Assalammualaikum W.B.T
Pagi-pagi dah cakap bab sempurna. Bukan apa. Bila setiap hari, setiap pagi la terutamanya kan, dalam perjalanan ke tempat kerja ni, macam-macam orang yg aku jumpa. Pelbagai gaya. Pelbagai ragam. Ada yg macam tu. Ada yg macam ni. Pendek kata, macam-macam ada la.
Bila mata ni mula meliar tengok orang sana-sini, mula la hati ni terdetik macam-macam kan. Nampak orang tu pakai ketat sangat, mula la nak mengata. Bila tengok orang ni pakai yg singkat-singkat, mula la nak mengutuk. Dan bila tengok orang yg bertudung tapi nampak leher ke, nampak dada ke...mula la rasa nak tepuk dahi. Padahal diri sendiri tak la sempurna mana pun. Masih banyak kelemahan yg perlu diperbaiki. Tapi, tulah...konon macam best sangat la nak mengata orang dalam hati...huhu >_<
Tapi, alhamdulillah...buat masa ni, aku tak pernah lagi la pakai baju lengan pendek dan bertudung. Pelik benar rasanya. Sakit mata ni kalau nampak ada orang yg berpakaian macam tu. Kalau lengan tu pendek paras siku, macam okay la sikit ** walaupun hakikatnya tak okay langsung! **. Tapi kalau jenis yg pendek sampai nampak lengan, nampak ketiak pun ada...lepas tu pakai tudung. Na'uzubillah. Janganlah aku tergolong dalam orang-orang macam ni. Kalau mak dan adik perempuan aku pakai baju lengan pendek dan bertudung pun, memang laju je mulut aku ni bebel kat diorang. Macam ada yg tak kena.
Apapun, semua tu memang pengajaran yg baik untuk diri aku la. Bila aku sendiri "tak suka" tengok orang-orang berpakaian macam tu, aku akan remind diri sendiri bahawasanya, kalau la aku berpakaian macam tu...mesti ada yg tak suka juga kan. So, dalam masa yg sama aku dapat la memperbaiki kelemahan diri aku. Motivasi tu. Cuma kadang-kadang terdetik la juga dalam hati ni, korang ni faham ke konsep menutup aurat...?
p/s : proses mengemas wardrobe...nak buang mana yg tak patut dipakai lagi ^_^
~ Dylla Abas ~
10 comments:
a'aa betoi tu... bila kita tak suka org buat, kita pun akn berusaha utk xlakukannya.. :-)
*dylla, sorry sgt tau... dh lama xjenguk sini... dah xdan nak bw sgt skrg ni.. mana yg sempat je..
akak siyesli sakit mata klu tgk org pakai bju lengan pendek smpi nampak ketiak tp pakai tudung.. yela, dl akak pun mcm tu.. mana tau.. tp ni dh jd mak² org dh, sepatutnya kena alert..
yg pasti diri sndrik..klu tak suke tgk org len mcmtu..kita lgla jgn bt kan :) btulla tu ...
erk baju lengan pendek bertudung...sentap sat...hehe
kita xsuka org buat kita pun mesti xkan buat kan
@IntaNBerliaN : in shaa Allah kak..mmg dlm proses nk perbaiki diri ni
p/s : oh takpe..pasal BW tu tak kisah la..masing2 busy ..faham je :)
@MizzTina : hmm...tulah kan..kdg2 rasa nk tegur...tp kang mesti kena sound..huhu :p
@ayut : tulah pasal kan >_<
@nini : hee..entri ni utk peringatan diri sendiri..jom sama2 berubah jom ^_^
@Wanieys a.k.a IbuQalief : in shaa Allah :)
Post a Comment