Pages

Tuesday, 18 October 2011

Siapa yg harus mendominasi..??

Semalam, masa aku mengemas bilik untuk kali terakhir ** rasanya dah takde barang yg tertinggal dalam bilik..harap-harapnya... aku terjumpa majalah CLEO keluaran Oktober 2010. Ada satu artikel yg sangat menarik minat aku untuk terus membaca dan akhirnya aku berhenti mengemas!!

Kisah dalam satu hubungan antara lelaki dan wanita, siapa yg harus mendominasi hubungan itu..?? Haa...soalan ni kalau tanya kat aku memang jawapannya, "siapa-siapa pun tak boleh nak mendominasi..nanti akan timbul isu tak puas hati sebab berlaku ketidak-adilan di situ.."

Memang lelaki seperti yg telah sedia maklum dicipta untuk jadi pemimpin. Tapi, bagi pendapat aku secara peribadi, itu tidak bermakna dia boleh mendominasi sesebuah hubungan. Di dalam Islam, pemimpin disebut sebagai individu yg menjadi ketua untuk sesebuah negara mahupun keluarga. Jadi, sebagai ketua, lelaki memang memainkan peranan penting untuk memastikan negara atau keluarga yg dipimpinnya menjadi aman makmur dan sejahtera.

Walaupun jika dilihat dari sudut definasi dominasi itu ialah menguasai, lelaki seharusnya bijak dan mampu untuk menguasai apa yg dipimpinnya. Namun, jika timbul isu tidak adil atau berat sebelah, maka pemimpinlah yg harus dipersalahkan.

The Twilight - Google
When you always give in to making love right now because he is in the mood or leaving the party because he wants to, even though you want to stay, you are ENCOURAGING his belief that what he wants is more important than what you want.

Jelas di situ, sikap pentingkan diri sendiri timbul apabila lelaki mahu mendominasi sesebuah hubungan. Dia mahukan hubungan itu berjalan lancar mengikut kehendaknya atau keputusannya. Adilkah begitu...?

Sebagai wanita, kita juga punya hak untuk membuat keputusan bila keadaan memerlukannya. Wanita boleh memilih untuk tunduk dan patuh kepada setiap perintah dan arahan lelaki, ataupun memilih untuk berdiri teguh di belakang lelaki dengan pendirian diri. Aku takde niat nak mengatakan wanita boleh jadi pemimpin yg bagus, tapi cukuplah jika lelaki itu faham bahawa setiap apa yg berlaku, wanita juga punya perasaan untuk menilai dan membuat keputusan. Kan bagus kalau dalam sesuatu hubungan tu, lelaki dan wanita membuat keputusan bersama-sama (",)

Hmmm...tapi, sebenarnya bukan lelaki saja. Ada juga perempuan yg bersikap dominasi sebegini. Kalau dah nama pun manusia, sikap sebegini pasti akan wujud. Cuma kita saja yg perlu bijak untuk mengatur hidup kita agar tidak terbawa-bawa dengan sikap yg kurang baik. Wallhu'alam.

p/s : impikan sebuah hubungan yg harmoni sentiasa (",)





6 comments:

Unknown said...

erm.. entri yg bagus.. tp dlm sesuatu hubungan pasti akan ada pasang dan surutnya barulah kita merasai kemanisan dan kepahitan dlm berhubungan untuk lebih mematangkan diri kita dlm perhubungan.. Sebaiknya jgn ada sesiapa yg mendominasi dan seharusnya keputusan dibuat bersama dlm perbincangan jika x berjumpa juga jln selesai barulah lelaki sbg pemimpin harus menggunakan kuasa mereka sbg ketua untuk mendominasi... Pendek cerita ada give and take, saling memahami.. insyaAllah xde sifat mendominasi dan InsyaAllah hubungan itu akan berlangsung dlm keadaan yg harmoni... tp mustahillah sentiasa... :)

PinKy MoMMa said...

ada masa perempuan yang lead bukan utk control tapi mungkin disitu kepandaian seseorang perempuan diperlukan..dan ada masa lelaki memang tetap kena lead..kerana tanggungjawabnya..

yang penting jangan wujudkan siapa yang berkuasa tapi sama sama melakukannya..susah dan senang bersama..itu lebih indah ;)

Si BuDaK KaChAk said...

yg penting dlm hubungan perlu ade kejujuran + kepercayaan + tolak ansur = keluarga bahagia...insyaAllah....

3no gr33ny said...

walau pe pon..dlm hibingan ni kena ada give & take la ek..jgn nak ikut kepala masing2 je...btol dak..?

Kancil 8349 said...

apa yang penting persefahaman dan saling bantu membantu...

Pengobatan asam urat said...

thank atas informasinya, semoga bermanfaat yah