Was-was. Sejenis perasaan dalam hati yg sengaja ditimbulkan oleh syaitan untuk meresahkan jiwa kita. Betul ke..? Macam tulah yg aku pernah dengar dulu. Tapi, betul juga. Bila kita dah rasa was-was, memang akan rasa tak sedap hati. Mula la rasa Jiwa Kacau kan.
Aku paling tak suka perasaan was-was ni. Tambah lagi kalau perasaan ni muncul bila aku tengah fokus buat kerja. Ish, terkedu kejap! Biasa la kan. Walaupun fokus bekerja, tapi sebenanrnya dalam kepala otak ni macam-macam yg kita fikir. Termasuklah hal-hal yg melibatkan perasaan was-was begini.
Mengikut kata-kata Imam Ibn Al-Qaiyyim :
“Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w”
Jadi, betul la seperti yg aku tahu, perasaan was-was ni berpunca dari tipu daya syaitan yg sengaja nak mengaburi pemikiran kita dari perkara sebenar. Hmm, macam mana pula nak hindarkan diri dari perasaan was-was atau cara nak hilangkan perasaan ini..??
Aku ada terbaca, salah satu caranya ialah dengan mengamalkan Surah An-Nas. Pendek je surah tu. Ada enam ayat keseluruhannya. Tapi, aku rasa dengan mengamalkan Ayatul Kursi pun dah cukup kot. Seperti yg dijanjikan, kita akan dilindungi oleh-Nya. Wallhu'alam.
p/s : rasa was-was...nyah kau dari sini!!
8 comments:
ya betul. perasan was-was adalah berpunca daripada syaitan utk meresahkan jiwa kita. cuba bayangkan kita dah ambil wudhu utk sembahyang tapi kita was-was kalau2 tak sah...
alamat tak khusyuk lah solat kita...
betul tu..bila jiwa kacau dan was was..dia akan sentiasa memaksa otak berfikir dan fikir..aihh..
istighfar supaya hati lebih tenang ;)
sbb tu kalo ada perasaan was-was kita kenalah bertenang... istighfar byk2...
@Gen2Merah : alaa..bab ambil wudu' tu syaitan memang selalu kacau sy cikgu.selalu je bila dah angkat takbir tapi rasa tak puas hati dengan wudu' tu.terus pergi ambil wudu' lagi sekali..
@PinKy MoMMa : kan...istighfar tu cara termudah utk kembali tenang dan rasional :)
@QueeN TerataI : setuju tu Queen (",)
btol la...sy pun kdg ade rase mende yg same...
btol la...sy pun kdg ade rase mende yg same...
Post a Comment