Pages

Wednesday, 31 July 2013

Zakat Pendapatan vs. Cukai Pendapatan

 

Korang dah bayar Zakat Fitrah...??
Alhamdulillah pada yg sudah
Pada yg belum tu masih ada masa lagi
Bulan puasa macam ni, memang Zakat Fitrah la yg menjadi keutamaan kan
Tapi, aku bukan nak bercakap tentang Zakat Fitrah
Aku nak berkongsi ilmu tentang Zakat Pendapatan

Ada yg kata, lebih baik bayar Zakat daripada bayar cukai
Betul..aku setuju..!!
Salah satu kebaikan membayar Zakat ialah dapat menyucikan harta dan jiwa
Kebaikan lain...??
Tunggu kat "sana" la..in shaa Allah pasti ada ganjarannya (",)
Yg penting niat mestilah kerana Allah S.W.T

 Bagi yg kurang jelas, ada sedikit perkara yg aku nak kongsikan
Membayar Zakat bukan bermakna kita tidak perlu membyar cukai
Cukai tetap kena bayar
Atau sekurang-kurangnya kena declare
 Tapi, ada "pelepasan" istimewa bagi si pembayar Zakat Pendapatan

Aku bagi contoh mudah ye
Katakan la gaji bulanan kita ialah = RM 3,000.00
Jumlah pemotongan cukai adalah 1%
** pemotongan cukai berlaku selepas pemotongan 11% EPF **
Jadi jumlah cukai bulanan ialah = RM  25.00
Jumlah cukai tahunan pula adalah sebanyak = RM 300.00


Jumlah pemotongan Zakat pula adalah sebanyak 2.5%
** pemotongan zakat berlaku selepas pemotongan 11% EPF **
 Jumlah pemotongan Zakat = RM 56.00
Jadi, jumlah Zakat tahunan adalah sebanyak = RM 672.00

Ketika membuat e-Filing untuk membayar Cukai Pendapatan
Sertakan penyata Zakat Pendapatan kita
Jadi, pelepasan cukai yg dimaksudkan adalah apabila :
Cukai tahunan - Zakat tahunan = Baki yg tinggal
Dalam contoh di atas, baki yg tinggal adalah negatif
Jadi, kita tidak perlu membayar Cukai Pendapatan
Itu la pelepasan yg dimaksudkan (",)

Bagaimanapun, contoh yg aku bagi tu anggaran kasar je
Pemotongan cukai mahupun zakat adalah berdasarkan baki bersih yg tinggal setelah ditolak semua perbelanjaan tahunan kita
Semua tu akan diambil kira
Dan pendapatan bersih yg tinggal jika melebihi NISAB, baru la akan dikenakan Zakat
** NISAB bagi tahun ini ialah RM 13,000++ **


p/s : aku buat potongan gaji je untuk bayar Zakat dengan Skim Thohir...sangat mudah!

Boleh klik [SINI] untuk maklumat yg lebih details ya



~ Dylla Abas ~

No comments: