Eh, dah 17 hari rupa-rupanya kita berpuasa. Wahhh..dah nak raya. Saya suka..saya suka (",) Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia kita semua untuk terus menjalani ibadah puasa ni.
Teringat pula zaman kanak-kanak dulu. Waktu-waktu macam ni selalunya mak dah sibuk buat kuih raya. Dan aku pula akan sibuk untuk menyibuk kat dia..huhu :p
Dulu, cakap je kat mak nak kuih raya apa. Mesti mak akan buat. Kalau tak pernah buat pun, mak mesti usaha cari resepi untuk buat kuih tu. Ish, begitulah pengorbanan seorang mak terhadap anak-anaknya. Cheh, syahdu lak!!
Tapi, betul kan. Seorang mak akan sanggup buat apa saja asalkan dapat penuhi permintaan anak-anaknya. Tapi, sepuluh orang anak belum tentu dapat memenuhi permintaan seorang mak. Adess..petang tadi call mak. Rindu gila kat dia. Walaupun mak tengah tidur waktu tu, mak layan juga panggilan aku. Cuba kalau mak yang call tapi aku tengah tidur, kadang-kadang aku jawab, kadang-kadang aku suruh mak call balik. Ish, teruk betul aku ni jadi anak. Mesti mak kecil hati dengan sikap aku yang hampeh tu. Mak, ampunkan kakak ye :(
Bestnya kalau dapat buat kuih raya. Eh, tak habis lagi cerita pasal kuih raya tadi..hehehe :p Sambung balik. Saja je nak cerita. Dulu mak aku selalu buat kuih raya yang bermacam jenis. Dulu, kat dapur rumah kami mesti penuh dengan balang kuih raya. Macam-macam jenis ada. Yang moden. Yang tradisional. Kerepek. Keropok..eh, keropok takde..silap channel :) Masa tu paling best dapat menghadap mak buat kerja. Dia diam je. Fokus. Aku je yang berceloteh itu ini. Mesti mak bosan nak dengar aku bebel kan..? Tapi mak layankan je. Baiknya mak ni..!! Kenapa la aku tak boleh jadi baik macam mak..?? Ish, soalan..!!
Hmm..back to my real life..sigh!! Kat sini takde makna la nak buat kuih raya ye. Kuih tunjuk je. Menu buka puasa pun harapkan makcik-pakcik kat bazaar Ramadhan tolong masakkan. Tapi hari ini aku masak tau. Kan siang tadi dah janji dengan housemate nak masak gulai lemak ayam. Perghhh..sedap kot!! Hahahaha..masuk lif tekan sendiri nampak cik Dylla :p
Ni perut dah lapar balik. Tadi housemate cakap teringin nak makan roti canai. Pekena roti canai, kuah dal sambal dan teh tarik..ish, layan!!
p/s : sebenarnya mata dah ngantuk..tapi, larat ke nak tidur dengan perut berdangdut macam ni..??
No comments:
Post a Comment