Peristiwa 1
Satu petang tu, aku dengan beberapa orang kawan rapat sedang berjalan di satu taman. Aku tak pasti apa nama taman tu. Tapi, aku sangat pasti taman tu terletak tak jauh dari rumah aku. Tengah jalan-jalan, sambil tergelak-gelak tengok sekumpulan lelaki yg agak veteran sedang berjogging, tiba-tiba sesuatu yg aneh berlaku. Tak nampak pun tanda-tanda tempat tu akan dilanda ribut taufan, tapi angin tersangatlah kencangnya. Jantung dah berdebar-debar. Rasa kurang enak dalam hati. Aku pandang kiri dan kanan, kawan-kawan aku dah takde!! Eh, mana diorang ni..?? Hilang macam tu je. Sekumpulan lelaki veteran yg tengah berjogging tu berdiri kaku. Dengan mata aku sendiri, aku saksikan mereka lenyap satu demi satu. Subhanallah. Tak nampak satu pun daun berterbangan dan pokok-pokok bergoyang walaupun angin kencang. Tapi, aku dapat rasa angin tu semakin lama semakin menghampiri. Jantung aku jadi semakin tak menentu. Tanpa mengelip mata, 'angin' yg kencang tu 'lalu' depan aku macam tu je. Tapi, terasa macam ada sesuatu yg meragut tangkai hati aku ni. Nafas aku tiba-tiba terhenti. Rasa sakit yg teramat sangat. Belum sempat aku tumbang, tiba-tiba aku terjaga. Ya Allah, aku bermimpi!! Tapi, mimpi ni rasa sangat nyata. Aku berpeluh!! "Dunia nak kiamat..?" Itu ayat pertama yg keluar dari mulut aku.
Peristiwa 2
Aku tak pernah rasa sangat sunyi macam ni. Berjalan seorang diri. Panas terik. Terasa kulit kepala macam nak terbakar. Macam ada api kat atas kepala aku ni. Sekeliling aku takde orang. Mak, ayah, abang dan adik-adik, semua takde. Rasa hidup sangat-sangat kosong. Tiba-tiba, aku nampak kulit aku yg semakin melecur dan menipis. Aku panik. Kejadian apa ni..?? Jantung aku tak payah cerita la. Memang sangat-sangat laju denyutannya. Kenapa aku terasa diri aku ni makin lama makin cair..?? Macam lilin. Proses pencairan tu memang tak lama. Sekejap sangat. Tapi, sakitnya..tak boleh nak bayangkan. Terasa nak terjun dalam sungai. Nak sejukkan badan. Tapi, macam mana..?? Mana nak cari sungai..?? Bila aku tengok sendiri tangan dan kaki aku semakin mencair, aku terus menjerit kesakitan. Oh, mimpi lagi!! Ya Allah..kenapa mesti nak mimpi macam ni..?? "Kiamat ke..??"
Bila aku ceritakan dekat mak tentang mimpi tu, mak diam je. Lama lepas tu baru mak jawab :
"Insaflah nak. Berubah. Mungkin dah sampai masanya..."
p/s : sampai la masa aku tulis entri ni, aku masih teringat mimpi-mimpi tu dan kata-kata mak..dalam sangat maknanya. Wallahu'alam..
12 comments:
alhamdulillah...bersama la kita brubah menjadi yang lebih baik...saya pun masih mencari rentak untuk berubah...mencari orang boleh membimbing saya ke jalan yang betol....
wahhhh, cayalah Dylla... menarik kisah ni.. pandai dylla susun ayat..
apa pun mimpi2 macam tu selalunya ada petanda yang kita bakal menghampiri saat2 itu.. sama2 lah kita menginsafi diri dan kembali ke jalan yang lurus..
masih punya waktu utk kita berubah.. Bersyukur kerana kita diberikan mimpi sedemikian rupa utk menginsafkan diri dan bermuhasabah diri.. Waallahualam...
bersyukur kamu dapat mimpi macam tu..ada makna tersirat...apapun...perubahan boleh membawa kita kebahagiaan jika kita pandai dan tahu caranya..apa yang penting ikhlas
mungkin Dia sampaikan mesej melalui mimpi :)
bukan semua orang dapat rasai pengalaman ni..moga kita smua boleh berubah ke jalan yang lebih baik..insyaAllah..
mimpi tu petanda.. tak semua akn dpt mimpi mcm tu.. bertuah tau..
sedang dlm proses merubah diri..
@Si BuDaK KaChAk : hmm..mmg sedang dlm proses nak jadi yg lebih baik :)
@Gen2Merah : mimpi ni sy rasa mimpi paling ngeri yg pernah sy mimpi la cikgu.tak pernah mimpi macam ni.petunjuk dr Allah agaknya.wallahu'alam..
@QueeN TerataI : insyaAllah..sy mesti akn berubah jadi lebih baik :)
@Kancil 8349 : betul tu cikgu.sy setuju.nak buat sesuatu mestila ikhlas.insyaAllah.sy sentiasa rasa ikhlas nak berubah.bukan sebab orang lain.tapi sebab suruhan Allah :)
@PinKy MoMMa : insyaAllah..sama2 la kita berubah ye (",)
@mizzkechique : sedang dlm proses juga..sama la kita :)
Post a Comment