Pages

Wednesday 17 April 2013

Ubat Bagi Penyakit Hati

Assalammualaikum W.B.T

Bila sebut tentang penyakit hati, tentu macam-macam perkara yg terlintas di fikiran. Sebenarnya, ada pelbagai punca yg boleh menyebabkan penyakit hati. Sebagai umat Islam, kita seharusnya arif tentang kepentingan menjaga hati, agar ia sentiasa bersih dan suci. Namun, sebagai hamba yg lemah, yg sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup, bukan perkara mudah untuk memastikan hati sentiasa bersih dan suci.

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud, “Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Perkara paling mudah untuk membersihkan hati, ubat bagi segala penyakit hati adalah dengan sentiasa berzikir. Penyakit hati ni ada macam-macam. Syirik. Busuk hati. Dengki. Dendam. Bakhil. Benci. Semua tu berkait rapat dengan hati. Kerana kita sebagai manusia, sebenarnya berfikir melalui hati. Hati la yg mengawal akal dan fikiran kita sebelum kita bertindak melakukan sesuatu. Jika bersih hati itu, maka baik la hasilnya. Jika kotor hati itu, maka buruk la jadinya.

Sekiranya berlaku sesuatu perkara yg boleh menyebabkan kita terkena penyakit hati, segeralah beristighfar kepada Allah S.W.T. Istighfar juga merupakan zikir terapi yg paling berkesan untuk mengubati penyakit hati. Selain dari itu, Istighfar juga memberi kita ruang untuk merasa lebih damai dan menenangkan jiwa. Dengan beristighfar, kita akan sedar bahawa kita ini adalah manusia yg lemah, yg sentiasa berdepan dengan dosa, yg tidak pernah lekang dengan kesilapan. Mudah-mudahan, Istighfar itu akan memuhasabahkan diri kita dengan sebaiknya. In shaa Allah.

Selain daripada itu, penyakit hati juga boleh diubati dengan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Perbaikilah solat wajib kita. Perbanyakkan solat sunat dan membaca al-Quran. Perluaskan amal kebajikan. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Muhammad (ayat 24) yg bermaksud, "Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Qur`an ataukah hati mereka terkunci.". Jelas di sini bahawa Allah S.W.T mahukan kita menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup agar hati tidak sesat. Semoga semua ibadah kita akan diterima oleh-Nya. Amin. Ada yg berkata, sentiasa berbaik sangka itu akan menyelamatkan hati kita dari menjadi sakit. Betul. Itu merupakan satu kaedah yg amat berkesan untuk merawat penyakit hati.

Memang benar, bukan mudah untuk kita berbaik sangka dengan seseorang yg pernah menyakitkan hati kita. Oleh itu, sentiasa tanamkan di dalam diri kita, bahawa Allah S.W.T itu sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya yg ingin kembali ke jalan yg diredhai, jadi siapa la kita untuk terus-menerus berburuk sangka dan berasa sakit hati dengan hamba tersebut. Siapa la kita berbanding Allah S.W.T yg sentiasa berbaik sangka terhadap hamba-Nya, yg percaya kepada hamba-Nya yg akan kembali ke jalan yg diredhai-Nya.

Moga-moga, hati yg sakit itu akan terubat dengan segera. Rawatlah hati kita sebelum ia menjadi lebih parah. Berkawan rapat dengan orang yg baik juga akan mempengaruhi kita untuk menjadi lebih baik. Dengan itu, hati kita juga turut terselamat dari sebarang penyakit hati. Wallahu'alam.


p/s : Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!



~ Dylla Abas ~

4 comments:

dhiera zainudin said...

perkongsian yang baik. sama-sama lah kite menjaga hati.

Kakzakie Purvit said...

Berzikir, beristighfar, dekat diri dgn Allah, perbaiki solat 5 waktu, menambah solat sunat, berjinak dgn Al-Quran, berbaik sesama umat, sentaisa rendah diri dan banyak lagi Dylla... moga kita mampu melakukannya dgn rela hati.

Anonymous said...

Aduh.. silap komen N3 yg bawah pulak... done clik2 nuffng juga yer

Yaya Mohd said...

InsyaAllah..
sntiasa bnyk ingt Allah, bsangka baik pada Allah dan sluruh manusia, pasti hati jadi tenang..=)