Assalammualaikum W.B.T
Lemau rasanya pagi Isnin ni. Dah bercuti selama 3 hari, tetiba nak kena kerja balik...haish, mood pun suam-suam kuku je ni. Cuti 3 hari tu pun tak cuti sangat la. Penuh juga dengan aktiviti yg memenatkan badan. Ni pun masih terasa penatnya.
Okay. Berhenti merepek. Nak cerita tentang Jamuan Merdeka Raya yg diadakan pada hari Khamis minggu lepas di tempat aku bekerja ni. Jamuan ni diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri yg dah berlalu beberapa minggu yg lepas dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yg lepas juga. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dato Md Zabid. Err...sebenarnya aku takde kat theatrette masa ucapan tu. Aku terlewat sikit pagi tu. Dan bila aku sampai, dia tengah berucap. Malas la pula rasanya nak masuk.
Jadi aku tak tahu apa yg input yg ada. Cuma teman sekerja sempat memberitahu yg Dato' Md Zabid ada bercerita tentang sejarah, tak pasti sejarah Malaysia atau sejarah penubuhan UniRazak. Kemudian, majlis makan bermula pada jam 12.00 tengahari. Masa tu baru aku memunculkan diri...hehehe. tak senonoh betul, time makan baru nak ada kan >_<
So, enjoy our pictures...!!!
Prof Dato' Md Zabid dengan ucapan beliau Tak pasti apa topiknya masa ni :) |
Cuba berlagak biasa masa masuk theatrette lepas Dato' Md. Zabid habiskan ucapannya |
Ada kejadian lucu masa nak ambil gambar ni Tapi tak sampai hati nak cerita...hehehe >_< |
Tak faham kenapa terselit seorang yg lain jantina kat sini |
Prof. Dato' Md Zabid tersenyum diapit oleh bunga-bunga UniRazak |
Kumbang kat tengah tu memang suka bergambar dengan 2 bunga cantek ni..huhu :p |
Baru dapat peluang bergambar secara solo lepas semua orang balik (",) |
Pakai sangat baju bunga-bunga...dah tak boleh beza antara aku dgn decoration kat belakang tu |
p/s : banyak lagi gambar...tapi tak larat nak upload >_<
10 comments:
wahhh...nampak meriah :)
comeynya adik Dylla kat sini... weweeiiitt (",)
salam kunjung...
wow...meriahnye sambutan raye kat opis heh???
meriah betul raya ni!
@Liza Razak : sgt meriah sebenarnya :)
@Gen2Merah : wewitttt...hee :p
@Alif Ismail : a'ah..sambutan raya ni mmg dibuat kat ofis je..reduce budget..huhu :p
@Kesuma Angsana : meriah n we really enjoy de moment :)
meriahlah majlis ni...
@IntaNBerliaN : hmm..kann :)
Post a Comment