Pages

Wednesday, 18 April 2012

Jangan Mudah Membenci

Semua tahu makna benci. Benci sering dikaitkan dengan perasaan tidak suka akan sesuatu perkara. Hakikatnya, manusia memang amat mudah untuk membenci sesuatu. Namun, ada kata-kata yg menyebut, perkara yg kita benci itu lama-kelamaan akan bertukar menjadi suka. Mengapa perasaan ini boleh wujud...?

Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan pelbagai jenis perkara. Ada perkara yg menyenangkan. Dan ada juga sebaliknya. Lumrah manusia, jika berhadapan dengan perkara yg tidak menyenangkan, mulalah timbul perasaan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi benci.

Kita memang tidak akan lari dari perasaan benci. Perasaan ini wujud kerana kurangnya ketenangan di dalam jiwa. Perlu terlebih dahulu menenangkan diri dan jiwa sebelum benar-benar berhadapan dengan sesuatu perkara. Ini serba sedikit akan membantu kita untuk tidak menjadi seseorang yg suka membenci. Pembenci tidak akan mampu untuk menghargai kehidupannya sendiri akibat dari timbulnya perasaan benci yg bakal melahirkan rasa tidak puas hati atau tidak cukup.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Cintailah sesuatu itu dengan biasa saja, kerana boleh jadi satu masa nanti perkara itu akan menjadi sesuatu yg dibenci, dan bencilah sesuatu yg tidak kamu ketahui dengan biasa saja, kerana boleh jadi satu masa nanti perkara itu akan menjadi sesuatu yg akmu cintai."

Jadi, marilah kita tanamkan sifat bersederhana di dalam semua perkara. Jangan mudah membenci dan jangan juga mudah mencintai. Islam sendiri menggalakkan umatnya sentiasa berwasatiyyah yg bermaksud, bersederhana. Islam itu mudah. Islam itu indah (",)


p/s : pernah bencikan seseorang yg kini menjadi sahabat baik aku...jika boleh diputarkan masa, tak nak rasa benci pada dia

3 comments:

Unknown said...

kebetulan kot arini baca semua topik benci membenci ni.. agaknya benci ni dah jadi darah daging eh dlm kehidupan kita.. kalau xde kebencian ni xboleh eh? apa agaknya keuntungan yg kita dpt dr sifat benci ni? xdekan? malah bertambah sakit hati hidup pun x tenteram, tak rasa bahagia. kan? so utk apa membenci? kan lg bagus kita ni saling berkasih syg.. kan bahagia je rasanya.. Inilah penyakit hati yg sukar utk kita elakkan.. maka bersihkanlah hati2 kita yg kotor ni...

maszull said...

assalamualaikum...kena selalu menjaga supaya tidak lg membenci sesiapa kan...:)

Nilam suhana said...

hurm... betul tu sis... setiap perkara haruslah bersederhana... x mau ada rasa benci.. tapi benci itu selalu menjadi permainan jiwa... bila suka sangat akhirnya diri sendiri yang sengsara.. bila benci sangat akhirnya diri sendri yang termalu... adoi... kan???