Tajuk agak general di situ. Melibatkan semua jenis pengguna. Tapi, aku nak kecilkan sikit tajuk yg luas ni menjadi pengguna jalanraya sahaja. Mesti ramai yg dah boleh agak apa isu yg akan aku ketengahkan hari ni.
Pengguna jalanraya. Ada pemandu kereta, van, bas, teksi, lori dan penunggang motosikal. Hampir 8 tahun memegang lesen memandu ni, dah macam-macam kerenah pengguna jalanraya yg aku nampak. Ada yg sangat berhemah. Ada yg bersikap sambil lewa. Ada juga yg menjadikan jalanraya tu macam hak dia sendiri. Aku..?? Ikut keadaan la beb...hehehe
Okay. Nak cerita tentang kejadian malam tadi. Di satu simpang 4 yg ada lampu isyarat. Jalan yg aku lalui sedang menunjukkan lampu hijau. Jadi aku pun tak berniat nak memperlahankan kelajuan kereta memandangkan memang giliran aku untuk bergerak. Tiba-tiba, muncul 1 motosikal yg ditunggangi oleh 2 remaja lelaki, tanpa memakai topi keledar, meluru keluar dari simpang kanan masuk ke simpang yg aku berada ketika itu.
Nasib mereka agak baik tidak dilanggar oleh aku sebab kebetulan aku tekan brek untuk masuk ke simpang kiri. Tapi, memang nampak pemandu motosikal tu agak panik ketika cuba mengelak. Aku rasa jarak kami memang tak jauh. Tak sampai 1 meter. Bayangkan kalau aku tak brek..?? Tak pasal-pasal aku jadi pembunuh ** eh, tu kalau diorang dilanggar mati la...nau'zubillah
Apa yg aku nak tekankan di sini adalah sikap pengguna jalanraya ni. Bukan la aku nak berkira sangat dengan orang-orang di sini yg menganggap "ini kampung aku la..so, jalan ni jalan aku la!!" Memang betul itu tempat mereka. Tapi, cuba la bersikap lebih berhati-hati ketika berada di jalanraya. Kadangkala, disebabkan kecuaian kita sendiri akan memberi kesan yg buruk kepada pengguna jalanraya yg lain.
Janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri. Aku tak nafikan, kadang-kadang aku sendiri suka memandu laju ** rasa macam sentiasa laju je..hahaha... Tapi, kena la berhati-hati juga. Fikirkan tentang keselamatan orang lain selain dari keselamatan diri kita. Tak berbaloi kalau kita mendapat kemalangan disebabkan kecuaian yg boleh dielakkan.
Petang sebelum kejadian ni, aku bertembung dengan 1 Kancil yg dipandu oleh seorang kakak. Aku tak tahu la dia ni dah berapa tahun bawa kereta. Tapi, masa nak keluar simpang tu, selamba badak je dia 'pancung' aku. Ter'brek' emergency aku sekejap. Nyaris pula nak berlanggar. Masa tu memang aku rasa bengang gila. Terus tarik pick-up nak cucuk belakang dia la konon. Sekali, kawan aku tegur "perempuan la kak Dylla, pakai spek pula tu. Power tak cukup kot. tu yg dia tak perasan kak Dylla ada kat sebelah..." Terasa agak lucu dengan statement tu, aku batalkan niat nak buat dajal dekat pemandu yg sangat berhemah macam tu.
Aku tak hairan bila selalu keluar ayat dari mulut lelaki, "patutlah...lady driver!!" Sebab ada pemandu-pemandu yg macam inilah menyebabkan orang lain bakal ditimpa kesusahan. Tak kira la lelaki atau perempuan, apa yg penting, jalanraya adalah hak kita bersama. Kita masing-masing bayar road-tax kan. Jadi, gunakanlah ia dengan sewajarnya. Tak rugi pun kalau kita menjadi pemandu berhemah (",)
p/s : my bf ajak belajar drift...hmmm..boleh juga ** gedik kejap..hoho :p
4 comments:
pemamdu yg lalai.. mesti dicop sebagai popuan.. itu mesti.. tp pemandu yg berhemah itu lebih baik dari pemandu lelaki
kalau kamu gi Kampung Kancil...tentu sakit jiwa...selamba badak kereta dorang berhenti tiba2 ambil orang di tepi jalan...bila dihon kita pula dimaki dorang...kalau disimpang sama jua...dah tahu orang bawa laju...disitu juga dia keluar tiba2...dari jauh ndak mahu keluar...dah dekat baru nak keluar...kurang ajar...oleh itu Kancil bawa 30 hingga 40 kmsj untuk mengelak daripada berlanggar...
@Zul Fattah : tulah pasal.kadang-kadang akak sendiri terlepas "patutlah lain macam je bawa kereta...pompuan rupanya!!" agak kurang kesedaran diri ini juga perempuan..hehehe
@Kancil 8349 : alamak..kalau la sy yg berdepan situasi pemanduan macam tu memang rasa mencabar kesabaran..
Post a Comment