Pages

Thursday 31 October 2013

Interview Punya Cerita


Baru-baru aku ada menghadiri satu interview di sekitar Bangsar
Dah lama tak di"interview"kan
Ada la rasa lain macam sikit...nervous kemain
Tapi, bila dah sampai sana
Sempat pula berbual dengan beberapa candidates lain
Terus rasa okay
Confident naik mendadak..cheh!

Ada 3 orang je candidates masa tu..termasuk la aku
Hari sebelum tu dah ada 6 candidates lain
Ramai juga la candidates yg nak merebut satu post ni
So..peluang tu tak la setinggi mana kan
Apapun, rezeki tu Allah S.W.T dah tentukan
Kalau ada rezeki aku kat situ...maka ada la jawabnya
Kalau takde..redha jelah
Cari rezeki kat tempat lain (",)

Candidate yg pertama tu di"interview" selama hampir 20 minit
Aku lega juga la dengan keadaan tu
Tak lama untuk di"interview" tu adalah perkara yg baik
Hoho >_<

Tapi..........
Tak sangka bila tiba giliran aku
Terpaksa mengambil masa selama 1 jam 15 minit!
Tudiaaaa..kemain lama aku kat dalam bilik interview tu
Aku pun pelik kenapa lama sangat
Banyak benda yg aku tanya agaknya
Aku pula yg jadi tukang interview.. kah!

Isnin lepas, aku terima call dari company tu
Mengatakan aku telah disenarai-pendekkan
Tapi, kemungkinan aku tak dapat la post tu
Sebab ada candidate lain yg lebih baik dari aku
Baru je nak rasa kecewa..tetiba dia suruh aku datang keesokan harinya untuk 2nd interview
Aku rasa pelik gile masa tu...berjaya ke tak sebenarnya ni..?
Bila dia explain..baru aku faham
Ada special request dari department lain yg memerlukan staff baru
Dan aku telah direkomenkan untuk mengisi "special request" tu

Jadi...kiranya aku dapat la kerja kat sana..?
Wallahu'alam
Tak berani nak cakap berjaya atau tak
Cuma, aku rasa bertuah juga la sebab dipilih untuk direkomenkan
Tunggu jelah call dari diorang sehari dua ni
Kalau ada..alhamdulillah
Kalau takde..aku takkan berputus asa
Rezeki tak datang bergolek kawan!


p/s : tetiba je rasa nak tukar angin (",)



~ Dylla Abas ~

 

Thursday 10 October 2013

Nostalgia Kantin Sekolah


Bila sebut tentang kantin sekolah..apa perkara pertama yg terlintas kat kepala korang..??
Kalau tanya aku..dah tentu perkara pertama ialah nasi lemak
Boleh..??
Huhuhu >_<

Disebabkan aku pernah bersekolah di 6 buah sekolah yg berlainan
Jadi pengalaman tu memang berbeza la di setiap kantin sekolah yg pernah aku terokai
Amboiiii...terokai sangat!!

Masa sekolah rendah...kantin sekolah memang bertindak sebagai sebuah kantin jelah
Datang kantin hanya pada waktu rehat
Dan dengan satu tujuan je...makan!
Bila dah masuk sekolah menengah...baru la kantin tu jadi multi-function
Kat kantin la tempat aku makan
Kat kantin la tempat aku buat study-group
** tak boleh buat study group kat library sebab group aku tersangat la bisingnya **
Dan kat kantin tulah tempat aku melepak

Yg pasti menu kat kantin sekolah tu
Walaupun di 6 buah sekolah yg berlainan
Nasi lemak juga yg jadi pilihan
Padahal bukan suka sangat makan nasi lemak
Cuma keyakinan untuk mencuba menu lain tu agak terbatas
Jadi...nasi lemak la pilihan selamat

Bila datang kantin dengan tujuan melepak
Masa tulah aku suka cuci mata
Ramainya "couple of the year" dok bercengkarama kan
Kuikuikui
Lepas tu dok gelak sorang-sorang bila membayangkan...
kalau la ayah aku tahu aku buat perangai macam tu juga..sumpah kena sembelih!

Apapun...nostalgia kantin sekolah tu antara nostalgia yg aku tak boleh nak lupakan
Banyak juga kenangan dengan pakcik dan makcik kantin
Bila kamceng dengan diorang..mesti la dapat habuannya kan..??
Itulah aku...hoho ^_^


p/s : teringin nak terjah balik semua kantin sekolah aku dulu



~ Dylla Abas ~

Monday 7 October 2013

Memahami Lebih Mudah Dari Difahami


Pernah tak korang melalui situasi di mana korang rasa orang sekeliling tak memahami keadaan korang..?
Kalau tanya aku...bukan setakat pernah...tapi selalu!
Selalu je rasa orang tak faham aku
Selalu je rasa orang tak nak faham dan ambil tahu keadaan aku
Sounds a bit emotional kan..??
Okay..relax..breath
Tak nak emosi pun petang-petang macam ni
Perut tengah kenyang..baik fikir macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ni
Kuikuikui ^_^

 Back to the topic
Sebenarnya..bila dalam fikiran kita dah terlintas perkara macam ni
Lebih baik kita ubah sikit minda kita tu
Kalau kita rasa orang sekeliling tak memahami kita...
1st thing..kita yg perlu fahami diri kita dulu
Then...kita fahami keadaan orang di sekeliling
Lebih mudah dari meminta diri kita untuk difahami

Walaupun tak semudah seperti yg disebut
Tapi, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sikit beban otak kita la
Tak perlu nak fikir kenapa orang tak faham kita
Sebaliknya...kita akan rasa lebih tenang bila kita dapat memahami orang lain

Tak adil..??
Hellooooo...has anyone told you that life IS fair..??
Jadi..itulah hakikat kehidupan
Suka ke tak suka ke..itulah yg perlu kita hadapi (",)


p/s : payah sebenarnya nak belajar memahami orang lain ni...arghhh!!



~ Dylla Abas ~

Tiada Apa Yg Terlewat Dengan Perancangan Allah S.W.T


Jodoh tak sampai lagi..?
Kahwin lambat..?
Hmm..isu yg tersangat klise
Aku dah lali sangat dengan isu ni
Bukan takde yg bertanya
Yg menyindir apatah lagi
Tapi aku...??
Jawab je dengan jawapan yg terlintas kat kepala
Marah...??
Tak marah la
Cuma kadang-kadang tu terasa juga la
Apapun..aku berterima kasih pada yg bertanya tu
Sangat mengambil berat okay ^_^

Kalau dulu dapat soalan macam tu aku sentap la juga
Tapi sekarang ni dah boleh tersenyum
Takde la nak menyentap lagi
Bagi aku...takde isu kahwin lambat sebenarnya
Semua yg berlaku dalam hidup ni..
semuanya telah ditentukan oleh-Nya
Dan DIA adalah sebaik-baik perancang

Kalau dulu aku selalu rasa yg nasib aku sangat tak baik berbanding nasib orang lain
Tapi..semakin hari meniti usia
Aku rasa aku la yg paling bertuah sekali walaupun belum kahwin lagi
Sebab...??
Aku ada banyak masa untuk mak dan ayah
Bukan semua orang dapat peluang macam tu
Itu adalah salah satu hikmah terbesar yg aku dapat melalui perancangan-Nya

Jadi, Dylla...tiada apa yg terlewat sebenarnya
Sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan-Nya
DIA telah menjanjikan ada kebahagiaan di sebalik setiap kesulitan
Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih tehadap sekalian hamba-Nya


p/s : positif sangat di pagi Isnin ni..ngee (",)



~ Dylla Abas ~
 

Friday 4 October 2013

Penangan Bermain Badminton


Semalam aku terasa nak join game badminton dengan kawan-kawan ofis
Sebab dah sangat lama meninggalkan game ni...
terasa was-was juga la nak bermain
Tapi, layankan je...kesian pula kat reket tu
Kalau berkarat nanti tak ke sia-sia

Dan malam tadi, masa sampai kat Pusat Komuniti Sentul Perdana tu
aku dah teruja gile
Excited tengok court badminton dan orang-orang yg tengah bermain
Dan adalah perasaan tak sabar bila kawan-kawan belum sampai lagi masa tu ^_^

Ramai juga la kawan-kawan ofis yg join game ni
Sebenarnya diorang memang dah lama involve
Aku ni je yg baru terasa nak join..huhu (",)
Dan hasil setelah bermain sebanyak 4 game..
tangan aku ni dah mula terasa lenguh-lenguh
Nasib baik takde injured apa kat bahagian kaki

Maklumlah, sebelum game tu sempat warm up ala kadar je
Pusing-pusing sikit bahangian pergelangan kaki dan tangan
Terus main
Inilah akibatnya..!

Tapi serius rasa sangat enjoy
Rindu sangat kenangan bermain badminton dengan kawan-kawan ofis lama
Lepas ni mungkin boleh aktif balik kot
Bestnya dapat bersukan!!


p/s : ada pula yg ajak join tournament..haish




~ Dylla Abas ~

Thursday 3 October 2013

Nostalgia Handmade Card


Sebelum ni aku pernah buat entri tentang nostalgia surat
Hari ni aku nak share nostalgia tentang kad ucapan yg aku buat sendiri
Dulu..masa zamam belajar la
Aku suka gile dan rajin gile buat kad ucapan
Tak pernah lagi la aku beli kad ucapan untuk diberi pada kawan-kawan
Memang aku buat sendiri je
Jadinya..bila dah rajin sangat buat sendiri
Memang dulu port lepak aku kedai stationaries la jawabnya
Lepak-lepak..cari idea..cari barang-barang craft
Aku kalau dapat lepak kat kedai-kedai macam tu
Sehari suntuk pun sanggup!

Semalam, salah seorang kawan lama ketika aku belajar di UiTM Arau
telah mengupload gambar tentang sesuatu yg pernah aku beri pada dia
Dan semua kenangan terus melintas kat kepala
Macam tengok wayang..playback!
Thanks kak Eyna..tak sangka kau masih simpan plaque ni
Bila diingatkan balik..asalnya aku nak buat kad
Tapi..ternampak plaque lama kat rumah aku
Jadinya...aku transform plaque tu sampai la jadi macam gambar kat bawah ni

Rindunya zaman belajar dulu!!
Bila la agaknya dapat melalui detik-detik manis macam ni lagi..?

Sekarang ni..aku masih aktif buat kad ucapan sendiri
Memang sangat jarang la aku beli kad ucapan
Melainkan kad raya
Tu memang aku tak tahu nak buat
Sebab selalu takde idea nak tulis apa ^_^


p/s : rasa puas hati bila tengok hasil kerja tangan sendiri dihargai



~ Dylla Abas ~

 

Wednesday 2 October 2013

30 Yang Pertama Di Dalam Sejarah Islam


Bila ditanya siapakah yg pertama mencipta telefon..?
Ramai di antara kita yg tahu jawapannya Alexander Graham Bell
Tapi...
Jika ditanya siapakah yg pertama menulis perkataan Bismillah
Yg sesungguhnya aku sendiri pun baru tahu
Jadi, perkongsian ini harapnya dapat memberi manfaat kepada semua
In shaa Allah (",)

1. Orang yg pertama menulis perkataan Bismillah
NABI SULAIMAN A.S

2.Orang yg pertama minum air zamzam
NABI ISMAIL A.S

3. Orang yg pertama berkhatan
NABI IBRAHIM A.S

4. Orang yg pertama diberikan pakaian pada hari kiamat
NABI IBRAHIM A.S

5. Orang yg pertama dipanggil oleh Allah S.W.T pada hari kiamat
NABI ADAM A.S

6. Orang yg pertama mengerjakan Sa'ie antara Bukit Safa dan Marwah
SAYYIDATINA HAJAR
** Ibu Nabi Ismail A.S **

7. Orang yg pertama akan dibangkitkan pada hari kiamat
NABI MUHAMMAD S.A.W

8. Orang yg pertama menjadi khalifah Islam
SAYYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A

9. Orang yg pertama menggunakan tarikh Hijrah
SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

10. Orang yg pertama meletak jawatan sebagai khalifah Islam
Al-HASSAN BIN ALI R.A

11. Orang yg pertama menyusukan Nabi S.A.W
THUWAIBAH R.A

12. Orang yg pertama Syahid di dalam Islam (Lelaki)
AL-HARITH BIN ABI HALAH R.A

13. Orang yg pertama Syahid di dalam Islam (Wanita)
SUMAYYAH BINTI KHABBAT R.A

14. Orang yg pertama menulis hadith
ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-ASH R.A

15. Orang yg pertama memanah di dalam perjuangan fisabilillah
SAAD BIN ABI WAQQAS R.A

16. Orang yg pertama bersolat dengan Nabi S.A.W
SAYYIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

17. Orang yg pertama membuat mimbar Masjid Nabawi
TAMIM AD-DARY R.a

18. Orang yg pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan
BILAL BIN RABAH R.A

19. Orang yg pertama menghunuskan pedang di dalam perjuangan fisabilillah
AZ-ZUBAIR BIN AL-AWWAM R.A

20. Orang yg pertama menulis sirah Nabi S.A.W
IBBAN BIN OTHMAN BIN AFFAN R.A

21. Orang yg pertama mengasaskan usul fiqh
IMAM SYAFIE R.H

22. Orang yg pertama membina penjara di dalam Islam
SAYYIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

23. Orang yg pertama beriman dengan Nabi S.A.W
SAYYIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.A

24. Orang yg pertama menjadi raja di dalam Islam
MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN R.A

25. Orang yg pertama membuat perpustakaan awam
HARUN AR-RASYID R.H

26. Orang yg pertama mengadakan Baitul Mal
SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

27. Orang yg pertama menghafaz al-Quran selepas Nabi S.A.W
SAYYIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

28. Orang yg pertama membina menara di Masjidil Haram
KHALIFAH ABU JA'FAR AL-MANSUR R.H

29. Orang yg pertama digelar al-Muqry
MUS'AB BIN UMAIR R.A

30. Orang yg pertama masuk ke dalam syurga
NABI MUHAMMAD S.A.W


p/s : sharing is caring




~ Dylla Abas ~

Rahsia Pergerakan Dalam Solat


Umumnya, kita semua ketahui bahawa terdapat 13 jenis pergerakan di dalam Solat
Pergerakan ini mempunyai fadilatnya yg tersendiri
Nak tahu...??
Kena terus baca la entri ni ye (",)

1. Niat
Memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat

2. Berdiri Tegak
Ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

3. Takbiratul Ihram
Sebagai pelita yg bakal menerangi kita di dalam kubur

4. Bacaan Surah al-Fatihah
Sebagai pakaian yg indah di dalam kubur

5. Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6. I'tidal
Sebagai bekalan minuman dari telaga al-Kautsar di dalam kubur

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian as-Sirat

8. Duduk di antara 2 Sujud
Sebagai penaung panji-panji Nabi S.A.W

9. Duduk di antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika di Padang Mahsyar

10. Tahhiyat Akhir
Memudahkan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur

11. Selawat ke atas Nabi S.A.W
Sebagai pendinding api neraka

12. Salam
Memelihara diri kita di dalam kubur

13. Tertib
Pertemuan kita dengan Allah S.W.T kelak


Source : Whatsapp Group


p/s : apapun...solat itu tiang agama
Peliharalah ia agar ia boleh memelihara kita di akhirat kelak
Wallhu'alam



~ Dylla Abas ~

Tuesday 1 October 2013

Nostalgia Surat


Semalam, sewaktu dalam perjalanan dari rumah abang ke rumah aku
Topik pagi kat Hot.fm tu berkisar tentang nostalgia surat
Bila dengar macam-macam cerita dari pemanggil
Buat aku teringat tentang diri aku dan nostalgia surat

Aku ni memang la suka sangat menulis surat
Pantang ada sepupu atau kawan yg menghantar surat kat aku
Cepat gile aku balas!

Kalau nak ikutkan..kotak surat aku tu lebih 5 kotak
** kotak kasut jelah pun **
Tapi...setelah berlakunya proses tapisan
Hanya 2 kotak je yg tinggal
Yg lain tu jadi mangsa api la

Aku rasa sampai ke hari ni..masih ada 1 kotak yg tinggal
Tu memang kategori surat kesayangan la
Nak buang memang terasa sayang sangat
Jadi...simpan jelah selagi terdaya
Kadang-kadang bila bosan..aku suka juga baca balik surat-surat tu
Lepas tu dok menyengih sorang-sorang kan
Macam apa je ^_^

Yg pastinya...takde surat cinta okay!
Yg berbau cinta pun takde
Semua surat-surat biasa je
Cerita tentang kehidupan dan kawan-kawan

Bila difikirkan balik
Nasib baik la aku tak pernah ada hati nak menulis surat untuk artis
Maklumlah..dulu gile sangat kat Zamani Slam tu
Hahahaha (",)


p/s : mesti korang pun ada nostalgia surat kan...meh share!



~ Dylla Abas ~

Rezeki Itu Tanggungjawab


Rezeki yg diberikan kepada kita bergantung kepada berapa banyak tanggungjawab yg telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita
Lagi banyak tanggungjawab yg kita laksanakan
Akan bertambahlah rezeki kita...in shaa Allah

Jadi, janganlah mengeluh bila kita diuji dengan begitu banyak tanggungjawab
Kerana itu semua rezeki
Dan rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T


p/s : perkongsian dari kakak tersayang..mekasih kak Ila (",)



~ Dylla Abas ~

Oktober Datang Lagi


1 Oktober 2013
Bulan Oktober dah kembali
Ada apa dengan bulan Oktober..??
Takde apa pun
Cumanya...bila dah masuk bulan Oktober
Maknanya kita dah masuk suku tahun yg terakhir
Masa terasa makin cepat berlalu @_@

Tapi, apapun aku rasa sangat lega bila berakhirnya bulan September
Macam-macam perkara yg berlaku sepanjang bulan lepas
Perkara yg terlalu menduga hati dan menguji kesabaran

Dengan masa yg semakin singkat ni
Terlalu banyak perkara yg aku nak buat
Entah ada kesempatan atau tidak untuk buat semua yg telah aku rancang tu
Walau apapun
Moga aku akan terus diberi kesempatan untuk beribadah kepada-Nya
Tanpa putus
Itu yg lebih penting kan 


p/s : October...please be nice to me ^_^



~ Dylla Abas ~