Pages

Friday, 17 February 2012

Bila Deria Rasa Kurang Berfungsi

Assalammualaikum W.B.T

Dah hari Jumaat dah. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya macam baru je balik dari Port Dickson untuk program BEAT 2012 tu. Dalam seminggu ni tak banyak entri yg aku update. Kenapa ye...? Rasanya bukan sebab malas. Sebab aku online je hari-hari. Hari-hari juga aku BW. Rasa macam lebih selesa membaca entri blogger lain dari aku mengarut tak tentu hala menulis entri yg kurang berkualiti...hehe (",)

Semalam dah mula rasa kurang selesa. Tekak dah rasa sakit. Badan pun seram sejuk semacam. Bangun tidur pagi tadi, terus demam. Laaa...nak demam rupanya! Patutlah mood 2-3 hari ni macam hampeh sikit.

Deria rasa pun makin lama makin kurang berfungsi ni. Nak makan pun takde selera. Pagi tadi, masa temankan housemate aku beli nasi kerabu..."sedapnya..." Tapi, bila mengenangkan tekak yg masih sakit-sakit, terputus terus selera aku. Kenapa bila kita tak sihat, deria rasa tak dapat berfungsi dengan  baik...? Ada sesiapa tahu tak..?

Kadang-kadang pelik juga dengan keadaan macam ni. Bila tak sihat, semua benda serba tak kena. Ada je yg salah pada pandangan mata. Haishhh...moga-moga aku cepat sembuh. Tak risau pasal demam. Tapi cukup khuatir selesema yg makin parah ni. Adesss...ada yg nak kena buat pemeljawapan jap lagi ni (",)

p/s : rasanya entri ni pun agak mengarut juga...hahahaha



3 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

ala...kesiannya kwn sorg ni...jgn lupa mkn ubat dan rehat yg cukup...

mayb tak cukup rehat tu yg dtg sakit u...

=)

3no gr33ny said...

tuan hamba jagalah kesihatan dengan baik yer...itu lebih penting

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk : hmm..tulah pasal..weekend ni mmg rehat sepenuhnya di rumah la jawabnya