Pages

Thursday, 6 October 2011

Boss Oh Boss..!!

Cubaan meluahkan perasaan tak puas hati terhadap bos sendiri di dalam blog (",)

Belas Ihsan Google

Selama hampir 3 tahun aku bekerja di sini, ex-PD (Project Director a.k.a Big Boss) tak pernah argue kerja-kerja aku. Dia dengan senang hati akan approve semua kerja tu sebab dia tahu dokumen yg sampai kat tangan dia telah disemak terlebih dahulu oleh para-para Project Manager di sini. Kerja aku jadi mudah kerana tak perlu berulang-alik untuk bertemu dengan ex-PD semata-mata nak dapatkan approval.

TAPI, dengan PD yg baru ni, dah la cerewet, banyak songeh, banyak soal, macam aku baru sebulan je kot kerja kat sini. Aku tak kisah la kalau dia nak betulkan kesilapan kerja-kerja aku. Mungkin betul aku ada buat silap. Yelah, aku bukan manusia yg sempurna kan. Tapi, dia bukan nak betulkan silap aku. Memang sudah terang lagi nak bersuluh, dia cuba mempertikaikan kerja-kerja yg aku buat. Ish, bengang betul rasanya!!

Cara dia seolah-olah aku dan Project Manager kat sini tak tahu nak buat kerja. Semalam, masa aku pass beberapa dokumen untuk ditandatangani, dia tak cakap apa. Pagi ni bila aku dapat je balik semua dokumen tu, takde pun yg dia tandatangan. Siap letak 'stick-on-note' lagi!! Setiap dokumen ada komen. Aku tunjuk dekat Project Manager tu, dia pun diam. Hmm, PD baru dah tunjuk taring ni.

Lepas tu kami ketawa jelah. Sebab semua yg dia komen tu memang tak masuk akal. Aku pun tanpa mengubah apa-apa dan menganggap dokumen tu betul (selepas mendapat pengesahan kali ke-3 dari Project Manager) terus mengembalikan semula ke tangan PD baru untuk approval. Kali ni kalau dia reject lagi, aku rasa mahu aku nak bertekak kot dengan dia. Salah ke kalau seseorang bos yg tak faham dengan sesuatu kerja tu BERTANYA pada staff nya..?? Jatuh ke standard seorang bos kalau dia bertanya pada staff tentang sesuatu kerja..??

Tak faham aku. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Agaknya PD baru tu memang rela dirinya sesat kot dari menebalkan muka bertanya pada staff. Pelik. Tapi benar.

p/s : Lantak kau la bos...aku pun lagi seminggu je kat sini (",)

5 comments:

wanita mutalib said...

eh port dickson betui la dia ni.

eh.

hee

3no gr33ny said...

itu ler namanye eksen! huhu..sabo jela yer

Ezad Skytech said...

huuhh...sabor je la ye..mungkin dia baru lagi..nak tanya staff mungkin segan kot...dia kan boss..huhu~

MizzTina said...

amboi..kereknye.. len akli bls blik note tu, kasi dia sentap..haha

Dylla Abas said...

@Wanita Mutalib : mungkin dia mmg org PD kot..sebab tu dia jd PD..huhu :p

@3no gr33ny : huhu..tgh sabor ler ni :)

@Ezad Skytech : hmm..mungkin juga dia segan.tapi,jgn segan sgt..nnt sesat teruk kan susah..!

@mizzkechique : terasa juga tahap kerek dia tu melampaui batas..hehehe