Pages

Wednesday, 31 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 15

 

Berbuka puasa di KL International Hotel puasa ke-15...kemain!!!
Oh tak la...aku join pun sebab ada farewell untuk kakak ofis ni
Memeriahkan majlis katanya
Dan menu yg disediakan memang sangat banyak
Tengok kerabu yg ada 30 jenis tu pun dah buat aku rasa tamak haloba
Ambil juga la setiap jenis..nak rasa kononnya
Majoriti menu yg disediakan adalah masakan kampung
Tapi aku memang tak sempat nak ambil semua la
Dengan kerabu yg pelbagai jenis tu...aku tambah ikan bakar 2 jenis
Dan sepotong Mocha Cake
Makan tu je pun dah penuh perut
Bukannya banyak mana pun
Mungkin sebab dah terbiasa berbuka dengan menu yg sedikit
Jadi, perut aku tak boleh nak terima makanan yg banyak
Hopefully...lepas raya nanti perut aku akan back to normal
Kalau tak..memang macam mayat hidup la aku jawabnya!




p/s : takde gambar makanan sebab mental aku "sihat" di hari kejadian..huhu >_<



~ Dylla Abas ~

No comments: