Pages

Tuesday 18 September 2012

Kisah Cinta Pertama

Assalammualaikum W.B.T

Bila terbaca kisah-kisah cinta pertama orang lain, aku cuba nak mengelakkan dari terus mengingat kisah cinta pertama aku. Tapi, memori tu tak boleh nak di"delete". Melekat terus dalam kepala. Begitulah kuatnya penangan cinta pertama, kan? Semakin cuba nak lupakan, semakin kerap kenangan tu datang.

Aku belajar bercinta di usia 21. Kedengarannya agak lewat, kan? Bukan la tak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Tapi, sekadar kawan jelah. Takde la nak lebih-lebih sampai nak ter"feeling" ke terjiwang ke. Dulu, aku pernah berjanji dengan mak, "kakak takkan bercinta selagi tak habis belajar." Jadi, demi menunaikan janji pada mak, aku cuba la menahan perasaan ingin bercinta tu. Hahaha...sengal! Tapi, alhamdulillah...janji tu berjaya ditunaikan.

Di usia 20++, aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat diploma. Masa tu tak terfikir pun nak sambung ke peringkat Ijazah. Aku terfikir nak cari kerja je. Mungkin sebab terpengaruh dengan abang aku yg dah bekerja. Tengok dia dah pakai kereta dengan hasil titik peluh sendiri, keinginan untuk rasa macam tu membuak-buak. Jadi, bekerja la aku di usia yg masih muda.


Google


Cinta pertama. Ya, aku kenal dia sejak dari zaman belajar lagi. Zaman belajar di UiTM Arau. Kami kenal ketika sama-sama terlibat dalam program yg dianjurkan oleh Rakan Muda Negeri Perlis. Masing-masing gile ber"camping". Dan kami terus rapat sebaik saja program tu tamat. Cuma, masa tu hubungan kitaorang sekadar kawan baik. Apatah lagi, ex-girlfriend dia teman sekuliah aku.  Memang la hubungan kitaorang tak boleh ke mana kan. Jadinya, cukuplah sekadar kami berkawan baik. Lepas je aku habis belajar dan mula bekerja, aku macam lost contact dengan dia. Tetiba je satu hari tu dapat SMS dari dia. Oh, rupanya dia dah sambung belajar di peringkat Ijazah di Shah Alam. Kebetulan, aku pun bekerja di Shah Alam. Makin dekat pula kitaorang. Jodoh kononnya.

Bila dah dekat tu, kerap juga la kitaorang jumpa. Dia pula masa tu dah kembali single. Hubungan dengan ex-girlfriend nya putus seminggu sebelum exam final year di Arau dulu. Aku je yg tak tahu. Dan dia pula tak pernah nak bagitau.

Tapi, memang tak pernah sangka kawan baik aku tu boleh bertukar menjadi boyfriend. Agak lama juga la dia ambil masa nak meluah rasa. Aku...?? Ambil masa juga nak terima dia mula-mula tu. Tapi, bila tengok dia macam ikhlas gile nak hubungan tu jadi lebih serius, then aku belajar la untuk terima dia. Lama-lama aku makin jatuh hati pada dia dan rasa sayang tu mulai wujud. Dan aku ambil masa hampir 5 bulan untuk jatuh cinta dengan boyfriend aku sendiri...!  Kesian dia, sabar jelah melayan kerenah aku ni.

Tapi, bila hati dah mulai sayang, memang macam-macam dugaan yg datang. Awalnya, mak dan ayah aku menentang. Berkeras sangat ayah menghalang hubungan kitaorang. Tak pasti kenapa. Apa yg pasti, ayah memang pernah tak suka aku berkawan dengan dia. Sedihnya rasa hati. Mak pun sama. "Tak berkenan." Senang betul komennya. Pada aku, si dia tu dah baik sangat. Takde apa yg kurang pada dirinya. Serba-serbi sempurna. Cuma dia kurang kasih-sayang seorang ibu je. Arwah mamanya meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.
  
Aku cuba pertahankan hubungan ni. Macam-macam cara aku buat supaya mak dan ayah boleh terima dia. Jenuh juga nak "beli hati" mak dan ayah aku sebenarnya. Tapi, alhamdulillah..lama-lama tu mak dan ayah dah boleh terima dia. Dah boleh duduk berbual. Dan ayah sangat suka bila dia datang ke rumah. Macam-macam cerita keluar. Si dia pula memang rajin melayan cerita-cerita ayah. Mak..?? Sangat manjakan si dia. Aku rasa mak memang dah sayang sangat dengan dia. Dan dia pula memang la suka bila dimanjakan oleh mak. Maklum la, dah lama tak merasa belaian kasih-sayang seorang ibu, kan?

Hubungan dengan si dia dah sampai ke tahap yg lebih serius bila dia menyatakan hasrat pada mak untuk berkahwin dengan aku. Wahhhh, sukanya hati! Dia yg berjanji dengan mak untuk menjaga aku selamanya. Dia juga yg berjanji untuk tidak akan mensia-siakan aku. Tapi, bila dah plan macam-macam, tetiba jadi sesuatu yg tak diduga. Kenapa ayah dia tak dapat nak terima aku...?? Tak pernah ada peluang untuk berkenalan dengan ayahnya, tapi aku dah dijatuhkan hukuman mandatori - tidak boleh hidup bersama dengan anaknya!

Perjalanan cinta kami menjadi semakin sukar bila ayah dia dah pandai main ugut-ugut. Family atau aku...? Dia memang sangat buntu. Aku apatah lagi. Tak pernah menyangka akan melalui "drama" ini. Dalam masa cuba bertahan untuk meneruskan hubungan ni, muncul pula watak ketiga. Okay. Watak ketiga inilah yg menambahkan lagi kekeruhan yg sedia ada. Kusut betul. Dan watak ketiga ini pula merupakan kawan baik kepada adik si  dia, yg sekaligus mendapat tempat terbaik pada pandangan mata ayahnya. Aku...??? Kalah teruk beb!!
  
Lama-kelamaan, hubungan kitaorang jadi makin hambar. Makin cuba bertahan, makin banyak pula hal yg jadi. Si dia pula jelas makin menjauhkan diri. Sedih. Rasa sakit sangat. Tapi, aku tahu hubungan tu memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Dia tersepit antara keluarganya dan aku. Dan dalam waktu yg sama, ada pula watak yg menenangkan hatinya. Aku tak boleh la nak bersikap pentingkan diri. Ayah aku pernah memujuk, "Dia ada ayah je, mak dia dah lama takde, takkan la kakak nak buat dia hilang ayah dia pula? Lepaskan la dia...anggap jelah takde jodoh..." Gile sedih! Tapi, itu je pilihan yg aku ada setelah penat berusaha untuk memenangi hati ayahnya yg tidak berkesudahan.

"Saya pilih dia."

SMS terakhir yg aku terima sebelum dia betul-betul hilang dari hidup aku. Jantung terasa berhenti berdenyut. Gile betul penangan cinta ni. Buat hidup aku jadi kacau-bilau. Frust menonggeng...?? Aku rasa itulah fasa yg aku lalui lepas beberapa bulan ditinggalkan kekasih hati. Berat badan turun mendadak. Kerja tak menentu. Kesihatan terabai. Semuanya terganggu. Semangat aku untuk meneruskan hidup hanyalah kerana ada mak dan ayah. Kalau diorang takde, tak tahu la apa yg akan jadi dengan hidup aku sekarang ni.

Yg paling sedih waktu aku putus cinta ialah mak. Dia pula yg menangis bila tengok aku bersedih. Dia asyik mengenangkan lelaki yg dah berjanji untuk berkahwin dengan anaknya ini. Dan dia tak habis-habis bercerita tentang kebaikan lelaki itu! Stress tau dengar! Sebab tengok mak bersedih la aku tak jadi nak bersedih lama-lama. Walaupun hidup serba tak kena, aku terpaksa laluinya juga. Walaupun hari-hari berendam airmata, aku gagahkan diri untuk kuatkan semangat. Kenangan manis kitaorang menjadi perangsang untuk aku terus bangkit. Salah cara aku tu. Tapi, itu saja cara yg paling berkesan.

Selepas 2 tahun, baru aku pulih sepenuhnya. Bangkit dari kegagalan cinta pertama. Sakit masih terasa, hingga ke hari ini. Tapi, aku dah mampu tersenyum lebar. Tak mahu memandang ke belakang lagi. Yg lepas tu, biarlah jadi kenangan dan pengajaran berharga buat diri aku. Kepada si dia, semoga awak kekal bahagia selamanya. Memang tiada jodoh antara kita. Tapi, saya amat berterima kasih pada awak kerana awak la yg mengajar saya erti cinta (",)
  
Kenangan cinta ini la yg membuka mata aku, sesungguhnya tiada cinta yg lebih agung selain dari mencintai-Nya. Hanya cinta kepada-Nya akan memberikan ketenangan yg tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

p/s : letih juga buat entri jiwang macam ni, kan...? huhu :p





~ Dylla Abas ~

28 comments:

Anonymous said...

setuju sgt2 kalau bukan jodoh kita tu, esok nak nikah hari ni pown boleh putuskan!

IntaNBerliaN said...

akak yg baca entry ni pun rs sedih.. baca kata2 ayah dylla tu pun rs sedih...

tp tu la, nk buat camne kan.. dh xda jodoh...

Pink Lavender said...

jodoh di tgn Tuhan
manusia hanya mampu merancang...

yg penting percaya pada ketetapan Allah..

makneng follow dylla..jemput follow makneng

Unknown said...

Itu adalah ketentuan Allah untuk tentukan bagi Dyla seorang suami yang terbaik.

Jika kita berkenan kepada sesorang perempuan itu, kita amasuk mememinang. Dalam pertunangan inilah kita saling mengenali, namun ia perlu mengikut syariat Islam, bukannnya couple seperti yang kita lihat ditepi jalan tu.

Jika tidak setuju maka putuslah tunang tu. Tak ada istilah frust jika kita ikut syariat Islam sebenar.

Minta amaaf di atas komen ini jika menyinggung perasaan Dyla...Saya hanya berkongsi pandangan

sYaMiL HaTtA said...

cinta pertama mmg ssh nak lupakan.
Tp cinta lepas kahwin yg plg best
(^_^)

3no gr33ny said...

sayu rasa hati kerana hamba juga tahu bagaimana rasa sakit itu..hingga kini

Kancil 8349 said...

menarik dan kancil turut merasa serta berada di tempat kamu...kancil pun pernah ditinggalkan bulat2 tanpa penjelasan..mak bapa dah ok...dia plak buat hal..apa boleh buat bukan jodoh...kini..pilihan kedua menjadi pengubat...dia ubat luka parah...dia sinari kehidupan kancil...alhamdulillah...kancil amat menyintainya...

kancil berharap kamu akan mendapat pilihan yang kedua...

Unknown said...

awwwww... mula2 agak happy sikit, part tgh sedih, part last tu, macam sedih dalam sweet, macam tabah la juga cik dylla ni... :)



btw ade fakta tau, 3/5 orang akan berkahwin balik dengan die punya first love, ehehe... jangan terkejut... maybe anda dalam golongan 2 tu kot? jodoh tuhan siapa tahu kan? :)


Dylla Abas said...

@Kesuma Angsana : hmm..betul tu..

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : tulah...masih teringat suara ayah masa pujuk tu..sedih..tapi b'tuah sgt sebab ada ayah yg memahami :)

Dylla Abas said...

@Pink Lavender : yup...ada hikmah di sebalik semua kejadian ni >_<

Dylla Abas said...

@Tinta Asyraf ; sy setuju dgn pandangan awk tu..apa pun yg kita buat kena la ikut syariat n batasan :)

Dylla Abas said...

@sYaMiL HaTtA : ye..cinta pertama dah merasa..cinta lepas kahwin tu belum pernah lagi..hee :p

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : hee...sakit tu mmg masih terasa...tapi ia bkn benda penting utk terus diingati kan :)

Dylla Abas said...

@Kancil 8349 : insyaAllah...pasti ada!

Dylla Abas said...

@Ejam Ejam : xde la tabah juga...tapi kena buat2 tabah la..life must goes on right..?

btw...fakta tu tak boleh diaplikasikan utk sy sebab si cinta pertama tu dah kahwin pun ^_^

MizzTina said...

jgn bersedih, dh ketentuan ilahi.. mungkin ada hikmah.. mana tau kan

Unknown said...

org kata cinta pertama mmg sush nak lupa tp dari cinta pertama sbnrnya byk pengalaman dan pengajaran yg kita dpt.. dan alangkah beruntungnya org yg berkahwin dgn cinta pertama mereka kan.. hehehehe

walau apa pun... semua yg berlaku ada hikmah.. Allah temukan kita dgn org yg salah dulu utk kita ambil iktibar dan belajar darinya... :)

maszull said...

assalamualaikum dylla...sedihnya bila baca cite2 jiwang dylla ini mungkin dah tak ada jodoh moga akan dipertemukan dgn insan yg lebih baik dr dia yer...;InsyaAllah...:(

ayut said...

bace jd terdiam...bila melibatkn keluarga payahkan..pernah rasa jugak..takpe..insya Allah ada hikmah...Dylla akan jmpe yg terbaik.. :)

Dylla Abas said...

@MizzTina : skrg dh x sedih lagi :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : betul tu Queen..semua yg berlaku tu telah ditentukan dan pasti ada himahnya ^_^

Dylla Abas said...

@maszull : insyaAllah mama :)

Dylla Abas said...

@ayut : hmm..pasti ada hikmah..dan pasti yg terbaik sedang menanti...insyaAllah :)

sYaMiL HaTtA said...

CINTA..9 Sebab Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang Salah


http://syamilhatta.blogspot.com/2012/09/cinta9-sebab-kenapa-allah-temukan-kita.html

(^_^)

Blog Cik La said...

insyaallah ada hikmah di sebalik kejadian t'sebut..sy juga pernah merasainya..hampir sma cerita sy dgn awak..perit tu mmg perit..tp redho je la.. :)

Dylla Abas said...

@sYaMiL HaTtA : arini br sempat baca entri ni..nice :)

Dylla Abas said...

@My name is..nUr aDiLa : in shaa Allah...tak rugi redha dgn semua ketentuan Allah kan :)