Pages

Tuesday, 16 August 2011

Bendera Malaysia vs Pelita Minyak Tanah



"Orang nak raya nyalakan pelita. Yang kau pergi gantung bendera Malaysia tu buat apa..??"

Ish..macam pernah terdengar la dialog ni. Puasa ke-16, dah ada yang berusaha memeriahkan perkarangan rumah dengan pelita minyak tanah. Baru la terasa suasana raya. Tapi, salah ke kita gantung bendera Malaysia dalam bulan puasa ni..??

Kan bulan Ogos ni bulan kemerdekaan. Tak salah rasanya kita nak menyambut 2 event sekaligus. Kan dah jadi Merdeka Raya..!! Haa..gempak gitu!!

Alhamdulillah, negara kita masih lagi aman sentosa setelah hampir 54 tahun kita merdeka. Dan yang lebih bertuah lagi, kita akan menyambut kemerdekaan pada Hari Raya Aidilfitri..insyaAllah. Kan menarik tu..? Dua kemenangan dalam satu. Terbaik!!

Balik kampung hari tu, aku nampak ayah dah gantung bendera Malaysia kat bumbung rumah. Macam mana dia buat pun aku tak tahu. Lepas tu, dia sibuk suruh aku cari pelita minyak tanah. Dia dah stand-by pacak tiang untuk letak pelita tu. Semangat betul ayahku ini (",)

p/s : yang pasti aku tak sabar nak balik kampung..yeay!!

2 comments:

alin said...

hahahaha same la ngan abah sy..dia da pacak bendera depan rumah dah..kekekeke..

Dylla Abas said...

@?....rossa alina....? : kan..semangat org veteren ni mmg xleh nk lawan er..huhu :p