Pages

Thursday 2 February 2012

Hari Wilayah Yg Amat Bermakna

Assalammualaikum W.B.T

Semalam pertama kali dalam hidup aku bercuti sempena Hari Wilayah. Yelah...selama ni kerja di negeri Selangor, mana nak merasa kan..? Hehehe... apa pun, semalam merupakan hari yg memenatkan. Akhirnya, aku berpindah jua!! Alhamdulillah, lepas ni aku tak perlu lagi nak berhimpit-himpit di dalam tren Komuter tu. Selamat tinggal KTM. Kenangan bersamamu tak mungkin kulupakan..chewahh!!

Sekarang nak cerita tentang rumah baru. Kedudukan dan keadaan rumah agak baik la. Cuma, rumah tu berlantai simen la pula! Adess...terpaksa cari tikar getah. Pusing punya pusing cari tikar getah, sampai pukul 7.30 malam baru selesai. Sampai ke Pasar Pudu tu kitaorang pergi beli. Punyalah jauh! Sampai cramp la kaki aku ni banyak sangat tekan clutch..hehe. Tapi, apa pun alhamdulillah, sebab semuanya selamat. Apa yg kami nak cari, semuanya kami dapat.

Malam tu pula, lepas siap pasang tikar getah tu, kami menuju ke Putrajaya pula. Makcik kepada teman serumah aku dengan baik hatinya nak sponsor langsir...hehe..alhamdulillah, rezeki (",) So, pergi kesana dengan menaiki ERL. Pertama kali aku naik benda alah ni. Teruja la juga.

Sampai rumah balik dalam pukul 12.00 malam. Memang best la. Satu hari suntuk menguruskan perihal rumah sewa ni. Nasib baik kat Putrajaya sebelum tu kami sempat tumpang mandi. Jadi, balik je rumah, tukar baju, bentang tilam, terus tidur. Sekejap je aku rasa dah lena. Sedar-sedar je dah azan Subuh. Aku rasa kat kawasan tu ada banyak Masjid dan surau la. Kalau telinga aku ni tak salah dengar, ada 5 azan Subuh sekaligus tadi! Hmm...alhamdulillah, aku dah dapat natural alarm (",)

Pertama kali aku memperuntukkan aktiviti sehingga seharian ketika bercuti. Dan penatnya masih terasa di saat aku menulis entri ni. Tangan dan kaki semuanya lenguh. Tak sabar nak balik rumah dan cari tilam. Dapat tidur lagi 1 round mungkin boleh hilangkan semua penat yg ada kot...hahaha

p/s : tak dapat nak upload gambar rumah sewa sebab tak habis mengemas lagi (",)

6 comments:

Unknown said...

of coz penat kalo pindah rumah ni.. lg2 kalau buat dlm 1 hari... knp x amik cuti je arini? eheheh alang2kan.. sok dah sbatu..

Unknown said...

erk. salah la plak.. asik ingt arini ari jumaat.. hehehe

3no gr33ny said...

wahh..seronoklah dapat tempat kja baru n umah sewa baru...mmg smgt berkobar2 la...

hamba doakan moga segala pekerjaan tuan hamba dipermudahkan olehNya (",)

Si BuDaK KaChAk said...

dpt umah sewa kt blah mana???mahal tak??neway slamat menduduki rumah baru...jge diri...

=)

Ce'gu JAERA said...

woww, pasti menyeronokkkan kan... hebat la duk santai2 d umah sewa.. ehehe

MizzTina said...

bila nk update ni sayang??