Dalam hidup ni, kita seringkali berada di dalam dilema apabila terpaksa berdepan dengan masalah untuk membuat pilihan. Pilihan yg tepat bakal menentukan hala tuju hidup kita menjadi lebih baik. Tapi, adakah kita tahu bahawa pilihan itu benar-benar tepat, atau sekurang-kurangnya pilihan itu betul...?
Agak sukar untuk memilih jika kita mempunyai beberapa pilihan yg baik. Jadi, pilihlah yg terbaik. Bagaimana caranya nak memilih yg terbaik..? Mungkin beberapa tips ini boleh membantu (",)
1. Bertenang
Tidak kira apa pun pilihan kamu - tentang kerjaya, tentang jodoh atau tentang apa saja - pertama sekali kamu harus bertenang. Jika kamu membuat pilihan dalam keadaan hati yg berkecamuk atau fikiran yg tidak menentu, pasti pilihan itu bakal mengundang masalah di kemudian hari.
2. Mengikut Naluri
Kebiasaannya, naluri kita cenderung untuk memilih pilihan yg tepat. Jika pilihan telah dibuat mengikut naluri, yakinlah bahawa apa yg kamu pilih itu tepat untuk kamu.
3. Mempertimbangkan Akibatnya
Sebelum benar-benar membuat pilihan, fikirkan dulu akan kesannya. Tidak kira kesan jangka panjang atau kesan jangka pendek. Pilihan yg kurang tepat bakal menimbulkan kesan yg kurang baik untuk masa hadapan.
4. Faktor Luaran
Sekiranya kamu ingin membuat pilihan, beberapa faktor luaran perlu diambil kira. Contohnya, nasihat dan pandangan dari kedua orang tua kamu. Ataupun, pengalaman orang lain. Kedua-dua faktor ini merupakan salah satu elemen penting di dalam membuat pilihan yg tepat.
5. Istikharah
Cara terbaik bagi umat Islam untuk membuat pilihan ialah dengan melakukan solat sunat Istikharah. Mohonlah petunjuk Illahi dengan seikhlas-ikhlasnya. Moga-moga kamu dikurniakan jalan untuk membuat pilihan yg tepat dan terbaik di dalam hidup.
Wallahu'alam.
6 comments:
betul2... Queen sokong.. kena la bijak dlm membuat keputusan..
betoi tu.. cr yg terbaik adlh buat solat istikharah ka.. :-)
betoi tu.. cr yg terbaik adlh buat solat istikharah ka.. :-)
assalamualaikum Mia...betul tu buat pilihan dgn cara yg betul...:)
owhh..huhu..macam mana la mahu membuat pilihan andai hati belum ada mana2 pilihan
bagus tips ni..mmg susah nk buat pilihan kn
Post a Comment