Pages

Saturday 15 October 2011

Mereka Buat Saya Rasa Terharu

Terima kasih kawan-kawan!!!

Itu saja yg mampu aku ungkapkan buat masa ini. Ucapan terima kasih di atas persahabatan mereka dengan aku, tanpa mengira usia, agama dan latar-belakang. Aku sangat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan mereka, menjadi teman sekerja dan sekaligus menjadi teman rapat di bumi Kundang ini.

Awal pagi, aku dikejutkan dengan 'Majlis Penyampaian Hadiah'. Patutlah, si Bhavani tu asyik tanya bila aku free. Aku kan awal-awal pagi dah busy siapkan kerja yg masih belum siap lagi ** padahal pagi tadi dah keluar sejam pergi sarapan...lontong...sedap!!

Hmm..tak menjangkakan yg aku akan menerima apa-apa sempena pemergianku meninggalkan syarikat ni. Selva, Bhavani, Johnson and Ms.Kong...you are the best!!!

Hadiah ni cukup simple, tapi kenangannya akan kekal di ruang ingatan..insyaAllah. Terasa seperti masih berada di bangku sekolah apabila diberi layanan sebegini oleh teman-teman. Menerima sesuatu pada hari-hari yg istimewa ** hari perpisahan tu kategori hari istimewa ke..?? Memang hati rasa amat tersentuh. Sebak. Rasa nak nangis. Tapi, airmata tak nak keluar!!

Gambar yg dibingkaikan, cukup membuat aku tersenyum lebar untuk mengenang semula peristiwa di sebalik gambar-gambar tersebut. HAPPY TIME. Ya, saat dan ketika gambar tu diambil, memang kami semua di dalam mood yg sangat ceria (",)

Waktu makan tengahari, Project Manager (Mr.Ooi) mengajak kami makan beramai-ramai untuk meraikan perpisahan ini. Sedih rasanya. Selalu aku yg menghadiri majlis orang lain, kali ni menghadiri majlis sendiri, rasa pelik. Sayu kot. Dan majlis ni berkongsi dengan seorang lagi teman pejabat, Zanx, yg juga akan meninggalkan syarikat ni tak lama lagi ** eh, hari ni last day dia la..!!

Aku pasti akan merindui mereka semua. tapi, aku percaya, satu hari nanti kami pasti akan bertemu semula. Bila? Bagaimana? Di mana? Biarlah Allah yg menentukan.


p/s : this is a farewell...but this is not a last goodbye!!






17 comments:

MizzTina said...

kiutnya adiah..


psst, jaket kite sm la.. hehe

Ce'gu JAERA said...

pertemuan dan perpisahan.. sebuah memori terindah buat kita kenangi suatu masa nanti...

patah tumbuh hilang berganti.. semoga bertemu dalam suasana baru yang lebih ceria

Si BuDaK KaChAk said...

adiah yg simple tp mmberi kesan yg mndalam...

xpe...kwn blogger kn rmai...cnthnya mcm sy....

heheheh

Kancil 8349 said...

wah dapat hadiah...macam Kancil faham perasaan kamu tu...tahun nie juga kancil merasa majlis perpisahan khas untuk kancil...sedih taw...Kancil baru 7 bulan sudah dipindahkan...

Asy Faro said...

salam kenal dari saya, ASY FARO.
nak ajak kamu usha blog saya, nak tau kritikan dan komen kamu terhadap penulisan saya.(mana tau dapat masuk bloglist kamu pulak,hehe)

be my follower is an extra bonus for me(if n only if u find my blog interesting ok) =D

terima kasih.

3no gr33ny said...

bestnyee dapar kawan2 yang baik hati..

Nilam suhana said...

wah tukar tempat kerja ke??? bestnya bila kawan2 menghargai kitakan???

Ce'gu JAERA said...

rasanya saya ada letak komen di entri ni sabtu lalu.. tak masuk kot.. Line intenet slow sangat..

anyway, Selamat Pagi Dylla.. semoga bertemu suasana yang lebih baik berbanding semalam.. Patah tumbuh hilang berganti kan..

Dylla Abas said...

@mizzkechique : memang sgt cute..pink lak tu!!

p/s : syg gile jaket tu..hoho :p

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : betul tu cikgu..bak kata kawan saya "semua orang akan pergi..jgn t'lalu bersedih dgn perpisahan ni.."

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk ; memang sejak jadi blogger ni rasa kawan2 sy semakin ramai..best!!

Dylla Abas said...

@Kancil 8349 : kalau jadi cikgu mesti lagi sedih bila nak berpisah dengan anak murid kan..??

Dylla Abas said...

@asy faro : tunggu sy datang ok (",)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny ; mereka memang baik hati..termasuk kawan2 kat blog ni juga :)

Dylla Abas said...

@PeRmAtA bIrU : betul..rasa sangat terharu bila diri dihargai

PinKy MoMMa said...

dylla sangat cantik!!
serius walaupun itu simple tapi hadiah sangat cute..sebab ada pink mungkin huhuhu..sesuai utk org yg menerimanya.. ;)

Ce'gu JAERA said...

rindunya nak tunggu Dylla update new entry.... (",)