ni sehingga kami sanggup menghabiskan duit belanja sekolah untuk membeli permainannya. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan kartun ni, tapi setiap kali aku menyaksikan kartun animasi ni, pasti aku akan rasa berdebar-debar. Macam aku pula yg berada di situasi tu...hehehe

Google

Hehehe..jadi, inilah kartun animasi yg paling aku suka masa zaman dulu kala. Sampai pernah bergaduh dengan abang dan adik-adik lelakiku kerana kartun-kartun ini (",)

p/s : kenangan mengusik jiwa...!!




Perjalanan Dengan Putra LRT

Google
















"Next station...Kampung Baru!!"

Haa..sekarang ni, hari-hari aku kena dengan suara lembut tukang announcement dalam tren Putra LRT. Best! Sejak bekerja di tempat baru ni, Putra LRT menjadi pengangkutan yg mengangkut aku ke sana-sini. Tiga hari menjadi penumpang Putra LRT, tak pernah sekalipun aku berpeluang untuk mendapat tempat duduk. Hahaha..tu pun nak kecoh!! Relax...aku masih mampu untuk berdiri lagi..insyaAllah (",)

Awal pagi menunggu tren, tidak menjadi masalah besar bagi aku. Walaupun dari jauh aku melihat beberapa trip sudah terlepas, namun aku masih lagi boleh melenggang-kangkung. Masih lagi sempat menyinggah untuk mencari bekalan sarapan pagi. Buat masa ni, perkhidmatan Putra LRT belum pernah menghampakan aku. Aku rasa aku memang tak silap memilih perkhidmatan ini sebagai pengangkutan utama aku untuk ke tempat kerja. Harap-harap perkhidmatannya akan kekal sebegini untuk masa-masa akan datang.

Bila berada di dalam tren, pelbagai ragam dan kerenah manusia yg boleh aku lihat. Yg pastinya, majoriti penumpang tren akan mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Aku teringat suatu ketika dahulu, bekas majikan aku pernah bercerita tentang pengalamannya ketika menaiki tren di Jepun.

"You tahu, di Jepun, semua orang takkan buang masa. Dalam tren pun mereka masih boleh membaca. Saya rasa, saya satu orang saja yg tidur dalam tren maa. Nasib baik saya orang Malaysia..."

Hmm...nampak sangat rakyat Malaysia malas membaca!! Oppsss..maaf ye, bukan semua (",) Tapi, aku rasa inilah realitinya. Aku memang tidak membaca di dalam tren. Pening!! Tapi, aku pun tak tidur juga. Aku lebih suka jadi pemerhati. Memerhati gelagat manusia ni kadangkala boleh menghiburkan hati sendiri.

p/s : lepas sebulan nanti pasti kaki aku akan mengalami peningkatan kuasa kuda...al-maklum la, berjalan selama hampir 15 minit pergi dan balik kerja..!!

Stop Being Childish

"Salah sendiri nak kata salah orang lain pula..."

"Kenapa la asyik kita je kena jadi tukang cuci 'tahi' orang..??"

Itu antara kata-kata yg boleh mengundang pergaduhan sesama sendiri. Kenapa asyik nak tulis entri pasal bergaduh je ni, Dylla..?? Oh, bukanlah niat nak bergaduh ke apa. Cuma nak meluahkan perasaan. Nak jelaskan kepada si pengeluar kata-kata di atas secara berdepan, mereka memang takkan faham punya. BODOH SOMBONG. Istilah paling tepat untuk mereka.

Sebelum ni, aku ada melahirkan rasa tak puas hati aku dalam Main Kasar Nampak!! Ada yg tak berpuas hati rupanya dengan entri aku tu. Siap publish kat FB mengata aku macam-macam. Alhamdulillah, pahala korang singgah kat aku nampaknya. Terima kasih la banyak-banyak (",)

Hmm, entri kali ni bukan nak melahirkan rasa tak puas hati aku. Cuma, rasa macam nak menjelaskan perkara yg masih samar-samar. Buat STALKER aku di luar sana, jangan segan-segan ye..teruskan membaca entri ni...sebab ia nya ditulis khas untuk anda semua!!

Hari terakhir aku di syarikat lama, aku dah selesaikan semua tugasan yg mampu aku selesaikan. Dan apa yg tak boleh nak diselesaikan, telah pun aku senaraikan dan asingkan semuanya di dalam satu fail. Ketika acara PENYERAHAN kerja, hanya seorang saja yg menghadirkan diri, itu pun seorang PROJECT DIRECTOR!! ** Oh, terlupa pula..ada seorang kerani yg ada sama masa tu...yg berdiri depan aku dengan muka blur...aku rasa dia tak faham masa aku explain pasal kerja aku tu... Jadi, dimana orang yg sepatutnya bertanggungjawab untuk mengambil-alih kerja aku..?? Wallahu'alam. Alasan yg aku dengar hari ini, "Saya tak tahu Dylla mahu pergi awal. Tapi aa, itu Dylla aa, tak hand-over kerja dia pada saya lor. Saya tak tahu banyak benda. Ini dokumen sudah lama saya cari. Rupanya Dylla yg simpan..." Dokumen apa..?? Wallahu'alam. Yg pasti tray aku dah clear pada hari terakhir aku berada di sana. Dan yg lebih pasti, takkan la dia TAK TAHU aku nak pergi awal. Kan aku dah tender surat resign sebulan sebelum tu.

Mentaliti orang-orang macam ni, maaf cakap, memang korang layak untuk buat kerja 'cuci tahi orang' je. Grow up la kawan. Kita bukan baru sebulan dua bekerja. Kalau dengan bangsa sendiri pun korang tikam belakang, dengan bangsa yg makan Baa Alif Baa Ya tu korang buat baik, korang ingat korang akan dapat balasan yg baik ke..?? Tak sedar lagi yg korang tu jadi balaci je..?? Tak sedar lagi yg korang akan dicampak bila-bila masa saja..?? Hmm...wallahu'alam.

Cakap-cakap belakang macam ni memang dah jadi trend satu kumpulan di tempat lama aku bekerja. Mungkin itu menjadi kepuasan mereka..?? Mungkin itu merupakan semangat untuk mereka bekerja..?? Mungkin itu akan membuatkan populariti mereka naik..?? Tepuk dada tanya selera.

Serangan phsycology macam tu tak perlu la untuk bangsa sendiri. Buat malu kaum la korang ni!! Memalukan kaum sendiri di depan kaum lain. Ya Allah, apa jenis manusia ntah..?? Wallahu'alam.

p/s : STALKER sekalian, keep reading this. And don't forget to take an immediate action. Publish at ur FB Wall...and don't forget to add some PENAMBAH PERISA so that ur post will be more interesting, attracting and ANNOYING..gud luck!!




Saturday 22 October 2011

Kepercayaan Itu Penting

Sebelum aku terus masuk ke tajuk entri ni, aku nak tanya kepada para BLOGger semua, korang percaya tak pada suami/isteri/bf/gf korang..? Sejauh mana kepercayaan tu ada..??

Aku teringat peristiwa 11 tahun yg lepas. Masa tu aku bertemu dengan seorang Penghulu di tempat tinggal aku. Di sekitar kawasan selatan Perak. Penghulu tu seorang yg sangat berhemah, sangat bersopan dan yg pastinya dia sangat-sangat disenangi. Aku bertemu dengannya sebab nak mendapatkan tandatangan pengesahan untuk semua sijil-sijil aku, untuk melengkapkan proses permohonan aku ke IPTA.
Perbualan antara aku dengan Penghulu tu umpama perbualan di antara seorang ayah dengan anak gadisnya :

Penghulu : Kamu dah ada boyfriend..?
Aku : Err..belum lagi. Kenapa ye..?

Penghulu : Zaman sekarang ni, budak-budak seusia kamu ramai yg dah ada boyfriend. Kenapa kamu tak ada boyfriend lagi..?
Aku : Saya pernah janji dengan mak saya dulu. Saya tak nak bercinta selagi belum habis belajar (alhamdulillah, aku memang menunaikan janji!!)

Penghulu : Oh, bagus kamu ni! Bertuah mak dan ayah kamu ada anak yg menepati janji. 

Aku : (senyum-senyum kambing...)

Penghulu : Saya nak pesan satu perkara pada kamu, ingat perkara ni sampai bila-bila, boleh?

Aku : Apa dia..? (dalam hati dah rasa pelik...)

Penghulu : Satu hari nanti, kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan lelaki yg kamu suka, cintailah dia sekadarnya saja. Jangan letak sepenuh kepercayaan kamu kepada dia walaupun selepas dia menjadi suami. Nanti kamu tak akan rasa sakit kalau ditipu...

Aku : Tapi, ustazah kat sekolah saya cakap...seorang isteri haruslah mempercayai suaminya...

Penghulu : Benar. Tapi, bukan 100%. Saya sendiri melarang isteri saya percayakan saya sepenuhnya. Bila si isteri ada rasa curiga, si suami akan menjadi lebih jujur.

Aku : Saya tak faham...

Penghulu : Kamu akan faham satu hari nanti (tersenyum sambil menyerahkan sijil-sijil yg dah ditandatangani)

Hingga ke hari ini, aku masih terfikir dengan pesanan penghulu tu. Ada benar di sebalik kata-kata itu. Sebelum ni, masa aku kenal erti cinta pertama (alahai, terjiwang pula!) aku memang percayakan dia 100%. Aku yakin dia tak akan buat pekara-perkara yg aku tak suka. Aku peraya dia jujur. Aku percaya dia setia. 

Tapi, malangnya, walaupun hubungan kami tidak berjaya kerana tentangan keluarga, tapi dalam masa yg sama dia main kayu tiga. Kecewanya perasaan aku ketika itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Masa tu aku tersedar, kerana percayakan dia dengan setulus hati, aku jatuh sebegini. Jadi, perlahan-lahan aku bangkit semula dan belajar dari kesilapan lalu. Jangan terlalu percayakan orang lain. 

Masa berlalu, buat aku sekali lagi tersedar, kepercayaan itu sebenarnya merupakan kepentingan. Tanpa kepercayaan, bagaimana kita nak bina sesuatu hubungan itu dengan lebih baik..? Aku kadang-kadang terfikir, "kalau aku tak percayakan dia, kenapa aku terima dia? kenapa aku bercinta dengannya?"

Hmm, susah bila nak bercakap tentang kepercayaan ni kan. Bagi aku sendiri, kepercayaan itu perlu untuk sesuatu perkara. pada pendapat korang pula, macam mana...???

p/s : jom share pendapat...sharing is caring (",)





Friday 21 October 2011

Main Kasar Nampak!!

Assalammualaikum W.B.T dan Selamat Pagi Jumaat semua!!

Amboi..tajuk macam nak cari gaduh je aku ni. Tak baik gitu, Dylla. Hari Jumaat pula tu. Tak mahu gaduh-gaduh. Tak best pun.

Entri ni cuma entri luahan perasaan je. Setelah 3 hari aku meninggalkan tempat kerja lama, aku diberitahu tentang hal yg berlaku yg melibatkan nama aku. Ish, sebenarnya takde la nak marah sangat. Cuma, apa yg berlaku tu buat aku rasa tak puas hati sikit je. Selebihnya, aku malas nak layan.

Sebelum aku tinggalkan pejabat hari Selasa yg lepas, Project Director memang ada berjumpa dengan aku untuk urusan hand-over kerja-kerja aku kepada orang yg telah diamanahkan. Masa hand-over tu, orang yg sepatutnya ambil-alih kerja aku tak nak datang kat tempat aku. Jadi, Project Director tu sendiri yg belajar cara kerja-kerja aku. Okay la. Aku pun ajar jelah dia, walaupun dalam masa yg sama agak marah juga dengan sikap orang yg bertanguungjawab tapi tak nak bertanggungjawab tu.

Keesokan harinya, aku mendapat SMS dan diberitahu bahawa orang yg mengambil-alih kerja aku tu mengamuk sebab tak tahu nak buat kerja aku macam mana. Aku memang awal-awal dah list kan semua outstanding yg ada. Lepas tu, aku kan dah ajar Project Director tu buat kerja aku macam mana. Kenapa dia nak mengamuk..??

Sengaja buat kecoh dengan mengatakan aku tak hand-over kerja kat dia. What the fish..?? Memang sengaja nak main kasar la ni kan. Mula-mula memang aku marah sangat la. Tapi, dah lama-lama tu aku malas nak fikir. Buang masa je fikir perihal orang BODOH SOMBONG macam tu. Buat tambah dosa aku je kot nak marah-marah macam ni. Astaghfirullahal'azim.

p/s : agak-agaknya kalau aku datang ofis lama sekejap, aku akan gaduh tak dengan ORANG tu..??

Thursday 20 October 2011

Dunia Baru

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Aku selamat berada di tempat baru hari ni. Tapi, tak boleh nak cerita apa-apa lagi. Tunggu entri seterusnya baru aku ceritakan pengalaman hari pertama aku di sini, okay (",)

Apa yg boleh aku cakap, suasana kat sini agak menarik. Apa yg menariknya..?? Hahaha..tunggu!! Itulah yg aku nak cerita dalam entri seterusnya :p


p/s : tak sabar nak share dengan korang semua!

Tuesday 18 October 2011

Siapa yg harus mendominasi..??

Semalam, masa aku mengemas bilik untuk kali terakhir ** rasanya dah takde barang yg tertinggal dalam bilik..harap-harapnya... aku terjumpa majalah CLEO keluaran Oktober 2010. Ada satu artikel yg sangat menarik minat aku untuk terus membaca dan akhirnya aku berhenti mengemas!!

Kisah dalam satu hubungan antara lelaki dan wanita, siapa yg harus mendominasi hubungan itu..?? Haa...soalan ni kalau tanya kat aku memang jawapannya, "siapa-siapa pun tak boleh nak mendominasi..nanti akan timbul isu tak puas hati sebab berlaku ketidak-adilan di situ.."

Memang lelaki seperti yg telah sedia maklum dicipta untuk jadi pemimpin. Tapi, bagi pendapat aku secara peribadi, itu tidak bermakna dia boleh mendominasi sesebuah hubungan. Di dalam Islam, pemimpin disebut sebagai individu yg menjadi ketua untuk sesebuah negara mahupun keluarga. Jadi, sebagai ketua, lelaki memang memainkan peranan penting untuk memastikan negara atau keluarga yg dipimpinnya menjadi aman makmur dan sejahtera.

Walaupun jika dilihat dari sudut definasi dominasi itu ialah menguasai, lelaki seharusnya bijak dan mampu untuk menguasai apa yg dipimpinnya. Namun, jika timbul isu tidak adil atau berat sebelah, maka pemimpinlah yg harus dipersalahkan.

The Twilight - Google
When you always give in to making love right now because he is in the mood or leaving the party because he wants to, even though you want to stay, you are ENCOURAGING his belief that what he wants is more important than what you want.

Jelas di situ, sikap pentingkan diri sendiri timbul apabila lelaki mahu mendominasi sesebuah hubungan. Dia mahukan hubungan itu berjalan lancar mengikut kehendaknya atau keputusannya. Adilkah begitu...?

Sebagai wanita, kita juga punya hak untuk membuat keputusan bila keadaan memerlukannya. Wanita boleh memilih untuk tunduk dan patuh kepada setiap perintah dan arahan lelaki, ataupun memilih untuk berdiri teguh di belakang lelaki dengan pendirian diri. Aku takde niat nak mengatakan wanita boleh jadi pemimpin yg bagus, tapi cukuplah jika lelaki itu faham bahawa setiap apa yg berlaku, wanita juga punya perasaan untuk menilai dan membuat keputusan. Kan bagus kalau dalam sesuatu hubungan tu, lelaki dan wanita membuat keputusan bersama-sama (",)

Hmmm...tapi, sebenarnya bukan lelaki saja. Ada juga perempuan yg bersikap dominasi sebegini. Kalau dah nama pun manusia, sikap sebegini pasti akan wujud. Cuma kita saja yg perlu bijak untuk mengatur hidup kita agar tidak terbawa-bawa dengan sikap yg kurang baik. Wallhu'alam.

p/s : impikan sebuah hubungan yg harmoni sentiasa (",)





Monday 17 October 2011

Detik-detik terakhir aku di sini

Kesibukan di saat-saat terakhir aku berada di sini menyebabkan aku tak sempat nak update apa-apa entri termasuklah melakukan aktiviti yg paling digemari...BLOGWALKING!!

Adapun, tahap kesibukan ini telah melampaui batas-batas seorang pekerja yg perkhidmatannya tidak diperlukan lagi. Lalu, dengan hati yg teramat pilu bagai dihiris sembilu...Ya Allah, Dylla, apa yg kau merepek ni..??

Hehehe...sorry kawan-kawan. Tapi hari ni aku memang betul-betul busy. Nak siapkan outstanding yg aku rasa akan kekal jadi outstanding walaupun selepas setahun pemergian aku nanti. Banyak la pula hal nak kena settle ni!! Tekanan betul.

Detik-detik terakhir macam ni pun masih terpaksa menghadap komputer untuk menyiapkan kerja-kerja yg sepatutnya dah lama siap minggu lepas. Padan muka kau, Dylla!! Siapa suruh kau peram kerja tu lama-lama..?? Hehehe..peram lama sedap sikit kot. Macam ikan pekasam (",)

Okay la. Hari ni memang aku tak sempat nak BW. Aku pun dah letih. Mata dah tak mampu nak menatap skrin komputer ni lagi. Jadi, dengan rasa yg amat bersalah, aku minta diri untuk balik berehat ye. Esok, mesti aku terjah blog korang semua!!

p/s : menaip dengan kelajuan 189km/jam...huhu :p

Saturday 15 October 2011

Mereka Buat Saya Rasa Terharu

Terima kasih kawan-kawan!!!

Itu saja yg mampu aku ungkapkan buat masa ini. Ucapan terima kasih di atas persahabatan mereka dengan aku, tanpa mengira usia, agama dan latar-belakang. Aku sangat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan mereka, menjadi teman sekerja dan sekaligus menjadi teman rapat di bumi Kundang ini.

Awal pagi, aku dikejutkan dengan 'Majlis Penyampaian Hadiah'. Patutlah, si Bhavani tu asyik tanya bila aku free. Aku kan awal-awal pagi dah busy siapkan kerja yg masih belum siap lagi ** padahal pagi tadi dah keluar sejam pergi sarapan...lontong...sedap!!

Hmm..tak menjangkakan yg aku akan menerima apa-apa sempena pemergianku meninggalkan syarikat ni. Selva, Bhavani, Johnson and Ms.Kong...you are the best!!!

Hadiah ni cukup simple, tapi kenangannya akan kekal di ruang ingatan..insyaAllah. Terasa seperti masih berada di bangku sekolah apabila diberi layanan sebegini oleh teman-teman. Menerima sesuatu pada hari-hari yg istimewa ** hari perpisahan tu kategori hari istimewa ke..?? Memang hati rasa amat tersentuh. Sebak. Rasa nak nangis. Tapi, airmata tak nak keluar!!

Gambar yg dibingkaikan, cukup membuat aku tersenyum lebar untuk mengenang semula peristiwa di sebalik gambar-gambar tersebut. HAPPY TIME. Ya, saat dan ketika gambar tu diambil, memang kami semua di dalam mood yg sangat ceria (",)

Waktu makan tengahari, Project Manager (Mr.Ooi) mengajak kami makan beramai-ramai untuk meraikan perpisahan ini. Sedih rasanya. Selalu aku yg menghadiri majlis orang lain, kali ni menghadiri majlis sendiri, rasa pelik. Sayu kot. Dan majlis ni berkongsi dengan seorang lagi teman pejabat, Zanx, yg juga akan meninggalkan syarikat ni tak lama lagi ** eh, hari ni last day dia la..!!

Aku pasti akan merindui mereka semua. tapi, aku percaya, satu hari nanti kami pasti akan bertemu semula. Bila? Bagaimana? Di mana? Biarlah Allah yg menentukan.


p/s : this is a farewell...but this is not a last goodbye!!






Sila Jadi Pengguna Berhemah

Tajuk agak general di situ. Melibatkan semua jenis pengguna. Tapi, aku nak kecilkan sikit tajuk yg luas ni menjadi pengguna jalanraya sahaja. Mesti ramai yg dah boleh agak apa isu yg akan aku ketengahkan hari ni.

Google

Pengguna jalanraya. Ada pemandu kereta, van, bas, teksi, lori dan penunggang motosikal. Hampir 8 tahun memegang lesen memandu ni, dah macam-macam kerenah pengguna jalanraya yg aku nampak. Ada yg sangat berhemah. Ada yg bersikap sambil lewa. Ada juga yg menjadikan jalanraya tu macam hak dia sendiri. Aku..?? Ikut keadaan la beb...hehehe

Okay. Nak cerita tentang kejadian malam tadi. Di satu simpang 4 yg ada lampu isyarat. Jalan yg aku lalui sedang menunjukkan lampu hijau. Jadi aku pun tak berniat nak memperlahankan kelajuan kereta memandangkan memang giliran aku untuk bergerak. Tiba-tiba, muncul 1 motosikal yg ditunggangi oleh 2 remaja lelaki, tanpa memakai topi keledar, meluru keluar dari simpang kanan masuk ke simpang yg aku berada ketika itu.

Nasib mereka agak baik tidak dilanggar oleh aku sebab kebetulan aku tekan brek untuk masuk ke simpang kiri. Tapi, memang nampak pemandu motosikal tu agak panik ketika cuba mengelak. Aku rasa jarak kami memang tak jauh. Tak sampai 1 meter. Bayangkan kalau aku tak brek..?? Tak pasal-pasal aku jadi pembunuh ** eh, tu kalau diorang dilanggar mati la...nau'zubillah

Apa yg aku nak tekankan di sini adalah sikap pengguna jalanraya ni. Bukan la aku nak berkira sangat dengan orang-orang di sini yg menganggap "ini kampung aku la..so, jalan ni jalan aku la!!" Memang betul itu tempat mereka. Tapi, cuba la bersikap lebih berhati-hati ketika berada di jalanraya. Kadangkala, disebabkan kecuaian kita sendiri akan memberi kesan yg buruk kepada pengguna jalanraya yg lain.

Janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri. Aku tak nafikan, kadang-kadang aku sendiri suka memandu laju ** rasa macam sentiasa laju je..hahaha... Tapi, kena la berhati-hati juga. Fikirkan tentang keselamatan orang lain selain dari keselamatan diri kita. Tak berbaloi kalau kita mendapat kemalangan disebabkan kecuaian yg boleh dielakkan.

Petang sebelum kejadian ni, aku bertembung dengan 1 Kancil yg dipandu oleh seorang kakak. Aku tak tahu la dia ni dah berapa tahun bawa kereta. Tapi, masa nak keluar simpang tu, selamba badak je dia 'pancung' aku. Ter'brek' emergency aku sekejap. Nyaris pula nak berlanggar. Masa tu memang aku rasa bengang gila. Terus tarik pick-up nak cucuk belakang dia la konon. Sekali, kawan aku tegur "perempuan la kak Dylla, pakai spek pula tu. Power tak cukup kot. tu yg dia tak perasan kak Dylla ada kat sebelah..." Terasa agak lucu dengan statement tu, aku batalkan niat nak buat dajal dekat pemandu yg sangat berhemah macam tu.

Aku tak hairan bila selalu keluar ayat dari mulut lelaki, "patutlah...lady driver!!" Sebab ada pemandu-pemandu yg macam inilah menyebabkan orang lain bakal ditimpa kesusahan. Tak kira la lelaki atau perempuan, apa yg penting, jalanraya adalah hak kita bersama. Kita masing-masing bayar road-tax kan. Jadi, gunakanlah ia dengan sewajarnya. Tak rugi pun kalau kita menjadi pemandu berhemah (",)

p/s : my bf ajak belajar drift...hmmm..boleh juga ** gedik kejap..hoho :p

Friday 14 October 2011

I'm Proud To Be Blogger

Well. It's Friday. It's 388 days I called as the Blogger. Passed a year. So, are you proud to be the Blogger, Dylla..?? Yes, I do!! ** jawab dengan penuh keyakinan (",)

Why I'm so proud to be the Blogger, even though I just hit 96 followers only...? I don't really know why I'm so proud. But, the main reason I keep blogging is just because of them...My Readers!! They are not only the followers, but they are my readers. They read everything I wrote in my blog. They comment every entry I posted. They share their ideas and experiences for me to become a good Blogger, one day soon...insyaAllah.

A big THANKS for your visiting to my blog...!! Love you all so much...!!


The owner for this Moon-Keyz blog is called Fattah. He writes not just for fun. He shares his experiences, and lots of motivated entries inside his blog. Love to read every single entry posted inside. Fattah, please don't stop blogging!!



She prefers to be called as Puteri. This name is really suits her...trust me (",) Another motivated blog I love to enter. Her words are very simple, but deep inside there is so meaningful. Puteri, thank you for your 1st Segment. From there, I have my faithful readers now, including yourself.



My favorite blog...!! A Sabahan teacher called Cikgu Jumadil a.k.a Gen2merah. With red theme (err..his car theme only), his blog also full of advising and motivating entries. Although sometimes he just posted a Hadith and something like poems, but I surely most of his followers love to read them. Cikgu, thanks for every single advices you advised me (",)



1st thing about this blog...BUTTERFLY!!! I love butterfly. This is one of the reasons why I became her follower. She's called as Queen of Butterfly. She shares everything, her experiences and lifestyle with others. Never feel bored to read her entries. Thumbs up Queen!!



This blue-black blog is owned by Ezad. Overall, I like to blogwalking his blog. Not just meet their obligations as a follower, but I do really enjoy every entries his posted. He writes what he thinks. The simple words make the followers enjoy their reading.




The cute blogger in my list!! She's called as Tina a.k.a Kechique. Prefer to use MK to describe herself, she writes what she feels and what she thinks. Never miss to enter her blog everyday!! Although sometimes she have no idea to write anything, but the way she tries to post something in her blog was so impress!! MK, love your writing, please keep blogging ya!!



Another Sabahan teacher is called Kancil 8349. Like other followers, he also doesn't forget to leave a comment in my entries. And because he is a teacher, I can't argue every advices in his comment. Cause everything is true. Thank you cikgu!!




And the final one goes to..........PINKY MOMMA!! Really enjoy to read about this graduted momma who is proud to be a housewife. Feel so excited to read about her life with her encit papa and her two heroes. She's expressed everything happened in her writing. Credit to MK ** refer above because I knew this Pinky Momma from her (",)


The rest...?? Not because I don't adore you. I'll express my appreciation with another way, another time. I'll wait the best moment to write more about my followers. Thank you so much for following my blog and read my writings.

p/s : gila arr..hari ni aku asyik speaking je kot..english tunggang-langgang dah aku rasa..hahaha






Thursday 13 October 2011

Bila Pesalah Rasa Bersalah

Assalammualaikum dan Selamat Pagi BLOGgers..!!

Pagi ni sepatutnya mood aku agak ceria selepas keluar bergembira malam tadi. Tapi, memandangkan aktiviti malam tadi habis lewat, maka pagi ni aku dan beberapa orang teman sepejabat menjadi agak lemah gemalai, tidak bermaya selain dari disulami oleh kuapan yg tak henti-henti ** tu aku je!!

Okay. Kembali kepada cerita asal. Bila pesalah rasa bersalah...? Mesti ada di antara kita yg pernah berdepan dengan situasi macam ni kan..? Hmm..untuk tidak mengaitkan tajuk entri ni dengan kisah hidup aku atau sesiapa sekalipun, jadi aku akan menulis secara general. Takde niat nak menyinggung hati mana-mana pihak (",)

Selalunya, pesalah-pesalah yg bagaimana akan rasa bersalah..??

1. Pesalah yg bersalah dengan Yang Maha Pencipta
Okay. Kategori pertama aku dah rangkumkan diri kita semua. Bagi diri aku sendiri, memang sentiasa rasa bersalah dengan Allah di atas setiap perbuatan yg aku lakukan. Kadang-kadang aku selalu tertanya, apa yg sedang aku lakukan ini adakah direstui oleh-Nya..? Banyak kelemahan dalam diri yg membuatkan aku sentiasa rasa bersalah ** alhamdulillah, selepas bermuhasabah diri aku kini sedang dalam proses menuju ke arah kebaikan :) Perkara pertama yg sering aku lakukan jika diri dilanda rasa bersalah, adalah dengan bertaubat dan memohon keampunan dari-Nya. Hati akan kembali tenang jika kita benar-benar ikhlas tentang pengakuan salah dan permohonan maaf itu.

Seperti Fimran Allah yg bermaksud :
Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah An-Nisa : ayat 110)


2. Pesalah yg bersalah dengan Ibu Bapa
Hmm..dulu aku pernah rasa bersalah dengan mak dan ayah bila aku bersikap tidak jujur dengan mereka. Walaupun bukan dengan niat untuk menyakitkan hati mereka, tapi rasa bersalah tu tetap ada bila melihat mereka ambil serius dengan setiap tindakan aku. Mungkin ada juga di antara kita yg pernah berkata, "aku menipu mak dan ayah sebab nak jaga hati diorang.." Tapi, cuba bayangkan jika penipuan tu terbongkar..?? Tidakkah rasa bersalah wujud dalam hati..? Sebolehnya, cubalah untuk menjaga hati kedua ibu bapa kita agar tidak terluka dengan setiap pembohongan yg kita lakukan. Berterus-terang jika kita telah berbuat salah. Minta keampunan dari kedua ibu bapa kerana melalui keampunan mereka, kita akan mendapat keampunan dari Allah juga. Wallahu'alam.


3. Pesalah yg bersalah dengan manusia lain
Pesalah sebegini memang kita selalu terjumpa di mana-mana. Merompak, merogol, meragut, membunuh, memfitnah, menipu dan sebagainya, merupakan contoh-contoh kesalahan yg akan mewujudkan rasa bersalah dalam hati ** tu pun kalau pesalah tu sedar dirinya bersalah la... Selalunya rasa bersalah tu akan wujud selepas pasalah-pesalah ini mendapat balasan atau hukuman yg setimpal dengan kesalahan yg mereka lakukan. Tapi, masih ada juga antara pesalah-pesalah sebegini yg tidak pernah rasa bersalah. Memang masalah besar orang-orang macam ni. Bersalah dengan Tuhan, kita masih berpeluang untuk meminta keampunan-Nya. Tapi, bersalah dengan manusia, bagaimana nasib kita di 'sana' jika mereka tidak memaafkan kita..??

Allah itu Maha Mengetahui. Jika kita dihambat dengan perasaan bersalah, maka segeralah kita perbaikinya. Dia juga tahu bila di saat-saat hamba-Nya akan berasa lemah dan putus asa kerana sering dihantui dengan rasa bersalah dalam diri.

Firman Allah S.W.T yg bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Zumar : ayat 53)


Google
Tapi, aku pernah juga tertanya, kalau pesalah-pesalah begini ada rasa bersalah, kenapa masih tetap melakukan salah..?? Aku pernah terbaca satu artikel mengenai perasaan bersalah ni. Zaman Rasulullah S.A.W dulu, ada seorang Kafir yg sering melakukan kesalahan seperti mempersendakan Baginda, menyakitkan hati, memfitnah dan sebagainya. Namun, Baginda tidak mengambil hati tentang perkara tersebut. Malah, Baginda masih terus melayani si Kafir itu dengan layanan yg sama terhadap umat-umatnya yg lain. Baginda terus berbuat baik dan dalam masa yg sama berdakwah tentang agama Allah yg harus dianuti. Dengan mendapat layanan yg begitu baik dari Rasulullah, si Kafir itu terdetik dihatinya untuk cuba merapati Rasulullah dan akhirnya mendapati Baginda seorang yg teramat mulia pekertinya. Si Kafir itu akhirnya merasa malu dengan dirinya sendiri dan mula berasa bersalah dengan setiap perbuatan yg dilakukannya.

Secara peribadi, aku bersyukur kerana perasaan bersalah tu ada dalam diri aku. Cuba bayangkan kalau aku dah buat salah, tapi aku takde rasa bersalah...?? Ataupun yg lebih teruk lagi jika aku tak sedar langsung tentang salah yg aku lakukan. Na'uzubillah. Seperti yg pernah aku baca di blog salah seorang blogger, "rasa bersalah itu satu nikmat"

Ya Allah, moga Engkau akan terus membuka pintu hatiku ini untuk terus mengikuti jalan yg Kau redhai. Tanamkan rasa bersalah dalam diriku ini agar aku akan lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan yg serupa satu hari nanti. Amin.

p/s : nak jadi hamba yg labih baik