Dah masuk 11 hari dah kita berpuasa. Hmm..cepat betul masa berlalu. Hari ni kat ofis memang agak sibuk la. Banyak kerja yang masih nak kena siapkan walaupun projek dah nak siap. Paling tensen bila mengenangkan hiway dah launch..tapi kerja masih banyak!!
Tapi, takpe la. Bulan puasa kan. Bos kecik aku pun takde nak chase aku sangat. Banyak perkara yang dia tolong. Paling terharu bila dia sekarang sedang menghabiskan kerja-kerja yang akan di'hand-over'kan kat aku sabtu ni. Dia tak nak aku terbeban dengan kerja-kerja tu sebab kerja aku pun masih banyak. Rasa sedih la bila terpaksa dengan bos kecik aku ni. Walaupun dia agak cerewet (untuk kebaikan aku jugak la..) tapi dia seorang bos yang sangat sporting.
Sebagai teman, dia merupakan teman yang paling baik. Sentiasa ada masa aku susah dan senang. Bila aku ada masalah dia selalu bagi nasihat. Walaupun dia cina, tapi hati dia sangat baik. Mesti aku akan rindukan ketiadaan dia nanti. Ms.Kong..gonna miss you :(
Sebenarnya, hari ni aku banyak merayap juga. Tapi, pagi-pagi aku dah siapkan kerja. Lepas tu sempat buat 1-2 entri. Lepas tu aku dah ada di mana-mana. Hahaha. Berborak. Bergosip...oppsss, bulan puasa la Dylla!! Tengok katalog fesyen baju kurung terkini. Tengok sample kuih raya. Ish, banyak juga aktiviti aku hari ni. Patut la tak rasa bosan kat ofis (",)
Tadi, sang housemate yang masak untuk menu buka puasa. Esok dah turn aku. Diorang nak makan asam pedas lak. Dah la aku tak pernah masak asam pedas. Terpaksa la search kat google tu. Tak pun usya kat Mat Gebu jelah. Ada kot.
p/s : kena buat reminder untuk jadi 'chef' esok..huhu :p
No comments:
Post a Comment