Assalammualaikum W.B.T
Mungkin masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Pekerja bagi mereka yg bergelar pekerja. Semalam tanpa entri. Cuti katanya. Kena la berehat sakan. Huhu (^_^) Semalam di rumah, macam-macam benda yg aku buat sebenarnya. Tapi, kebanyakan masa memang bersantai je. Aku elakkan diri dari menonton tv sebab dah muak tengok cerita-cerita pilihanraya. Jadi, masa banyak dihabiskan dengan membaca buku, mengemas rumah dan melayan kerenah Cici ** sang kura-kura comel **
Bercakap tentang Cici, dia dah semakin membesar. Semalam masa cuci akuarium dia, baru aku perasan perubahan fizikal dia tu. Dan lebih agresif daripada sebelum ni. Kalau dulu aku pegang dia, dia macam redha je. Tapi semalam, dia dah pandai "mengeliat". Tak nak duduk diam. Nasib baik aku tak terlepaskan dia. Kalau tak, confirm dia "merajuk" sebab aku jatuhkan dia.
Hmm, lepas tu aku sibukkan diri untuk siapkan "projek" aku yg dah semakin aktif ni. Macam-macam benda nak buat. Nanti aku ceritakan kat enrti lain ye tentang "projek" tu. Tak la gempak mana pun. Tapi, terasa nak share dengan korang semua (",)
Dan akhirnya, pukul 6.00 petang, aku dan housemate keluar untuk mengisi perut. Lapar! Dari pagi tu, mulut ni memang tak berhenti mengunyah. Tapi, makan biskut dan roti, alhamdulillah. Bukan tak kenyang, tapi tak berapa nak cukup je. So, semalam aku dah try KFC baru yg Korean apa ntah tu. Not bad la. Cuma tekak aku tak dapat nak terima sangat. Jadi, itu yg pertama dan terakhir la jawabnya. lepas ni back to normal, Original Recipe je.
Sesekali duduk rumah time cuti macam ni, nikmat juga kan. Takde la serabut kepala ni nak menghadap kesesakan jalanraya, atau kerenah dan ragam pelbagai manusia. Terasa nak balik kampung jumpa mak dan ayah, tapi..tunggu hujung minggu la. Kan dah nak balik mengundi (>_<)
p/s : asyik sangat melayan WeChat lately..penat nak charge handphone ni!
~ Dylla Abas ~
7 comments:
sesekali santai kat umah best jugak..
kalau tengok iklan kfc kat TV macam best je kan...tapi bila makan taklah sedap sangat kan..
byk juga yg dikerjakan smlm yer
ada kura-kura!!! best!
semeriahnyee cuti kan ;)
biasalah.. asal cuti je blog pun sama nak cuti kan~
assalamualaikum dylla...cuti tapi mcm x cuti jer...;)
Post a Comment