Assalammualaikum W.B.T
Selamat pagi BLOGgers!!
Pagi ni datang kerja dengan mood yg paling ceria. Sebab..?? Hari ni ex-MJC buat come-back!! Hoho (",) So, hari ni kononnya macam reunion kami la. Cheh, padahal diorang baru je resign seminggu dua. Dah nak buat reunion.
Tapi, sampai ofis, aku dikejutkan pula dengan satu cerita yg agak menyakitkan hati walaupun lepas habis dengar cerita tu aku jadi, "biarlah minah tu, malas nak fikir...buat semak kepala otak je.."
Aku tak faham la manusia ni. Lebih-lebih lagi kat ofis aku la kan. Kadang-kadang apa yg kita buat sangat-sangat tidak disenangi ramai. Bila orang dah tak senang dengan kita, apa benda yg kita tak buat pun mereka akan cakap kita buat. Jadi, dah timbul satu fitnah di situ kan. Tak tahu ke menfitnah tu ibarat membunuh..? Hmm, mungkin kurang pengetahuan agama kot. Tu pasal la suka-suka hati nak fitnah orang sana-sini.
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Bila kita berbaik-baik dengan orang lain, tapi dia masih nak bercakap sesuatu yg buruk tentang diri kita, apa selayaknya orang-orang macam ni kita nak panggil..? Agaknya manusia zaman sekarang ni memang dah tak suka orang baik kot. Tu satu hal la. Lepas tu lagi satu hal yg konon-kononnya "pretend to be an angel". Perghhhh...sikap yg ni lagi aku tak boleh tahan!! Dia buat silap. Tapi, kesilapan tu diletakkan di atas bahu orang lain. So, bahu kiri kau ringan la ye. Banyak cantik muka kau. Tolong la. Orang-orang macam ni jangan la wujud depan aku lagi. Aku bukan la jenis yg penyabar sangat pun. Takut aku terbuat dosa pula pergi serang diorang ni..!! Dylla...calm down!!
Jadi, kawan-kawan, janganlah ada sikap suka menfitnah dalam diri. Tak bagus untuk kesihatan sikap macam ni. Yg suka menfitnah tu satu hal la. Tapi, yg jenis talam dua muka pun satu hal juga. Depan kita cakap lain. Boleh gelak-gelak, senyum-senyum, puji-memuji. Tapi, kat belakang kita...Allah jelah yg tahu. Busuk betul hati orang yg sebegini. Boleh ke kita kategorikan mereka ni sebagai hipokrit atau dalam bahasa Islamnya sebagai munafik..?? Wallahu'alam.
p/s : letih bila terpaksa berdepan dengan kerenah manusia yg macam ni
9 comments:
tkder untung buat jahat dgn org
bersepah dan mmg byk manusia mcm ni dylla.. mahau tak mahu kita pasti akan berhdapan dgn org yang cmni.. di mana2 saja, ke mana jua kita pergi tetap akan ada penyakit manusia yg 1 ni... kita mmg x boleh nak buat ape.. minta dijauhkan dari kita utk turut sama mcm mereka dan kita jagalah hati kita sebaiknya.. biarlah apa org nak buat pada kita. Sabarlah.. insyaAllah ada ganjarannya.. Yg penting kita jgn buat jahat dgn org. Setiap kejahatan yg diorg lakukan kpd kita, kita yang akan dapat pahalanya... so perbuatan yg jahat jgn dibalas dgn kejahatan tapi berdoalah semoga mereka ni dpt hidayah dari Allah SWT utk berubah... :)
betul tu. orang macam ni memang ada. saya pun perlu baiki diri saya gak. harap2 berjaya.
MOHD NASER.com
erm.. manusia macam ni, memang ramai tepi jalan.. x de kerja lain ke diaorg ni? asyik duk fitnah org je kerja
orang kalau dah sakit hati dan terset dalam kepala dia tak suka...apapun yang kita buat baik sekali pun dianggap jahat...sabarlah..mohon perlindungan daripada Allah
banyak2 la bersabar... kerenah manusia itu susah nak ditafsir... apa yg termampu kita hanya boleh mengawal diri sendiri.. hurm... sabar k.. pedulik kan mereka dengan mulut dan dosa yang freee tu... smile..:)
banyak2 la bersabar... kerenah manusia itu susah nak ditafsir... apa yg termampu kita hanya boleh mengawal diri sendiri.. hurm... sabar k.. pedulik kan mereka dengan mulut dan dosa yang freee tu... smile..:)
nak buat macam mana kan.. mulut manusia sukar nak tutup.. kita wat dono je laa.. dorang juga yang buat dosa...
paling takut dengan kawan yang talam dua muka ni.. depan kata baik, belakang kata lain.,. sabar sajala
selamat pagi yang ceria buat Dylla sekeluarga..
Post a Comment