Pages

Wednesday 17 August 2011

Bina Keyakinan Diri

Tips ni aku dapat dari majalah Remaja kalau tak silap. Tapi, keluaran bila tu aku tak ingat la. Memang dah lama sangat rasanya. Kat sini ada 5 tips macam mana kita nak tingkatkan keyakinan diri :


1. Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri
Setiap dari kita memang pernah melakukan kesilapan. Jika kita sedar akan kesilapan itu, belajarlah untuk mengubahnya. Memaafkan kesilapan diri amat penting untuk kembali yakin. Tak perlu memperbesarkan kesilapan yang telah dilakukan. Hal itu hanya akan membuatkan kamu berasa rendah diri.

2. Tingkatkan pencapaian diri
Kadangkala kita tak sedar sama ada diri kita ni jenis yang berkualiti atau sebaliknya. Pernah tak terlintas di fikiran apa yang kita sedang lakukan tidak mendatangkan faedah..? Apa kata lepas ni, senaraikan semua perkara yang telah kamu buat setiap hari. Sebelum tidur, baca balik aktiviti harian kamu tu. Jika banyak kebaikan, maka diri kamu memang berkualiti. Jika sebaliknya, maka berusahalah untuk mempertingkatkan diri kamu.

3. Beri hadiah kepada diri sendiri
Tak ramai orang terfikir nak lakukannya. Sekiranya kamu berjaya melakukan sesuatu perkara, apa kata kamu beri hadiah kepada diri kamu sendiri. Hal ini akan membantu kamu untuk berasa lebih yakin terhadap diri sendiri, sekaligus kamu akan lebih menghargai diri sendiri.

4. Kaji kekuatan diri
Cuba luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk berfikir apakah kebaikan dan kekuatan yang ada pada diri kamu. Lebih baik kamu tuliskannya dan tampal dimana-mana. Ini akan membantu kamu untuk berasa bahawa diri kamu tidaklah seteruk yang disangkakan.

5. Jaga diri sendiri
Ini penting..!! Pastikan kamu menjaga diri kamu dari segi kesihatan dan keselamatan. Bukan sepanjang masa ada orang yang boleh melindungi kamu. Jadi, jagalah pemakanan kamu. Ambil makanan yang seimbang. Dan berusahalah untuk melindungi diri kamu dari ditimpa kecelakaan.

Apa yang lebih penting, belajarlah untuk tidak bersikap terlalu 'demand' terhadap diri sendiri. Aku pernah praktikkan semua tips ni, memang berkesan. Alhamdulillah, sekarang aku jadi lebih yakin terhadap diri sendiri. Walau apa pun pandangan orang lain terhadap aku, aku akan menghargainya. Tapi, apa yang penting aku tahu siapa diri aku sebenarnya (",)

p/s : sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain..

5 comments:

Unknown said...

betul tu.. yg penting sygi diri sendiri lbh dr syg org lain.. :) nice entri

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : (",)

alin said...

SEMUA KENE BERMULA DARI DIRI SENDIRI DULU..HEHEHEHE..

Dylla Abas said...

@?....rossa alina....? : yes..right u are :)

f.aliaa said...

hi! yeah,ur rite..self-esteem sgt penting ^^