Pages

Friday 31 May 2013

Bila Teman Ambil Kesempatan

 

 Semalam..aku sempat menonton rancangan Celik Hati Prof.Muhaya
Siapa tengok rancangan tu...??
Bagi sesiapa yg tengok..pasti korang tahu topik perbincangan semalam
Teman Opportunist
Apakah yg dimaksudkan dengan Teman Opportunist ni...??
Meh sini nak cerita >_<

Teman Opportunist ni adalah sejenis teman yg suka mengambil kesempatan terhadap diri kita
Setiap kali dia mendapat peluang...dia takkan lepaskan
Semalam...Prof.Muhaya berkongsi tips
Bagaimana nak meredakan "sakit" hati selepas diambil kesempatan

Pertama
Tanamkan dalam diri bahawa setiap kali diri kita diambil kesempatan...
bukanlah sesuatu yg buruk

Kedua
Yakinkan diri bahawa perkara itu sebenarnya merupakan satu peluang
Yg Allah S.W.T berikan kepada kita
Supaya kita boleh menjadi manusia yg lebih baik
Bagaimana....??
Contoh : si A meminta kita melakukan sesuatu kerana tahu kita expert di dalam perkara tersebut dan perkara itu sentiasa berulang-ulang
Di dalam situasi ini, jelas si A cuba mengambil kesempatan TETAPI
dengan perkara yg kita lakukan itu
sebenarnya merupakan bantuan kita untuk si A dan peluang kita untuk menambah pahala
Kan setiap amal perbuatan yg baik itu adalah ibadah...?

Ketiga
errr...yg ketiga ni khas untuk suami-isteri
Memandangakn aku belum kahwin lagi..aku tak tahu nak susun ayat tu macam mana
Tapi aku bagi satu lagi contoh :
Si suami berkali-kali menegur si isteri supaya menutup aurat
tapi si isteri ni macam engkar la...tak nak ikut cakap si suami
Jadi, si suami ni terasa si isteri mengambil kesempatan kerana dia terlalu berlembut dengan isterinya
nasihat Prof.Muhaya - fikirkan kembali sebelum berkahwin dengan si isteri
adakah pilihan lelaki itu merupakan perempuan yg menutup aurat atau sebaliknya...?
Jika sebaliknya, maka terimalah dugaan yg bakal berlaku
Jangan sesekali menganggap itu sebagai "mengambil kesempatan"
Malah..anggap ia sebagai dugaan dan perbaikilah diri supaya menjadi yg lebih baik
dan bimbinglah keluarga untuk menjadi yg lebih baik juga

Okay..sebenarnya banyak lagi point
Tapi, aku ingat-ingat lupa
Menonton sambil menjahit...macam tu la hasilnya
Tak berapa nak fokus!
Tapi, apapun...yg aku boleh rumuskan di sini
Anggaplah semua yg datang dalam hidup kita ni sebagai dugaan dari Allah S.W.T
Janganlah bebani hati kita dengan segala anggapan buruk
Wallahu'alam


p/s : sorry tak sempat nak BW lagi...banyak kerja pula hari ni


~ Dylla Abas ~

Thursday 30 May 2013

Hari Yg Suram

 

Hari ni kat ofis terasa sepi dan suram je
ICT dept dah mem"block" beberapa website termasuk blog ni
** agak pelik bila FB dan Twitter diorang tak block **
Sedih gile tak dapat nak BW dan update entri baru
Tapi.........................
Tetiba je dapat idea ntah dari mana
Try n error
taraaaaaaa....I'm here!!

Okay...now nak BW dulu..nanti ada masa baru update entri lain
Actually nak terjah blog-blog craft
Cari idea untuk hasilkan my product pula (",)


p/s : ayah kata, "kita akan berjaya hasil daripada meniru..." hoho (^_^)


~ Dylla Abas ~

Wednesday 29 May 2013

Coklat Langkawi Dan Ole-Ole Australia

 

Masuk je ofis hari ni...dah nampak coklat Daim dan coklat Tiramisu atas meja
Okay...dah boleh agak pemberian siapa
Salah seorang kawan se-department ada pergi Langkawi cuti yg baru lepas ni
Merasa la makan Daim kan
Nak beli kat sini...harganya agak mahal..tak berbaloi..huhu
** alasan orang kedekut **

Lepas tu jalan-jalan ke department lain...dapat pula coklat NOUGAT 
Dan keychain serta Fridge Magnet dari Australia
Paling happy dapat Fridge Magnet
Dan banyak gile aku kumpul
Tunggu ada peti ais sendiri baru boleh guna (^_^)

Pemberian tu walaupun tak banyak tetap buat akurasa berterima kasih sangat
** kena share ramai-ramai...sebab tu tak dapat banyak **
Apapun yg orang bagi..kena bersyukur okay
Jangan banyak bunyi..!!



p/s : tqvm to kak Ila and pak encik for the souvenir



~ Dylla Abas ~

Mesin Jahit Baru

 

 Mood kembali ceria bila pagi-pagi dah dapat panggilan dari SINGER
Katanya mesin jahit yg aku order aritu dah boleh hantar petang ni...yeayyy!!!
Alangkah indahnya kehidupan menjahit aku lepas ni
Tak payah dah nak bersusah payah menjahit dengan tangan lagi
Bukan tak suka..tapi remeh la..penat pun satu hal juga
Jahit tangan ni memang kena banyak sabar
Tapi, kalau dah minat tu tak jadi hal sebenarnya kan..huhu (>_<)

Apapun, tak dapat nak upload gambar mesin jahit tu lagi
Diorang hantar ke rumah aku di Bukit Beruntung tu
Sebab order pun dari sana
Hujung minggu ni baru boleh ambil bawa balik KL
Tak sabar okay!!



p/s : pasal mesin jahit pun nak buat entri...apa la..hahaha..


~ Dylla Abas ~

Tuesday 28 May 2013

Bila Mood Kerja Ke Laut

Assalammualaikum W.B.T

Semalam semangat sangat datang kerja. Hari ni mood nak buat kerja pun ke laut! Pasal apa pun tak tahu la. Banyak benda dalam kepala ni. Serabut. Tak nak fikir susah. Fikir pun susah. Nak buat tak tahu tak boleh. Kalau buat tahu, macam ni la hasilnya. Cuba juga menyibukkan diri dengan membuat macam-macam benda. Tapi, macam tak berhasil je kaedah ni. Penyudahnya, Photoshop CS5 dan GIMP yg aku baru download semalam juga yg aku hadap.

Apapun, mood nak buat entri masih ada walaupun hari dah petang. Kalau korang, bila mood tu ala-ala kureng sikit, apa yg korang akan buat...? Kalau mood aku tak bagus ketika aku berada di rumah, 80% pasti aku kat atas katil je. Bersenang-lenang di atas katil, sambil main game kat handphone ataupun membaca majalah/novel, memang sesuatu yg mengasyikkan. Mood takde pun takpe. Huhu. Selain dari tu, kalau mood tak berapa nak bagus, aku suka kemas bilik. Tak pasti la apa kaitannya. Tapi, mengemas bilik ketika mood tak bagus macam terapi stress. Hahahaha (>_<)

Kalau kat ofis ni, tak banyak benda yg aku boleh buat bila mood tak bagus. Mengular...?? 10-20 minit tu boleh la. Jalan-jalan department lain sambil borak-borak atau tumpang makan jajan. Lepas tu kena balik ofis sendiri. Takkan nak "hilang" sampai 2-3 jam kan. Kalau company ayah sendiri boleh la buat macam tu...eh?? Hehehe...

Tak pun, kalau dah memang bosan sangat-sangat disebabkan mood yg kureng ni, aku online je. Dari Blog ke FB ke Twitter ke online game. Semua aku terjah. Dan di saat-saat begini, aku paling suka bila ada orang datang kacau aku dengan bagi kerja-kerja bertaraf urgent. Baru terasa ada hati nak buat kerja kan. Kalau tak memang jangan harap la. Aduhai...kenapa la mood ni macam ni ye...? Tak boleh ke hari-hari dia bagus je..?

Entri ni tadi separuh jalan je. Sempat pula aku merayap dulu. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak sambung balik. Tak senonoh sungguh la perangai. Apapun, aku kena buat kerja la. Kang dok biar je macam tu, esok aku juga yg mengamuk bila tray dah menimbun kan.


p/s : buat milo + nestum layan juga petang-petang macam ni kan (",)




~ Dylla Abas ~

Betul Ke...??


** Sumber : Facebook **






~ Dylla Abas ~

Monday 27 May 2013

The ABCs of Life

Assalammualaikum W.B.T

Self-motivation di hari Isnin (",)





~ Dylla Abas ~

Semangat di Hari Isnin

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni aku datang awal. Selalu kalau hari Isnin, mesti punch card merah. Sebab..??? Sebabnya kalau hari Isnin aku selalu datang dari kampung. Jadi, bila dari sana tu faham-faham jelah. Dengan rasa liat nak tinggalkan mak dan ayah, ditambah pula dengan jalan yg sangat sesak, memang la selalunya aku akan sampai ofis hampir pukul 10.00 pagi! Memang la bos tak cakap apa. Tapi, biasa la kalau orang buat salah kan..aku rasa orang lain memang pandang aku lain macam la..huhu >_<

Tak pasti kenapa hari ni aku semangat sangat. Takde apa yg istimewa pun berlaku hari ni. Dan takde pula nak kata aku naik pangkat ke apa ke. Cuma, semangat nak datang kerja tu berkobar-kobar dari malam tadi. Mungkin dah lama sangat cuti kot ** padahal 3 hari je pun ** Atau mungkin aku rindu nak BW ** al-makulum la...broadband dah kena block..tak bayar lagi ** Atau mungkin seronok nak jumpa kawan-kawan. Atau...haish, berapa banyak atau daa....

Balik kampung last weekend, anak buah aku si becok Azeem tu pun balik juga. Dah pulih dari demam sepenuhnya. Cuma tinggal batuk je lagi yg memang la teramat payahnya nak pulih sebab dia ni suka sangat la telan balik kahak dia tu! Jadi, bila dapat jumpa dia di kampung, dengan mood dia yg sangat okay tu, memang kecoh la rumah tu dibuatnya. Ada je benda dia nak cerita. 

Kali ni dia boleh geng dengan Acu dia pula. Selalu tu pantang jumpa dengan Acu, mesti nak gaduh! Tapi sejak dia tahu yg Acu dia nak tinggal dengan dia selama beberapa bulan ** adik bongsu aku bakal menjalani latihan praktikal di Taipan USJ ** terus dia ngam dengan Acu dia tu. Tak boleh berenggang. Kemain lagi sayangnya dia dengan Acu dia. Kalau aku sengaja pura-pura marah Acu dia pun, boleh pula dia marah aku balik. Hai la Azeem...macam-macam!


p/s : nak BW pula..sambil-sambil buat kerja ni..minda kena isi juga dengan isu-isu terkini (",)



~ Dylla Abas ~

Thursday 23 May 2013

Kerepek 3 Peket RM10

Assalammualaikum W.B.T

Teruja nak datang kerja hari ni sebab hari ni last day bekerja untuk minggu ni. Esok cuti...yeay!! Amboi...bila cuti je semangat tu melebih-lebih ye Dylla. Tak senonoh sungguh. Apapun, semangat nak balik kampung jumpa mak ayah yg paling terasa sebenarnya. Rindu. Dah 2 minggu tak jumpa. Hahaha...ini semua poyo!

Tadi masa BW, terbaca la satu entri tentang kisah orang yg menjual atau menjaja keropok/kerepek dari seorang ke seorang yg lain. Dan entri tu membuatkan aku teringat pada seorang makcik ni. Masa tu, aku dan 2 orang lagi kawan pejabat makan Sate Kajang Hj Samuri di Taman Melati, ternampak la seorang makcik ni duduk termenung kat tepi kaki lima di deretan kedai tu. Masa tu aku tak perasan pun yg di depan dia ada 2 bungkusan plastik besar yg di dalamnya ada pelbagai jenis kerepek untuk dijual.

Masa tengah makan tu, tiba-tiba makcik tu masuk ke dalam kedai. Dari satu meja ke satu meja dia jual kerepek yg dibawa. Sayu rasanya bila nampak muka makcik tu. Nampak dia agak keletihan. Bila dia sampai je kat meja aku, aku terus tanya jenis kerepek apa yg dia bawa. 

"Macam-macam ada nak. Pilih la. Ambil la 3 peket, makcik jual RM10 je..." 

Aku pun tak banyak bunyi, pilih je 3 jenis kerepek yg aku suka dan terus bayar. Kawan aku yg seorang lagi pun beli juga kerepek makcik tu. Lepas je makcik tu ucapkan terima kasih dan tinggalkan kitaorang, terus keluar perkataan, "kesian makcik tu..." Serius memang kesian. Terbayang muka mak kat rumah masa tu. Tiba-tiba, salah seorang daripada kawan aku tu berbunyi,

"Nasib baik awk beli...dari tadi saya nampak makcik tu duduk kat luar..."

Dan hingga ke hari ini, kerepek yg aku beli tu, masih lagi berbaki sepeket yg belum dimakan. Bukan tak nak makan. Tak terasa nak makan. Setiap kali aku tengok kerepek tu, aku pasti akan teringat kat makcik yg menjualnya. Dan bila setiap kali aku teringat makcik tu, pasti aku membayangkan betapa susah payahnya dia mencari rezeki. Sedih. Mana la anak-anak dia...? Mana la suami dia...? Semua persoalan tu memang tak mampu aku nak jawab.

Ada yg kata, "sindiket je tu..." Ya, aku akui...memang ada sindiket sebegini. Tapi, pada aku, personally...kalau dah kita simpati tengok dia, berniat membeli dengan tujuan membantu dan bersedekah, jangan diungkit lagi perkara tu. Sindiket ke apa ke...itu urusan dia dengan Allah S.W.T. Yg penting, perbaikilah niat kita agar apa yg kita lakukan tu ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Wallahu'alam.


p/s : moga Allah S.W.T memberkati dan memurahkan rezeki bagi semua pencari rezeki (",)



~ Dylla Abas ~

Wednesday 22 May 2013

Pesanan Imam al-Ghazali

Assalammualaikum W.B.T




p/s : sharing is caring (",)



~ Dylla Abas ~

Tak Kenal Tapi Dah Jatuh Cinta

Assalammualaikum W.B.T

Tajuk kontroversi ke tu..?? Lalala..takde la kontroversi sangat pun. Terasa nak buat entri ni bila hari ni untuk pertama kalinya aku tersedar yg aku dah "jatuh cinta" dengan mereka walaupun tak pernah kenal, apatah lagi nak bersua muka. Mereka...?? Kemain banyak bunyinya ye..huhu (>_<) Memandangkan hari ni masa aku banyak dipenuhi dengan aktiviti BW ** sambil buat kerja juga tau..!! ** jadi, perasaan "cinta" tu buat aku tersengih sorang-sorang depan pc ni haa. Rasanya takde yg perasan kot.

Pertama kalinya aku rasa aku dah "jatuh cinta" dengan 2 orang sekaligus. Tamak...?? Tak la juga. Baru dua. Belum 3 4 5 6 7 lagi. Kira okay la kan. Dan 2 orang yg sungguh bertuah tu tak lain tak bukan adalah anak-anak comel kakak yg sorang ni haa...Alisha dan Aqilah...Tadi bila baca entri kak IntanBerlian yg KAMI DAH KEMBALI tu, terus semangat klik kat entri tu. Terus baca dan terus komen. Sampai sekarang pun aku masih tersengih-sengih lepas tengok gambar diorang.

Pelik..?? Tak pelik pun. Itulah realitinya. Entri kak IntanBerlian tu dah macam entri wajib yg mesti aku baca. Eh, kejap-kejap...bukan nak kata entri blogger lain aku tak baca ye. Baca juga. Setiap entri yg ada kat wall aku ni aku baca. Takde yg miss pun. Cuma mungkin ada entri yg aku tak tinggalkan komen. Sebab selalu terjadi di mana aku tak tahu nak komen macam mana (",)

Kepada kak IntanBerlian, please don't stop blogging. Nanti saya jadi tak keruan kerana merindukan 2 orang anak-anak yg comel lagi bijak tu. Kalau ada rezeki, teringin sangat nak jumpa korang bertiga. In shaa Allah, mana la tahu hajat ni diperkenankan, kan...? Hee (^_^)


p/s : sesekali jiwang dengan budak kecil...apa salahnya kan >_<



~ Dylla Abas ~

Kaki Mengembang

Assalammualaikum W.B.T

Kemusykilan ni masih belum terjawab
Masa beli kasut ni semalam okay je
Ngam je kat kaki aku ni
Tapi, pagi ni bila pakai pergi kerja...besar la pula!
Adakah kaki kita mengembang di petang hari...??


p/s : satu kerja pula aku nak pergi Sogo balik untuk tukar saiz kasut yg lebih kecil



~ Dylla Abas ~

Tuesday 21 May 2013

Rindu Dengan Suasana Kerja di Kundang

Assalammualaikum W.B.T

Baru la dapat update lagi 1 entri bila jam dah lepas pukul 5.30 petang. Lega rasanya bila mata ni dah tak payah nak menghadap nombor, nombor, nombor dan nombor. Hari ni tak sempat nak BW lagi. Kejap lagi la baru BW. Lately, memang agak busy la. Nak BW kat rumah pun dah tak sempat. Kadang-kadang connect je broadband tu, tapi terus tinggalkan. Sampai la dia disconnect sendiri. Punya la busy nye kau ye Dylla..huhu (^_^) Tapi, tu bukan saja nak cari alasan tau. Memang betul aku agak busy 2-3 menjak ni.

Bila dah macam-macam hal yg jadi kat ofis ni ** faham-faham la keadaan bila Melayu memonopoli setiap jawatan...company Melayu la senang cakap ** terpaksa mengakui yg keadaan kat sini sangat panas dan politiknya kuat gile! Mental mesti kena kuat bila kerja dengan suasana yg macam ni. Terasa rindu dengan suasana kerja di tempat lama. Walaupun company Cina dan pekerjanya pun majoritinya Cina, tetap rasa seronok bekerja kat sana. Tapi, poilitik tu tetap ada, cuma tak melampau la macam kat sini. Ntah la. Susah nak terangkan. Atau mungkin aku ditempatkan di Site Office. Jadi, "politik" di HQ tak terasa sangat. 

Macam mana pun, tanya la berkali-kali pada kami yg pernah bekerja di Projek LATAR sekitar tahun 2009-2011, pasti jawapannya sama - Kundang was the best working place...ever!! Kan kak Amy, kan Fir, kan Nora. Terpaksa mention 3 nama ni je sebab diorang je yg baca blog aku...huhu (>_<)

Kalau kat tempat lama, takde pun budaya menyalahkan sesiapa. Kalau memang dah buat silap, hanya perlu mengaku dan perbaiki kesilapan tu. Tak perlu pun nak menuding jari mencari mangsa untuk melepaskan tengkuk sendiri. Bukanlah berniat nak membandingkan antara tempat kerja sekarang dan sebelum ni, nanti kata aku tak bersyukur pula, cuma aku terasa rindu je dengan suasana kerja macam tu. Masing-masing bekerjasama dengan sangat baik. Takde istilah "kerja aku, kerja aku...kerja kau, memang kerja kau la!" Berkira. Hmm, mungkin itu dah cukup untuk menjelaskan maksud aku, kan...? Kadang-kadang penat juga nak menghadap kerenah orang yg berkira kerja ni. Tapi, hanya mampu melepaskan nafas dengan sangat kuat sambil menggelengkan kepala dan berkata di dalam hati, "harap-harap perangai aku tak macam kau.."


p/s : MJC...agak-agak ada kerja kosong tak...?? huhu (",)



~ Dylla Abas ~


Alahai...Azeem Demam Pula!

Assalammualaikum W.B.T

Semalam aku terpaksa ambil cuti setengah hari untuk berkejar ke rumah abang yg terletak di Puchong. Anak buah aku yg seorang tu demam la pula. Siapa lagi kalau bukan Azeem. Pagi-pagi dah dapat call dari dia, "makngah...Azeem tak pergi sekolah hari ni...Azeem demam..." sayu je bunyi suara dia. Mula-mula tu aku dapat SMS dari kakak ipar aku. Lepas tu, baru dapat call dari Azeem. 

Dan disebabkan dah lama tak jumpa dia, aku tak fikir panjang, terus ambil cuti setengah hari. Balik rumah je, ambil kunci kereta, terus pecut ke Puchong. Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar da aku selamat sampai di rumah abang tepat jam 3.00 petang.

Masa aku sampai tu, kakak ipar dan anak buah aku tengah tidur. Tapi, terus terbangun sebaik saja aku bagi salam. Tengok muka Azeem, memang nampak pucat juga la. Macam nampak lebam. Tak tahu la istilah yg tepat. Mungkin sebab badan dia terlalu panas. Sampai nampak kesan panas tu kat muka dia. Masuk je rumah, mula la dia mengadu itu ini. Tak lalu nak makan la. Nak tidur pun susah. nak buat itu tak boleh. Nak buat ini tak kena. Kesian la pula. Nasib baik la Azeem tu pandai bercakap. Sekurang-kurangnya kita tahu la nak buat apa kat dia. Teringat pula masa dia kecil-kecil dulu, kalau demam, tak boleh diusik langsung. Dia mengadu apa pun kita tak faham. Lagi kesian...huhu >_<

Pagi tadi, aku rasa badan dia dah tak panas sangat. Alhamdulillah. Lega sikit bila tengok muka dia yg agak ceria. Dah boleh senyum dan yg paling tak boleh tahan bila dia tanya, "eh...bila makngah sampai...?" Aku rasa nak gigit je budak kecik tu! Punya la moodynya dia masa demam semalam, sampai tak perasan aku ada depan mata dia kan.


p/s : "Ibu..makngah cakap kalau demam boleh makan aiskrim...aiskrim tu ubat demam..." hoho (^_^)



~ Dylla Abas ~

Monday 20 May 2013

Happy Birthday Housemate

Assalammualaikum W.B.T

** housemate memang takkan baca entri ni rasanya **

Walau apapun, still nak wish kat dia :

Wishing you happiness 
To welcome each morning, 
Wishing you laughter 
To make your heart sing. 
Wishing you friendship 
Sharing and caring, 
And all of the joy 
The birthday can bring.

3D Butterfly - sebagai memenuhi rasa cinta housemate terhadap rama-rama ^_^


p/s : thanks for being such an understanding housemate (",)


~ Dylla Abas ~

Mimpi Pocong

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi Isnin. Pagi lagi ni..sempat la nak bersarapan lagi bagi yg belum bersarapan. Hari ni birthday housemate aku. Tapi, hari Jumaat yg lepas aku dah siapkan birthday card dia. Dah letak kat meja ofis dia pun. So, pagi-pagi tadi masa dia sampai ofis, mungkin dia surprise kot. Terhharu sekali. hehehe...hmm..ntah la...tak sempat jumpa dia lagi kat ofis hari ni.

Okay. Cukup cerita pasal tu. Sebenarnya nak cerita pasal mimpi semalam. Tak tahu la apa asal-usulnya mimpi tu, tapi sebelum aku tersedar dari lena tu, memang aku bermimpikan pocong! Adoiiii la...dalam banyak-banyak perkara, kenapa pocong juga yg muncul dalam mimpi aku...?? Banyak pula tu!! Aku rasa lebih dari 5 pocong. Dan yg kelakarnya, salah satu daripada pocong tu, aku boleh buat main pula. Boleh main angkat-angkat. Adoiii..pelik sungguh mimpi!

Tapi, pocong dalam mimpi aku tu nampak menggerunkan juga. Dah la kain kapannya berdarah-darah. Haish..seram dalam kelakar. Bangun tidur nak masuk toilet pagi tadi pun, dok tengok kiri-kanan. Mana la tahu kot-kot muncul pula pocong tu kan. Hahahaha...karut sungguh la Dylla (>_<)


p/s : okay...nak sambung buat kerja..sang auditor ni dok lalu-lalang belakang aku..rimas!!



~ Dylla Abas ~

Friday 17 May 2013

Riak Di Internet

Assalammualaikum W.B.T

Mungkin ada yg pernah terbaca artikel ni
Saja nak share untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan semua (",)




p/s : moga kita sentiasa bermuhasabah diri di dalam setiap perbuatan dan niat kita agar dijauhkan dari bersifat riak..in shaa Allah


~ Dylla Abas ~

Hikmah Di Sebalik Setiap Kesulitan

Assalammualaikum W.B.T

Salam Jumaat yg penuh barakah buat semua (",)




p/s : muhasabah diri



~ Dylla Abas ~

Thursday 16 May 2013

Waktu Baik Untuk Berdoa

Assalammualaikum W.B.T


p/s : jangan lepaskan peluang untuk berdoa di waktu-waktu di atas ye (",)



~ Dylla Abas ~

Selamat Hari Guru

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni rata-rata di seluruh Malaysia menyambut Hari Guru. Tersenyum aku bila online FB pagi tadi, banyak sangat ucapan Hari Guru di wall kawan-kawan. Masing-masing sibuk mengucapkan ucapan ini khas buat guru-guru yg mereka sayangi. Aku...?? Bukan tak nak ucap, cuma tengah fikir nak ucapkan kepada siapa (>_<)

Bila bercakap tentang Hari Guru, pasti kenangan ketika menyambut hari bersejarah ini ligat berputar balik dalam kepala. Dari zaman sekolah rendah, hingga la ke sekolah menengah, sambutan Hari Guru pasti tak meriah tanpa lagu temanya. Mungkin ada yg lupa. Tapi, aku tak pernah lupa. Pada aku, itulah lagu tema terbaik yg aku sendiri tak boleh nak lupakannya. Kepada yg dah lupa, meh sini aku share lirk lagu tu :

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan
Best kan lirik dia...? Penuh makna kalau dihayati baris demi baris. Dulu, masa sambutan Hari Guru kat sekolah, pasti acara nyanyian lagu tema Hari Guru ni yg paling aku nantikan. Masa tulah aku dapat tengok semua guru menyanyi sambil menghiburkan diri sendiri..eh..?? sambil menghiburkan kami semua, para pelajar la...hehehe

Google

Apapun yg berlaku, siapa pun kita, dengan izin Allah S.W.T dan dengan bantuan guru la kita berada di mana kita berada hari ini. Tanpa mereka yg bersusah payah berkongsi ilmu dan mengajar kita dengan penuh sabar, tentu kita masih terpinga-pinga mencari hala tuju hidup kita. Aku amat berterima kasih kepada semua bekas-bekas guru yg pernah mendidik aku tanpa rasa jemu suatu ketika dahulu. Hanya Allah S.W.T saja yg dapat membalas jasa kalian (^_^)
Kepada kawan-kawan blogger yg bergelar guru, cikgu Gen2merah, cikgu 3nogr33ny, cikgu Kancil8349, cikgu Istana Biru dan semua yg tidak disenaraikan di sini ** sebab tak berapa sure you all punya profession **...Selamat Hari Guru...Love you all...!!!


p/s : pernah mewujudkan misi mencari semula semua guru ketika di sekolah rendah dulu, tapi hingga kini masih belum berjaya...sedih :(




~ Dylla Abas ~

Wednesday 15 May 2013

Amal Perbuatan Yg Berat

Assalammualaikum W.B.T

Jom muhasabah diri...!!




p/s : yg susah nak buat ini la yg paling berkat dan paling banyak pahalanya...wallahu'alam



~ Dylla Abas ~

Segmen : LUPUS Awareness Month

Assalammualaikum W.B.T

1stly sorry sangat kat adik Deno sebab dah terlewat buat entri ni
But, I keep my promise
Really want to support you, sis (",)


Segmen ini diadakan sempena LUPUS (SLE) Awareness Month pada bulan ini iaitu bulan May. Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS a.k.a SLE yang sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Ramai di antara kita masih belum mengenali penyakit SLE yang merupakan penyakit kronik yang juga boleh membawa maut.




Kepada sesiapa yg masih belum tahu, jom sama-sama klik Systemic Lupus Erythematosus
Macam-maca info berkenaan dengan S.L.E ada di situ


p/s : tag 3nogr33ny untuk turut sama menyokong adik Deno (",)
yg tak di tag pun boleh join juga...!!



~ Dylla Abas ~

Azab Bagi Kaum Wanita Di Neraka

Assalammualaikum W.B.T

** Perkongsian ini khas untuk semua para wanita yg dihormati dan disayangi **
Pada suatu hari, Saidina Ali R.A dan Saidatina Fatimah az-Zahra bertemu dengan baginda Rasulullah S.A.W dan melihat baginda sedang menangis. lalu, bertanyalah mereka kepada baginda, mengapa dia menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya."
Puteri Rasulullah S.A.W kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Jawab baginda, "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka," kata Nabi S.A.W.

Saidatina Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"
Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong ususnya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya serta bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kala-jengking padanya kerana dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Saidina Ali R.A dan Saidatina Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. Moga kita semua sentiasa bermuhasabah diri agar tidak tergolong di dalam golongan-golongan ini. Allahuakbar.
p/s : berkongsi ilmu itu adalah sedekah...jom kita sama-sama bersedekah (",)



~ Dylla Abas ~




Perubahan Mood Berlaku Tiba-Tiba

Assalammualaikum W.B.T

Rabu. 15 may 2013. Alhamdulillah. Sehari lagi diberi peluang untuk terus hidup. Rasa macam lama je aku tak buka blog ni walaupun baru beberapa hari je aku "cuti" berblogging. Weekend yg lepas, aku balik kampung. Kalau dah dekat kampung, memang al-maklum lah. Susah rasanya nak berenggang dengan mak dan ayah. Daya penarik diorang lagi hebat dari blog buruk aku ni..huhu (",)

Apapun, hari ni nak bercakap tentang mood. Pernah tak korang alami perubahan mood yg berlaku secara tiba-tiba...? Aku selalu! Kalau di awal pagi tu mood aku sangat la cerianya, tapi belum pun masuk tengahari, tiba-tiba je mood tu boleh bertukar rupa. Selalunya disebabkan oleh bebanan kerja la. Keadaan persekitaran pun sedikit sebanyak boleh menjejaskan mood aku. Dan sebenarnya amat jarang berlaku, bila di awal pagi mood aku tak begitu bagus, tapi tiba-tiba boleh bertukar jadi sangat bagus. Hehehe...

Banyak faktor sebenarnya yg boleh mengubah mood seseorang. Ada kajian yg mengatakan, faktor warna juga memainkan peranan di dalam mempengaruhi mood seseorang. Dikatakan, hati akan jadi lebih damai jika melihat warna hijau. Bila hati dah damai, tentu la mood pun bagus, kan? Begitu juga dengan warna-warna yg lain. Masing-masing ada peranan masing-masing. Tapi, persoalannya, boleh ke peranan warna ni merubah mood secara tiba-tiba...? Okay...aku tak pernah cuba la. Mungkin lepas ni boleh praktikkan. Agak-agak rasa runsing ke apa ke, tengok je warna hijau (^_^)

Perubahan mood juga sering dikaitkan dengan hormon. Ye ke..? Wallahu'alam. Selalunya, kalau perempuan la...bila dia tiba-tiba jadi tegang dan berada di dalam mood yg tak berapa nak bagus, mesti orang akan tanya, "period ke..?" Kadang-kadang rasa nak marah juga dengar soalan tu. Tapi, bila difikirkan secara logiknya, memang bila seseorang wanita melalui fasa "period"...perubahan hormon akan berlaku dan ini akan mempengaruhi mood mereka.

Tapi, bagi diri aku, kalau melalui fasa tersebut, takde la sampai nak naik angin ke atau nak marah-marah ke. Masih terkawal lagi la mood tu. Cuma, aku akan rasa takde mood jelah. Malas nak layan semua orang. Lagi suka buat hal sendiri je. Tapi, mood yg akan tiba-tiba berubah bila melalui fasa tersebut, ialah mood nak makan banyak! Tu boleh dikira sebagai perubahan mood juga ke ye...? Huhu (>_<)


p/s : pagi ni mood aku agak stabil walaupun banyak kerja nak kena siapkan...sempat pula buat entri dulu (",)




~ Dylla Abas ~


Friday 10 May 2013

18 Usaha Untuk Khusyuk Dalam Solat

Assalammualaikum W.B.T

Jom kita praktikkan (",)




p/s : best tips ever..!!



~ Dylla Abas ~

Harap Maafkan Kedaifan Saya

Assalammualaikum W.B.T

Pagi tadi aku ada buat satu entri tentang bermulanya bulan Rejab 1434H ** dah delete pun entri tu ** Dalam entri tu aku ada menyebut tentang buku catatan amalan kita yg diangkat dan diganti dengan buku catatan yg baru. Hakikat sebenarnya, buku catatan amalan kita akan diangkat dan berganti dengan buku baru pada malam Nisfu Sya'ban (iaitu selepas Maghrib 14 Sya'aban). Nisfu Sya'aban jatuh pada 15 Sya'aban. Nisfu di dalam bahasa Arab yg bermaksud separuh.

Jadi, di sini aku nak memohon maaf secara terbuka kerana kedaifan aku disebabkan rasa teruja nak share something tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Berlaku sedikit salah faham bila keluarnya beberapa hadith yg kemudiannya telah dikenal-pasti sebagai hadith palsu.




Sila ambil perhatian kepada sesiapa yg pernah menyebarkan hadith ni. Sama-sama la kita perbetulkan mana yg silap. Apapun, doa di bawah ni tetap boleh dibaca sebaik saja masuk waktu Maghrib nanti. Moga amalan kita semua akan diberkati oleh-Nya kelak. In shaa Allah.



p/s : tapi niat aku minta maaf dalam entri tu aku tak tarik balik tau (",)



~ Dylla Abas ~

10 Perangkap Syaitan

Assalammualaikum W.B.T

Jom sama-sama bermuhasabah diri
Mana la tahu kot-kot ada terselit 1-2 perangai kat bawah ni dalam diri kita kan
Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua (>_<)




p/s : moga kita tidak terperangkap dengan perangkap Syaitan ini



~ Dylla Abas ~

Thursday 9 May 2013

6 Perkara Yg Allah S.W.T Sembunyikan

Assalammualaikum W.B.T

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha untuk melakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Subhanallah. Besar sungguh rahmat dan kurniaan Allah S.W.T terhadap kita semua. Bertuahnya kita kerana menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W, makhluk yg paling dicintai oleh-Nya. Jom kita sama-sama bermuhasabah diri dan beramal soleh. Moga Syurga Ma'waa menjadi kediaman kita di sana kelak. In shaa Allah (",)

p/s : niat yg baik in shaa Allah akan dipermudahkan oleh-Nya



~ Dylla Abas ~

Peringatan Rasulullah S.A.W Terhadap Umat Baginda

Assalammualaikum W.B.T

**Ucapan Nabi Muhammad S.A.W Ketika Pembukaan Kota Mekah**


"Wahai sekalian kaum Quraisy, sesungguhnya Allah telah menghindarkan kesombongan jahiliyah dari diri kalian dan pengagungan terhadap nenek moyang. Manusia adalah berasal dari Adam dan Adam berasal dari Tanah."

"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian semua dari seorang laki-laki dan perempuan, dan kami jadikan kalian berbangsa-bangsa, bersuku-suku agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya org yg paling mulia di sisi Allah adalah orang yg paling bertaqwa di antara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal " (Surah Al-Hujurat - ayat 13)

"Wahai kaum Quraisy, menurut kalian, apa yang akan aku perbuat terhadap kalian? "

Mereka menjawab, "Kebaikan, engkau adalah saudara yang mulia dan putra saudara yg mulia."

"Aku akan mengucapkan kepada kalian seperti apa yang diucapkan oleh Nabi Yusuf kepada saudara-saudarnya, 'HARI INI TIDAK ADA CERCAAN BAGI KALIAN', pergilah, kerana kalian semua bebas."


p/s : belajar la sesuatu daripadanya (",) credit to my officemate for this info..say no to racist!!
bukan semangat keBANGSAan yg perlu diterapkan, tetapi semangat keISLAMan yg harus diperjuangkan (^_^)


~ Dylla Abas ~


Wednesday 8 May 2013

Kepercayaan Yang Dikhianati

Assalammualaikum W.B.T

Melarikan diri dari topik pilihanraya yg makin mencabar minda ni. Tolak ke tepi kejap isu tu. Makin banyak bercakap, makin banyak hal yg keluar nanti. Jadi, kita yg dah jalankan tanggungjawab pergi mengundi ni, dah lepas dah part kita. Kalau ada hal lain yg timbul, itu dah jadi part pemimpin.

Hari ni nak cakap tentang kepercayaan. Kepercayaan tu sesuatu yg bukan mudah untuk diperolehi. Dan jika sudah memperolehinya, jangan pula dikhianati. Sekali kepercayaan itu dikhianati, mungkin selamanya kita tidak akan dapat untuk memperolehinya lagi. Kepercayaan secara amnya, adalah percaya sesama kita. Suami dan isteri haruslah saling mempercayai. Antara kawan juga, kepercayaan itu perlu wujud agar persahabatan boleh terjalin dengan lebih baik.

Disebabkan belum kahwin, jadi aku tak nak la bercakap tentang kepercayaan antara suami dan isteri. Nanti kata aku memandai pula. Cuma, kalau melihatkan pengalaman hidup mak dan ayah, aku memang kagum gile dengan mak yg percayakan ayah tanpa berbelah bahagi. Aku ingat lagi, masa aku kecil dulu, ayah memang suka balik lewat. Lepas waktu kerja, ayah mesti akan keluar dengan kawan-kawan dia. Ayah tu kaki memancing. Selalu juga la dia ikut kawan-kawan dia pergi memancing. Faham-faham jelah kan bila dah pergi memancing, mesti la balik lewat.

Tapi, mak tak pernah argue. Apa je alasan ayah, mesti mak terima dengan hati yg terbuka. Tak pernah pun dalam hati mak terdetik yg ayah akan buat perangai ke apa ke. Alhamdulillah, ayah memang tak pernah buat perangai. Berbaloi sangat mak percayakan ayah. 

Bila aku berdepan dengan situasi di mana aku harus percayakan seseorang, tapi dalam masa yg sama aku berasa sangat was-was, aku mesti teringatkan mak. Betapa tabahnya dia menanam rasa percaya terhadap ayah tanpa perasaan syak wasangka. Bukan aku susah nak percayakan orang, tapi bila kepercayaan itu pernah dikhianati, agak sukar la untuk aku rasa percaya lagi. Dalam erti kata lain, aku lebih berhati-hati la untuk percaya kat seseorang walau sebaik mana pun dia dengan aku.

Kadang-kadang, bila aku pula berada di kedudukan di mana aku ingin diri aku dipercayai, perasaan was-was tu wujud juga. "eh...dia ni percaya ke kat aku...?" Dan bila aku dah dapat kepercayaan seseorang, sebaik mungkin aku akan jaga kepercayaan tu. Bila dalam hati mula rasa nak mengkhianati, cepat-cepat la sedarkan diri. Kalau diri sendiri pun tak suka dikhianati, jangan la mengkhianati yg lain.

Aku pernah terbaca, mungkin di FB atau di mana-mana, "Allah S.W.T memberi sepenuh kepercayaan kepada kita dan kita telah berjanji dengan-Nya sebelum kita dilahirkan. Dengan kepercayaan dan janji itulah, kita dilahirkan ke dunia. Pernahkah kita terfikir, yg kita telah mengkhianati kepercayaan itu dan telah mengingkari janji kita terhadap-Nya...?" Terkesan sungguh ayat tu pada aku. Sungguh aku telah mengkhianati kepercayaan-Nya terhadap aku. Astaghfirullahal'adzim. Ampunilah aku ya Allah :(

p/s : mood sedih kah...???



~ Dylla Abas ~

Monday 6 May 2013

PRU13 Yg Sudah Berlalu

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Selesai sudah saat-saat genting buat negara kita bila pilihanraya umum kali yg ke-13 telah berlalu semalam. Dan seperti yg kita semua tahu, BN atau yg disebut-sebut sebagai 'Gelombang Biru' mengekalkan kemenangan. Walaupun tipis, tapi BN sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk terus memimpin dan menerajui Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang. 

Di DUN Rawang (N14) seperti yg aku dah jangka, akan dimenangi oleh calon DAP, Gan Pei Nei, menewaskan calon BN, Lee Li Pew, dengan majoriti 9,241 undi. Sebelum ni pun, memang calon DAP ni yg memenangi kerusi DUN Rawang. Apapun, selama aku menjadi warga Selangor, khususnya Rawang, tempat ni memang takde masalah. Pembangunan demi pembangunan dapat disaksikan. Takde la mundur sangat kan. Walaupun hakikatnya, memang bangsa Cina yg memonopoli ekonomi di sekitar Rawang ni.

Memetik kata-kata kawan aku di Twitter nya pagi tadi, "keputusan telah pun diketahui..tahniah kepada yg berjaya, yg tidak berjaya bukan bermakna anda gagal..teruskan berusaha untuk masa PRU yg akan datang..semoga Malaysia akan lebih maju dan makmur tanpa ada perpecahan kaum..in shaa Allah.." Apa yg menariknya tentang Twitter tu bila dia sebut tentang perpecahan kaum. Sedih bila memikirkan bangsa Melayu yg sanggup mengata sesama sendiri sepanjang tempoh PRU13 ni berlangsung.




Bagi aku secara peribadinya, kaum Melayu memang agak emosional. Maaf kalau ada yg terasa. Aku sendiri berbangsa Melayu. Tapi, bila benda-benda macam ni berlaku di kalangan bangsa Melayu, sedih betul rasanya. Aku tak salahkan penyokong-penyokong fanatik Pakatan Pembangkang. Bagi aku, memang takde masalah jika PAS yg memimpin negara kita ni. Tapi, bila bergabung dengan PR dan DAP, aku rasa lain. Tapi, ntah la. Itu pendapat peribadi aku.

Jadi, lepas ni kita boleh teruskan hidup macam biasa. Yg dah dipertanggungjawabkan untuk memimpin negara, harap dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan telus dan saksama. Semoga Malaysia akan terus aman makmur dan sejahtera. Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup dengan tenang di muka bumi-Nya ini. Alhamdulillah.


p/s : pagi tadi naik tren, mata aku asyik dok tengok jari orang je..masih ada kesan dakwat kekal..thumbs up kepada yg telah pergi mengundi (",)



~ Dylla Abas ~

Mengapa Tun Mahathir Sedih

Assalammualaikum W.B.T

**Perkongsian buat semua khususnya buat orang-orang Melayu**
**Hasil tulisan Tun M - Credit to Utusan**

Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


p/s : sumber - Facebook



~ Dylla Abas ~