Pages

Friday, 7 September 2012

Kerehatan Mukmin

Assalammualaikum W.B.T
 
Pagi semalam aku sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Topik tentang alam barzakh. Tak ingat pula aku tajuk panjangnya apa. Tapi, ada satu soalan yg betul-betul menarik perhatian aku. Seseorang ni bertanya kepada ustaz tentang apakah yg dimaksudkan dengan Kerehatan Mukmin ketika di alam barzakh nanti...?
 
Menurut kata ustaz tersebut, kerehatan mukmin itu adalah waktu rehat kita (sebagai umat Islam) selepas mati setelah penat beramal dan beribadah ketika hidup. Penat itu merujuk kepada setiap amal kebaikan kita ketika masih hidup. Walaupun dalam hati aku kurang bersetuju tentang istilah penat di dalam beribadah itu, namun penjelasan ustaz tersebut telah menjelaskan lagi pemahaman aku tentang erti penat dan rehat.
 
"Kita sebagai mukmin di atas muka bumi ni, penat buat amal ibadah. Contohnya, bila si lelaki pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Balik dari solat tu, masing-masing kepenatan. Berpeluh-peluh. Penat duduk di masjid. Penat dengar khutbah Jumaat. Bertambah penat bila nampak ada tabung derma bergerak dari satu orang ke satu orang yg lain ** masa ni aku gelak kuat juga la...hehe ** Penat sebenarnya bila kita beribadah ni. Jadi, kerehatan mukmin itu adalah waktu yg paling tepat untuk kita semua berehat panjang. Jangan cari peluang untuk berehat sekarang. Beramal la selagi masih ada peluang. Kerana Allah S.W.T telah menyediakan waktu rehat yg tepat untuk kita semua."
 
Selama hayat aku ni, takut sangat nak mengeluh penat semasa menunaikan apa jua ibadah.Yelah, bagi aku secara peribadinya rasa macam tak ikhlas kot nak mengeluh penat. Tapi, Allah itu Maha Penyayang, kan? Kita tak perlu nak mengeluh penat sekalipun, DIA berikan juga rehat yg sempurna untuk kita semua bila tiba masa kita untuk bertemu dengan-Nya satu hari nanti...insyaAllah.


p/s : ada lagi 2 persoalan...nanti aku buat entri lain ^_^
 
 
Photobucket

6 comments:

IntaNBerliaN said...

A'aa betoi tu.. DIA maha adil n penyayang.. nanti dia akn bg kita rehat :-)

Ce'gu JAERA said...

betul juga kan... selagi ada masa dan kesihatan yang baik, banyak2 kan beramal ibadah tanpa kenal penat dan jemu..
Insya Allahm, segala ganjaran akan di balas semasa akhirat nanti..
Good sharing adik Dylla. (",)

Eera Shera said...

moga kita ada kekuatan utk terus beribadat..bagus share mcm ni kak ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga tiada perasaan utk mengeluh bila melakukan ibadah :)

xamthone plus said...

semoga alloh selalu memberi kekuatan iman dan islam,,

Anonymous said...

tq share ye