1. Ada orang yang sanggup memalukan diri sendiri dari mengakui kebodohan sendiri - apa la salahnya kita mengaku kita tak tahu dari berlagak tahu. Kan dah jadi bodoh sombong namanya. Mengaku tidak tahu tu tak menjadikan diri kita bodoh. Malah kita akan belajar pengetahuan yang baru pula.
2. Ada orang yang sanggup menjual maruah diri atas alasan apa sekalipun - tak kisah la betapa susah pun kehidupan, jangan la sesekali menjual maruah diri. Rezeki kan ada di mana-mana. Bagi yang punya alasan untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata, bertaubatlah selagi ada masa. Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya yang mahu berubah.
3. Ada orang yang sanggup menjatuhkan maruah orang lain asalkan hatinya puas - dah jumpa ramai orang macam ni. Tak puas hati dengan seseorang, cuba berbincang dengan dia elok-elok. Buat apa la nak jatuhkan maruah dia. Maruah kita, kita jaga elok-elok. Cuba bayangkan orang lain yang cuba jatuhkan maruah yang kita dah jaga sebaik mungkin..sakit kan..?
4. Ada orang yang sanggup tikam kawan dari belakang bila hajatnya tak dipenuhi - kes tak puas hati jugak ni. Kalau kita dah berbaik dengan seseorang, janganlah kita tikam dia dari belakang. Tak baik begitu. Bayangkan di saat kita susah, dia yang banyak membantu. Bila kita senang, kita tikam dia pula. Adesss...sakit dowh..!!
5. Ada orang yang sanggup mereka cerita untuk meninggi diri dari merendahkan diri - cerita tak nak kalah. Orang ada 1, kau ada 2. Orang pergi Singapore, kau pergi Australia. Orang bawa VIOS, kau bawa BMW. Pendek kata memang tak nak kalah la. Kalau benda tu jadi betul-betul, takpe la lagi kan. Ini kes yang TAK ADA APA-APA. Hanya bercerita untuk menaikkan diri di mata orang lain. Apa punya bangsa la buat perangai macam ni..
6. Ada orang yang sanggup buang bayi sendiri dari memeliharanya dengan baik - kes buang bayi!! merata-rata, di mana-mana, bila-bila masa. Tak pernah sunyi dengan berita macam ni. Dah la buat dosa dengan mengandungkan anak luar nikah, lepas tu sesedap rasa je buang bayi yang tak bersalah tu. Apalah dosa si bayi sampai sanggup buang dia macam sampah..?? Manusia jenis apa korang ni..??
7. Ada orang yang sanggup ketepikan hukum agama semata-mata tak nak dikatakan kolot - huh..kolot kah kita menjadi umat Islam..?? (aku turut bertanya pada diri sendiri, kerana diri sendiri masih belum menjadi Islam yang sempurna..) Kenapa kita membanggakan hukum dan adat agama lain sedangkan kita ada hukum yang sangat flexible..?? Tidak boleh kah kita hidup bersama-sama manusia moden yang lain jika kita mengikut hukum agama kita sendiri..??
8. Ada orang yang sanggup buat macam-macam asalkan kepentingan diri tidak terabai - bunuh..?? rogol..?? rompak..?? rasuah..?? fitnah..?? Semua tu aktiviti negatif yang sangat-sangat perlu dihindarkan. Janganlah kita tergolong di kalangan mereka itu.
Hmm..di manakah anda berada para BLOGgers sekalian..?? Takde..?? Tak termasuk dalam 8 kategori ni..?? Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.
p/s : muhasabah diri pada petang 17 Ramadhan 1432H (",)
No comments:
Post a Comment