Pages

Thursday, 4 August 2011

Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus

JIN dan FAKTAnya

1. Jin berasal dari Jan (bapa segala Jin) dan gelarannya ialah Azazil. Dicipta dari api dan telah beramal berpuluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah S.W.T memerintahkan Jin untuk sujud kepada Nabi Adam, dia ingkar. Allah telah melaknatnya dan memerintahnya untuk keluar dari syurga.

3. Jin terbahagi kepada 2 kategori. Iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada 2 jenis : Jin Soleh dan Jin Tidak Soleh. Syaitan pula seperti yang kita semua sedia maklum, merupakan musuh manusia yang tidak beragama Islam.

4. Makanan Jin adalah asap. Sebab itu kita tidak boleh membakar kemenyan di dalam rumah. Asap yang busuk menjadi kegemaran Jin.

5. Tempat tinggal Jin : sungai, laut, hutan, lombong, tempat-tempat tinggi, tandas & kubur

6. Amalkan membaca "Salamun'Ala Sulaiman Fil 'Alamin" ketika mahu membuang air kecil dalam perjalanan (contohnya tepi highway ke)
** Mengikut sirahnya, Jin amat takut dengan Nabi Sulaiman. Tapi, orang kita suka sangat sebut "ampun datuk, anak cucu tumpang lau" Bila masa pula Jin ada datuk..?? Bila masa pula kita ni anak cucu Jin..??? **

7. Jin tidak mengetahui tentang alam ghaib.

8.  Janganlah kita membuang air di lombong-lombong atau di kawasan air tenang di waktu tengah malam kerana Jin suka mandi di situ pada waktu sebegitu. Kita juga tidak digalakkan membuang air di tempat lubang tanah.

9. Jin amat suka berada di kawasan rumah tinggal (rumah yang lama tidak berpenghuni). Jika kita ingin masuk ke dalam rumah itu, bacalah Surah Al-Baqarah (panjangnya..!!)

10. Jika budak kecil menangis di tengah malam, azankan 7-10 kali ataupun bacalah Ayat Kursi sebanyak 9 kali.

p/s : Sharing is Caring (",) 

No comments: