Pages

Thursday, 9 May 2013

6 Perkara Yg Allah S.W.T Sembunyikan

Assalammualaikum W.B.T

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha untuk melakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Subhanallah. Besar sungguh rahmat dan kurniaan Allah S.W.T terhadap kita semua. Bertuahnya kita kerana menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W, makhluk yg paling dicintai oleh-Nya. Jom kita sama-sama bermuhasabah diri dan beramal soleh. Moga Syurga Ma'waa menjadi kediaman kita di sana kelak. In shaa Allah (",)

p/s : niat yg baik in shaa Allah akan dipermudahkan oleh-Nya



~ Dylla Abas ~

9 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah kerana kita menjadi ummat Muhammad.. syukur.. rugilah jika kita persiakannya..

Dkna Abza said...

tq sharing info yang baik :)

maszull said...

assalamualaikum dylla...semoga kita umatnya akan sentiasa mengingatiNYA..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih kngsi info yg baik =)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : alhamdulillah..mmg bertuah sgt rasanya sbb jadi umat manusia terpilih ni kan :)

Dylla Abas said...

@Dkna Abza : sharing is caring :)

Dylla Abas said...

@Mas Zull : w'salam mama..in shaa Allah,jgn sesekali kita lupa pada-Nya

Dylla Abas said...

@nuyui a.k.a miss YUI : welcome sis :)

Anonymous said...

perkongsian yg bagus ni dear!