Pages

Monday 24 October 2011

Segmen Kancil 8349 : Kartun Animasi Yg Paling Korang Suka

Segmen lagi...!!!

Rasa macam dah lama tak join segmen ni. Kali ni nak join segmen yg dibuat oleh cikgu Kancil 8349 pula. Pertama kali join segmen anjuran cikgu ni (",)

Nak join sila klik SINI

Dulu, masa kecil-kecil la, aku sangat sukakan kartun animasi DORAEMON. Alah, mesti ramai juga yg suka kartun animasi ni kan..?? Bagi aku kartun ni selain dari menghiburkan, terselit juga beberapa pengajaran yg boleh diguna-pakai. Aku mula sukakan kartun Doraemon ni sejak umur aku 11 tahun. Wahhh, lama juga tu!! Tak puas dengan menonton kartunnya, aku beli juga majalah Doraemon yg masih aku simpan hingga ke hari ni. Watak dalam kartun animasi ni yg paling aku suka dah tentulah si Doraemon tu. Benda bulat berwarna biru yg sangat takutkan tikus.

Google

Selain dari kartun animasi Doraemon, aku juga sukakan kartun Transformer (yg sekarang ni dah diadaptasikan menjadi filem sebenar..!!) Dan seharusnya watak Optimus Prime itu menjadi pujaan hatiku..hoho :p Aku dah lupa berapa usiaku ketika itu. Tapi, aku tak lupa, rancangan kartun Transformer tu menjadi kegilaan aku dan adik-beradikku yg lain ketika kami masih lagi bersekolah rendah. Aku pernah juga berangan, kalau la aku ni lori betina ** eh, ada ke..??? dah tentu aku akan memilih Optimus Prime menjadi pasangan aku...hahahaha, gila!! Bagi aku, watak Optimus Prime tu sangat macho la!!

Google

Ada satu lagi kartun animasi yg aku suka...Dash Yankuro!!! Sesiapa yg pernah gila main kereta kontrol Tamiya tu, pasti tahu kartun animasi ni (",) Aku dan adik-beradikku memang sukakan kartun ni sehingga kami sanggup menghabiskan duit belanja sekolah untuk membeli permainannya. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan kartun ni, tapi setiap kali aku menyaksikan kartun animasi ni, pasti aku akan rasa berdebar-debar. Macam aku pula yg berada di situasi tu...hehehe

Google

Hehehe..jadi, inilah kartun animasi yg paling aku suka masa zaman dulu kala. Sampai pernah bergaduh dengan abang dan adik-adik lelakiku kerana kartun-kartun ini (",)

p/s : kenangan mengusik jiwa...!!




17 comments:

smilenajah93 said...

wahhhhhhaaaa ! an an an !

Kancil 8349 said...

rupanya ada peminat transformer lagi tu...hehehe...memang macho Optimus Prime...apapun lebih comel lagi Doraemon...

terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil

Ce'gu JAERA said...

saya pun suka transformer kecik2 dulu.. memang mengancamm.. heee

Ce'gu JAERA said...

selamat pagi Dylla.. sarapan sini jap sebelum bertolak ke sekolah... nyum nyum nyum

Dylla Abas said...

@smilenajah93 ; pernah berjaya menghafal lagu Doraemon satu ketika dahulu..hehehe

Dylla Abas said...

@Kancil 8349 : segmen ni best la cikgu..sebab tu saya join :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : oh..saya ada geng rupanya (",)

PinKy MoMMa said...

dulu slalu gak mengharapkan doraemon datang duduk ngan kiteorang mcm dia duduk ngan nobita huhu..pengaruh kuat juga kucing biru ni ;p

Dylla Abas said...

@PinKy MoMMa : hehe..pernah juga berangan macam tu sampai desak ayah belikan meja tulis yg ada drawer macam nobita punya..gilo!!

Ezad Skytech said...

hee...kartun yang last tu la best...teringat masa zaman kecik2 dulu ni...:)

Eera Shera said...

suka doremon..sampai sekarang tgk lg..hehe

3no gr33ny said...

hamba minat juga doraemon ni..tapi dulu xberpeluang sangat tunggu cite ni..waktu tayangan tu dh kna ttup v..wktu mghrib..huhu

Dylla Abas said...

@Ezad Skytech : sangat best kartun tu.teringat masa kecik-kecik dulu berusaha buat trek sendiri untuk main kereta Tamiya tu :)

Dylla Abas said...

@Eera Shera : macam sama je..haha

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : betul juga.dulu-dulu bukan tak pernah kena marah sebab lewat solat Maghrib.tapi...degil ni..hehe :)

Kancil 8349 said...

jom datang ke blog Kancil...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/bukan-musang-biru-tapi-kucing-biru.html

maszull said...

assalamualaikum ...semuanya mmg best2kn...:)