Pages

Monday, 10 October 2011

Hipokritkah Anda..?

Assalammualaikum BLOGgers..!!

Selepas sehari bercuti tanpa entri, aku rasa blog aku ni dah macam apa je. Nak blogwalking pun tak sempat lagi. Nanti dah petang sikit mungkin ada masa kot..insyaAllah (",)


Hari ni aku nak cerita pasal hipokrit. Eh, tajuk ni macam dah tulis je dalam entri yg lepas. Betul. Tapi, tidak secara terperinci. Majoriti di kalangan kita mesti pernah berdepan dengan manusia yg hipokrit. Ataupun, tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri je. Kadangkala, apa yg kita buat tu, ikhlaskah kita..?? Ada tak unsur hipokrit di dalam setiap perbuatan yg kita lakukan..??

Orang pakai tudung, kau nak pakai tudung
Orang bersolat, kau pun ikut bersolat juga
TAPI...bila orang buat baik, kau buat apa..??

Bila kita lakukan sesuatu tanpa keikhlasan, begini la jadinya. Orang yg hipokrit atau munafik (berpura-pura) adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yg tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Hal ini akan menyebabkan jalan hidupnya tidak mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yg dilakukannya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T. Mahukah kita menjadi sebahagian dari golongan ini..? Tentu jawapannya TIDAK bukan..?

Firman Allah yg berbunyi :

Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah telah menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang kafir membenci
(Surah As-Saff : ayat 8)

Ada tak antara kita yg pernah melalui perasaan begini :
1. Aku terpaksa berpura-pura gembira di hadapan si dia semata-mata ingin menjaga hati sedangkan hati aku sendiri terasa amat sakit
2. Aku buat baik dengan orang tu sebab dia mendatangkan keuntungan pada aku
3. Aku layan dia sebab dia kawan baik bf/gf/suami/isteri aku je. Kalau tak, jangan harap aku nak layan. Bukan ada kaitan dengan aku pun.

Ada banyak lagi la. Ini je yg mampu aku senaraikan. Kalau nak senaraikan lebih banyak lagi, alamatnya sampai esok la aku tak sempat nak post entri ni...hehehe

Jadi, bagi aku la, apa jua alasan sekalipun, cubalah elakkan diri untuk menjadi seorang yg hipokirt. Kalau kita tak senang dengan sesuatu perkara, jujurlah tentangnya. Jangan berpura-pura kita bahagia sedangkan hakikatnya kita sengsara. Wallahu'alam.

p/s : pernah juga jadi hipokrit untuk menjaga hati pihak lain



14 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

sy nak bg pendapat boleh x??

bagi sy hipokrit utk kebaikkan tak salah kot...

daripada kita x hipokrit akan mendatangkan keburukan yg lebih teruk baik kita hipokrit je...

mcm sy sdiri kene tggal dgn awek sblum ni...jujur mmg sy takleh terima...tp sy terpakse menjadi hipokrit dengan terima keputusan dia semata mata nak tengok dia bahgia....

juz my opinion je...bkan nak gado tau...heheh :)

wanita mutalib said...

setuju.
hipokrit utk kebaikan oke.
tp perit la skit.
bak kata orang asli,
diri bagai lilin. aww.

Si BuDaK KaChAk said...

wahh....org asli kate mcmtu ke??
bgus btol...
mendalam mksud tu...

Nasz said...

memang ada org camtu. saya pun rasanya pernah. tengah ubah diri saya ni utk menjadi lebih baik.

MOHD NASER.com

3no gr33ny said...

hipokrit kenalah bertempay..
kadang utk menjaga adab dan maruah keluarga..
kadang untuk menjaga hati pihak lain
p janganlah hipokrit yang sampai boleh wt org menyampah..nmpk sgt hipkrit tu..huhu

Nilam suhana said...

hipokrit itu plastik dan sangat meruntun hati... hurm..

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk : betul tu.sy setuju.terima kasih sebab buat entri susulan ttg hipokrit :)

Dylla Abas said...

@Wanita Mutalib : betul ke org asli kata gitu..?? hehehe..

Dylla Abas said...

@NasZ : alhamdulillah.sama2 kita berubah utk jadi yg lebih baik ye (",)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : setuju dgn statement tuan hamba..hipokrit utk kebaikan..mmg susah sikit la kan..

Dylla Abas said...

@PeRmAtA bIrU : sedang mencuba utk elakkan diri dari m'jadi hipokrit :)

Si BuDaK KaChAk said...

owh...dun worry...lain orang lain pendapat...yg entry tu juz pndapat sy...awk jgn kecik ati tau...

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk : tak kecil hati pun.suka sebab dapat buat entri yg orang akan follow up mcm awk..thanks (",)

Si BuDaK KaChAk said...

nice...saya pun suke camtu gak...kalau saya ada wat entry and awk ade pndapat lain...awk bgtau je la...sy suke dgr pndapat sume orang... :-)