Pages

Wednesday 26 September 2012

Belum Cuba Belum Tahu

Assalammualaikum W.B.T
Ni namanya entri pembakar semangat.
Sebelum ni asyik dok risau kena tukar department.
Tapi, bila dah masuk department baru ni...walaupun memang tak best, tapi ada kebaikannya.
Kebaikannya of course la dari segi keberkesanan bekerja..amboi!!!
Tapi tulah...bak kata orang-orang tua...belum cuba belum tahu.
Sekarang, baru 3 hari di sini, walaupun tak berapa selesa...tapi, keadaan masih terkawal.
Masih mampu meneruskan kerja-kerja walau dengan hati yg memberontak.
Tapi, aku rasa semuanya akan kembali normal tak lama lagi.
Cuma kena kuatkan semangat jelah.
Menghadapi cabaran yg tak sebesar mana pun.
Ya Allah...moga dipemudahkan segala urusanku...amin.
 
 
 
~ Dylla Abas ~

Tuesday 25 September 2012

Invisible kah aku..??

Assalammualaikum W.B.T
 
Macam dah lama tak buka blog. Nak BW pun tak sempat. Apatah lagi nak update entri baru. Ketenangan jiwa agak terganggu seketika memandangkan aku dah mula berada di department baru. Kawan-kawan...?? So far okay la ** tu jawapan ikut akal...kalau ikut hati "diorang memang terrible!! ** Aku malas nak ambil port sangat hal diorang. Aku buat kerja aku sudah. Agak-agak bosan tahap tepu, aku pergi la membawa diri ke department lama aku. Mengadu nasib..huhu >_<
 
Petang semalam, tengah sibuk siapkan kerja, tetiba diorang ni dok borak-borak tentang makan. Aku dengar jelah. Memang takkan menyampuk. Kedengarannya macam nak buat potluck. Riuh la dok borak-borak, bincang-bincang dan yg seangkatan dengannya. Aku bukan tak nak menyampuk. Tapi, aku masih belum rasa yg aku sebahagian dari mereka. Jadi, malas la nak cakap banyak-banyak. Diam jelah. Buat cara "orang baru" walaupun aku dah lama kenal diorang since kerja di sini.
 
The most fabulous part was, aku macam di "invisible" kan. Diorang bercakap macam aku tak wujud kat sini. Takde la nak ambil hati sangat sebab aku pun tak la berminat nak join pun. Cuma, bila bercakap bab adab, aku rasa macam kurang adab kot diorang buat aku macam ni. Tunggulkah aku di sini...??
 
Dylla, breath....baru first day. Esok lusa okay la tu. Mungkin diorang belum biasa ada staff baru. Ataupun mungkin diorang fikir aku yg tak nak layan memandangkan aku tak banyak bunyi kat sini.
 
 
p/s : merungut...???
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
 
 

 

Thursday 20 September 2012

Kaki Ngadu

Assalammualaikum W.B.T
 
Selamat pagi semua. Alhamdulillah. Bertambah sehari lagi usia kita. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus memperbaiki diri dan beribadah kepada-Nya. Dah lama tak update entri awal pagi macam ni. Terasa pelik dengan diri sendiri...hee >_<
 
Sebenarnya nak bercerita tentang si kaki ngadu. Pasti korang tahu kan apa itu kaki ngadu. Masa kecil dulu, aku suka panggil adik bongsu aku tu kaki ngadu. Sikit-sikit nak mengadu. Pantang jadi hal, cepat je dia cari mak atau ayah untuk mengadu. Tak sporting langsung. Tapi, kisah budak-budak ni bila dikenang semula memang la rasa nak ketawa sorang-sorang kan. Tapi, apa halnya pula jika kaki ngadu ni melibatkan orang dewasa...? Di kalangan kawan sekerja...? Menjengkelkan.
 
Pagi ni, bos aku ** dah jadi ex-boss pun...sedih =( ** bagitau tentang hal dirinya didatangi oleh "mak tiri universiti" petang semalam ** mak tiri tu merujuk kepada HR Manager di sini...huhu ** Al-kisahnya, bos baru aku mengadu kepada HR Manager  tu akan perihal aku yg masih tak datang lapor diri. Sepatutnya aku dah berpindah ke department baru hari Selasa lepas. Tapi, hari Jumaat sebelumnya aku ada datang berjumpa dengan dia untuk meminta tempoh seminggu sebelum aku bawa segala harta benda aku ke department tu. Ada beberapa outstanding yg nak diselesaikan, termasuk la perkara "hand-over" kerja. Dan dia pada masa tu okay je. Katanya, dia akan feedback aku sekiranya HR tak setuju. Makanya aku kena pindah cepat la. Tapi, takde apa-apa feedback. No news is a good news la kan. Jadi, aku ada la masa nak mengemas apa-apa yg patut.
 
Tapi, bila ex-boss dah cakap macam tu, aku jadi musykil sekejap. Kaki ngadu ke bos baru aku tu...? Mengadu kat HR Manager lak tu. Adoiii...macam budak kecil la. Malas nak layan la orang yg main ngadu-ngadu ni. Letih. Tapi, takpe la. Nanti aku pergi jumpa dia. Kalau betul dia tak puas hati sebab aku tak pindah barang lagi, aku akan pindah la secepat yg boleh. By the way, tinggal sehari je lagi untuk minggu ni. Apa la nak berkira sangat.
 
 
p/s : kesian tengok ex-boss yg semakin sibuk dengan task barunya...bos, sori sangat tak dapat nak tolong =(




~ Dylla Abas ~ 

Wednesday 19 September 2012

Hanya Allah S.W.T

Assalammualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tatkala hati sedang dilanda kepiluan
Kata-kata ini begitu memujuk dan menenangkan




Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar
Sesungguhnya diri terasa begitu kerdil di sisi-Nya =(


p/s : sumber dari Facebook




~ Dylla Abas ~

Tuesday 18 September 2012

Kisah Cinta Pertama

Assalammualaikum W.B.T

Bila terbaca kisah-kisah cinta pertama orang lain, aku cuba nak mengelakkan dari terus mengingat kisah cinta pertama aku. Tapi, memori tu tak boleh nak di"delete". Melekat terus dalam kepala. Begitulah kuatnya penangan cinta pertama, kan? Semakin cuba nak lupakan, semakin kerap kenangan tu datang.

Aku belajar bercinta di usia 21. Kedengarannya agak lewat, kan? Bukan la tak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Tapi, sekadar kawan jelah. Takde la nak lebih-lebih sampai nak ter"feeling" ke terjiwang ke. Dulu, aku pernah berjanji dengan mak, "kakak takkan bercinta selagi tak habis belajar." Jadi, demi menunaikan janji pada mak, aku cuba la menahan perasaan ingin bercinta tu. Hahaha...sengal! Tapi, alhamdulillah...janji tu berjaya ditunaikan.

Di usia 20++, aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat diploma. Masa tu tak terfikir pun nak sambung ke peringkat Ijazah. Aku terfikir nak cari kerja je. Mungkin sebab terpengaruh dengan abang aku yg dah bekerja. Tengok dia dah pakai kereta dengan hasil titik peluh sendiri, keinginan untuk rasa macam tu membuak-buak. Jadi, bekerja la aku di usia yg masih muda.


Google


Cinta pertama. Ya, aku kenal dia sejak dari zaman belajar lagi. Zaman belajar di UiTM Arau. Kami kenal ketika sama-sama terlibat dalam program yg dianjurkan oleh Rakan Muda Negeri Perlis. Masing-masing gile ber"camping". Dan kami terus rapat sebaik saja program tu tamat. Cuma, masa tu hubungan kitaorang sekadar kawan baik. Apatah lagi, ex-girlfriend dia teman sekuliah aku.  Memang la hubungan kitaorang tak boleh ke mana kan. Jadinya, cukuplah sekadar kami berkawan baik. Lepas je aku habis belajar dan mula bekerja, aku macam lost contact dengan dia. Tetiba je satu hari tu dapat SMS dari dia. Oh, rupanya dia dah sambung belajar di peringkat Ijazah di Shah Alam. Kebetulan, aku pun bekerja di Shah Alam. Makin dekat pula kitaorang. Jodoh kononnya.

Bila dah dekat tu, kerap juga la kitaorang jumpa. Dia pula masa tu dah kembali single. Hubungan dengan ex-girlfriend nya putus seminggu sebelum exam final year di Arau dulu. Aku je yg tak tahu. Dan dia pula tak pernah nak bagitau.

Tapi, memang tak pernah sangka kawan baik aku tu boleh bertukar menjadi boyfriend. Agak lama juga la dia ambil masa nak meluah rasa. Aku...?? Ambil masa juga nak terima dia mula-mula tu. Tapi, bila tengok dia macam ikhlas gile nak hubungan tu jadi lebih serius, then aku belajar la untuk terima dia. Lama-lama aku makin jatuh hati pada dia dan rasa sayang tu mulai wujud. Dan aku ambil masa hampir 5 bulan untuk jatuh cinta dengan boyfriend aku sendiri...!  Kesian dia, sabar jelah melayan kerenah aku ni.

Tapi, bila hati dah mulai sayang, memang macam-macam dugaan yg datang. Awalnya, mak dan ayah aku menentang. Berkeras sangat ayah menghalang hubungan kitaorang. Tak pasti kenapa. Apa yg pasti, ayah memang pernah tak suka aku berkawan dengan dia. Sedihnya rasa hati. Mak pun sama. "Tak berkenan." Senang betul komennya. Pada aku, si dia tu dah baik sangat. Takde apa yg kurang pada dirinya. Serba-serbi sempurna. Cuma dia kurang kasih-sayang seorang ibu je. Arwah mamanya meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.
  
Aku cuba pertahankan hubungan ni. Macam-macam cara aku buat supaya mak dan ayah boleh terima dia. Jenuh juga nak "beli hati" mak dan ayah aku sebenarnya. Tapi, alhamdulillah..lama-lama tu mak dan ayah dah boleh terima dia. Dah boleh duduk berbual. Dan ayah sangat suka bila dia datang ke rumah. Macam-macam cerita keluar. Si dia pula memang rajin melayan cerita-cerita ayah. Mak..?? Sangat manjakan si dia. Aku rasa mak memang dah sayang sangat dengan dia. Dan dia pula memang la suka bila dimanjakan oleh mak. Maklum la, dah lama tak merasa belaian kasih-sayang seorang ibu, kan?

Hubungan dengan si dia dah sampai ke tahap yg lebih serius bila dia menyatakan hasrat pada mak untuk berkahwin dengan aku. Wahhhh, sukanya hati! Dia yg berjanji dengan mak untuk menjaga aku selamanya. Dia juga yg berjanji untuk tidak akan mensia-siakan aku. Tapi, bila dah plan macam-macam, tetiba jadi sesuatu yg tak diduga. Kenapa ayah dia tak dapat nak terima aku...?? Tak pernah ada peluang untuk berkenalan dengan ayahnya, tapi aku dah dijatuhkan hukuman mandatori - tidak boleh hidup bersama dengan anaknya!

Perjalanan cinta kami menjadi semakin sukar bila ayah dia dah pandai main ugut-ugut. Family atau aku...? Dia memang sangat buntu. Aku apatah lagi. Tak pernah menyangka akan melalui "drama" ini. Dalam masa cuba bertahan untuk meneruskan hubungan ni, muncul pula watak ketiga. Okay. Watak ketiga inilah yg menambahkan lagi kekeruhan yg sedia ada. Kusut betul. Dan watak ketiga ini pula merupakan kawan baik kepada adik si  dia, yg sekaligus mendapat tempat terbaik pada pandangan mata ayahnya. Aku...??? Kalah teruk beb!!
  
Lama-kelamaan, hubungan kitaorang jadi makin hambar. Makin cuba bertahan, makin banyak pula hal yg jadi. Si dia pula jelas makin menjauhkan diri. Sedih. Rasa sakit sangat. Tapi, aku tahu hubungan tu memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Dia tersepit antara keluarganya dan aku. Dan dalam waktu yg sama, ada pula watak yg menenangkan hatinya. Aku tak boleh la nak bersikap pentingkan diri. Ayah aku pernah memujuk, "Dia ada ayah je, mak dia dah lama takde, takkan la kakak nak buat dia hilang ayah dia pula? Lepaskan la dia...anggap jelah takde jodoh..." Gile sedih! Tapi, itu je pilihan yg aku ada setelah penat berusaha untuk memenangi hati ayahnya yg tidak berkesudahan.

"Saya pilih dia."

SMS terakhir yg aku terima sebelum dia betul-betul hilang dari hidup aku. Jantung terasa berhenti berdenyut. Gile betul penangan cinta ni. Buat hidup aku jadi kacau-bilau. Frust menonggeng...?? Aku rasa itulah fasa yg aku lalui lepas beberapa bulan ditinggalkan kekasih hati. Berat badan turun mendadak. Kerja tak menentu. Kesihatan terabai. Semuanya terganggu. Semangat aku untuk meneruskan hidup hanyalah kerana ada mak dan ayah. Kalau diorang takde, tak tahu la apa yg akan jadi dengan hidup aku sekarang ni.

Yg paling sedih waktu aku putus cinta ialah mak. Dia pula yg menangis bila tengok aku bersedih. Dia asyik mengenangkan lelaki yg dah berjanji untuk berkahwin dengan anaknya ini. Dan dia tak habis-habis bercerita tentang kebaikan lelaki itu! Stress tau dengar! Sebab tengok mak bersedih la aku tak jadi nak bersedih lama-lama. Walaupun hidup serba tak kena, aku terpaksa laluinya juga. Walaupun hari-hari berendam airmata, aku gagahkan diri untuk kuatkan semangat. Kenangan manis kitaorang menjadi perangsang untuk aku terus bangkit. Salah cara aku tu. Tapi, itu saja cara yg paling berkesan.

Selepas 2 tahun, baru aku pulih sepenuhnya. Bangkit dari kegagalan cinta pertama. Sakit masih terasa, hingga ke hari ini. Tapi, aku dah mampu tersenyum lebar. Tak mahu memandang ke belakang lagi. Yg lepas tu, biarlah jadi kenangan dan pengajaran berharga buat diri aku. Kepada si dia, semoga awak kekal bahagia selamanya. Memang tiada jodoh antara kita. Tapi, saya amat berterima kasih pada awak kerana awak la yg mengajar saya erti cinta (",)
  
Kenangan cinta ini la yg membuka mata aku, sesungguhnya tiada cinta yg lebih agung selain dari mencintai-Nya. Hanya cinta kepada-Nya akan memberikan ketenangan yg tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

p/s : letih juga buat entri jiwang macam ni, kan...? huhu :p





~ Dylla Abas ~

Sunday 16 September 2012

Transformasi Diriku - Bertudung Bukan Kerana Ikutan Budaya

Assalammualaikum W.B.T

Melihat terlalu banyak gaya dan fesyen bertudung hari ini, membuatkan aku terfikir - ikhlaskah kita bertudung kerana perintah Allah S.W.T...?? Kini, memang ramai yg berubah untuk berhijab. Dan perubahan yg positif ini amat baik dan bersesuaian dengan tuntutan agama. 

Setuju tak kalau aku cakap, ramai yg berhijab kerana terpengaruh dengan fesyen bertudung...? Jika ada yg sebegitu, maka cubalah perbaiki niat kita agar menjadi lebih ikhlas kerana Allah S.W.T. Berubahlah kerana Allah S.W.T, bukan kerana ikutan budaya. Bagi seorang wanita Islam, kita tiada pilihan di dalam menutup aurat kerana inilah kewajipan yg harus kita ikuti. Dan aku sendiri, mungkin agak terlewat untuk sedar, walaupun hakikatnya, inilah yg kita pelajari semenjak dari kecil lagi. 

Tiada istilah belum sampai seru atau belum dikurniakan hidayah, kerana hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti.  Namun, tidak dinafikan perkembangan fesyen bertudung sekarang ini memberi kesan yg positif terhadap golongan wanita, terutamanya remaja. Ada pelbagai jenis gaya bertudung yg boleh kita peragakan. Untuk kelihatan cantik dan menarik di dalam berhijab tidak menjadi masalah, namun biarlah secara sederhana dan tidak melampau. Paling penting ikut landasan dan syarat yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Janganlah pula kita bertudung sempurna menutup dada, tetapi lengan baju terlalu singkat sehingga menampakkan lengan. Itu juga aurat yg perlu kita ambil kira. Aku sendiri kadang-kadang terbabas juga. Ada masanya bila tersedar yg aku dah nampakkan sebahagian daripada tangan aku ni, cepat-cepatlah buat sesuatu untuk menutupinya.

Hingga ke hari ini aku masih tidak putus-putus berdoa agar aku dikekalkan di landasan yg benar. Takut betul membayangkan jika hidayah yg dikurniakan ni ditarik balik. Moga-moga kita semua akan menjadi lebih sempurna di dalam menutup aurat seperti yg dikehendaki-Nya. Amin.
~ Dylla Abas ~




Thursday 13 September 2012

Belajar Menerima Hakikat

Assalammualaikum W.B.T
 
Redha. Sama la juga maksudnya dengan menerima hakikat, kan? Okay. Sekarang ni aku dalam proses untuk belajar menerima hakikat yg aku tak nak ia terjadi. Tapi, apakan daya. Kun fayakun, jadi maka jadilah. Suka atau tidak, hakikat yg telah ditentukan ini kena la diterima.
 
Macam berat sangat bunyinya ye...? Takde la. Hal kecil je pun. Memang dah sahih aku ditukarkan ke department yg aku tak nak sangat tu. Surat pun dah dapat pagi tadi. Tapi aku minta extend sampai hujung bulan ni. Banyak benda nak kena settle. Takkan nak handover kerja yg separuh jalan, kan? Cubaan mengontrol emosi sedang melanda kini. Memang macam-macam rasa ada. Sedih. Tak puas hati. Memberontak. Tapi, takkan nak pergi buat rusuhan lak, kan?
 
Memang ramai orang kata, rezeki tu tak kisah la kat mana-mana, yg penting halal. Mungkin ada hikmah atas apa yg berlaku ni. Tapi, aku masih belum nampak hikmahnya. Takpe la, Allah S.W.T lebih tahu apa yg terbaik untuk diri aku. Walaupun sedih, aku tak boleh la nak mengalah. Kalau rasa tak boleh sangat, resign je. Cari kerja lain....hahahaha >_<
 

 
 
 
Photobucket

Minggu Makan-Makan : Part 2

Assalammualaikum W.B.T
Semalam dah makan banyak. Dan pagi ni perut terasa amat lapar. Tengah menaip entri ni pun dia dok bunyi-bunyi minta diisi. Nak kena cari sesuatu ni. Kang tak boleh fokus pula nak buat kerja..hehe >_<
Sepanjang minggu ni memang penuh dengan aktiviti makan-makan. "Openhouse Department" sana-sini. Pelbagai menu. Pelbagai ragam. Kemeriahan Raya masih terasa bila lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong speaker...huhu (",) Apapun, mood raya sebenarnya dah lama berlalu. Cuma bila melihat masih ada hidangan lemang dan rendang, mood tu tetiba je datang balik.
Apa yg menariknya tentang openhouse ni ialah konsep potluck. Masing-masing bawa menu masing-masing. Best la kan dapat rasa masakan kawan-kawan ofis. Aku...??? Bawa perut je...hahaha


Bermula dengan jamuan raya di Registrar's Office yg diadakan pada hari Jumaat lepas. Jamuan ni sebenarnya diadakan di kalangan kitaorang je. Tapi, sebab makanan terlebih, jadi kami pun panggil la beberapa department yg berdekatan. Jiran-jiran kena diutamakan, ye tak..? Hee ^_^



Kemudian, hari Isnin tu ada openhouse department di Fakulti TARSOG (Tun Abdul Razak School Of Government) dan juga openhouse department kolaborasi antara CLMS (Centre for Language & Malasian Studies) & CEL (Centre of English Language). Banyak menu yg disediakan. Terlalu banyak sampai aku tak tahu nak makan apa.


Selasa pula openhouse department di ICT. Boleh tahan juga orang-orang ICT ni punya menu. Siap ada nama-nama khas untuk setiap menu lagi. Macam-macam la diorang. Tapi memang kreatif la. Yg penting, makanannya sedap!
















Dan semalam, giliran kami pula yg buat openhouse department ni. Kolaborasi beberapa department di seluruh blok B@capsquare ni. Memang meriah. Banyak gile gambar yg aku ambil. Setiap sudut, setiap gaya, setiap acara, asalkan aku boleh snap...aku snap je. Sampai diorang cakap aku gile kamera. Tak kisah...gile kamera ke apa ke..asalkan aku happy dapat buat apa yg aku suka.

Okay...aku nak bersiap-siap untuk ke satu lagi openhouse hari ni. Gile murah rezeki minggu ni. Hari-hari dapat makan free. Alhamdulillah.


Photobucket

Wednesday 12 September 2012

Minggu Makan-Makan : Part 1

Assalammualaikum W.B.T
Sepanjang minggu ni, kami di UniRazak sibuk dengan undangan makan-makan. Minggu terakhir Syawal ni terasa sangat meriah dengan aktiviti "Rumah Terbuka" yg dianjurkan oleh department yg ada. Hari ni, department aku akan bergabung dengan beberapa department lain untuk aktiviti yg sama. Tak pasti lagi menu apa yg ada, tapi aku pasti suasana hari ini akan lebih meriah. Apatah lagi dengan dekorasi majlis yg begitu cantik ** pada pandangan mata aku la ye **
Semalam, aku sempat la cuci mata kejap. Sambil-sambil tu sempat juga la mengambil barang sekeping dua gambar untuk ditempek kat sini. Tak sabar pula rasanya nak menunggu ketibaan tetamu...hahahaha, sengal! baru pukul 10.00 pagi kot. Majlis bermula jam 1.00 tengahari. Ada 3 jam lagi. Aku rasa, macam dah nampak diorang semua dok sibuk-sibuk siapkan makanan. Aku je yg malas. Biasa la, aku memang suka jadi orang yg terakhir datang membantu. Takde la banyak sangat kerja nak kena buat, kan? Hehehe >_<
Warga kerja RQA yg memang ringan tulang membantu

Tukang sibuk, tukang komen dan segala jenis tukang...hehehe >_<
Part of view


The Decorator


Part of view no.2


Cakkk...!!


Keciknya daku di sisi bunga itu

Okay dah. Nak sambung buat kerja. Kejap lagi baru update entri lain pula. Lagipun takde idea sebenarnya nak bercerita tentang apa hari ni. Daa...!!


Photobucket

Tuesday 11 September 2012

Impian Hidup

Assalammualaikum W.B.T

Setiap kita pasti punya impian yg tersendiri. Ada pelbagai impian yg mewakili setiap daripada kita. Impian itu pastilah sehabis daya cuba untuk digapai. Bagi yg berjaya memenuhi impian diri, tahniah diucapkan. Kerana hakikat kehidupan, bukan mudah untuk menggapai impian. Apatah lagi impian itu benar-benar mencabar kekuatan minda dan emosi kita.

Namun, kita juga tidak boleh bersikap putus asa atau sambil lewa jika sudah menanam impian dalam diri. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai setiap impian adalah matlamat yg harus ditepati. Jika selepas berusaha sehabis daya dan kita gagal untuk menggapai impian itu, janganlah pula kita berpatah semangat. Ada banyak cara yg boleh kita usahakan untuk menggapai impian. Namun, harus diingatkan, impian tidak patut digapai dengan cara yg tidak baik.

Menanam impian, bertekad dan berusaha untuk menggapainya pasti akan lebih bermakna jika diiringi dengan doa ke hadrat Illahi. Kerana setiap doa untuk setiap perbuatan yg baik pasti akan dimakbulkan-Nya, dengan pelbagai cara. Tidak semestinya doa itu diperkenankan seperti yg kita pinta. Yg terbaik pasti hadir jika kita menanam rasa yakin bahawa setiap qada dan qadar itu adalah ketentuan-Nya dan Rukun Iman yg terakhir yg harus kita berpegang dengannya.

Bagi diri aku sendiri, impian untuk menjadi anak yg lebih baik dan membalas jasa kedua orang tuaku adalah matlamat yg harus ditujui. Tidak kiralah di tahap mana sekalipun aku berada, tanpa mak dan ayah, tiadalah aku di sini. Tanpa jasa dan pengorbanan mereka selama ini, tiadalah kejayaan yg datang dalam hidup aku. Dan tanpa mereka di sisi, tiadalah erti kebahagiaan hidup yg ingin ditakluki.

Ketika mula mengenal huruf, aku masih belum mengerti apa itu impian. Ketika mula melangkahkan kaki di alam pendidikan yg lebih tinggi, barulah impian itu terlihat jelas satu-persatu. Banyak juga yg aku impikan. Dan aku tak pasti, adakah salah satu daripada impianku telah tercapai.

Ketika mula mengenal erti pencarian rezeki, gaji pertamaku benar-benar terasa nikmatnya. Hasil titik-peluhku yg pertama membuatkan aku tersenyum penuh syukur. Aku kongsikan kegembiraan itu dengan seluruh ahli keluargaku. Walaupun tidak seberapa, tetapi itulah kenangan yg paling dikenang. Hingga kini, aku masih berkongsi nikmat rezeki yg Allah S.W.T kurniakan kepadaku. Sudah cukup berjayakah aku...? Jika dinilai oleh orang-orang yg memandang duniawi, aku belum boleh dikategorikan sebagai orang yg berjaya.

Benar, aku juga ingin berjaya seperti mereka yg lain. Aku juga ingin hidup mewah. Aku juga punya hasrat untuk memiliki segala-galanya. Tapi, benar juga kata orang, ibubapa adalah harta yg paling bernilai dalam hidup. Cukuplah aku punya mereka. Dan cukuplah aku punya Allah S.W.T yg sentiasa ada di sisi, kala susah dan senangku. Walaupun tidak kaya, aku selesa dengan kehidupan aku sekarang. Walaupun tidak punya harta, aku masih mampu menarik nafas lega tatkala bangun di Subuh hari. Memiliki aset perniagaan yg berkembang pesat tetapi pening memikirkan keuntungan setiap hari bukanlah suatu kejayaan bagi diri aku. Kejayaan bagi diri aku bermaksud membalas jasa kedua orang tuaku dan mendapat restu mereka. Dan kejayaan itu pasti akan mendorong aku untuk menjadi lebih berjaya di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.

p/s : berjaya di akhirat lebih menjamin kebahagian hidup sebenarnya ^_^
 

Monday 10 September 2012

Kisah Aku dan Hari Isnin

Assalammualaikum W.B.T
 
Isnin. Datang lagi seperti biasa. Tapi, tak seperti biasa...Isnin kali ni aku masuk lewat ke pejabat...huhu >_< Ada masalah kesihatan sikit pagi tadi. Apapun, alhamdulillah...sebab aku dah semakin pulih. And now, I'm in the office!!
 
Hari ni mood agak swing sikit la. Ura-ura yg mengatakan aku akan bertukar department, semakin menjadi kenyataan. Menanti bos aku berjuang habis-habisan untuk pertahankan aku kat sini. Kalau tak berjaya, memang sampai sini jelah jodoh aku dengan department yg paling best yg pernah aku join. Semangat nak buat kerja tu kejap ada kejap takde. Bila tengok tray dah menimbun dengan pelbagai outstanding, terus rasa semangat nak buat kerja. Tapi, bila teringatkan perkara 'transfer' tu, terus jadi moody. Adoiii...apala nasib!
 
Memang la orang kata rezeki tu ada di mana-mana. Tak kisah la kerja apa pun asalkan halal. Betul. Aku setuju. Tapi, bukan la nak kata aku cerewet sangat. Cuma aku rasa, environment bekerja tu penting juga. Kalau dah environment pun tak membantu, macam mana aku nak bekerja dengan penuh dedikasi...?? Alasan kah itu...?? Hmmm...lebih kurang juga la. Dan sedih sebenarnya kalau betul-betul kena transfer nanti. Bayangkan nak bekerja dengan orang-orang yg 'bukan dikalangan kita'...? Spoil betul la....
 
Dan hari ni, walaupun penuh dengan agenda makan-makan, tetap tak mampu nak memulihkan mood aku ni. Tak bersyukur ke...? Bukan tak bersyukur. Tapi....hmmm, takpe la. Aku pun tak boleh la nak tulis lebih-lebih. Kang melibatkan syarikat...tak elok juga kan. Apa yg aku boleh tulis kat sini, aku dah tulis pun kat perenggan-perenggan yg atas tu...huhu (",)
 
 
p/s : life must goes on...don't ever give up, Dylla....kata-kata semangat si dia beberapa hari yg lepas...tapi, tetap rasa tak bersemangat..hahahahaha
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
 
 

Friday 7 September 2012

Kerehatan Mukmin

Assalammualaikum W.B.T
 
Pagi semalam aku sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Topik tentang alam barzakh. Tak ingat pula aku tajuk panjangnya apa. Tapi, ada satu soalan yg betul-betul menarik perhatian aku. Seseorang ni bertanya kepada ustaz tentang apakah yg dimaksudkan dengan Kerehatan Mukmin ketika di alam barzakh nanti...?
 
Menurut kata ustaz tersebut, kerehatan mukmin itu adalah waktu rehat kita (sebagai umat Islam) selepas mati setelah penat beramal dan beribadah ketika hidup. Penat itu merujuk kepada setiap amal kebaikan kita ketika masih hidup. Walaupun dalam hati aku kurang bersetuju tentang istilah penat di dalam beribadah itu, namun penjelasan ustaz tersebut telah menjelaskan lagi pemahaman aku tentang erti penat dan rehat.
 
"Kita sebagai mukmin di atas muka bumi ni, penat buat amal ibadah. Contohnya, bila si lelaki pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Balik dari solat tu, masing-masing kepenatan. Berpeluh-peluh. Penat duduk di masjid. Penat dengar khutbah Jumaat. Bertambah penat bila nampak ada tabung derma bergerak dari satu orang ke satu orang yg lain ** masa ni aku gelak kuat juga la...hehe ** Penat sebenarnya bila kita beribadah ni. Jadi, kerehatan mukmin itu adalah waktu yg paling tepat untuk kita semua berehat panjang. Jangan cari peluang untuk berehat sekarang. Beramal la selagi masih ada peluang. Kerana Allah S.W.T telah menyediakan waktu rehat yg tepat untuk kita semua."
 
Selama hayat aku ni, takut sangat nak mengeluh penat semasa menunaikan apa jua ibadah.Yelah, bagi aku secara peribadinya rasa macam tak ikhlas kot nak mengeluh penat. Tapi, Allah itu Maha Penyayang, kan? Kita tak perlu nak mengeluh penat sekalipun, DIA berikan juga rehat yg sempurna untuk kita semua bila tiba masa kita untuk bertemu dengan-Nya satu hari nanti...insyaAllah.


p/s : ada lagi 2 persoalan...nanti aku buat entri lain ^_^
 
 
Photobucket

Tazkirah Jumaat dan Jamuan Raya Registrar's Office

Assalammualaikum W.B.T
Pagi tadi macam biasa ada Tazkirah Jumaat. Dah lama sebenarnya aktiviti ni tergendala. Hari ni baru ada peluang untuk buat balik. Dan tazkirah kali ni dibuat sekali dengan jamuan raya untuk semua staff di Registrar's Office.
Walaupun tak ramai, tapi tetap meriah. Pelbagai menu dihidangkan. Agak istimewa sebab ada nasi lemak. Haa, mana nak dapat jamuan raya makan nasi lemak....hehehe >_<  Aku agak rambang mata juga la masa nak ambil makanan tadi. Rasa nak makan nasi lemak. Tapi mata dok pandang-pandang nasi impit dan kuah kacang. Penyudahnya, makan dua-dua. Lepas tu menderita sakit perut. Tulah. Pagi-pagi dah biasa tak makan benda berat, sekali makan terus perut meragam.
Aku rasa diorang ni memang pratikkan raya sebulan la. Sampai hujung minggu depan pun masih ada yg nak buat rumah terbuka. Tapi, best la untuk aku. Rezeki...hahaha. Entri kali ni tak dapat nak tempek gambar banyak-banyak. Sebab photographer ** aku ler tu ** sibuk makan..!
p/s : hari ni mood agak tak bagus sebab ada bad news yg amat-amat mengganggu fikiran :(
Photobucket

Pengisian Jumaat (15)

Assalammualaikum W.B.T
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Hadid - ayat 11 yg bermaksud :
 
"Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia."
 

 
 
 
Photobucket

Wednesday 5 September 2012

Tahniah Buat Cham dan Isteri

Assalammualaikum W.B.T

Entri ni dah terperam selama 3 hari. Dan hari ni baru ada kesempatan nak update balik, sambil masukkan gambar-gambar yg comel lagi jelita...hoho >_< Sabtu yg lepas, kami berkonvoi ke Felda Chini, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan teman sepejabat aku, Cham atau nama sebenarnya Syamsul Azhar.
Kami bertolak seawal jam 9.00 pagi dari kawasan rumah aku. Sempat singgah di Petronas Kunang-Kunang kat MRR2 tu untuk bertemu dengan seorang lagi kawan sepejabat yg dah janji nak konvoi sekali. Kebetulan, sang bf setuju nak follow. Jadi, kami berkonvoi sebanyak 3 kereta je. Yg lain-lain tu aku tak tahu la macam mana. Dengarnya nak bertolak dari ofis. Tak kisah la. Yg penting, 3 kereta yg patut ada ni pun dah cukup punctual.


View masa perjalanan sebelum sampai Felda Chini

Disebabkan perjalanan ke sana memakan masa hampir 4 jam, kami agak selesa berkonvoi dengan 3 buah kereta je. Kalau lebih banyak kereta, lebih lama la masa perjalanan tu diambil kan. Dan perjalanannya cukup menguji kesabaran. Keluar je tol Gambang tu, kami dah nampak suasana "takde apa-apa" seperti yg orang cakap. Hanya ada ladang kelapa sawit. Dan kawasan bukit-bukau. Banyak lori pula. Dah la ada 1 lane yg ada. Terpaksa la memandu dengan hati yg sangat-sangat penat menahan sabar...hehehe :p
  
Kami tiba hampir jam 1.00 tengahari. Alhamdulillah. Sampai juga di Felda Chini ni. Punya la jauh aku rasa. Dalam kereta berdua je. Bosan juga asyik bercakap dengan sang bf je. Dapat bercakap ramai-ramai kan best...hahaha. Dia setuju nak ikut pun dah cukup bagus la...amboi, tak bersyukur ye Dylla!!

Sampai sana, kami duduk-duduk dulu...usha-usha lauk kenduri yg ada. Sang bf dengan muka yg tak berapa nak malu, selamba je terus ambil makanan. Ish, sabar jelah tengok kerenah dia! Sampai balik kat meja, dia cakap bisik-bisik, "aku tak tahu nak makan apa la..." Bila aku pandang pinggan dia...eh, takde lauk pun?? Dia hanya ambil nasi putih, gulai lemak nenas dan sedikit kuah. Makan ke apa tu..? Lepas tu, seorang lagi kawan, Ezwan, bangun untuk ambil makanan. Kejap je dia dah patah balik..."a'ah la..tak tahu nak makan apa..."

Aku dah rasa pelik. Biar betul diorang ni...??? Sekali aku pula yg pergi ambil makanan, oh....bukan takde lauk sampai diorang tak tahu nak makan apa. Tapi, semuanya masakan kampung. Mungkin tak kena dengan tekak diorang. Masa tu aku ternampak ada mihun sup. Jadi, aku makan mihun sup jelah. Nak makan lauk lain, takut tergugat pula perut aku nanti. Aku pun lebih kurang macam diorang la. Tak biasa dengan masakan asing. Takut perut meragam. Apapun, sup dia memang terbaik la...sedap gile!


Aksi photographer

I'm on candid camera!!!

Kami dah habis makan pun, pengantin belum sampai lagi. Jadi, sempat la beraksi depan kamera sementara nak tunggu pengantin sampai. Tiba-tiba, satu lagi group UniRazak tiba. Wahhh, baru la meriah! Tak lama lepas tu baru pengantin sampai. Serba ungu. Sweet sangat. Kaler feveret aku kan..huhu >_<


Pengantin baru sampai masa ni

Senyuman ceria dari pengantin...sweet tau!

Lepas pengantin selesai makan beradab, baru la kami ada kesempatan untuk mengajak diorang bergambar. Sangat sporting pengantin baru ni. Panggil je terus datang. Dengan senyuman yg sangat berseri-seri. Tahniah Cham...akhirnya awak kahwin juga...hehehe ^_^


Aku, Meza, Cham n Lina

Group konvoi yg 1st sampai bersama pengantin (",)

Sempat tarik pengantin sebagai final pose

Sweet kan pengantin tu...? Wife dia pun sporting je. Ramah dengan semua kawan-kawan husband dia. Kitaorang pun tak tunggu lama la. Lepas je sesi bergambar, kami decide nak singgah di rumah Khaireez, salah seorang staff UniRazak yg kebetulannya terletak tak jauh dari situ. Err...jauh juga la kot, sebab rumahnya kat Temerloh. Mula-mula tu sang bf tak nak follow sebab dia sangat mengantuk. Nak singgah untuk tidur di RnR Gambang je. Tapi, pujuk punya pujuk, akhirnya dia mengalah juga. ikut juga la ke Temerloh tu...yeay!!

Aku tak ingat waktu kami tiba di Temerloh. Tapi, yg pasti...sampai je rumah Khaireez, masing-masing terus flat. Muka penat je semua orang. Tapi, mak si Khaireez tu memang ramah sangat. Seronok je dapat berborak dengan dia. Dan kawasan rumah Khaireez tu pun best sangat. View dia memang menarik. Aku ni pula pantang dapat pegang kamera. Semua benda nak snap.


Sian dik Wan...penat sangat dah gayanya

Pose manja gitu...hak hak hak >_<


Errr...menung ke cik kak oiii??


Aktiviti memilih pelam telur yg bakal masuk ke dalam mulut...heee :p

Tapi, dalam rasa penat tu, kami tak tolak la bila mak Khaireez pelawa kami makan pelam telur diorang. Perghhh...meleleh air liur. Aku tak makan sangat. Tak suka benda masam ni. Tapi, tak nak lepaskan peluang untuk rasa. Rangup. Tapi memang masam...sangat! Sang bf selamba je boleh makan macam tu tanpa cicah dengan gula kicap. Gile kebal deria masam kat lidah dia. Sekarang ni pun aku dah rasa cam dah meleleh air liur...hahaha.

Kami bertolak balik dari rumah Khaireez jam 6.15 minit petang. masa tu aku tengok sang bf drive dengan mata yg sangat kuyu. Ada la juga offer nak take over. Tapi, dia tak bagi. Biar dia je yg drive katanya. Lagi la aku suka. Tapi, aku tak dibenarkan tidur. Kena teman dia drive, Dan sepanjang perjalanan balik tu, aku dipaksa bercerita tentang apa saja. Adoii... tak pasal-pasal kena jadi penglipur-lara!


Serius suka gambar ni...cantik sangat view dia!!

Sampai je tol Gombak tu, kami terus menghala ke rumah kak ila pula. Salah seorang staff UniRazak yg ada buat open-house hari tu. Kerja makan jelah kitaorang kan. Tapi, bak kata pepatah la, rezeki jangan ditolak...musuh jangan dcari. dan aku pula memang suka dengan rezeki yg macam ni. Apatah lagi free...layan je...huhu >_<


Nak senyum masa ni pun buat syarat je...hehehe

Masa ni memang dah tak larat sangat
So...just dengar jelah kak Ila (baju hijau) tu dok berceloteh

Bila masing-masing dah memang sangat tak larat, baru la kitorang balik. Sampai rumah je aku terus landing atas tilam. Ya Allah...nikmatnya rasa! Sakit pinggang aku dengan aktiviti macam tu. Tapi, alhamdulillah...semua urusan dipermudahkan. Walaupun ada juga la hal yg agak mengganggu mood kitorang hari tu. Tapi, overall...masing-masing enjoy la.


p/s : lepas ni ada konvoi ke pantai timur lagi kena fikir banyak kali nak join ke tak..huhu (",)





Photobucket

Syarat Berbuat Baik

Assalammualaikum W.B.T
 
Dah lama tak update entri tentang kehidupan. Asyik nak bercerita tentang diri sendiri je kan. Okay...okay...hari ni nak cerita tentang Syarat Berbuat Baik. Pelik ke bunyinya...?? Pelik juga kot. Tapi, itulah tajuk yg terlintas aku nak tulis.
 
Kenapa buat baik pun nak kena bersyarat...? Tak boleh ke kita berbuat baik tanpa mengharapkan sebarang balasan dan cukuplah sekadar Allah tahu apa yg kita lakukan itu...? Mesti ada yg terus angguk dan mesti ada juga yg geleng kepala, kan?
 
 
Google
 
 
Ada beberapa peristiwa yg buat aku terfikir sesuatu la. Peristiwa tu berlaku pada diri aku sendiri dan ada juga berlaku di kalangan kawan-kawan rapat aku. Bila aku nak buat baik dengan seseorang tu, secara automatiknya aku pasti berharap agar dia juga MESTI berbuat baik dengan aku. Jadi, perbuatan baik aku tu bersyarat la maksudnya. Teruk, kan?
 
"Aku layan dia baik gile. Semua yg dia nak, aku tunaikan. Aku tak merungut sikit pun. Tapi, tak boleh ke dia buat benda yg sama macam aku buat...? Tak boleh ke dia buat baik macam mana aku buat baik pada dia...?"
 
Pernah tak persoalan ni terdetik dalam hati korang semua..? Kalau pernah maksudnya kita memang berbuat baik dengan syarat. Boleh ke macam tu..? Entah la. Kalau tanya diri aku beberapa tahun yg lalu, pasti aku jawab "mesti la..kita buat baik, dia kena buat baik juga la.." Tapi, bila dah semakin berusia ni, dengan akal dan fikiran yg semakin matang, aku rasa benda tu tak perlu kot. Macam tak ikhlas sangat rasanya aku buat baik dengan orang lain tapi mengharapkan balasan yg sama.
 
Mesti ada yg memberontak bila dengar kata-kata, "biar la orang buat kita, jangan kita yg buat orang." Bunyi macam tak adil, kan? Tapi, kalau kita boleh menghadapi situasi itu dengan hati yg terbuka, pasti hidup kita akan menjadi lebih baik dan tenang. InsyaAllah.
 
 
p/s : malas nak fikir hal orang yg tak nak buat baik dengan aku...biarkan dia, asalkan dia bahagia >_<
 
 
 
 
 
Photobucket

Tuesday 4 September 2012