Pages

Thursday, 27 October 2011

Transformasi Diriku - Seminggu Sudah Berlalu

Alhamdulillah. Dah seminggu lebih aku berhijrah. Ternyata penghijrahan ini memberikan aku lebih ketenangan. Terasa diri lebih sempurna dengan aurat yg ditutup sebegini (",)

Masa mula-mula nak bertudung ni, aku beria-ia cari tudung. Pergi beli selendang barang sehelai dua. Mencuba pelbagai cara memakai tudung dan selendang. Menonton Youtube video-video Hana Tajima. Adesss...agak ketinggalan sikit aku rasa. Tapi, takpela...biar lambat asalkan aku buat.




Niat di hati tu memang la nak mencuba pelbagai gaya dan cara pemakaian tudung ni. Nampak menarik je. Selain dari menutup aurat, fesyen yg dikenakan juga nampak moden. Hmm, tapi berfesyen pun kena berjaga-jaga juga kan. Tak nak la jadi gila sangat nak berfesyen sampai jadi mengarut. Contohnya, pakai tudung tapi baju sesendat rasa. Ataupun, pakai tudung, tapi singkat sangat sampai nampak dada. buat masa ni, alhamdulillah...aku belum mengenakan fesyen-fesyen sebegitu. Tak tahu la lepas ni macam mana. Harap-harap aku tak melampau sangat dalam berfesyen muslimah ni.

Dulu, aku selalu menyuruh teman sepejabat mengenakan tudung dengan warna-warna yg lebih ceria berbanding hitam. Tapi, bila aku sendiri mengenakan tudung berwarna hitam, aku rasa warna ni nampak elegan. Chewahh!! Tapi, serius...aku lebih suka mengenakan tudung hitam ni berbanding tudung lain. Macam kena je dengan aku warna hitam ni kan (",)



14 comments:

Nasz said...

baguslah bila dah mula bertudung. teruskan perkara baik ye?

PinKy MoMMa said...

simple tapi manis ;)
penghijrahan yang bagus dylla..

Unknown said...

Alhamdulillah... i like!

Si BuDaK KaChAk said...

wane ape pun tak penting...aslkan matching dengan pemakaian cukup la...yg pnting sentiasa bertutup...

=)

Dylla Abas said...

@NasZ : insyaAllah..moga hingga ke akhirnya begini :)

Dylla Abas said...

@PinKy MoMMa : rasa mcm nak nyani lagu 1 Hijrah la PM..hehehe :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : alhamdulillah..terima kasih (",)

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk : yes..itu yg paling penting..bertutup!

PCL said...

berubah ke arah kebaikan sangat digalakkan..syukur atas hidayah NYA...salam kenal dari PCL.

Ce'gu JAERA said...

Waaahhhhh Dylllaaa... alhamdulillah. Akhirnya hidayah datang juga,..

Syukurlah kan.. Dylla nampak lebih menyerlah bila bertudung.. keep it up ye.. teruskan niat murni ini.

Zul fattah said...

Alhamdulillah.. akhirnya termakbul jugak doa saya utk akak.. biar simple xpe kak.. asalkan menutut aurat.. tak perlu berfesyen dalam menunaikan hukum Allah

Dylla Abas said...

@PCL : alhamdulillah..syukur :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : errr...hik3 (gelak gedik :p) alhamdulillah..dah lama berhasrat ni..baru sekarang dapat tunaikan (",)

Dylla Abas said...

@Zul Fattah : hmm..fesyen yg dibolehkan takpe lagi asalkan menutup apa yg patut ditutup kan :)