Assalammualaikum W.B.T
Segala amalan yang kita lakukan termasuk solat, membaca Al-Quran, berzakat, menolong orang di dalam kesusahan, perlulah dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T
Sekiranya niat kita bercampur dengan rasa riak, rasa ingin dipuji, rasa ingin mendapat perhatian (contoh terbaik : BLOGging) serta rasa ingin mendapat habuan atau balasan, ini bermaksud kita sudah tersasar dari redha Allah S.W.T
Perasaan riak boleh menjadikan amalan kita sia-sia, dan akan merosakkan jiwa kita.
Allah S.W.T sangat murka dengan hamba-Nya yang suka menunjuk-nunjuk dan mengampu yang menjurus kepada riak. Rasulullah S.A.W menyatakan riak itu adalah kategori syirik seperti di dalam sabdanya :
"Yang paling aku takut menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya apakah syirik paling kecil itu. Lalu baginda menjawab, syirik paling kecil itu adalah riak."
Petanda yang menjadi ukuran keikhlasan untuk menjauhi perasaan RIAK :
1. Tidak mengejar publisiti
2. Tidak mencari kesalahan orang lain
3. Bekerja atau berkorban tanpa mengungkit
4. Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji
5. Bekerja tanpa mengira pangkat dan kedudukan
6. Sabar dan istiqamah sepanjang masa
Keikhlasan hati menjadi pedoman kepada seseorang di dalam melakukan pekerjaan. Orang yang ikhlas di dalam pekerjaan atau ibadahnya, tidak akan mudah berasa patah hati atau cepat berputus asa. Wallahu'alam...
p/s : Sharing is Caring (",)
No comments:
Post a Comment