Aku memang suka bersukan. Dari kecil hinggalah sekarang ni, hidup aku masih dipenuhi dengan aktiviti sukan. Tak kira la outdoor atau pun indoor. Aku rasa pelik bila tak bersukan. Aku selalu tertanya sendiri bila tahu ada orang yg tak bersukan, "best ke duduk diam macam tu je..?"
Teringat masa sekolah dulu, aku sangat aktif dalam sukan olahraga. Lari pecut 100m, 200m, 4x100m, lompat jauh etc. Aku dulu memang gila bersukan. Sampai semua acara aku nak masuk. Yg paling best bila aku ada geng. Kat sekolah, kawan-kawan yg rapat semua pun gila bersukan. Di rumah pula, adik-beradik aku pun jenis gila bersukan. Oh, bahagianya hidup!!
Masa di sekolah menengah, aku masih ingat lagi dengan abang aku yg merupakan kapten pasukan olahraga kami. Dia memang straight. Dengan adik sendiri pun dia boleh hentam. Kat rumah, jangan harap dapat minum ais dan makan pedas. Dia sangat-sangat menjaga pemakanan kami, team olahraganya. Aku tak pelik bila abang aku dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. He deserved it.
Bila aku berpindah ke sekolah berasrama, aku dah slow sikit dengan sukan olahraga. Aku gila merejam lembing pula. Adesss..syok kot bila tengok lembing tu terpacak kat tanah. Rasa puas hati...hehehe
Lepas tu, aku dan budak-budak dorm gila bermain bola tampar. Pernah sekali tu, kami didenda bermain bola tampar selepas pukul 12 malam di court bola tampar asrama lelaki. Sebab..?? Sebab kami main bola tampar dalam dorm. Lepas tu, tingkap dorm pecah!! Kena denda la!! Tapi, jangan terkejut. 80% budak dorm aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Tampar Daerah Perak Tengah. Hasil latihan selama sebulan pada setiap tengah malam. Tak sia-sia!!
Masuk je alam Universiti, aku berubah angin lagi. Kembali menyambung minat bermain badminton semenjak tingkatan 2 dulu, aku bertemu dengan kawan yg suka bermain badminton juga di sana. Kami selalu menghabiskan masa di hujung minggu (setiap pagi Ahad) untuk bermain badminton. Selain dari badminton, aku berjinak-jinak di dalam sukan Tenis. Perghhh..penat!! Tapi, best!! Aku yg dipengaruhi oleh teman sebilik bersetuju untuk menemaninya bermain tenis setiap petang. Sekali aku yg tersangkut. Aku memang jatuh cinta la dengan sukan ni (",)
Tamat zaman belajar, aku berhenti bersukan untuk tempoh beberapa bulan. Selepas berkenalan dengan ex-bf aku, kami menjadikan sukan Bowling sebagai aktiviti tetap setiap hari selepas waktu kerja. Memang sangat gila bowling aku rasa. Sampai kami sanggup beli kasut dan bola bowling!! Lepas putus dengan dia (ish..teremosi lak..) aku mula mengaktifkan diri dalam sukan permotoran. Gila racing kereta!! Masa tu aku join satu kelab kereta ni. Kenal mamat tu secara tak sengaja. Lepas tu dia ajak aku join kelab kereta dia. Aku join. Dapat bawa kereta macam orang gila rasa macam satu kepuasan. Macam-macam skill yg aku pelajari. Tapi, perlahan-lahan aku tarik diri dari kelab tu. Aku tiba-tiba terasa nak hidup normal macam biasa. Sampai bila nak lepas geram dengan memandu laju macam tu, kan..? Alhamdulillah, aku belum pernah mengalami kemalangan dan minta dijauhkan oleh-Nya. Amin.
Di tempat kerja sekarang, aku kembali aktif bermain badminton dan bowling. Badminton dengan kawan-kawan sepejabat. Bowling dengan si dia. Terasa sihat tubuh badan dapat kembali bersukan. Terasa tidur malam sangat lena lepas bersukan. Aku tak tahu sampai bila aku akan bersukan. Tapi, aku akan terus bersukan selagi terdaya.
p/s : Suka sangat main catur. Tapi, tak jumpa geng la. Dulu selalu lawan dengan ayah. Miss that moment so much!!
21 comments:
same la kita...gila pada sukan...but now da kurang sukan...juz tiap mlm gi jogging and 2minggu skali main futsal dengan member2 lama...boling pun minat gk tp dok sorg kt sini takde kaki la nak ajak main boling same2...
p/s: setuju sanngat bile time tido kita akan rase lena sangat2.... :-)
yes2...farz pun minat gila sukan, especially basketball and volleyball, netball, handball pun penah main...kasi apa jenis bola memang seronok kan?? hehe, nak main nak main! futsal pun layyannn
eh, kita samala.. dl ms skolah gile olahraga, pastu join kelab beskal..pastu aerobik.. skang ni lbh minat permotoran.. cita² nk beli kete ala² sporty car sbb nk join kelab² diorg.. :)
@Si BuDaK KaChAk : hmm..tak pernah main futsal lagi.risau tak dapat sepak bola,tersepak kaki orang lak..huhu :)
@farz zull : farz dgn Si BuDaK KaChAk ni boleh la buat team futsal ek (",)
@mizzkechique : owh..nak belia sport car ek..bagus2..tak sabar nak tengok 'si kecik' drive sport car..hehehehe
ala...sy pun kdg tsepak kaki orang gk...biase la tu...hehehe...
awk nak saya 1 team dengan farz??boleh je tp masalhnya nk jmpe cmner...kitorg dok jauh la...huhuhuh
@Si BuDaK KaChAk : hmm..mgkn satu hari nnt kita semua ada rezeki dpt jumpa :)
insyaAllah kalau ada rezki...
wowwww... tengok wajah dylla pun dah tau orangnya memang lincah dan aktif.. cayalah dylla...
Jom, saya teringin sangat nak lawan dylla single badminton ni.. ehehe..
p/s: semalam saya kalah lawan badminton tau dengan kawan pempuan.. bikin malu betul.. ekekekeke
wah...kaki sukan...bagus untuk kesihatan juga...semoga dapat diteruskan lagi
masa sekolah menengah, saya suka main basketball. saya dengan geng saya kalahkan pasukan sekolah dengan teruk skali. hehe. pastu, kat sekolah, bila bebudak cina team sekolah tu nampak kami, terus tunduk2. pastu, wakil rumah, johan, team rumah kawan saya, naib johan, team rumah saya, ketiga, team rumah kawan saya. hehehe. suma kami bolot. muahahaha. rindu nak main basketball, tapi takde gelanggang dan geng.
MOHD NASER.com
@Gen2Merah : hehehe..bestnya kalau betul-betul dpt buat friendly match dgn cikgu ni (",)
@Kancil 8349 : insyaAllah..selagi mampu :)
@NasZ : owh,sy sangat suka tengok org main basketball.terutamanya melayu.sukan ni selalunya cina yg conquer..
mmg entry terbest...sukan.. cik en aktif bola jaring je...
since sek rendah, sy kureng aktif bersukan tp sy slalu join aktiviti luar pantun wakil kelab bm. sek men pn same bile sy jd pengerusi kelab bm.. sibuk join pertandingan pantun, esei. plg best, sy pernah menang juara esei bm peringkat negeri pahang :) hihi
@eintan nurfuzie : main bola jaring pun sekadar back up je..memang tak pandai main :p
@Anzulna : akak malu nak masuk pertandingan macam tu, sebab tak pandai..huhu :p
apapun kita punya bakat yg tersendiri dalam diri masing2 kan
minat sukan ek, saya pon hehee
salam kenal ya :)
terjah entry terbaik orang. hehe. memang terbaikkkkk. ;)
http://farizafairuz.blogspot.com/2012/06/banyak-persoalan-yang-berada-di-minda.html
Post a Comment