Pages

Saturday 27 August 2011

Tipu Sunat

Situasi 1 :
Mak : Kenapa lambat balik ni...?
Anak : Tadi ada kelas tambahan di sekolah (padahal ada sesuatu berlaku di sekolah)
Niat menipu - tak nak mak risau akan keselamatan anak

Situasi 2 :
GF : Malam tadi keluar dengan siapa...?
BF : Ala, dengan kawan-kawan ofis (kalau bagitau keluar dengan bekas kekasih confirm kena maki)
Niat menipu - bekas kekasih ada masalah or etc...jumpa untuk berbual je, tak nak GF syak ada apa-apa antara mereka

Situasi 3 :
Majikan : Mana laporan yg saya minta kamu siapkan..?
Pekerja : Saya nak check balik, bos. Takut nanti ada yg tersilap (sebenarnya kerja tak siap lagi)
Niat menipu - memang kerja dah siap separuh, tapi tak nak bos bising-bising...malu kat kawan ofis

Pernah tak antara 3 situasi ni berlaku dalam hidup korang..? Aisehh...baik dowh siapa yg tak pernah menipu atau istilah paling famous TIPU SUNAT. Alhamdulillah kepada siapa yg tak pernah. Tipu sunat ni sebenarnya wujud ke..?

Sebenarnya mana ada tipu sunat. Walau apapun niat kita, menipu tu kan berdosa. Tak baik. Kan lebih baik berterus-terang tentang perkara sebenar. Bila kita dah menipu sekali, kita akan terus menipu untuk menutup balik penipuan yg sebelumnya. Jadi, berapa banyak dosa menipu yg kita nak tanggung..?

Memang bukan mudah untuk bersikap jujur. Tapi, kejujuran tu mencerminkan keperibadian seseorang. Bila kita jujur dengan orang lain, hati kita tidak diserang dengan perasaan bimbang. "Macam mana kalau dia tahu aku menipu ye..?" Persoalan ini tidak akan hilang selagi kita tidak berterus-terang.

Jadi, janganlah menipu. Takde istilah tipu sunat dalam hidup. Orang lebih memberi kepercayaan kepada mereka yg jujur.


p/s : kecik-kecik dulu suka tipu mak kata ada latihan olahraga, padahal lepak Bandar Ipoh dengan kawan-kawan sekolah..ampun mak, janji tak buat lagi (",)

Jangan Keterlaluan Dalam Meminta



Jangan meminta si dia belikan apa-apa untuk kamu jika si dia lebih senang menghabiskan duit untuk dirinya sendiri

Jangan meminta si dia membelai kamu jika si dia lebih selesa berpeluk tubuhnya sendiri

Jangan meminta si dia memanjakan kamu jika si dia lebih suka kamu yg memanjakannya

Jangan meminta si dia memanggil kamu dengan panggilan manja jika si dia tidak mahu dan malu untuk berbuat demikian

Jangan meminta si dia menemani kamu jika si dia hanya sibuk dengan urusan dirinya sahaja

Jangan meminta si dia melupakan hal teman-temannya apatah lagi bekas kekasihnya jika si dia memang sayangkan mereka lebih dari diri kamu


cukuplah kamu tahu dia masih ada perasaan terhadapmu dan sayangilah diri kamu lebih dari kamu menyayangi si dia..fikir-fikirkan...!!

p/s : boleh ke macam tu...??




Diari Ramadhan Dylla : Day 26

Eh, 26 hari dah..?? Betul ke ni..? Betul la Dylla. Memang dah 26 hari kita semua berpuasa. Wahhhh, dah nak raya la!! Hehehe

Tadi, buka puasa dengan kawan ofis lama. Lama dah tak jumpa dia. makin berseri-seri pula kawan aku yg seorang tu. Dari jauh dah nampak dia tersengih-sengih. Sebenarnya jumpa dia sebab nak ambil kuih raya je. Aku terlupa langsung yg aku ada order kuih raya dengan dia. Nasib baik dia ingatkan. Kalau tak, kempunan la aku nak makan tat nenas tu. Makcik dia buat sedap tau (",)

Lepas buka puasa kononnya nak pergi tengok-tengok baju raya. Tapi, tiba-tiba plan bertukar bila sang bf ajak main bowling. Sebenarnya aku yg gedik nak main..hahahaha. Sampai 8 frame seorang kami main. Haa...amik kau!! Nak sangat main bowling. Sakit pinggang aku. Dah lama kot tak main bowling.

Esok dah last day kerja. Barang nak bawa balik kampung belum packing lagi. Petang esok nak singgah rumah mak kat Bukit Beruntung dulu. Alahai, kalau la aku tak tinggalkan kain ela tu kat sana, mesti dah siap baju raya aku tau. Alamatnya, kena rushing la menjahit baju tu. Adesss...

Lepas tu, baru la dapat teruskan perjalanan ke Slim River. Dekat je. Kalau boleh nak sampai sana sebelum berbuka puasa. Bestnya dapat buka puasa dengan family lagi (",)

p/s : Selamat balik kampung untuk semua BLOGgers...!!!

Friday 26 August 2011

Surat Cuti..??


p/s : pssstttt...OlO tu apa maksudnya..???


Hari ni hari Jumaat

Assalammualaikum

Selamat pagi BLOGgers...!!

Ntah apa-apa je tajuk entri. Tak tahu nak letak tajuk apa. Kang letak takde tajuk kang macam kurang menarik lak entri ni. Cheh, macam la letak tajuk entri aku ni jadi menarik sangat..hehe


Memang hari ni hari Jumaat pun. Jumaat ke-4 dalam bulan Ramadhan ni. Selalu kalau hari Jumaat kan macam relax sikit kat ofis. Boleh la nak bersenang-lenang. Hari ni aku tak busy sangat. Tapi, tak la free juga. Hmm..sempat la BW jap pagi tadi (",)

Apa sejarah dan kelebihan di sebalik hari Jumaat ni..?? Haa..siapa tahu..?? Kalau ada yg tahu tu, alhamdulillah. Kepada siapa yg masih samar-samar tentang kelebihan hari Jumaat, meh baca entri ni. Kasi terang sikit!!

1. Penghulu segala hari

2. Nabi Adam A.S diciptakan dan disingkirkan dari Syurga

3. Selamat dari fitnah kubur bagi yg meninggal pada hari Jumaat

4. Makbulnya doa di antara 2 Khutbah Jumaat

5. Sunnah memotong kuku - Allah akan menyembuhkannya dari penyakit dan memberikannya keselamatan

6. Hari berlakunya Kiamat

Tu antara kelebihan yg aku tahu. Ada banyak lagi yg lain. Jadi, ambil la kesempatan untuk beramal pada hari Jumaat ni. Banyakkan berdoa. Moga-moga doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah.

Wallahu'alam.

Diari Ramadhan Dylla : Day 25

Selamat malam semua...!!

Malam ni dapat update 'diari' awal sikit. Sepatutnya memang kena update tiap-tiap malam pun kan. Aku je yg selalu nak lajak sampai pagi baru nak update...ngee :p

Hari ni kat ofis dah terasa sepi. Nak kata ramai yg dah bercuti macam tak juga. Nampak je kereta diorang park kat depan ofis ni. Tapi, orangnya yg tak nampak-nampak. Aku pula hari ni pagi-pagi lagi dah kena 'kejar' dengan PD, tanya pasal subcon punya hal. Adesss...cepat la cuti. Tension dah aku kat ofis ni. Asal datang ofis je, kena 'kejar'. Tak sempat nak ambil oksigen!!

Lagu raya pun dah berkumandang sana sini. Kuih-kuih raya dah berlonggok-longgok tunggu disambar oleh pembeli. Aku tengok harga kuih raya tu masih mahal lagi. Selalu kan dah hujung-hujung macam ni harganya mesti turun sikit. Time tulah baru aku pergi beli..hehehe

Aku sebenarnya nak cerita pasal tarawih. Tapi, malu nak cerita sebab dah banyak hari aku miss. Tarawih kat rumah je. Biasa la kan...dah buat kat rumah, ekspress!! Bukan apa, tiba-tiba teringat kenangan tarawih tahun lepas. Masa tu housemate aku ramai. Ada 5 orang. Selalu kami memang pergi tarawih sama-sama la. Ada sekali tu, lepas tarawih ada moreh. Aku tak pasti makanan apa, sebab aku dah balik awal. Tak tunggu untuk solat witir.

Aku sampai rumah, terus lepak-lepak depan tv. Layan cerita apa yg patut, balik la housemate aku yg lain-lain tu. Sekali si Puspa bawa roti jala sekali dengan pinggan surau daa...!! Aku punya gelak, tak cover dah. Yg lain-lain pun gelak sekali. Diorang siap cerita kat aku macam mana si Puspa tu boleh berniat nak bawa sekali pinggan surau.

Adesss...yg bestnya, aku rasa pinggan surau tu sampai sekarang ada lagi kat rumah aku. Tak tahu la bila nak pulangkan balik :)

Hmmm..dah 25 Ramadhan pun hari ni. Alhamdulillah. Kalau panjang umur, esok kita akan teruskan dengan Ramadhan yg ke-26 pula. InsyaAllah. Makin lama makin cepat masa berlalu. Bila masa tu berlalu terlalu cepat, maksudnya aku pun menua dengan cepat sekali la ye..?? Erkk..??

p/s : Selamat menghabiskan puasa BLOGgers...!!

Thursday 25 August 2011

English...susah ke..??



p/s : tak baik ketawa..tapi xleh tahan..huhu :p



Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah S.A.W dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad, mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya- Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.,

Rasullullah S.A.W bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Wallahua'alam


Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
 
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
 
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
 
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
 
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
 
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
 
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
 
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
 
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
 
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
 
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
 
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan
.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
 
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
 
 
p/s : berehat sebentar rehatkan minda (",)
 
 

Monolog Seorang Hamba Allah

Aku hanya manusia biasa
Yang lemah lagi hina
Aku berdiri kerana-Nya
Aku jatuh juga kerana ketentuan-Nya

Aku sering tertanya
Mengapa aku yang dipilih oleh-Nya
Mengapa aku yang harus melalui ujian ini
Mengapa aku yang dicipta untuk diduga sebegini
Walaupun jawapannya telah sedia ada
Bermain-main di minda dan di jiwa
Namun, adakah aku punya hak untuk bertanya

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Andai diri ini lemah
Izinkan aku untuk terus gagah berdiri
Serta bermunajat kepada-Mu
Agar aku tidak alpa
Bahawa segala ketentuan-Mu itu
Adalah yang terbaik buat diriku


p/s : tiba-tiba hari ni hati rasa sangat sayu :(



Wednesday 24 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 24

Assalammualaikum dan selamat malam BLOGgers...!!

Tak sangka dah 24 hari kita semua berpuasa kan. Cepatnya. Tak sampai seminggu je hari kemenangan akan menjelang tiba. Ada juga rasa sedih dan sayu mengenangkan Ramadhan yg bakal berakhir ni.

Sepanjang Ramadhan ni, macam-macam yg aku belajar. Di alam nyata dan juga di alam maya ni. Macam-macam kerenah manusia. Yg baik tu memanglah aku jadikan idol. Yg buruk tu..?? Ish, aku pun tak la baik sangat. Tak payah dok mengata buruk orang lain.

Yg pasti, rezeki Ramadhan tahun ni, alhamdulillah, tak mengecewakan (",) Rezeki apa tu..?? Hehehe.. macam-macam la. Bonus. Makan-makan free. Hmm.. macam-macam lagi la.

Contoh terbaik, hari ni la. Buka puasa tadi, bos belanja makan seafood lak. Wow..best!! Memang sedap walaupun aku tak nafikan ada rasa kecewa sikit dengan menu ketam. Padahal aku yg order ketam tu. Cheezy Crab. Tapi, aku yg tak boleh makan. Rasa muak pula makan ketam dengan cheese. Tapi, tengok kawan-kawan makan okay je. Adessss...

p/s : apa pun, thanks to Mr.Ooi. Lainkali boleh belanja kami lagi :)

RAYA beb...!!!

"Bila sebut pasal raya
Semua orang ingat raya
Tapi kita semua jangan lupa...
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain hari raya..."

Mesti ada yg pernah tahu lirik lagu kat atas tu, kan? Tulah lirik lagu raya nyanyian Jalil Hamid. Aku rasa tu lagu raya paling kreatif la. Mana ada artis nak nyanyi lagu macam tu. Bila buat lagu raya, mesti nak kena ada ketupat, rendang, dodol, duit raya, bermaaf-maafan dll la. Hehehe..padahal aku layan je semua lagu raya. Best kot :)

Tak lama lagi dah kita semua nak beraya ni. InsyaAllah. Mood raya pun dah sampai. Majlis buka puasa merata-rata dah aku pergi. Teruk betul. Sampai terkandas banyak hari sembahyang Tarawih aku tahun ni. Eh, salahkan majlis buka puasa lak..?? Ngeee :p

Kepada yg nak balik beraya di kampung tu, hati-hati la kat jalan raya ek. Yg drive sendiri, jangan nak merembat je (nasihat untuk diri sendiri jugak..tahun ni jgn dapat surat cinta speedtrap lagi ye Dylla) Yg naik bas atau pengangkutan awam lain, pujuk driver tu supaya lebih berhati-hati. Cakaplah korang nak beraya kat kampung, bukan kat spital.

Kalau korang nak gerak malam, pastikan korang mendapat rehat yg secukupnya. Bukan apa. Pengalaman aku drive malam dan siang memang rasa berbeza la. Malam ni perasaan cepat ngantuk tu lain macam la. Kalau siang hari boleh tahan lagi. Mungkin sebab malam, gelap, mata pun memang rasa nak lelap la. Jadi, kalau mengantuk tolong la berhenti rehat dulu. Jangan paksa diri tu okay.

Apa pun, aku nak mengambil kesempatan nak memohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan dalam dunia blog ni. Mungkin ada yg pernah terasa hati dengan apa yg aku tulis, jadi aku minta maaf banyak-banyak. Takde niat nak menyakitkan hati sesiapa pun.



p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....!!


Sedih dengan sikap manusia yg ada PHD ni

Semua orang tahu apa yg aku maksudkan bila aku tulis PHD, kan..?? Bukan cert yg kita belajar untuk dapat title Dr. tu ye kawan-kawan. PHD dengan Melayu memang tak dapat nak dipisahkan. Maaf la kalau bunyi agak kasar, sebab aku pun orang Melayu juga. Tapi, kalau kita sesama Melayu pun nak jatuhkan sesama sendiri, macam mana aku tak tulis macam ni..??

Dalam dunia BLOGging ni pun rupa-rupanya ada yg bersikap macam tu. Padahal bukan kenal pun. Aku buat entri, kau komen. Kau buat entri, aku pula komen. Dah. Tapi, yg nak mendengki antara satu sama lain tu kenapa pula..??

Macam pagi tadi, aku terbaca satu isu ni kat blog BA (sori bro, pinjam isu sat naa...). Cubaan menjatuhkan BLOGger ni, macam-macam diorang buat. Konon nak menegur, tapi tak kena gaya. Aku percaya yg senior macam BA boleh bezakan antara teguran dan sindiran. Alamak, bro!! Terpaksa tulis senior la. Sebab nanti tulis otai kang ada yg tak puas hati lak.

Aku ni walaupun dah nak setahun ada blog sendiri, masih dikira newbie lagi. Banyak benda yg aku kena belajar dan harapkan dari BLOGger senior macam BA dan lain-lain. Senior lain aku tak tahu nak list kan siapa sebab aku tak kenal. Maaf ye :)

Tapi, kalau ada yg cuba nak jatuhkan senior-senior tu, dari siapa lagi newbie nak dapat tunjuk ajar, kan..?? Bak kata BA la, menegur tu tak salah, sebab kita ni mana ada sentiasa betulnya. Tapi, biar kena dengan caranya.

Sudah-sudahla kepada para PHD di alam maya ni. Kita menulis apa yg kita rasa nak tulis. Kau suka, kau baca la. Kalau kau tak suka, jangan pula kau hentam. Tak perlu nak fikir apa yg kita tulis tu berkualiti ke tak. Kalau kita ada pembaca setia, kita attach gambar gajah pun, diorang akan masuk blog kita dan komen. Tapi, kalau kerja kita asyik nak hentam dan jatuhkan orang lain, semua pun meluat. Tak kira la masa tu nanti followers kita dah juta-juta sekalipun.

Sokonglah sesama sendiri. Tak rugi pun.

p/s : kena cari segmen BLOGger lain plak pasni..adesss :p

SATU Jalan SATU Pegangan

** Khas untuk si dia tersayang (eh,sayang ke..?? hahahaha...)


Pernah dengar tak peribahasa atau kata-kata ni :
"Asam di gunung, ikan di laut. dalam hidangan bertemu jua"
Boleh tak aku umpamakan hubungan kita macam tu
Kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku
Bila kita bertemu dunia kita pun berSATU
Pasti sesuatu yg tersirat tu akan tersurat akhirnya kan

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang ZAHIRnya kita
Ada segala asalnya DIA
Hmm...DIA lah CINTA yg patut lahir dalam hati kita
Kita ada kerana DIA
Kita bertemu kerana DIA
Perasaan ini wujud kerana kasih dari-Nya
Aku tak mungkin ada perasaan terhadap kau kalau bukan DIA yg mendetikkannya
Dan begitu juga sebaliknya

Ramai yg kata, kasih antara kita ni nampak misteri
Kelihatan berbeza di mata mereka, hakikatnya kita serupa
Walaupun aku selalu ragu tentang perasaan dan kasih kau pada diri aku
"Kepercayaan itu penting untuk hubungan yg lebih kekal"
Aku pegang kata-kata kau
Kau percayakan aku, jadi aku harus percayakan kau
(walau tidak 100% ye...)

Sindiran dan cacian yg datang dalam hubungan ni memang tak tertepis dah
Aku dah semakin membiasakan diri dengan kata-kata orang tentang kita
Makin lama mereka akan diam, kita akan kembali tenang
Yg penting kau juga tak cepat melatah

Dulu, kita pernah diajar mengenal cinta
Cinta yg wujud bukan kerana seribu JANJI
Cinta yg wujud bukan kerana seribu KATA
Ia harus wujud dan lahir dari hati
Jadi, kau harus tahu yg aku tak perlukan janji dan kata-kata manis
Untuk terus mengikat aku dalam hubungan ini
Keikhlasan itu walaupun sukar dicari, tapi masih boleh ditemui

InsyaAllah, kalau ada jodoh antara kita
Kita akan kekal bersatu dalam redha Illahi

p/s : tiba-tiba nak terjiwang lak petang rabu ni weh...!!!

90 Anak-Anak Yatim Yang Bertuah

90 anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Titian Kasih dan Yayasan Chow Kit telah diraikan dalam satu majlis istimewa sempena Ramadhan kali ini.

Mereka turut dihiburkan dengan kemunculan 4 orang artis seperti Zizan Nin, Juliana Ibrahim, Tia Ibrahim dan Ixora Chern.

Pihak Pengurusan Suria KLCC berkata, aktiviti amal begitu memang menjadi aktiviti tahunan mereka. Selain dari dapat menyumbang sesuatu kepada anak-anak yatim tersebut, mereka juga dapat meluangkan masa untuk melakukan kerja amal.

Memang bertuah sungguh anak-anak yatim tu. Dapat la mereka beraya dengan baju baru tahun ni. Tapi, sebenarnya bertuah ke mereka...?? Bila aku fikirkan balik, aku sanggup beraya tanpa baju raya baru asalkan dapat beraya dengan mak dan ayah. Sedih pula rasanya bila memikirkan anak-anak yatim yang tersenyum riang dengan baju baru, tapi menyambut raya sesama diorang je :(

p/s : nak balik raya..nak balik raya..nak balik raya...!!

9 Sebab Hati Tidak Bahagia



Antara sifat-sifat yang boleh membuatkan hati kita tidak merasa bahagia adalah :

1. PEMARAH - sifat ini sifat yg paling mudah dilihat dan dikesan dalam diri manusia. Orang yg pemarah jarang mendapat kawan dan tentu hatinya tidak merasa tenang dan bahagia.

2. PENDENDAM - sifat ini sifat tersembunyi yg selalunya menuggu masa untuk dikeluarkan. Orang yg suka berdendam akan melakukan apa saja untuk membalas dendam meskipun disebabkan hal yg kecil.

3. HASAD DENGKI - sifat yg sinonim dengan bangsa Melayu...maaf saya orang Melayu juga. Tapi, inilah realitinya. Orang seperti ini pantang melihat kelebihan dan kejayaan orang lain.

4. BAKHIL - sifat kedekut. Orang seperti ini sentiasa merasakan orang-orang disekelilingnya inginkan kemewahan yg dimilikinya. Malah, dia sanggup berpura-pura susah daripada menderma duitnya untuk membantu kesusahan orang lain. Allah lebih sayangkan fasikh tetapi pemurah daripada abid tetapi bakhil. Berkongsilah rezeki yg dikurniakan oleh-Nya untuk mendapat lebih keberkatan.

5. TAMAK - orang yg sentiasa tidak puas hati dengan yg sedikit pasti tidak akan puas hati dengan yg banyak juga. Maka, jadilah dia manusia yg tamak. Orang tamak selalu rugi tau...!!

6. TIDAK SABAR - sabar tu kan sebahagian daripada iman :)

7. EGO - ibu segala mazmummah. Orang yg memiliki sifat ini pantang dicabar dari segi zahir mahupun batin. Jadi, bagaimana hatinya hendak tenang dan bahagia...??

8. RIAK - na'uzubillah. Jauhkanlah diri kita dari sifat riak ini. Manusia yg riak atau takbur tidaklah disukai oleh Allah.

9. CINTA DUNIAWI - masalah betul ada sifat macam ni. Tak salah kita berusaha untuk hidup senang di dunia ini. Tapi, janganlah sampai kita cintakan duniawi hingga terlupa akhirat yg menanti.

Wallahu'alam...

p/s : Sharing is Caring (",)

Diari Ramadhan Dylla : Day 23

'Diari' lambat update lagi
Ni semua gara-gara buka puasa kat luar
Menyebabkan perut jadi sangat penuh
Mata pun jadi sangat berat
Dan dapat lena dengan cepat


Alhamdulillah...rezeki semalam..pizza hut
Tak pernah aku dan kawan2 dapat makan habis
Selalu makan pizza mesti ada balance untuk tapau balik
Tapi semalam..habis LICIN...!!!
Perghhhh..semalam mesti lapar gila ni
Siap order side dish lagi...pun habis gak
Tu pasal la senang tidur
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati..huhu :p

p/s : bosan je tengok kawan shopping baju raya...aku tak shopping pun :(

Tuesday 23 August 2011

"Saya nak pergi Kangkang...kamu nak ikut..???"

Mungkin dah ramai yang pernah baca cerita ni. Tapi, aku saja nak share dengan korang semua. Hiburan di hari Selasa (",)

P : Saya nak pergi kangkang...kamu nak ikut tak?
L : Hah?? Kamu nak pergi mana..??
P : Nak pergi kangkang...kat tepi jalan sana tu...
L : Astaghfirullahal'azim..apa nak jadi dengan kamu ni..??? Dah jauh terpesong sampai nak pergi kangkang. Malu la sikit. Ingat orang tua kamu kat kampung tu..!!
P : Apa yang kamu merepek ni..? Terpesong apa..??
L : Kamu tu yang merepek. Yang kamu kata tadi nak pergi kangkang tu buat apa..??
P : Kah kah kah...
L : Haaa..dah gila pula kamu ni. Tiba-tiba ketawa, kenapa pula..??
P : Inilah kangkang nya...kamu fikir saya nak buat apa tadi..??
(perempuan tu terus menunjukkan ke suatu arah)

kedai kasut ni wujud tau - kat area Muar, Johor
L : Ish...cakap la nak pergi kedai kasut. Nak kangkang..nak kangkang..!! Kan aku yang dah termalu!!

p/s : sumber dari Yahoomail


Monday 22 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 22

Okay. Tutup cerita pasal birthday. Dah ada banyak entri hari ni asyik tulis pasal birthday je. Aku sendiri muak nak baca. Apatah lagi orang lain. Sori la ye kawan-kawan. Kadang-kadang aku ni suka tersyok sendiri. Kalau tak nak baca, takpe je. Tapi, tak payah la nak kutuk-kutuk ye...peace!!



Hari ni berbuka puasa di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Dah lama gile aku tak datang sini. Cheh, macam selalu sangat makan kat hotel. Maksud aku, dulu masa aku kerja kat Shah Alam, selalu juga la makan kat hotel ni atas belas ihsan supplier mengeluarkan duit poket mereka demi menampung keperluan perut aku yang kadang-kadang agak melampau seleranya...hehehe

Aku tak ingat la hotel ni berapa bintang. Rasa bukan 5 star. Tapi, sekarang tak tahu la kalau dah upgrade jadi 5 star kan. Tapi, aku suka makan kat sini. Makanannya memang best la. Macam-macam ada. Rasanya hampir 95% tak menghampakan.

Menu favourite aku setiap kali makan kat sini...sushi!!

Alhamdulillah. Rezeki hari ni memang mengenyangkan. Berani kau cakap tak kenyang, Dylla!! Berapa banyak subcon tu bayar tadi. Hehehe, sorry Tuan Syed...memang kenyang. Kenyang sangat sampai rasa nak terlelap dah kat table tadi :p

Dan Alhamdulillah juga sebab kita semua dah berjaya menyempurnakan puasa untuk hari yang ke-22. Bagi yang tak sempurna tu, sila cari masa lain untuk qada' semula, okay (",)

p/s : cont with new entri tomorrow...


Saya Dapat 'Love Forever' Hari Ini...!!

Dia datang ofis aku pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 pagi
Duduk, borak-borak, layan internet, layan perasaan, bla bla bla...
Tiba-tiba dia pergi. Eh, pergi macam tu je...??

Lepas 15 minit aku tergerak hati nak call dia

Aku : Sengaja lupa ke, pura-pura lupa ke atau memang lupa..?
Dia : Lupa apa..?
Aku : Nampak sangat tak penting...
Dia : Apa yang pentingnya..? Lupa apa ni...?
Aku : Ish, nampak sangat aku ni memang tak penting...
Dia : Takde apa yang penting yang patut diingat pun
Aku : Owh...okay la. Terima kasih!!!

Terus letak telefon dengan perasaan yang confuse + marah = bengang!!
Dia ni pura-pura lupa ke atau memang lupa hari ni hari jadi aku...??

---------------------------------

Balik rumah dengan perasaan bebal.
Dia tak pujuk pun.
Cuma hantar sms yang tak membantu meredakan perasaan bengang ini.

"Eh, kotak besar apa atas katil aku ni...??"
Teruja. Tertanya-tanya. Terpelik. Terpanik. Terasa nak tahu isi dalam kotak tu.
Terus buka tanpa berbelah bahagi.
Wahhhhhhh....besarnya!!!



Eh, ada lagi la yang terselit kat bawah teddy bear besar ni...


Cari kad cepat...!! Mesti ada...cari...cari...cari...!!!


Fine. Rupa-rupanya dia memang sengaja nak buat surprise.
Call dia. Lepas tu dengar dia gelak-gelak.

Dia : Aku saja nak tunggu kau naik angin dulu. Cepat sangat nak merajuknya tadi...
Aku : Dah kau cakap takde benda penting yang nak diingat hari ni. Bukan merajuk, terasa je...
Dia : Takkan la aku tak ingat. Birthday gf aku kot. Dah beberapa hari aku stand-by hadiah tu
Aku : Ala, kalau aku tak tanya pasal lupa tadi, kau memang tak ingat pun. Mesti lepas aku cakap baru kau pergi cari hadiah tu..
Dia : Tak la Dila. Aku dah beli hari Sabtu hari tu
Aku : Kau memang sengaja nak tunggu aku naik angin la. Sengaja nak suruh aku menagih ucapan birthday dari bf sendiri...macam tu, kan..??
Dia : Tak terlintas langsung macam tu. Dah la. Jangan fikir lebih. Suka tak teddy bear gemok tu...??
Aku : Hmmm..terima kasih
Dia : Terima kasih..??
Aku : Terima kasih tak lupa birthday aku. Aku tak minta apa pun. Kau tak lupa pun dah cukup bagus.
Dia : Pastu pulang balik la teddy bear tu kat aku...
Aku : Eh, mana boleh. Buruk siku!!!

Lepas tu, terus okay. Hmmm..Dylla, Dylla...hari jadi sendiri pun nak cari gaduh lagi
Tak matured langsung. Umur dah 29 :p
Tapi, umur macam ni dapat hadiah teddy bear...agak childish kan..??
Ah, doesn't matter. Yang penting hadiah tu dari si dia.
Walau apa pun yang dia bagi, aku tetap suka, sekalipun hanya ucapan ringkas dalam sms (",)



p/s : Thanks dear...love u so much...!!!

Bila Usia Sudah Tiba di Penghujung 20-an

Wahhh..tajuk!!!
It's a final year of 2 series...okay..huhu :p
Semalam masa jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam...
aku tak rasa apa-apa lagi
Perasaan ni biasa je walaupun excited sebab dah tambah umur
Tapi, bila datang ofis pagi ni..tiba-tiba perasaan tu dah bertukar
Alamak...!!! 3 series punya geng dah mengalu-alukan kedatangan aku!!
OMG...!! Next year je dah ada 3 kat umur aku
Hmmm..tak sangka umur aku dah banyak macam ni
Hahahaha..tak sangka pulak..betul la..terima la kenyataan Dylla oii..!!
Okay la..nak buat macam mana
Mana ada manusia yang hidup kat dunia ni makin muda
Lain la Benjamin Button..hoho :p

Muhasabah diri cik Dylla..umur dah banyak macam ni jangan nak enjoy je
Nasihatku kepada diriku sendiri (",)

p/s : Happy Birthday to me...!!!


Dunia Dalam Setiap Perhubungan

Lelaki dan dunianya
Wanita dan dunianya
Bila LELAKI dan WANITA bersatu
Dunia dia dan dia akan jadi Dunia Mereka
Dua dunia menjadi satu

Tapi, macam mana seseorang wanita nak hadapi kemungkinan...
Yang dia terpaksa hidup dalam hubungan yang ada Dunia Lelaki sahaja..??
Begitulah juga sebaliknya..
Adilkah perhubungan begitu...??

p/s : dalam setiap hubungan mesti kena ada 2 hala...kalau sehala je..susah beb!! macam hiway..boleh bayangkan kalau hiway sehala je..??
** adesss...apa la yang aku mengarut ni...!!


Diari Ramadhan Dylla : Day 21

Lagi 4 minit je nak pukul 3.00 pagi. Mata aku segar bugar ni. Siang tadi nak kata banyak tidur macam tak juga. Tapi, tak tahu la kenapa mata ni tak boleh nak lelap.

Anjing jiran kat belakang ni asyik menyalak je. Tension betul aku!! Tak pernah senyap. Asal tengah malam je mula la buat konsert amal. Gilo punya anjing!! Anjing-anjing lain kat sekitar taman ni takde la gila sangat macam anjing jiran aku ni. Apalah nasib. Dulu, dah pernah sound kat jiran, "uncle,you punya anjing sangat bising lor..saya tak boleh tidur maaa.." Seminggu je anjing dia senyap. Lepas tu memekak balik. Ada gak niat di hati nak beli senapang patah. Tapi kang jadi pembunuh lak aku :p

Dah masuk 22 Ramadhan 1432H, 22 Ogos 2011. Maksudnya usia aku bertambah lagi. Wahhh, makin pendek umur aku ni (",) Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kat aku untuk bernafas dengan sangat selesa sehingga ke hari ini. Entah bila pula nafas aku akan terhenti. Erkkk..??

Eh, tetiba senyap lak anjing ni. Macam tahu-tahu aku tengah tension. Hahahaha..bagus..!!

p/s : Nite BLOGgers...!!

Saturday 20 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 20

Masa semakin pantas berlalu. Dah selamat 20 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. 10 malam terakhir ni kata orang malam yang dinantikan. Ye ke..?? Malam Lailatul Qadar...?? Bertuah kepada sesiapa yang pernah menemuinya.

Hari ni memandangkan aku tak berapa sihat, jadi aku terpaksa buat entri awal sikit. Lepas ni nak makan ubat dan pergi tidur. Siang tadi doktor ada tanya larat ke nak puasa..? Alhamdulillah. Habis juga puasa aku hari ni (",)

Siang tadi mak call. Dia tanya aku balik tak minggu ni. Jawabnya memanglah tak. Bukan tak nak balik.

1. Sebab aku tak sihat. Tak larat nak drive jauh.

2. Sebab minggu depan dah nak balik.

3. Sebab kesian kat housemate tinggal seorang. Yang lain semua dah balik.

4. Sebab memang takde plan nak balik pun :p

Tapi, mak tak kisah pun. Dia tahu kalau aku nak balik kampung tak payah disuruh-suruh. Kalau aku tak balik, ada hal lain la maksudnya tu. Bagus la mak ni...understanding..love u mom!!

p/s : jari dah tak dapat menari atas keyboard lagi ni....nite BLOggers..!!

Diari Ramadhan Dylla : Day 19

Alahai...semalam tak sempat nak update blog. Tak sempat nak buat entri. Tak sempat nak tulis 'diari' harian ni. Sebab...?? Sebab aku tak sihat la. Tidur awal gila semalam. Lepas solat terus lena. Sedar-sedar dah pukul 5.00 pagi. Bangun minum air, lepas tu tidur balik.

Beratnya rasa nak bangun pergi kerja. Adesss..rasa macam nak kena pergi klinik la. Badan rasa lemah semacam je ni. Dah lama ke aku tak demam ek..??

Semalam dah masuk hari ke-19 kita semua berpuasa. Alhamdulillah. Tak lama lagi dah menyambut hari kemenangan. Tapi, bila fikir balik, rasa sedih pula bila bulan Ramadhan ni dah nak sampai di penghujungnya. Sejak IRM meng'isu'kan tentang rakyat Somalia tu, aku rasa bulan Ramadhan kali ni betul-betul mengajar aku erti kelaparan.

Kat sana, bukan bulan Ramadhan pun mereka terpaksa berlapar juga. Kesian :( Pagi tadi, masa bangun pergi kerja, aku terpandang kat bawah tudung saji masih ada lebihan makanan berbuka puasa. Terus aku rasa lain macam. Membazir. Tu je yang boleh aku fikirkan. Kalau la aku tak tidur awal semalam, mesti makanan tu aku dah habiskan.

p/s : Dylla...lainkali jangan membazir lagi...!!


Friday 19 August 2011

MUFC..masihkah di hati..??


Hmm...dah lama sangat rasanya tak ambil tahu tentang team yang pernah aku puja-puja (cheh..!!) sebelum ni. Aku mula mengikuti perkembangan team ni sejak aku berusia 11 tahun kot. Masa tu pemain yang menjadi pujaan hati tentu la Eric Cantona. Gila arr..sanggup tidur lambat nak tengok MU punya match. Sampai ayah pun pelik. Dia fikir aku tengok bola tu sebab nak temankan dia. Oh, mungkin tidak..!!

EVOLUSI JERSI No.7

Eric Cantona - Penyarung Jersi No.7 yang ke-3
Okay. Aku tak nak cerita pasal George Best atau Bryan Robson. Sebab, masa aku dah mula minat dengan team ni, aku tak pernah tahu kewujudan mereka berdua. Hanya selepas aku betul-betul ambil tahu tentang team ni, baru la aku tahu ada 2 lagi lagenda MUFC yang pernah menyarung jersi no.7 sebelum Eric Cantona.

David Beckham - Penyarung Jersi No.7 yang ke-4
Perghhh...hensem sih mamat nih!! Lepas Eric Cantona takde dalam team, Beckham pula ambil alih menyarung jersi no.7 ni. Sebelum tu, aku dah tahu tentang kewujudan dia. Dan masa tu dia menyarung jersi no.10. Masa mula-mula aku tengok match di mana Beckham dah pakai jersi no.7 ni, aku terus rasa kagum. Bukan sebab dia hensem. Tapi, sebab kemampuan dia jaringkan goal bila dapat peluang untuk free-kick. Tak tahu macam mana dia buat. Tapi, lencongan dia memang tepat. Tak tahu la bahasa aku ni betul ke tak kan. Aku suka tengok bola. Tapi, aku tak pandai cakap 'bahasa' bola (",)

Cristiano Ronaldo - Penyarung Jersi No.7 yang ke-5
Haa..mamat ni mesti semua orang kenal. Selain dari kehebatan bermain bola, dia ni boleh tahan gak dengan kontroversi. Macam-macam skandal. Tapi, tu tak penting. Apa yang penting dia komited dengan team ni, hinggakan namanya melonjak naik.

Michael Owen - penyarung Jersi No.7 yang ke 6 (latest)
Aku pernah tahu si Owen ni dulu bermain untuk Liverpool. Masa aku mula-mula 'follow' MUFC punya perkembangan lagi aku dah tahu kewujudan dia. Masa tu, abang aku yang peminat fanatik Liverpool, selalu jadi kawan bertekak aku. Gaduh pasal bola. Ntah apa-apa jelah.

MUFC 2010/2011
Sekarang ni nak cakap pasal MUFC pun aku segan. Tak berani nak menyampuk sebab memang dah banyak yang aku ketinggalan. Dalam skuad terbaru ni pun, muka yang masih aku ingat ialah Gary Naville. Dan tentulah Alex Ferguson tu kan - the best manager ever..!! yang lain-lain tu aku tak cam langsung. Atau mungkin masih orang yang lama, cuma muka je dah berubah. Yelah, kalau muka aku pun berubah dari usia 11 ke usia sekarang ni, tak mungkin muka diorang ni kekal macam tu, kan..?

Kalau nak ingat balik pasal betapa gilanya aku dekat team MUFC ni, memang tak boleh nak cakap. Seronok juga bila ingat balik dulu-dulu terpaksa berjimat-cermat semata-mata nak beli majalah Glory Glory Man United. Lepas tu, kat bilik penuh dengan poster-poster pemain MUFC. Sampai mak dan ayah geleng kepala. Masa dapat sambung belajar kat Arau, aku masih tetap dengan minat yang sama. Tuala mandi, jam loceng, mug, cadar tilam, sarung bantal, jam dan semua barang la pendek kata, PASTI kena ada logo MUFC di atasnya...!! Gila dowh, betapa fanatiknya aku tika itu :)

p/s : MUFC tetap jadi team pilihan aku walau tak segah dahulu (",)


Kami BLOGger Prihatin

Sila klik banner untuk join jadi BLOGger prihatin (",)

Alhamdulillah, dapat juga join segmen ni. Riang rasa hati dapat buat sedikit kebajikan di bulan Ramadhan macam ni kan (",)

Semalam, masa tengok BA letak waktu tutup penyertaan pukul 11.00 malam, rasa agak kecewa la sebab tak dapat join. Tapi, BA dah lanjutkan due date tu sampai 1 Syawal. Hmm...rasanya ramai lagi BLOGger yang akan join lepas ni.


Jika ada sesiapa yang berminat dan bermurah hati untuk menderma , boleh la ke laman ini : http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
p/s : moga amalan dan ibadah kita dirahmati-Nya...amin

Thursday 18 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 18

18 hari. Hari ke-18. Hmm...sekejap sangat rasanya. Tak sampai 2 minggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Rasa sayu pula. Ibadah aku dalam bulan Ramadhan tahun ni tak boleh nak dibanggakan langsung. Aish...apa nak jadi ni Dylla..??

Tadi, lepas kerja aku dan budak-budak rumah keluar ke Bandar Baru Sg Buloh. Buka puasa kat luar la hari ni. Si Zanx tu teringin pula nak makan KFC. Bak kata Mira, "Zanx tu time nak resign ni macam-macam pula dia mengidam.."

KFC...?? Alhamdulillah. Rezeki kami hari ni. Tapi, tengah makan tadi agak sentap kejap la. Teringat kat entri tentang rakyat Somalia yang aku buat siang tadi. Kalau diorang dapat makan KFC juga, mesti best kan..??

Ni aku punya - penggemar KFC original (",)

Ya Allah, betapa murahnya rezeki aku yang kau berikan. Aku bersyukur kepada-Mu. Dengan limpah kurnia dan rahmat-Mu, aku dapat hidup dengan selesa dan tenang di muka bumi-Mu ini. Kau kurniakan la nikmat yang serupa untuk seluruh hamba-Mu yang lain. Kasihanilah mereka seperti mana kau mengasihani diriku. Sesungguhnya, mereka di sana lebih memerlukan nikmat dari-Mu, Ya Allah. Amin.

Sebelum buka puasa tadi, kami ambil keputusan untuk solat Maghrib terlebih dahulu. Takut takde tempat untuk kami kat restoran KFC tu, sebab kami sampai sana pukul 7.00pm lebih. Aku tak pernah solat di surau bangunan The Store tu. Kira 1st time la ni. Masuk-masuk je, aku rasa teruja. Bukan sebab surau dia cantik. Bukan juga sebab surau dia unik. Dan sama sekali bukan sebab suraunya dipenuhi oleh muslimah lain.

Sebabnya, pertama kali aku masuk surau, dah siap terbentang sejadah di dalamnya. Impress. Mungkin korang pernah tengok la. Tapi, bagi aku, ini memang pertama kali dalam hidup aku melihat pemandangan begini. Rasa kagum. Hahahaha..mesti ada yang kata aku ni entah apa-apa. Hal macam tu pun nak kagum :p

Mungkin pemandangan biasa bagi korang
Tapi, aku rasa teruja dengan keadaan ni (",)

p/s : muhasabah diri seketika sambil mengenangkan nasib orang-orang yang kurang berkemampuan atau hidup dalam serba kekurangan...

Mereka Lebih Memerlukan

Assalammualaikum W.B.T

Beberapa hari ni BW asyik nampak entri tentang IRM je. Bila dah banyak kali baca, rasa terdetik dalam hati nak buat entri khas tentang isu ni jugak.


Mungkin agak terlambat, tapi aku tak nak terkecuali untuk menjadi sebahagian dari orang-orang yang sudi menghulurkan sumbangan dari segi apa sekalipun ** tak semestinya kewangan kan..?? **

Seperti BLOGgers lain yang dah buat entri tentang rakyat Somalia yang serba kekurangan tu, aku turut mengenengahkan isu yang sama.

Cuba kita renung kembali kehidupan kita di sini. Kadang-kadang rezeki kita hari tu cuma la beberapa keping roti. Tapi, kita merungut bagai tidak pernah mendapat makan. Kadang-kadang hujung bulan lepas dapat gaji, kita merancang nak beli baju atau kasut baru. Bila tak dapat, kita merungut bagai dah tak ada baju atau kasut yang nak dipakai lagi.

Hmm..bagaimana la agaknya kalau kita di tempat mereka..? Mampukah kita nak merungut jika kita di tempat mereka..? Bolehkah kita mengeluh kerana TAK CUKUP makan..? Tergamakkah kita mempertikaikan lagi tentang baju yang kita pakai..?

p/s : tepuk dada tanya selera...bersyukur la apa yang kita ada...ada yang lebih memerlukan...

Korang pernah dengar tak..??

Kalau kita berbaring masa azan, nanti mayat kita jadi berat.
** aku pernah dengar ustazah aku cakap masa sekolah rendah dulu **

Kalau kita buka pintu masa azan, jin akan masuk rumah. Sebab jin takkan masuk ikut tingkap.
** ayah aku yang cakap macam ni :p **

Kalau kita mimpi sebelum azan subuh, mimpi tu mimpi yang benar.

Kalau kita dengar anjing menyalak tengah-tengah malam, maknanya anjing tu nampak 'sesuatu'
** anjing jiran aku setiap malam menyalak..bulan puasa ni lagi kuat dia menyalak **

Kalau burung masuk dalam rumah, kita akan murah rezeki.
** kat tingkap bilik aku ada sarang burung kot..pagi-pagi dah terbang masuk bilik sampai aku terpaksa off kipas sebab tak nak ada perlanggaran berlaku **

Kalau kita mimpikan buaya gigit atau makan kita, kita akan dapat habuan yang besar.
** aku pernah mimpi kena gigit buaya, minggu depannya bonus keluar...tapi, kebetulan je tu **

Kalau kita mimpi dipatuk ular, nanti ada orang datang meminang
** khas untuk WANITA sahaja **

Dan ada bermacam jenis kalau lagi la. KALAU balik kampung lagi la ada banyak cakap-cakap macam ni. Ada yang boleh diterima akal. Kebanyakannya hanya untuk dijadikan pengajaran. Wallahu'alam.

p/s : mungkin ada antara korang yang percaya KALAU-KALAU ni kan? kan? kan? hehehe :p

GA : Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

Klik banner untuk join ye (",)
Pagi-pagi on9 dah nampak tag message dari cikgu Abby (",)
BTW, thanks Abby sebab tag saya
Tak pernah join GA punya segmen..best gak ni

Okay, nak tag 4 orang ni la :

Kalau rasa-rasa berminat join la :)

Wednesday 17 August 2011

Sekali gua teringat daa...

Hahaha..eh, belum apa-apa dah gelak. Bukan apa. Tadi masa tengah kemas-kemas bilik, ternampak la tiket Hikayat Merong Mahawangsa. Bila tengok tiket ni aku teringat kat 1 peristiwa yang memang aku dan kawan-kawan yang ada masa tu akan ketawa besar.

Kejadian tu berlaku masa kami dalam perjalanan nak balik ke rumah. Lepas tengok wayang la masa tu. Tengah syok borak pasal lelaki hensem, sekali kami terpaksa menanggung malu seketika. Masa tu dah sampai tol LDP untuk bayar tol la.

Toll-gate Boy : Selamat malam..

Fir Si Driver : Selamat malam
(sambil jawab sambil kerut dahi..ramah lak mamat ni..tapi tangan tetap hulur duit..)

Toll-gate Boy : Kak, lampu kereta takde ke..?

Fir Si Driver : Alamak, yelah..patut gelap semacam je. Tak perasan lak tak buka lampu..terima kasih..
(dengan beraksi kelam-kabut, Fir terus menghidupkan lampu keretanya..aku kat belakang dah gelak-gelak..)

Toll-gate Boy : Belum terima kasih lagi kak. Duit tak cukup ni..

Fir Si Driver : Ya Allah, macam mana pula boleh tak cukup ni..??
(terus bagi tambahan duit yang tak cukup tu..budak tu cakap terima kasih je, Fir terus tekan minyak..)

Aku dan 3 kawan lain terus sambung gelak. Fir dah bising-bising cover malu. "Fir baru nak cakap budak tu macam cute juga. Tapi, dia dah malukan Fir, terus rasa dia tak cute pun sebenarnya.." Hahahaha...

p/s : moral of the story, kalau drive malam pastikan on lampu sebelum memulakan perjalanan. Yang penting jangan panik. Selamat memandu..!!

Diari Ramadhan Dylla : Day 17

Eh, dah 17 hari rupa-rupanya kita berpuasa. Wahhh..dah nak raya. Saya suka..saya suka (",) Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia kita semua untuk terus menjalani ibadah puasa ni.

Teringat pula zaman kanak-kanak dulu. Waktu-waktu macam ni selalunya mak dah sibuk buat kuih raya. Dan aku pula akan sibuk untuk menyibuk kat dia..huhu :p

Dulu, cakap je kat mak nak kuih raya apa. Mesti mak akan buat. Kalau tak pernah buat pun, mak mesti usaha cari resepi untuk buat kuih tu. Ish, begitulah pengorbanan seorang mak terhadap anak-anaknya. Cheh, syahdu lak!!

Tapi, betul kan. Seorang mak akan sanggup buat apa saja asalkan dapat penuhi permintaan anak-anaknya. Tapi, sepuluh orang anak belum tentu dapat memenuhi permintaan seorang mak. Adess..petang tadi call mak. Rindu gila kat dia. Walaupun mak tengah tidur waktu tu, mak layan juga panggilan aku. Cuba kalau mak yang call tapi aku tengah tidur, kadang-kadang aku jawab, kadang-kadang aku suruh mak call balik. Ish, teruk betul aku ni jadi anak. Mesti mak kecil hati dengan sikap aku yang hampeh tu. Mak, ampunkan kakak ye :(

Bestnya kalau dapat buat kuih raya. Eh, tak habis lagi cerita pasal kuih raya tadi..hehehe :p Sambung balik. Saja je nak cerita. Dulu mak aku selalu buat kuih raya yang bermacam jenis. Dulu, kat dapur rumah kami mesti penuh dengan balang kuih raya. Macam-macam jenis ada. Yang moden. Yang tradisional. Kerepek. Keropok..eh, keropok takde..silap channel :) Masa tu paling best dapat menghadap mak buat kerja. Dia diam je. Fokus. Aku je yang berceloteh itu ini. Mesti mak bosan nak dengar aku bebel kan..? Tapi mak layankan je. Baiknya mak ni..!! Kenapa la aku tak boleh jadi baik macam mak..?? Ish, soalan..!!

Hmm..back to my real life..sigh!! Kat sini takde makna la nak buat kuih raya ye. Kuih tunjuk je. Menu buka puasa pun harapkan makcik-pakcik kat bazaar Ramadhan tolong masakkan. Tapi hari ini aku masak tau. Kan siang tadi dah janji dengan housemate nak masak gulai lemak ayam. Perghhh..sedap kot!! Hahahaha..masuk lif tekan sendiri nampak cik Dylla :p

Ni perut dah lapar balik. Tadi housemate cakap teringin nak makan roti canai. Pekena roti canai, kuah dal sambal dan teh tarik..ish, layan!!

p/s : sebenarnya mata dah ngantuk..tapi, larat ke nak tidur dengan perut berdangdut macam ni..??

BEN ASHAARI : Pendapat Saya Ialah

Segmen unik - sesiapa nak join sila klik banner kat atas (",)

Ada Orang Yang Sanggup...

1. Ada orang yang sanggup memalukan diri sendiri dari mengakui kebodohan sendiri - apa la salahnya kita mengaku kita tak tahu dari berlagak tahu. Kan dah jadi bodoh sombong namanya. Mengaku tidak tahu tu tak menjadikan diri kita bodoh. Malah kita akan belajar pengetahuan yang baru pula.

2. Ada orang yang sanggup menjual maruah diri atas alasan apa sekalipun - tak kisah la betapa susah pun kehidupan, jangan la sesekali menjual maruah diri. Rezeki kan ada di mana-mana. Bagi yang punya alasan untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata, bertaubatlah selagi ada masa. Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya yang mahu berubah.

3. Ada orang yang sanggup menjatuhkan maruah orang lain asalkan hatinya puas - dah jumpa ramai orang macam ni. Tak puas hati dengan seseorang, cuba berbincang dengan dia elok-elok. Buat apa la nak jatuhkan maruah dia. Maruah kita, kita jaga elok-elok. Cuba bayangkan orang lain yang cuba jatuhkan maruah yang kita dah jaga sebaik mungkin..sakit kan..?

4. Ada orang yang sanggup tikam kawan dari belakang bila hajatnya tak dipenuhi - kes tak puas hati jugak ni. Kalau kita dah berbaik dengan seseorang, janganlah kita tikam dia dari belakang. Tak baik begitu. Bayangkan di saat kita susah, dia yang banyak membantu. Bila kita senang, kita tikam dia pula. Adesss...sakit dowh..!!

5. Ada orang yang sanggup mereka cerita untuk meninggi diri dari merendahkan diri - cerita tak nak kalah. Orang ada 1, kau ada 2. Orang pergi Singapore, kau pergi Australia. Orang bawa VIOS, kau bawa BMW. Pendek kata memang tak nak kalah la. Kalau benda tu jadi betul-betul, takpe la lagi kan. Ini kes yang TAK ADA APA-APA. Hanya bercerita untuk menaikkan diri di mata orang lain. Apa punya bangsa la buat perangai macam ni..

6. Ada orang yang sanggup buang bayi sendiri dari memeliharanya dengan baik - kes buang bayi!! merata-rata, di mana-mana, bila-bila masa. Tak pernah sunyi dengan berita macam ni. Dah la buat dosa dengan mengandungkan anak luar nikah, lepas tu sesedap rasa je buang bayi yang tak bersalah tu. Apalah dosa si bayi sampai sanggup buang dia macam sampah..?? Manusia jenis apa korang ni..??

7. Ada orang yang sanggup ketepikan hukum agama semata-mata tak nak dikatakan kolot - huh..kolot kah kita menjadi umat Islam..?? (aku turut bertanya pada diri sendiri, kerana diri sendiri masih belum menjadi Islam yang sempurna..) Kenapa kita membanggakan hukum dan adat agama lain sedangkan kita ada hukum yang sangat flexible..?? Tidak boleh kah kita hidup bersama-sama manusia moden yang lain jika kita mengikut hukum agama kita sendiri..??

8. Ada orang yang sanggup buat macam-macam asalkan kepentingan diri tidak terabai - bunuh..?? rogol..?? rompak..?? rasuah..?? fitnah..?? Semua tu aktiviti negatif yang sangat-sangat perlu dihindarkan. Janganlah kita tergolong di kalangan mereka itu.

Hmm..di manakah anda berada para BLOGgers sekalian..?? Takde..?? Tak termasuk dalam 8 kategori ni..?? Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

p/s : muhasabah diri pada petang 17 Ramadhan 1432H (",)

"Zanx, arini akak masak gulai lemak ayam ye.."

Perghhh...gulai lemak ayam kot..!! Memang la tak susah. Tapi, sebab dah terjanji kena la tunaikan, betul tak..? Dah lama juga tak makan gulai lemak. Macam best je. Aku pun dah ingat-ingat lupa la macam mana nak masaknya. Nak roger ibu tersayang kang kena fire lak. "Tulah, mak suruh belajar masak, kakak tak nak. Asyik nak minta resepi je..!" Ish, tak payahla tanya mak.


Aku rasa bahan-bahannya tak la remeh sangat :

Ikan atau ayam (ikut selera korang la..)
1 biji kelapa (amik santannya sahaja)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Beberapa biji cili padi (bagi yang suka pedas la)
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1/2 inci halia (hiris halus)
1 sudu kerisik
Beberapa biji tomato

Dan cara nak masaknya pun tak la sesusah mana :

1. Tumbuk bawang putih, merah dan cili sehingga halus. Ikut tahap kehalusan yang korang suka la ye. Kalau susah sangat, blend kan aje..senang.

2. Masukkan santan ke dalam periuk dengan api yang sederhana. Lepas tu masukkan bawang putih, merah dan cili padi yang dah ditumbuk tu. Lepas tu, masukkan je bahan-bahan yang lain termasuk la ayam atau ikan tu.

3. Kerisik tu optional la. Kalau nak sedap boleh campur sekali. Kalau tak campur pun takpe je :)

4. Lepas tu letak la serbuk kunyit sikit nak bagi kaler dia bertukar kuning. Haa..tak pernah lagi la rasanya makan gulai lemak ayam kaler putih. Gulai lemak sayur tauge ada la kot..huhu :p

5. Pastu campur la tomato sikit. Tomato kena masuk akhir sekali. Nanti lembik sangat dah tak sedap.

6. Tunggu sampai masak. Dah siap. Senang kan..??

Okay la, Zanx. Rasanya menu buka puasa kita hari ni memang Gulai Lemak Ayam la..hehehe. Kalau ada sesiapa nak resepi yang lebih best, boleh la view kat MAT GEBU punya blog.

p/s : Selamat Berbuka Puasa...!!

Apa Punya Turrr...

Kejadian berlaku tak lama dulu. Kejadian yang agak ringkas. Tapi, bila ingat balik memang rasa nak tepuk dahi. Sabar jelah..

Waitress : Order sis..?
Me : Hot chocolate please..
Waitress : Okay..err, panas ke sejuk sis..?
Me : ?????

Hot tu bersamaan dengan apa adik-adik..??? Adess...tak tahu pula aku kat kedai tu ada jual Hot chocolate tapi ada panas atau sejuk.

Bukan rupa sebenar..ngeee :p
p/s : terpaksa geleng kepala masa tulis entri ni :p



Segmen : Jom Kenal dan Tambah Rakan BLOGger

Aktiviti yang paling disukai kalau dah takde idea nak buat entri apa..huhu :p Tadi, masa BW, ternampak segmen ni kat blog NASZ. So, saja la join. Isi masa lapang dan boleh tambah kenalan dari kalangan BLOGger kan..?

Okay BLOGger..kepada sesiapa yang nak join, sila klik banner kat bawah ni :


Dah buat tajuk entri macam kat atas tu, dah letak header Skytech Belog ni, buat la rumusan sikit mengenai blog sendiri. Macam kat bawah ni :

Nama panggilan BLOGger : DyLLa
Tarikh mula berBLOG : 22 Oktober 2010
Rakan BLOGger terkini : 46 (je..)
Target tambah rakan BLOGger : 15 (lagi banyak lagi bagus :p)

Tu je. Senang kan..? Cepat, mudah dan berkesan. Eh, berkesan ke..? InsyaAllah berkesan kalau korang rajin BW. Cepat-cepat join. Sebab due sampai malam ni je pukul 11.00pm..!!

p/s : jangan lupa tinggalkan link kat ruangan komen Skytech Belog..okay..??


Bina Keyakinan Diri

Tips ni aku dapat dari majalah Remaja kalau tak silap. Tapi, keluaran bila tu aku tak ingat la. Memang dah lama sangat rasanya. Kat sini ada 5 tips macam mana kita nak tingkatkan keyakinan diri :


1. Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri
Setiap dari kita memang pernah melakukan kesilapan. Jika kita sedar akan kesilapan itu, belajarlah untuk mengubahnya. Memaafkan kesilapan diri amat penting untuk kembali yakin. Tak perlu memperbesarkan kesilapan yang telah dilakukan. Hal itu hanya akan membuatkan kamu berasa rendah diri.

2. Tingkatkan pencapaian diri
Kadangkala kita tak sedar sama ada diri kita ni jenis yang berkualiti atau sebaliknya. Pernah tak terlintas di fikiran apa yang kita sedang lakukan tidak mendatangkan faedah..? Apa kata lepas ni, senaraikan semua perkara yang telah kamu buat setiap hari. Sebelum tidur, baca balik aktiviti harian kamu tu. Jika banyak kebaikan, maka diri kamu memang berkualiti. Jika sebaliknya, maka berusahalah untuk mempertingkatkan diri kamu.

3. Beri hadiah kepada diri sendiri
Tak ramai orang terfikir nak lakukannya. Sekiranya kamu berjaya melakukan sesuatu perkara, apa kata kamu beri hadiah kepada diri kamu sendiri. Hal ini akan membantu kamu untuk berasa lebih yakin terhadap diri sendiri, sekaligus kamu akan lebih menghargai diri sendiri.

4. Kaji kekuatan diri
Cuba luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk berfikir apakah kebaikan dan kekuatan yang ada pada diri kamu. Lebih baik kamu tuliskannya dan tampal dimana-mana. Ini akan membantu kamu untuk berasa bahawa diri kamu tidaklah seteruk yang disangkakan.

5. Jaga diri sendiri
Ini penting..!! Pastikan kamu menjaga diri kamu dari segi kesihatan dan keselamatan. Bukan sepanjang masa ada orang yang boleh melindungi kamu. Jadi, jagalah pemakanan kamu. Ambil makanan yang seimbang. Dan berusahalah untuk melindungi diri kamu dari ditimpa kecelakaan.

Apa yang lebih penting, belajarlah untuk tidak bersikap terlalu 'demand' terhadap diri sendiri. Aku pernah praktikkan semua tips ni, memang berkesan. Alhamdulillah, sekarang aku jadi lebih yakin terhadap diri sendiri. Walau apa pun pandangan orang lain terhadap aku, aku akan menghargainya. Tapi, apa yang penting aku tahu siapa diri aku sebenarnya (",)

p/s : sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain..

Patahnya Sayap Malam - Massa


Ku cari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar

Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia
Tercalar purnama turut sama menjadikan saksi
Luka cintaku yang tak berhenti

Malamnya ku dan kau menyerikan mimpi
Malamnya ku dan kau telah dinodai
Harumnya bunga cinta dibasahi hujan
Sebaknya di hatiku tangisan

Ku simpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya kehampaan

Begitulah aku kau persia di pandangan mata
Setelah kian lama dalam dakapan cinta
Patahlah sayapnya malam yang penuh dengan sengsara
Bagai diriku yang kau perdaya..