Pages

Tuesday 4 October 2011

Kesesakan di Seksyen 7 Shah Alam Bakal Berakhir

Mesti ada antara bloggers kat sini yg tinggal di Seksyen 7 Shah Alam, kan..? Berita baik untuk korang la ni. Tak lama lagi, kesesakan jalan kat kawasan Seksyen 7 tu akan berakhir. Jadi, para pelajar UiTM Shah Alam ataupun penduduk yg tinggal berdekatan tak perlu lagi nak pening-pening kepala berhadapan dengan masalah kesesakan jalan.

Masalah kesesakan lalulintas di sekitar kawasan Seksyen 7 di sini bakal berakhir apabila projek pembinaan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dengan kawasan pembangunan di seksyen itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata projek sepanjang dua kilometer bernilai kira-kira RM58 juta yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan serta sosio ekonomi penduduk setempat di kawasan Seksyen 7.

"PKNS kini dalam proses memanggil kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk tujuan mengambil bahagian dalam tender prakelayakan kontraktor.

"Tindakan ini adalah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembinaan persimpangan ini dari awal sehingga siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah persimpangan itu di i-City, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata PKNS selaku pengurus projek akan menyumbang keseluruhan kos pembinaan bersama sembilan syarikat swasta dan pemaju seperti I-City Properties Sdn Bhd (i-City) dan IJM Properties.

Credit to : Harian Metro

p/s : pernah tinggal di Seksyen 7 Shah Alam 6 tahun yg lepas (",) masa tu ada tasik tepat jogging je...sekarang ni macam-macam ada!!

6 comments:

Kancil 8349 said...

wah...Kancil pernah tinggal kat sana...ndak sangka dah sesak eya...dulu yang paling sesak kat seksyen 9 ke...dan 13...itu dulu...time bujangan...hehehe

Ce'gu JAERA said...

jangan kan kat sana, di sini yang bandar kecil pun dah boleh sesak kalau tiba waktu kemuncak

Zul fattah said...

mujur kita duk kat perlis.. xde jem.. haha

Dylla Abas said...

@Kancil 8349 : kan..dulu2 kat kawasan seksyen 7 tu takde jam pun..seronok tinggal di sana :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : hehehe..pekan sekecil Kundang ni pun boleh jam cikgu..rasanya sekarang ni kat mana2 pun jam juga..cuma tak seteruk bandar2 besar la kan

Dylla Abas said...

@Zul Fattah : eh,Fattah belajar kat perlis kat mana..?? dulu akk belajar kat perlis juga..