Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Selesai sudah saat-saat genting buat negara kita bila pilihanraya umum kali yg ke-13 telah berlalu semalam. Dan seperti yg kita semua tahu, BN atau yg disebut-sebut sebagai 'Gelombang Biru' mengekalkan kemenangan. Walaupun tipis, tapi BN sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk terus memimpin dan menerajui Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Di DUN Rawang (N14) seperti yg aku dah jangka, akan dimenangi oleh calon DAP, Gan Pei Nei, menewaskan calon BN, Lee Li Pew, dengan majoriti 9,241 undi. Sebelum ni pun, memang calon DAP ni yg memenangi kerusi DUN Rawang. Apapun, selama aku menjadi warga Selangor, khususnya Rawang, tempat ni memang takde masalah. Pembangunan demi pembangunan dapat disaksikan. Takde la mundur sangat kan. Walaupun hakikatnya, memang bangsa Cina yg memonopoli ekonomi di sekitar Rawang ni.
Memetik kata-kata kawan aku di Twitter nya pagi tadi, "keputusan telah pun diketahui..tahniah kepada yg berjaya, yg tidak berjaya bukan bermakna anda gagal..teruskan berusaha untuk masa PRU yg akan datang..semoga Malaysia akan lebih maju dan makmur tanpa ada perpecahan kaum..in shaa Allah.." Apa yg menariknya tentang Twitter tu bila dia sebut tentang perpecahan kaum. Sedih bila memikirkan bangsa Melayu yg sanggup mengata sesama sendiri sepanjang tempoh PRU13 ni berlangsung.
Bagi aku secara peribadinya, kaum Melayu memang agak emosional. Maaf kalau ada yg terasa. Aku sendiri berbangsa Melayu. Tapi, bila benda-benda macam ni berlaku di kalangan bangsa Melayu, sedih betul rasanya. Aku tak salahkan penyokong-penyokong fanatik Pakatan Pembangkang. Bagi aku, memang takde masalah jika PAS yg memimpin negara kita ni. Tapi, bila bergabung dengan PR dan DAP, aku rasa lain. Tapi, ntah la. Itu pendapat peribadi aku.
Jadi, lepas ni kita boleh teruskan hidup macam biasa. Yg dah dipertanggungjawabkan untuk memimpin negara, harap dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan telus dan saksama. Semoga Malaysia akan terus aman makmur dan sejahtera. Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup dengan tenang di muka bumi-Nya ini. Alhamdulillah.
p/s : pagi tadi naik tren, mata aku asyik dok tengok jari orang je..masih ada kesan dakwat kekal..thumbs up kepada yg telah pergi mengundi (",)
~ Dylla Abas ~
9 comments:
assalamualaikum dylla...selesai sudah masa mengundikan..:)
pru dah berlalu.. kalah dan menang adat pertandingan kan.. jgn la ada apa2 yg tak baik berlaku... :)
p/s: org ckp bleh hilangkan dakwat tu dgn senang, deno siap gunakan mcm2 tak tanggal habis pun.. hairan betul..
salam
betul setuju..kaum kita lebih bnyk yg beremosi..hmm =_=
ITULAH KPTSN RAKYAT..HIHI..
opinion yg sama..
klo PAS bergabung dgn DAP dan PKR, ermmm ermmm
Dakwat kekal tu tak kekal pun di jari kakak. Balik rumah kakak cuci pinggan dan masak pun dah bersih...
apapun terima keputusan dgn redha yer
singgah sblm lunch =)
tahniah semua kepada yg mengundi..hehehe
Post a Comment